Thursday 11 March 2021

ARTE PLUS by FIFI SERVICED SUITE KLCC (PART 1).



Assalamualaikum, dear readers. 
Hari ni, aku excited sangat nak share dengan korang percutian + sambutan birthday aku and Mawar yang awesome ni. 😍

Lepas dua tahun, baru aku ada mood nak berblog. Harap-harap ingatan aku masih kuat nak ceritakan semua selok belok memori dekat sini. 😆

Macam biasalah, korang pun dah tahu perangai Mawar and all of the little things yang buatkan kaki kami terikat untuk berjalan sejak Mawar lahirkan? Sebab anak bertuah ni tak suka naik kereta, tak suka berjalan! 😅😅

Jadi, lepas dah cuba few times, try bawak Mawar keluar ke mall, and ke Atlantis. Rasanya dia macam dah okay untuk adapt new environment, and travel experience. Disebabkan dah almost 2 tahun kaki aku terikat, dek kerana mengandung, cervical incompetence, lepas tu bersalin dan nak tunggu Mawar besar sikit... so, aku memang request sambutan birthday yang kaw-kaw dengan suami aku! HAHHA! 😆😆

Alah, bukan mintak emas segunung pun. 
Aku request nak pergi berjalan je! Itupun dalam Malaysia! 😁
Yang lebih special sebab inilah pertama kalinya aku akan sambut birthday serentak dengan anak aku.
On 16/8/2019. 

And... inilah hadiah birthday yang paling bermakna sekali pada aku. 
Percutian ni, hadiah birthday aku dan anak. 
Alhamdulillah, thank you so much sayang. 😘😘

Cerita dia, aku nak vacations and celebration yang the best for us.
Qada balik dua tahun aku yang terikat dengan rumah dan katil je tu. 
Nak ke luar negara, Mawar belum ready.
Jadi dalam Malaysia ni, yang paling fun, KL!
Macam-macam ada!

In July 2019, aku ada ternampak post orang yang dah duduk di ARTE PLUS ni.
Dan, aku terus jatuh cinta nak duduk dekat sini.
Hotel/Service Apartment yang sangat-sangat unik designnya! 
Rasanya, dalam Malaysia ni, tak pernah lagi aku jumpa design hotel/service apartment seunik ARTE PLUS at the time being.

Otak aku pun dah mula excitedlah bayang itu ini. HAHA. 😁
Nak dijadikan cerita, a week before our trip, aku kena sakit gigi dahhh...
Gigi graham berlubang, sakit sampai membengkak pipi kau!

Tengok bengkak tu, bukan biasa-biasa. 😟😟

Aku dan Instagram berpisah tiada. 😜

Dek kerana sakit gigi ni, aku dah down. Takut plan nak jalan tak kesampaian. 😖
Nak-nak lagi selain bercuti, aku nak jalan-jalan cari makan.
Gigi sakit = tak de mood nak makan + tak boleh berjalan.
Daripada aku dok menampal lubang yang akan berlubang balik nantinya, baiklah aku cabut terus.

So, I decide, alang-alang sakit, biar sakit terus.
So, aku cabutlah gigi graham bawah aku ni. Hilanglah satu nikmat mengunyah aku. 😅😅
Luckily, aku buat keputusan yang betul. Dalam masa 3-4 hari, aku dah ok, tak sakit apa dah. 
Yeay, plan nak berjalan carry on as usual.

Untuk vacations ni, aku cuti 4 hari. 
15-18 August 2019. 
So on the 15 August 2019, bermulalah our journey with Mawar to KL.
Birthday ni, sangat special sebab aku rancang untuk aku dan Mawar enjoy for the same day.
How? Stay tune, baca sampai habis. 😜

Mawar ni jenis bangun tidur tengah hari betul. Ibu Ayah dia pula, kalau berjalan memang suka gerak awal pagi dari rumah. Kalau dulu sebelum Mawar ada, kitorang gerak pukul 7-8pagi.
Ni sebab dah ada Mawar, kitorang gerak dalam jam 9-10pagi. Itu pun dah rasa lewat. 😅

Aku jenis suka sampai hotel/homestay atau apa-apa penginapan yang aku booking tu awal satu atau setengah jam dari waktu checkin. Lately rata-rata semua macam dah standardized kan masa check in pukul 3pm, sedangkan dulu pukul 2pm dah boleh checkin. 

