Thursday 4 July 2019

MY PRECIOUS PREGNANCY JOURNEY.


Assalamualaikum, hye all.
Today, aku decide nak update entry tentang MY PRECIOUS PREGNANCY.
While I still can recall all the memories, so better i get it all wrote up here, right?
Sebelum aku terlupa sana, terlupa sini... ha baik aku hupdate. 😁

Aku kahwin 14 March 2014.
And aku pregnant in DEC 2017. Tak tahu exactly when anak aku terjadi, but if aku kira-kira based on due date EDD, somewhere around November 2017, terjadinya persenyawaan dalam rahim aku. 💓

Almost 4 tahun aku tunggu rahim aku terisi.
Sepanjang tempoh menunggu tu, Allah je yang tahu berapa banyak hinaan dan cercaan yang aku hadap daripada masyarakat sekeliling terutamanya family.😓

Masa baru kahwin, lepas fasa honeymoon, jujur aku cakap, aku dan suami memang ada simpan sedikitlah harapan untuk aku mengandung. Tapi, masa tu, suami aku masih belajar in IPGKTI Johor.
Dari segi financial, kitorang memang tak stabil lagi sebab aku sorang saja yang bekerja, and suami aku dapat elaun bulanan dari government. Moreover, kitorang PJJ. Aku memang tak harap untuk get pregnant sebab aku tahu, aku tak mampu nak hadap PREGNANCY JOURNEY sorang-sorang.

Both of us merancang, tapi we did not use any kind of protection, senang citer, kondom, pil perancang ke apa ke, memang NADA. Rancang sendiri je, yang dah kawin paham-paham sendirilah ye kekdah merancang tanpa alatan ubat apa semua tu macam mana.

Kalau ada gadis-gadis bawah umur yang baca pengalaman aku ni, sila ambil ilmu dan pengajaran saja tau! Kau jangan merenyam nak buat yang bukan-bukan pulak! Dosa tanggung sendiri k!

Ok, sambung balik. 😁
Dalam pada suami aku kat maktab, aku kerja at SUDONG, singapore company.
Dia punya tahap stress, kau jangan cakaplah. Hari-hari memang HELL, once kau punch in to work.
HELL sebab singaporean, tahap dispute dia tu... mak ai, memang mintak sepak terajang aje gayanya.

Tapi sebab kitorang tak boleh terajang depa, haaa tahan jelah telinga, bersoal jawab dalam telefon, layan sehabis baik sebab konsep dia, kau kena jilat bontot pelanggan kau habis-habisan. 😖😕😞😠😟

Siapa pernah masuk SUDONG tu, baik department mana sekalipun, tahulah apa yang aku rasa ni.
Confirm setuju 300% dengan aku!  Yang best, facilities and working environment dialah.
Memang tiptop! Kau nak karok, nak bina body, nak tido, nak main games, nak makan, nak surf internet, silakannnn! Tak dak sapa marah dek oi!

Tapi... sila buat semua itu diluar waktu kerja, atau hanya pada masa rehat sajerk ye. Haha!
Aku pulak banyak dapat shift malam sepanjang aku bekerja, which means aku masuk jam 12.30pm, balik 10pm.

Gila tak stress? Tak nampak matahari sepanjang hari almost 26 days per month! Haha!
 Balik kol 10 malam, makan lepak bagai, aku tidur sampai jam 8-9 pagi esoknya, then dah kena bersiap masuk kerja. Celah mana nak ada life? Nak pergi shopping pun, shopping dah tutup!

Kerja kat sini yang best, kau kerja 5 hari je, kau cuti 2 hari per week. Tapi off day tak tetap.
Nasib ko kalau dapat satu weekdays, satu lagi weekend.

Yang best, kalau dapat back to back offday, yang gabung on friday/saturday/sunday.
Tapi jaranglah dapat. Aku selalu dapat offday back to back, friday and saturday sebab aku appeal kat HOD aku, coz kes aku kan special, suami still at JB, PJJ. Yang ni aku dpt sebab TL aku, DIDIE helps me a lot! Tq Didie, Tq Janine!😘😘😘

Ini antara reason kenapa aku boleh bertahan kat SUDONG selama itu.
Kalau tidak, memang aku sewel dah aku rasa.
Deritanya PJJ, yang dah pernah rasa je tahu peritnya.

