Friday 8 February 2019

KOTA PERANCIS MALAYSIA = COLMAR TROPICALE?


Assalamualaikum...

Yeay, sampai jugak ke entry Colmar Tropicale ni. 
Maksudnya, soon, aku boleh fokus menulis manuskrip novel kedua aku! ;D

Aku dengan suami ke Colmar Tropicale ni May 2017. 
Tak ingat masa tu ada cuti apa, rasanya macam cuti Labour Day kot, saja jalan-jalan naik KL, lepak kat Ampang jumpa kawan-kawan, and terus shoot ke sini.

Just a quick weekend getaway, sebab bosan! Huhu!
Sorry, tarikh aku lupa! Pagi/petang either jumaat/sabtu weekend tu, kitorang naik KL.
Malam tu lepak kat rumah kawan suami aku, Lily & Farid.

Then, kitorang pergi dinner kat area Ampang, nama kedai lupa.
Tapi environment boleh tahan best. 
Ada live band, makanan pun sedap.

Untuk tidur malam, kitorang try round sekitar Ampang, cari hotel bajet je...
nak tidur just untuk semalam, buat apa book hotel mahal-mahal ye tak?

Puas round sekitar Ampang, ada hotel, bukan tak ada, tapi price range RM80-120 semalam.
Rasa agak rugi sebab masa nak check-in tu, jam dah pukul 2-3am, nak check out pagi around 7-8am.
Tidur berapa jam je pun, so rasa sangat tak berbaloi sewa bilik dengan harga gitu.

Kitorang call hotel Star Batu Caves, coz price dia memang around RM50 je semalam.
Hotel ni yang selalu kitorang nginap kalau ke KL, area Selayang.
Tapi dek kerana hari tu weekend, price hotel ni= RM70.

Fikir punya fikir, daripada nak redah jalan ke Batu Caves Star Hotel ni, dari Ampang.
Better tidur je kat Ampang. 
Nak baca pasal Batu Caves Star Hotel? Baca kat SINI.

Last-last, kitorang menginap kat Hotel Palm Inn, area Ampang point. 
Hotel ni, lengkap dengan restoran mamaknya sekali which is Nasi kandar Pelita.
Rate hotel semalam? Around RM100-110. Aku lupa dah.

Complimentary breakfast sekali.

Banyak hotel bajet area Ampang Point ni. Kalau datang sini, pilih je yg mne sesuai ngan poket masing2.
Atas hotel, bawah restoran.
Yang penting, ada lif! Senang nak naik tingkat berapa pun. Plus, bersih, and nampak modenlah jugak.
Ni, bahagian reception diorang.

Dah tak dulik harga hotel, tdo skejap atau lama,  yang aku tahu, aku nak tidur, nak rehat.
Badan dah penat, mata dah mengantuk.
Ingat nak ambil gambar sebelum rasmikan bilik atau sebelum check out.

Tapi, tak danlah. Check in, dah mengantok sangat.
Check out, kejar masa pulak. 
Nak tau kenapa kejar masa? Tunggu gambar ea. Haha!
Btw, gambar hotel atas tu semua ihsan google.

Lepas check-out je, kitorang breakfast kat restoran nasi kandar tu jugak.
Aku makan roti sardin aje, suami aku makan nasi, kalau tak silaplah ingatan aku.
Overall, hotel + makan, quite okaylah!

Lepas makan, kitorang suami isteri terus berdesup naik ke Colmar Tropicale from Ampang.
Perjalanan makan masa 1 jam je pun. Dekat sangat rupanya! Ingatkan jauh sangat lahai...

Tadaaa!! Nilah punca kenapaaa kitorang lambat pagi tu! Bukan aku tau! Tapi gaya tudung berbelit-belit tu. (-.-)
Berjam-jamlahhhh aku dok depan cermin, semata-mata nak cuba gaya tudung sebegini. Dah bosan pakai shawl gaya yang sama, so aku nak jugaklah try gaya kepuk-kepuk, gini. Tapiii, sudahnya rasa macam nak hempuk-hempuk muka sendiri. :D
Nasib baikkkk cantik kejadiannya. Nama gaya shawl ni, aku lupa dah. Butterfly? Mungkinlah kot.
Yang buat lama tu... sebab, aku puaslah nak pinkan design hempuk-hempuk tu biar sedang elok je kat tepi telinga tu ha. First time pakai, almaklumlah. Aku plak sejenis yang kalau dah mula nak pakai satu barang tu, selagi tak dapat macam yang aku nak, aku tak kan give up walaupun aku sendiri dah baran ngan diri aku. Kaki penat weiii! Diri depan cermin almost 2 jam, then tangan pun lenguh sangat, dok kuti shawl tak habis-habis. 
So, inilah punca kelewatan kitorang pagi tu.
Suami aku doklah sound-sound bagi hint suruh aku cepat, aku buat dek je.