Jadi, 3pm tu dah consider late pada aku. Tak banyak masa yang ada untuk explore penginapan ko.
Plus, dengan prosedur checkin lagi. Nak naik ke bilik lagi. Lagipun checkout memang kena keluar jam 12pm. So, lagi lambat kau sampai, lagi banyak kau rugi sebab penginapan ni berbayar bukan free. 

Mehlah, layan gambar dalam kereta masa kitorang on the way nak ke ARTE PLUS ni.
Style aku, pape pun, mesti check in dulu! Tak de makna aku nak berjalan dengan kereta yang penuh dengan luggage. 😁

Btw, di blog ni banyak penerangan dan gambar.
Live update on actual situation semuanya di Highlight IG. 😁

Mawar Ibu mengantok ya?

Muka Ibu dan Ayah excited dapat jalan! Yeayyyy! 😍

Ish, geram dengan dak debab ni. 😆

Yelah, pegang dia sekejap je kat depan. Suami aku dah bising, bahaya anak tak duduk car seat. Plus, Mawar pun nak tidur. Jadi, kami letak Mawar dalam car seat. Alhamdulillah, dia behaveeee sangat. Layan lagu ting ting tang ting by Siti Nurhaliza dia tu, lama-lama dia tidur. Yaaaa, Mawar suka lagu tu masa kecik. Lagu tulah nodal aku tidurkan dia, dodoikan dia, modal nagi dia dok diam dalam kereta. 😆😅😅
Alhamdulillah, perjalanan smooth. And Arte plus ni pun kat tengah Ampang tu je. 
Dekat dengan semua places yang aku nak pergi. 
Kami sampai awal, lepas tu sementara tunggu giliran nak checkin, sempat suami aku dok order foodpanda dulu. Masing-masing dah lapar. 

Tak sangka ramaiiii bercuti kat sini pada tarikh yang sama. 
Nak dekat sejam jugak prosedur checkin, dek kerana tunggu giliran je.
Tapi... kaunter ada 4 tak silap aku, dan check in based on serviced suite yang korang booking.
Macam aku, ak book thru FIFI Serviced. So, nak check in aku kena ke kaunter FIFI SERVICE lah.
Dekat Arte Plus ni, banyak vendor tau. Jadi, korang check jelah kat booking, tengok apartment jenis mana yang korang suka.

Jom layan gambar ihsan google kenapa aku rasa amazeeeee sangat by ARTE PLUS ni. 
Gambar Ihsan Google ni sebab aku tak sempat nak capture sendiri. Buat IG Story pun tersemput-semput. Ada anak kecik ui! Faham-faham jelah. 😆😅

Ni ha bangunan Arte Plus ni, memang lain dari yang lain. Cantik!!! 😍😍

Tahu ni apa? Nilah laluan nak ke parking ya. Gila cantik kan?! Terkesima jap aku tengok. Terus rasa macam duduk dekat tempat orang kaya. HAHAHA! 😅😆

Yeszaaaa, inilah lobi hotel dia. Korang nak check in kena datang sini dulu. Tu nampak kaunter depan tu? Ha kat situlah korang pergi ikut nama service suite yang korang tempah. Lobi pun dah cantik macam ni. Dalam bangunan ni, jangan cakaplah. Memang mind blowing! 😍😍😍 Masa korang checkin, dia akan bagi peta sekali. Siap terangkan cara nak ke sana, ke sini. Jadi, please make sure korang dengar explanation dia betul-betul. 😁



Dah settle check in, kitorang drive naik ke parkir kitorang. Yang seksa sikit kat sini, lif dia!
Itulah salah satu major thing yang aku kurang suka dengan ARTE ni, selain daripada view yang awesome tu semua.