Aku sampai pergi kerja menangis kot, tak ada semangat nak hidup! Tak ada semangat nak kerja.
Suami jauh, kerja like HELL, sakit apa semua, sorang diri je. Haaa... apa je yang buat aku kuat?
Desakan hidup! Haha! Tak kerja, tak ada duit, so tak dapat jumpa suami aku tiap minggu, lagi aku meroyan. Jadinya, aku bertahan, kerja kat SUDONG selama 1 tahun, 9 bulan!
Hari aku bawak resign letter jumpa TL aku, itulah  hari yang PALING BAHAGIA dalam hidup aku!
Mwuahahahah! 😆😆😆

So based on aku punya working life, tahap KESUBURAN tu memang MERUNDUM habis sebab STRESS! Lagipun, aku punya PERIOD memang tak on time sejak zaman kat U lagi.
Kat U dulu, dari elok aku kurus melidi, tetiba bloated sebab makan banyak, and STRESS dengan kos aku. See, STRESS dan aku berpisah tiada. 😁😂😅

Then, period aku pernah tak datang selama 4-6 months. Bayangkan...
Betapa sakitnya aku dok menahan darah kotor terkumpul dalam badan selama berbulan-bulan?
Itulah punca-punca aku tak berapa subur.

So, bila orang tanya tak mengandung lagi ke, dah berapa lama kawin, kenapa tak ada anak lagi,
aku memang rasa down sangat-sangat sebab aku tahu, aku puncanya.
Aku yang tak subur. Bukan suami aku. Dia sihat walafiat!
Bila aku tak pregnant lagi, banyak suara sumbang cakap aku mandul, suami aku mandul,
tak pandai buat anaklah, tak buang 'air' betullah.

Mulut orang, aku tak berapa sedih sangat.
Tapi when the words came out from my family, aku rasa sedihhhh sangat!
And that is when, air mata aku pecah berderai menangis sambil dipujuk suami aku.
Aku rasa aku gagal sebagai seorang isteri bila aku tak dapat hadiahkan suami aku ZURIAT kami, tanda CINTA kami.

And do you know how I feel at that time? Worse!Teribble! Down with emotions all over me.
Mujur suami aku jenis memahami dan tak kisah pasal anak.
Sebab kami tahu, anak tu REZEKI yang ALLAH bagi. Bukan dapat senang-senang kat pasar malam!

Bila aku cakap Allah belum nak bagi rezeki, kami jauh, etc etc kat makcik bawangs, dia boleh jawab, "patutnya jauh-jauhlah senang lekat, sebab jarang jumpa. Kurang-kurang biar ada sorang, jangan tak ada langsung!" Dum! Hancurrr hati! 😣😭😭😭😭

Hey makcik onions, kau lupa ye, anak tu Allah bagi? Bukan kami beli! Bukan main petik petik dekat pokok durian atau rambutan! 😡😡😖
Ya Allah... memang gerammssss sesangat dengan mulut-mulut mak cik ONIONS tu! 😡😡😡
Dasar tak reti nak hormat perasaan orang!

Itulah alkisahnya tentang cercaan-cercaan yang aku terima throughout all this years.
Tiap kali sambut Wedding Anniversaries, dan hari raya, aku dan suami aku memang always tulis surat to each other. Surat cinta! Itu tradisi kami, to preserve our love.
So dalam surat tu, mostly both of us selalu cakap yang mungkin tahun depan bertiga.
Selama 4 tahun kot, kitorang tulis macam tu.
Tapi tahun berikutnya bila tiba sambutan yang sama, aku still tak berisi lagi.

SEDEY WEI! 😭😭😭😭
Itu alkisah masa suami aku PJJ ngan aku.

Tang suami aku dah habis belajar, balik menetap kat Melaka dengan aku SEPTEMBER 2016.
Mulai saat tu, aku dengan suami dah tak merancang dah.
Kitorang mula usaha untuk ada anak, to get me pregnant.
Dua tahun jugaklah usaha, still tak pregnant jugak aku ni.

Dari segi kerja, aku dah tukar kerja kat HONDA service centre.
Tahap STRESS tu memang almost NILL on day to day basis sebab customer MYS tak dispute macam singaporean walaupun still ada yang mangkau dan majal tahap minta pelempang berduyun-duyun. 😒😒😒😒

But still, i can manage the STRESS. Kerja office hour. Just ada sikit stress from peer pressure jelah.
At this point, aku rasa macam aku dah happy, tak STRESS. So badan naik. Gemuk gila kot aku masa ni. 😅😅

Aku notice, aku kena turunkan berat badan kalau aku nak pregnant. Nak subur.
Sebab gemuk salah satu punca period tak teratur jugak.
Paling gemuk, berat aku 68KG kau! 😂😂😖😖
So mulalah diet plan aku, makan nasi sikit je, lauk je banyak.
Elak makan malam.
Bersenam je aku tak buat sebab aku tak suka exercise.