Aku jeling dia lagi ada. hehehehe...
Sebabbb, masa tu aku dah tak sabar dah dengan diri sendiri. Inikan pulak nak bersabar ngan suami aku, ;D

Aku ni jenis, kalau apa aku nak tak menjadi, memang jangan harap aku proceed ke next step.

Contoh: Kalau shawl aku tak on point, tak jadik gaya macam yang aku nak, jangan harap aku akan pergi ke Colmar Tropicale tu walaupun aku bolehhhh aje, pakai gaya shawl yang biasa.

Haaaa, nampak? Perangai sangat aku ni kan? Hehehe
Nasiblahhhh labu, Aku memang macam ni. ;P
Nasib baik tak botak kepala suami aku, dok layan perangai cantik bini dia ni. 😅

Sebab kejadian Shawl tu cantik, makanya dapatlah kitorang laki bini jejak kat Colmar Tropicale ni. Yeay, Here we are! ;D
Okay, 1st of all, entry ni memang akan banyak gambarrr aja. Aku warning awal-awal ni.
Takut naik juling pulak mata korang tengok aksi syok sendiri kitorang ni, sebab kat sini, aku laki bini berangan jadi model. 😝😂

Nak masuk Colmar Tropicale, ikut je laluan ke Genting Highlands.
Sampai atas tu nanti, akan pecah dua jalan. Satu ke Colmar, satu ke Genting.

Nak pergi dua-dua sekali pun boleh.
Ikut suka korang. Tapi nak masuk Colmar ni, kena bayar RM15/per person untuk orang dewasa.
2pax RM30 lah. 

And, untuk parking kereta, korang kena park kat area bangunan depan Colmar dan menapak ke sini.
Tak jauh manapun...

Bawah ni, dah mula sesi permodelan aku laki bini kat Colmar Tropicale, sila bertabah ye.

Kalau tak suka tengok, boleh scroll laju-laju. Tapi rugi tak tengok, sebab background dia memang cantik-cantik. Haha, boleh ek cakap gini? 😂


Kami dah sampai. Nilah permulaan nak masuk ke area Colmar.
Kat sini pun dah nampak cantik pemandangan dia. Belakang tulah, Colmar Tropicale. 
Baru nak fefeling romantik, dahhh ada orang interframe. 😅

Kat sini, orang come and go. Pepandai koranglah pilih timing yang terbaik untuk bergambar dengan cantik.



Teruja sungguh nak explore dalam Colmar ni.
Gambar-gambar kat bawah ni, memang nampak sama. Tapi tak serupa, tau!
Aku memang akan tepek je semua gambar yang lebih kurang serupa dalam post ni. 
Sebab pada aku, setiap gambar ada kecantikan sendiri. 

Gambar kat bawah ni, tak ada edit-edit. 
We all just guna kamera fon aku je, huawei P9. 
Hasil gambar dia, memang terbaik ah! 😍


Okay, punyalah susah nak bergambar kat laluan masuk ni, sebab orang selalu bersiar lantau.

Nasib masa kitorang sampai ni, orang tak berapa nak ramai lagi. Makanya, kitorang tak lengah-lengah lagi. Terus chap cun casss masuk mode model. Posing selagi boleh! 😅😂

Nak silang kaki, tapi entah kenapa nampak macam kaki aku dislocate pulak. 😅
One for my husband! 😍
Ni get ready nak terbang ke apa bang? 😅
Peace yo! 😍
Ye tau, abang nak tunjuk Colmar Tropicale tu ha. 😋
Gambar dah ok, tapi ada orang photobomb gambar aku pulakkk... 😫😫
See? Sbb tu ak, cakap, bukan senang nak dapat gambar cantik all about you kat sini. Coz ada je yg nak lalu lalang. 😒
Dah macam ak bergambar berjemaah ngan sistur belakang tu. Keee, die copy paste pose aku? 😂😅
Ada orang pun, adalah labuu... ak nak pose jugak! 😝
Kaki tu.... alahai, x taulah asal macam cacat teruk nau. 😅😅
And taraaaa... finally! Laluan ni, aku yang punya! 😈😈😈
I Adore this photo, a lot! 
Bukan senang nak dapat laluan clear macam ni, so kasi chance lah aku tepek gambar banyak-banyak walaupun environment sama! ;P
Alhamdulillah, ada rezeki bergambar sorang kat sini. 
Peace yo! 
Time laki ak nak bergambar je, dah ada orang interframe.
Alah, sorry yang. Ayg curi spotlight banyak sangat tadi, sampai abg x de chance nak bergambar. 😅
Patut pun suami aku selalu komplen aku tak pandai amik gambar. ;D Tengoklah gambar-gambar suami aku, semuanya tak semetri, senget benget kalau aku amik. HAhahahaha! Now, ak paham, apa maksud suami aku, bila dia cakap "ayang ni memang tak pandai amik gambar ea?" ;D

Masa time aku bergambar, cantikkkkk je kejadian Colmar Tropicale tu, berdiri kukuh gagah perkasa kat belakang aku. 