Lif dia lambat!! Lepas tu, nak ke pool, nak ke attractions place semua, korang kena bertukar-tukar lif dari bangunan A ke bangunan B. Fuh! Memang mencabar kesabaran, nak-nak lagi bila kau ada baby, plus masa nak checkin dan checkout, luggage semua berlambak nak kena bawak naik dan turun. 

Then, ramaiiii gila ui beratur depan lif tunggu nak naik, nak turun. Hurmmm... spoil!
Itulah major turn off aku untuk repeat duduk sini. 
LIF dia tu!
Siapalahhhh arkitek lif dia ni, memang tak cerdik sungguh aku rasa.
Nak tahu hardship pasal lif dia, silalah duduk sini dulu. 😅 Semalam je dah cukup kalau takat nak merasa.

Aku hari tu, duduk sini 3H2M. 😅

Ni detail booking aku. Harga untuk 3H2M = RM291.60 je. Murah kan? 

Okay, lepas berseksa hadap lif, sampailah kitorang ke dalam studio apartment ni. 
Yang buat aku lagi tak boleh lupa pasal vacations dan ARTE ni sebab...
Kat studio room nilah Mawar belajar berjalan beberapa tapak.
Dekat sini jugaklah dia rasa sakit first jatuh tu, sebab sebelum ni aku dan suami tatang dia kalah emas. Tak pernah jatuh!

Dan-dan, masa travel nilah dia jatuh terlentang atas lantai sebab ayah dia leka buat apa ntah. 
Aku plak leka dengan IG STORY, nak rakam moment bilik ni. 
Adui, anak. Maafkan Ibu & Ayah ya? Mawar kuat! (Walaupun berbulu jugaklah hati ni dengan suami aku kejap dek kerana insiden ni.) 😅😅😅

Okay, layan gambar bilik jom?

Dari pintu masuk, menghadap ke ruang dapur, minibar dan ruang tamu. 

Masuk je pintu, toleh kiri nampaklah laundry area, refrigerator dan kitchen area ni.

Toleh kanan, nampak toilet.

Pemandangan dari pintu toilet. 

Living room area. Karpet dia ciput tu je, kalau besar lagi cantik rasanya.

Belakang sofa, terus nampak katil. No bedroom ya, memang open gini je. Okaylah untuk suami isteri duduk. Kalau ada bawak keluarga, tolonglah pilih one/two bedroom apartment. Tak memasal ko buat free show kalau duduk studio apartment macam ni. 😅

Belah kiri katil, ada view ni. Tak ada almari, just simple kabinet macam ni je. So, kat sini jelah pun korang boleh gantung tudung,jeans, tuala segala bagai.

Toleh depan, nampaklah suami dan anak tengah layan tv.

Mawar tengah belajar bertatih.

My man! 😍 Tengok sebelah meja kuning tu. Now you dont see me...

Now, you see... hahahaha! Adui si comel ni tersorok kat belakang meja kopi rupanya tadi. 😆😍

Habis Mawar memunggah. 😅

Okaylah, takat ni je gambar bilik ni. Suami aku dah lapar, tu yang terjengah-jengah cari perkakas nak guna untuk makan. 😅 Kita biarkan Mawar explore dunia baru kejap. 

Then... lepas makan, kitorang bersiap pergi ke Lazy River. 
Tengok dalam gambar, dalam videoooo... memang cantik!
Nak tahu? Jom, kita usha gambar. Gambar yang kat bawah ni, ihsan google ya. Aku pinjam je.

Cantikkkk... jernih air dia kan? Dengan design ala-ala futuristic ni... tak pernah aku nampak dekat mana-mana. Arte ni je yang ada! Memang superb!