The only way to make me exercise is by dancing, or ZUMBA.
Yes, ini cara aku to stay fit.
Aku akan menari segala macam mak nenek tarian hindustan.
Tapi hobi ni dah lama aku tinggalkan sejak berkahwin, sebab aku duduk dengan mak.
Jadi rumah penuh sebab mak aku ada, akak aku pun dok sekali ngan mak aku sebab we all belum beli rumah. (Ha cerita rumah ni, ada jugak story yang aku nak share. Currently kami dah beli rumah, alhamdulillah).

Tak de kejaan aku nak menari depan family aku. Buat malu je!
Ha tunggu aku masuk umah baru, aku mula balik hobi aku ni. 😁

Selain turunkan berat badan dengan cuba kurangkan pengambilan karbo dalam makanan seharian,
aku cuba konsistenkan urut badan dua bulan sekali.
Paling busy sekalipun, sebulan sekali aku mesti urut.
Nak betulkan dalaman balik kata orang.

Aku berurut dengan saudara aku sendiri yang aku panggil cik Yati.
Aku memang serasi urut ngan Cik Yati, selesa sangat.
Cik Yati ni ada kelebihan juga yang Allah anugerahkan.
Sekali pandang je, dia tahu apa masalah aku, walaupun kau tak cerita. Haaa, best?! 😆😆😁
Masa mula urut,  memang terjerit-jeritlah aku sebab urat semua dah keras tahap apa ntah.

And masalah aku, rahim and perut aku macam bengkak sikit sebab aku banyak kali eksiden masa anak dara dulu, zaman sekolah. Kena langgar motor, jatuh motor, jatuh basikal. Hahaha!
Macam-macam halll.... 😆😆😆

Pastu, cik Yati suggest aku makan jamu D'FOLIA keluaran SENDAYU TINGGI untuk betulkan masalah dalaman yang aku hadap, like irregular period aku bagai.
Sebotol tu RM37 kalau tak silap aku, dan bentuk kapsul macam ubat je. Bau, adalah bau herba.
Tapi sebab berbalut dengan plastik, so tak adalah aku rasa herba tu melekat kat lidah kekdahnya.


Aku amalkan makan, setiap bulan, habis je beli. Habis je beli. Tapi dalam sebulan, ada jugak aku cerlang belum makan jamu ni. Maksudnya makan bila ingat aje. Tak adalah konsisten mana sebab aku kan pelupa? 😅😅😅

Aku tak berapa notis sangat perubahan diri aku bila makan D'Folia ni.
Mungkin sebab aku tak fokus sangat kot. Aku asal boleh je dengan D'Folia ni.
Then aku try JUS I'CHANTIQUE lepas tengok sharing facebook salah sorang editor ALAF 21.

 

Ha yang ni harganya RM55 sebotol, tak jual di kedai-kedai, hanya melalui agen sah saja.
Rasa? Macam mangga, tapi ada rasa herba sikit. Pada tekak aku, oklah, aku boleh telan, boleh minum. Sedap!

Yang aku perasan, aku memang serasi dengan jus ni. Period aku dari tak muncul berbulan, terus jadi teratur. Yang ni jelah yang aku perasan, kalau dari segi kurus tu aku tak sure sangat sebab aku diet sikit kan, mungkin berat aku turun sebab diet jugak.
Yang mantap tu, suami aku jelah yang tau. 😂😂😂

Hurm, rasanya ini sajalah yang aku usahakan untuk cuba mengandung sambil-sambil teruskan urut, sampailah cik Yati aku cakap, bengkak rahim and perut aku semua dah ok.
Sambil berdoa, berusaha, dan tawakal.

Angkat kaki ke dinding lepas bersama, letak bantal bawah pinggang, position itu, ini, semualah, semua kitorang cuba dah. (Sorry a bit 18sx!)
Tapi setelah sekian lama tak mengandung-ngandung jugak aku ni, kitorang suami isteri sampai dah tak mencuba dah. Tak berkobar-kobar pun nak usaha untuk mengandung.

Macam pasrah dah. Aku sampai ingat dan yakin yang aku memang tak boleh mengandung langsung.
Aku tak subur. Aku mandul. 😩😩😩
Suami aku pulak tak pernah pressure aku pasal anak.
Dia tak sebut apa-apa pun. Aku pernah tanya banyak kali, dia cakap anak rezeki Allah, kalau ada Alhamdulillah, kalau belum ada, usaha sampai dapat, kalau tak dapat jugak, fokus untuk goal yang lain macam sambung belajar atau travel.

Sampai satu tahap, bila kami 'bersama', kitorang tak simpan apa-apa hajat nak benihkan hasil.
Just enjoy, tanpa mengharap apa-apa. Serius, that way memang tak rasa pressure nak buat anak at all.
Time rayaaaa, tahun yang ke-empat, bila beraya kat rumah nenek belah ayah aku.