Time suami aku punya turn bergambau, tiba-tiba, ehhhh... Colmar Tropicale ni dah condong ke kiri, nak runtuh dah? ;D Adoiiii... nak tergelak aku tengok hasil kreativiti tangan aku.

Bila suami aku komplen aku tak pandai amik gambar, aku denied!! ;'D
Aku prefer to called it ART! Hahahaha!! ;D
Dahlah aku tak pandai amik gambar, tambah pulak pakej orang belakang photobomb = kesian suami aku... ;D
Okay, now we know, bukan suami aku tak pandai posing. Aku yang tak pandai amik gambau dia. ;'D
Ampun ye sayang! 
Okay. cukup-cukuplah posing kat jambatan gantung ni. Kita jalan masuk ke dalam pulak. Tak sabar nak explore yang di dalam tu kalau luar dah cantik macam ni. 😍

By the way, jambatan ni macam jambatan castle raja-raja yang boleh tutup bukak, and tergantung tu. Haaa, nice kan?

Pemandangan dari atas jambatan. Bawah jambatan ni sebelah kiri (kalau arah nak masuk) belah kanan (kalau arah nak keluar), ada kolam dan Swans. 
Tambah pulak ada rumput menghijau as landskap tu. Cantik bangat sih! 😍😍
Nampak tak bangunan kat depan tu? Ha itulah, tempat parking kereta. Tak jauh mana pun nak menapak ke sini. 
Gambar ni, kat belah kanan pintu masuk ke Colmar Tropicale. Masih di atas jambatan  
Yang ni pulak, kat belah kiri pintu masuk Colmar. Still, atas jambatan.
Baru jalan sikit, nak menapak masuk, kitorang dah terjumpa background secantik ni. Ape lagi? Bergambarlah!
Cantik background ni mana boleh buat tak nampak aje. Rugi!
Oh, actually bangunan yang cantik ni hotel yang ada kat Colmar Tropicale tau.

Kitorang balik hari je, tak menginap kat sini.
Actually, kalau nak menginap boleh aje.

Cuma aku tak suka bayar mahal just untuk dapat bilik yang simple dan persekitaran yang tak ada aktiviti or tempat yang cantik untuk aku jalan dan lepak.

By the way, pemandangan waktu malam kat Colmar ni memang cantik. Sebab berlampu-lampu.
And yet, bape lama pun ko nak tenung lampu tu?
Sudahnya mata ki tutup jugak untuk tidur. 😁😅

Rate hotel kat sini, per night = RM200-500.
Bilik yang simple, tapi mahal dek kerana kecantikan Colmar ni.

Okay, gambar ni nampak okaylah... tak delah runtuh teruk Colmar ni kan? ;P
Kasi chance, suami aku bergambar puas-puas, sementara aku tengah 'pandai' amik gambau ni.
I cant decide which photo to put up, so just put both. 😛
Ha, itu time suami ak jadi model.
Aku?? 
Jap, jap. Ready jap! 😝
Okay. action! 💃
Pandang depan....
Toleh kanan...
Senyum sikit. 
Tak puas hati gambar separuh. kita request gambar penuh! 
Nampak effect kurus di situ...
Alahai kak, kenapa photobomb gambar saya...? 😭😭
Nampak macam kembar tak serupa... ;'D
Taraaaa... kitorang baruuu jejak masuk ke dalam ha. Banyak betul halangan kat depan pintu masuk tadi. 😋
Okay, jom jom masuk, kita tengok apa yang best kat dalam Colmar ni pulak.
Ni kat Malaysia ke, luar negara? 🤔🤔🤔
Really, in love with this picture! <3
And this too! <3
Nak post gambar ni banyak-banyak! 😛😛
Enjoy, LIFE AS IT IS! <3
Yang beza kat gambau ni dan atas tadi, hanyalah effect cahaya kat aku. Sebab tu, setiap gambau actually memanglahh tak sama. 
Banyak sangat gambau kitorang, ha ni jom cuci mata tengok arhitecture bangunan yang ada kat Colmar Tropicale ni pulak. ;)