Yang ni pulak view waktu malam aku rasa. Sebab dah berlampu bagai tu. Tolong ingat, yang ni gambar ihsan google. Realitinya macam gambar aku bawah-bawah ni. 😆

Dalam gambar bawah ni ha, nampak tak betapa bersemutnya story aku tu. Penuh update ui!
Kejap-kejap up instastory. Best sebab kita rakam moment tu live.
Gambar static je. Sebab tu, aku lebih pada IGstory daripada blog nowadays. 😆
Tapi nak biarkan blog ni berkubur saja, no way!

Aku akan pastikan blog ni compliments my IGstory update and vice versa. 
Actually aku tak ada gambar at all kat sini, tak amik pun.
Aku screenshot IGstory aku je untuk update kat  blog ni. 
So kalau gambar kabur tu, faham-faham jelah ea.

Hari tu, kat Atlantis tak tercapai hajat aku nak bagi Mawar main pool. So, aku tunaikan hajat tu pada vacation ni.


Nak masuk, kena tulis nama/no bilik tak silap aku. 

Ya, inilah dia LAZY RIVER SPA. Dalam google nampak cantik, in realiti cantik jugak cuma tak sama dengan apa yang aku expect. Aku ingatkan air dia panassss, suam-suam. Macam yang dia advertise. Sekali... sejuk gila kau! Kesian Mawar kesejukan. 


Tapi, sebab dia seronok main air... kitorang pun layanlah dia main kejap.


Tak lama pun Mawar berendam sejuk-sejuk ni, sebab masa ni dah pukul 7-8malam lebih kurang. Air sejuk, tak elok untuk baby. Suami aku risau Mawar demam. 


Look how happy she is! 😍😍😍

Kurus gila aku masa ni sebab menyusukan Mawar. Muka pun nampak kurus. 😅



After a few sway here and there, jalan ke hujung river bagai, kitorang keluar dari sini.

Point yang aku suka: 
💗Cantikkk tempat dia!!! Seronok kalau dapat swim lama-lama. 😍😍

Point yang aku tak suka: 
😕Air sejuk gila, nak-nak lagi waktu malam, lagi terasa sejuk tu. 
😕Sauna tak boleh pakai, rosak. Jakuzzi yang elok dalam video advertisement dia tu pun, tak ada fungsi buih-buih bagai tu.Air jakuzzi tu pun sejuk. Orang boleh tahan ramai. 
😕Cahaya lampu actual in there, agak malap. Macam sakit jugak mata aku ni. Not all the place terang. 😕Dalam gambar nampak terang sebab kitorang duduk dekat area yang terang.
😕Air lazy river spa tu macam kotor sikit. Mungkin cleaner tak sempat bersihkan lagi kot. 

So far, itu jelah experince aku of the night.
Masa nak balik ke bilik... kitorang lalu laluan yang cantik-cantik ni.

Ya, semua laluan/lobi and attractions kat sini cantik-cantik belaka. Lif je yang macam puaka! 😆😆😅


Gelap! 😅 (realiti)

Dalam google, cuba tengok gambar dia macam mana dekat bawah ni.

(Google) Sooo... itulah dia realiti dan fantasi. Eceh! 😆😅

Ada banyak... lagi gambar yang aku nak tunjuk tentang ARTE PLUS ni.
Stay tuned for the next entry ya? Aku terpaksa pecahkan post-post ni, kalau tak berjela la korang kena baca.

Lepas swimming, kitorang balik bilik, siap-siap untuk keluar makan.
We choose cafe di Ampang yang kitorang pernah makan dulu masa Mawar belum wujud lagi.
Cafe ni ada live band bagai, makanan pun sedap.
Kali ni, kami datang bawak Mawar. 





💓💋


Lepas makan, perut dah kenyang, kitorang balik ke ARTE semula.
Kena tidur awal malam ni, sebab esok banyak aktiviti! 😍
Aku akan tunjuk lagi tempat-tempat cantik dekat ARTE ni in next entry!