Adalah sorang pakcik ni cakap, dia turunkan petua untuk kitorang get a baby.
Katanyaaaa, aku kena pinjam kain batik perempuan yang banyak anak, kain batik yang perempuan tu pakai, dan 'bersama' dengan suami aku dalam kain tu.

Oh mai godddddd! Hahaha, i cannot brainlah weiiii petua macam ni. GELIIIII!! 😂😂😂😂😂
Dan aku masih waras, aku langsung tak ikut petua pakcik tu. Hhaha!
Dan... hujung tahun tu. Jeng jeng jeng...

Aku notis, aku loya -loya masa gosok gigi waktu pagi.
Sebelum tu tak ada macam tu pun. Kalau ada pun jarang-jaranglah.
Then aku keep rasa belah kiri ari-ari aku, berdenyut-denyut, macam ada something dalam tu.
Nak kata gastrik, bukan. Batu karang lagiii bukan.
Tapi aku diam je, semua tu aku rasa sendiri-sendiri je, and simpan sendiri.

Kemudian, aku adalah rasa letih, tapi tak adalah teruk sampai tak boleh bangun ke apa.
Dari segi makan, aku memang kuat makan wei. Aku suka makan sangat-sangat.
So, tak ada yang unusual. Kecualiiiii.... satu hari tu, masa aku dating suami isteri kat MP,
aku tetiba je terliur nak makan mangga muda cecah sos Ekstra Hot Nando's!

Pelik gila kan? Masa aku mengidam ni, air liur aku punya terliur dalam mulut ni ko tak yah cakaplah. memang menderu-deru, sampai tahap boleh banjir MP tu. Tapi, aku boleh kawal lagi.
Balik rumah, aku suruh mak aku mintakkan mangga muda jiran, sebab aku dah beli sos Nandos tu. Haha!

Tak cukup dengan tu, aku suruh suami aku minta mangga muda jiran mak aku jugak. Mangga dia besau-besau! Paling tak boleh lupa moment tu! Serius! Aku ingat sampai sekarang.
Jiran aku cakap, aku dah ada isi. Aku cakap tak ada, saja teringin.

Ayah aku pun agak yang aku dah berisi. Tengah mengandung sebab aku mengidam lain macam.
Ayah aku tahu yang aku suka makan mangga muda dengan garam, tapi kali ni aku minta makan dengan sos ekstra hot nando's. Kan ke pelik tu?! 😆😂😂

Shafiq, bro suami aku cakap, dia tengok aku post pasal mangga ngan sos Nando's ni pun, dia dah berasa macam aku ni pelik-pelik, ada isi ni.
Untuk sambut 4th Wedding Anniversary kitorang, aku dan suami dah get ready nak ke Yogjakarta.
Serius aku excited gila nak travel overseas!

Sebab selama ni jalan dalam malaysia je. Dah bosan dah!
Masa kitorang bagitahu yang both of us akan ke Indon, Shafiq tanya serius ke nak travel situ dengan condition aku? haha, tau tauuu je dia!

Masa ni, aku tak rasa aku mengandung pun. Sumpah!
Sebab apa tau? Sebab tiap kali aku rasa aku mengandung, period lewat, aku dan suami excited pergi beli Pregnancy test kat farmasi.
Balik, aku test, HAMPA! Kosong!
dua tiga kali, bolehlah positive.  Husnuzon kata orang.

Masuk lain-lain kali, suami aku dah macam tak heran dah nak check UPT tu.
Aku kalau ckap aku nak beli, nak check, suami aku cakap membazir je sebab dia yakin aku tak mengandung. Haaa, sampai gitu sekali.
Aku degil, aku beli jugak, test jugak, sudahnya kecewa sendiri. 😥😭

Sebab tu kali ni, masa aku tengah pelik-pelik macam ni, aku langsung tak buat UPT test.
Sebab tak nak KECEWA yang entah ke berapa kali.
Itulah kisahnyaaa...


Aku tepek sekali post FB aku pasal mangga ngan sos nandos kat sini, sebagai kenangan.
Dah beli tau flight + hotel! RM927.80! Tinggal nak shopping baju and necessities, pastu tunggu TERBANG saja.

Aku beli flight ni in awal DECEMBER 2017 tak silap aku. Sebab masa tu tengah promo ape ntah air asia buat, aku tak ingat.






Hotel ni paling aku tak sabar nak jejak. Aku book this pakej thru airasiago holiday web.
Apa citer?
Dapat ke aku terbang ke JOGJA?
Haaaa, ikuti sambungan lepas ni okay?

Sebab dah berjela sangat entry ni.
Aku kena create entry baru untuk next story. 😘😘

Salam Sayang,
Anis Ashikali.

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3