Hotel? Aku tak sure... sebab tak masuk dalam, dok luar je.
Simple, yet elegance!
Okay, aku memang tak pandaiiii amik gambar! 😭😭
Kiosk jual aiskrim dan kedai cenderamata. Harga gift agak pricey.
Sebelah kedai gift tu, restoran.
Ada Foutain, kedai gambar dan another cafe. Tapi makanan kat sini semuanya French based lah. 
Kalau bawak anak-anak, memang confirm kena beli mainan ni semua. Harga mahal pun tak boleh nak elak, sebab dah terang-terang dia tunjuk mainan macam ni ha. 
See, tak ramai orang masuk makan kat restoran-restoran kat sini, sebab harga tak masuk akal. Pizza pun dah almost RM50-70 gitu, kalau pasta-pasta pun dalam RM20-40 if i'm not mistaken.
Clock Tower. 
Us! Rasa happy gilos kat sini. ;D
Just two hearts filled with LOVE. <3


Okay, jom kita jalan, tengok apa yang ada kat belakang tu pulak. 
Baru jalan sikit, kejap-kejap suami panggil, suruh posing sana, posing sini. Jadinya, perjalanan kita menuju ke clock tower tu terhenti-henti. So, kita posing gaya cacat kaki camni. ;'D
Selagi suami kita nak amik gambar kita, kita layannnn, jangan tak layan! Beruntung aku sebab suami aku rajin nak amik gambar aku, ada setengah jenis suami, tak ada hati nak melayan isteri bergambau. Amik gambau isteri, apetah lagi. Kan?


Pipi tengah kembang semangkok masa ni. Peha apatah lagi. 😅
Jangan terpedaya dengan gambar, silang kaki sebenarnya sebab nak sembunyi peha besau gajah. Kasut tu, kasut kerja actually. 😂
Dah kata terus gerak lepas keje, haaa mmg terlupa pack kasutlah cite dia. Bawak pun, selipar jamban aje. 😅
Aku suka effect gambar dua yang kat bawah ni, it's like suami aku tengah pandang aku, dan aku pulak tengah shy-shy gitu. Ahaks!



Sambung lagi... 

One for the fountain. Actually tak nak bergambar kat sini, tapi suami aku suruh jugak posing. 
Aku yang menurut perintah... 😁

Suami aku ni, dia suka amik gambau aku. Tapi dia tak berapa suka nak bergambau sangat. Ada pun, ikut mood. Tapi, kalau ajak die bergambau, dia okay je! 😘


Bilalahhh nak sampai ke clock tower tu! 😢😅
Banyak sangat iklan gambaunya. 😂
Iklan lagi!! Actually tempat ni, located kat sebelah pentas kecik yang ada dekat depan area fountain. Pentas kecik tu ada show untuk small circus act etc... ari tu kitorg dptlah tgk show tu skit. 
Tempat ni memang tersorok. Tak ada orang pun yang datang bergambar kat sini, kecuali aku laki bini. 
Rugi siapa tak bergambar kat area ni, sebab senibina tangga dengan ruang bawah tu sangatlah cantik! 

Background tu pun cantik! 😍
Gilir-gilirlah jadi, model... ready! 

Action!

Aku teringin gak nak panjat-panjat macam ni, tapi takut jadi Humpty Dumpty had a great fall... 😅😛
Ni yang ak cakap, senibina tangga dia sangatlah cantik! Terus mood nak menggedik kat tangga sampai. 😅
Blouse aku ni flowy so aku terus rasa nak jadi Cinderella yang tengah berlari sampai tertinggal kasut kaca. 😂😛
Makanya bermulalah cerita...









Apa? Tak nampak macam Cinderella??! 
Tak boleh jadi ni! Kita mula balik semula!






Haha, nasib koranglahhh, layan gila aku. 😛
Ingat tak penat ke posing macam tu?
Kejap turun, kejap naik..
Hey, nasibbb aku suka.
Kalau tak, mau berangin dibuatnya. 😅
Putera raja dah penat layan Cinderella bergambau. 



Ni lagi satu! Port baikk untuk beraksi as an XL model! 😝




Aku model size XL, suami aku size M. Ada sape2 nak hire kitorang jadi model sementara? 😂
Bermodalkan pandang kanan,

Pandang depan...
Jenguk lampu...

Toleh kiri balik..
And senyum! ;D
One for us sebelum naik ke atas balik. 
<3 lLHANIS <3
Heaven, bergambar kat tempat yang tak ada orang ni. terasa dunia kau yang punya. 👍


Penat tengok gambau banyak sangat?
Well, aku lagi penat bergambau.