Salam Sayang, 
Anis Ashikali. 💋

Sunday 7 March 2021

ATLANTIS RESIDENCE BY THE BLISS MELAKA.

 

Assalamualaikum, dear readers.

Hari ni aku just nak buat quick sharing about ATLANTIS RESIDENCE, MELAKA.
Entry ni tak panjang berjela sebab, lepas Mawar lahir tangan aku occupied with her all the time, sampaikan aku tak mampu nak pegang phone untuk bergambar, atau rakam apa-apa moment on the go secara specific untuk blog ni. Yang aku sempat buat masa tu, IG STORY je. 
Maafin gue! 😆

Aku tak ingat macam mana kitorang boleh plan nak gave a quick vacay kat sini.
All I did remember was, Shafiq and Sue plan datang jalan ke Melaka, and we choose to have a short vacay together here. 

Masa ni, aku duduk menyewa lagi di Kg. Gelam, and diorang sampai around subuh macam tu kat rumah. Tidur-tidur ayam jap, aku sempat bangun masak makanan Mawar semua, buat bekal untuk pergi bercuti ni. Bercuti 2H 1M je pun! 😆😅 

Tengahari tu, kitorang beli makan dekat Medan Selera Klebang, and terus check in ke Atlantis. 
Owh, lupa kena ambil kunci apartment dulu dekat office The Bliss ni. Berpusing-pusing kitorang area kota laksamana tu sebab tak jumpa jalan masuk ke taman perumahan untuk ambil kunci.
Office THE BLISS ni dekat dalam area taman perumahan 3 tingkat berdekatan dengan Atlantis apartment. Tapi, jalan dia berbelit yakmat.

Luckily, jumpa jugak officenya. Ambil kunci semua, kitorang pergi Atlantis.
Parking dia hanya terhad untuk residence je tau. So, kalau ada family korang yang nak datang menyinggah tiba-tiba, mereka kena park dekat bawah. Dan jalan kaki ke lobi, korang amiklah diorang dekat lif/lobi area untuk masuk ke unit apartment yang korang sewa tu.

How I know? Malam tu Arep nak datang melepak, dan suami aku terpaksa buat macam ni. 😅
Kalau tak salah ingatan akulah. 

Apartment dia memang cantik!
Swimming pool dia, pun sangat cantik!

Kitorang dah plan nak berjimba dekat pool petang tu, atau esoknya tu. 
Sekali... Mawar dengan Hadif tak sihat, muntah-muntah. 
Terus cancel plan nak berjimba dekat pool.

Mawar dah memang sedia demam masa ni. Kesian dia dok terkejar-kejar aku, sebab badan tak selesa. 
Seingat aku, aku buatkan diorang puree apple cinnamon. Rasa sedap je, tapi tak tahulah kot puree tu tak sesuai untuk diorang until diorang muntah-muntah teruk.

Aku ingat lagi masa tu aku buat puree mango and apple cinnamon untuk vacay tu. 
Haih, ntahlah... Susah nak pastikan what went wrong. Nak pergi klinik pun, malam-malam klinik pakar baby tak bukak. So, we just wait and let things get better by themselves.

So malamnya, kitorang just lepak-lepak, keluar makan dekat The Leezo Container.
Masa ni, aku agak risau sebab panas Mawar tinggi sangat.
Dia pun macam melepek je.
Aku punyalah jeram kepala dia semua, pakaikan cool fever semua. Risauuuu sangat.

Tapi mujur, malam tu dia dah okay sikit. 
Allah anak... masa jalan tulah dia sakit.
Nasib baik jalan dekat Melaka je. 😖😖

Esoknya, lepas sarapan, turun jenggah pool dia kejap bergambar semua and checkout, lepas tu part ways. Masa jengah pool dia tu, fuh sumpah aku rasa rugi tak dapat berjimba dalam pool tu. 
Nekad ni, nanti nak repeat balik duduk ATLANTIS tu 3H 2M. Sebab banyak gila facilities dia yang aku tak sempat langsung nak explore dek kerana duduk dalam apartment manjang.

Anak tak sihat, nak keluar pun rasa serba salah. Nak mandikan dia dalam pool, lagilah rasa bersalah. Air tu sejuk kot! Jadi, sempat cuci mata dan pasang angan-angan jelah. 😆😅
Itulah alkisah percutian pendek kitorang di Atlantis ni. 

Ntah bila nak repeat datang sini lagi pun aku tak tahu. 
Musim covid19 ni, agak bahaya untuk sebarang aktiviti air. 
So, kita tangguh dululah ATLANTIS ni. 

With all being said, jomlah layan gambar. Tapi sikit jelah gambar yang ada, memang masa ni aku lebih pada insta story je. 

Pemandangan dari pintu masuk. Kitorang siap bawak walker Mawar lagi. Masa ni Mawar memang dah terer bawak walker macam F1. haha 😊

Bahagian dapur dari pintu masuk. 

Living room dia, cantik! Overlooking jalan raya, not pool. Tingkat 41 tak silap aku. Tinggi gila!

Scandinavian concept, simple tapi nampak so powerful dan cantik. Kan?

Dining table. Nice!

Dapur dia sempoi je. Cantik! Untuk apartment sesuailah pakai dapur macam ni.

Laundry room, tapi kitorang tak guna langsung ruang ni.

Tengok si debab ni. Alahai, kesian dia. Badan tak sihat, jadi dia nak tidur je. Mawar's a bit crancky masa ni, mahunya memang nak melekap je ngan Ibu. 

Our group photo before checkout. Jadilah dari tak ada. Walaupun nampak sama tetap tak serupa. So, aku letak jelah semua gambar ni kat sini.




Ni sayang Ibu ni. Kesian dia demam ya... 💋




Ibu tak dapat bawa Mawar main pool sayang. Mawar demam. Kemain Ibu Ayah excited beli pelampung, beli pampers yang tak lut air bagai untuk Mawar punya first swim. Sekali... semua tak dapat mandi. 😅 Tak apa, next time Ibu tebus balik semuanya. 😘😘

Antara kemudahan yan ada dekat Atlantis ni. Tapi itulah, rasa rugiiii sangat tak dapat discover dan guna semua.

One by the pool. 😋

Selekeh je rasa dress up masa ni. Suami aku dengan lupa bawak minyak rambutnya. 😅😅😆


Lastly, three of us. Nampak macam budak-budak je masing-masing masa ni. Badan kecik. Macam tak cukup makan je masing-masing. Penangan ada anak kecik. 😅😆

So... basically itu sajalah yang aku nak ceritakan. 
Nothing much sebab aku masih tak boleh adapt nak bercuti sambil dukung anak 24hours and nak fokus untuk blogging pulak at the same time. Jadi terpaksa aku kuburkan niat nak blogging elok-elok secara details dekat sini.

So... ke mana kita lepas ni?
Tungguuu... 😁

Btw, masa aku duduk di Atlantis ni, kakak aku pun bercuti sama dekat sini.
Punyalah ingat boleh melawat bilik masing-masing.
Mandi main air sama-sama.

Sudahnya sebab kekangan waktu, mawar tak sihat, duduk pulak just sehari.
Sampai ke sudah dia tak datang bilik aku, aku tak dapat datang bilik dia. 
Nak join mandi manda dengan anak-anak semua pun tak dapat.
Terkilan! Padahal duduk dah tempat yang sama. Sempat jumpa masa checkout je.
Tak apalah, tak ada rezeki.

Aku fikir macam ni, but akak aku fikir aku tak suka dia duduk sama tempat dengan aku kalau pergi vacay. I was like... WHATTTT??? 💆💆😖😖😖
Itulah dia, kadang aku maksudkan lain, dia fikir lain. 
What to do? Nama pun kakak, tapi kadang-kadang dia macam budak-budak. 😜😜😜

Salam Sayang, 
Anis Ashikali.