Tapi datang tempat cantik ni sekali je, mestilah kena amik gambar banyak2.

Nak repeat lagi entah bila.

Eh, ada pavillionlah! 
Posinglah, macam tak tau pulak. 
Ha, jarang nampak suami aku senyum gini depan kamera. 😁
Cak! 
Okay, buruk rupa aku buat duckface gitu! 😅
Mood baik, bergambar lagilah. 




Akhirnyaaaaa, naik jugak kaki ke clock tower ni.
Ada lif nak naik atas ni, tapi tekan2 its like tak function at all.

Jadi, kita menapaklah, panjat tangga! Semput weiii...

Tangga tu space kecik aje,, ao kalau bergambar kat tangga, memang muka ko jadi badang tetiba. 😬
Pipi kalah pau masa ni... :(



Selagi boleh, amiklah gambau... hahaha

Kalau mampu, naiklah sampai atas menara jam ni. 
Tapi, pandai2lah korang berebut dengan pelancong-pelancong yang ada ye. Sebab atas ni, boleh tahan ramai orang bersidai. Terasalah angin sejuk jugak kat atas ni.



Nasibbb ada angin. Berpeluh ni! Btw, cuaca kat Colmar ni tak sejuk pun. Biasa2 je. Cuma bila naik, kat atas menara jam ni, terasa sikitlah angin dingin dia. 
Kalau waktu malam, bila diorangI nyalakan lampu yang sedia tergantung tu, akan terasa nak berdansa atas ni. Memang breathtaking! 
Nak pandang sayang, nampak macam pandang geram. 😅
Otw turun bawah balik.
Suami aku ni, tengah berjalan pun dia nak amik gambau. 😪
Okay. nampak plastik gambar kat tangan aku tu?
Masa sampai, awal2 kat jambatan tu mmg akan ada staff yang setia tunggu ko lalu depan dia, and paksa ko bergambau

Macam nak masuk Waterworld Afamosa konsep dia. Then dia cuci gambau tu.
Tapi belum sempat ko decide ko nak beli ke tak,
dia akan cakap "kalau tak nak, kami terpaksa buang gambar encik nI,"

Haaaa, tak naik geram ko dengau? sebab, orang baruuuu je sampai. Naklah pk bbaloi ke tak beli sebab dahlah ko jual RM50 utk sekeping gambar dengan template Colmar ko tu, beserta dua keychain dgn gambar yang sama.

Another reason, dah tentu arah. datang sini nak camwhore cukup2, so nak beli gambar while npon da penuh ngan gambar yang cantik, its like krik krik jap.

Tapi, sebab dia tak bg masa utk customer decide and pk rasionally, maka, kitorang beli jugaklah gambau tu! 😒😒😒

Benci tau! Tak suka paksa2 ni. So dari awal masuk, sampai sudah, aku jinjit plastik gambau tu ke merata tempat. 😒😒😒

Balik umah, simpan jelah gambau ni. Actually dalam wardrobe. Nanti ada umah sendiri, aku hang to the wall.

Okay habis cite pasal gambar ni.
Gambar tak buat kitorang sakit hati, tapi attitude staff kiosk gambar tu, buat kitorang berangin.  😒😤

Layanlah gambau lagi kat bawah.
Kalau rasa tak larat nak pandang, scroll down laju2 sampai bawah.






Setiap gambar tu, ada cerita yang tersendiri.
Penatlah nak fikir caption gambar, so aku tepek je.


Model selendang RM10.
Model kasut Sembonia. Huhuhu


Berakhirlah... lawatan kitorang ke Colmar ni.
Lepas ni, nak gerak cari Japanease Village pulak.
Yang bestnya, kat sini tenang... dan cantik cantik cantik...


Dua gambar atas ni, kitorang minta tolong staff kiosk gambar tu ambikkan.
Dah korang paksa aku beli, ha hambik gambau kitorang.
Ingat, amik cantik-cantik tau! 😜

Maka terhasillah potret-potret ini. Nasib baik bombastik. 😁
Orait cukuplah dua ni. 💖
Sebelum ke japanese village, ha moh le kita jumpa swan lake ni dulu.😉
Swan yang dekat kolam bawah jambatan pintu masuk tu, ada empat ekor.
Dua warna hitam, dua lagi warna putih.



Cubaan untuk membelai Swan lake oleh suami aku. 😆

Ingat swan-swan ni jinak leee, sekali garang daaa! Dia dah gigit tangan suami aku tau! 😅
Mesti suami aku dah termaki swan ni tadi. Hahahaha
Bergambar dari jauh je la nampaknya. 😆
Aku, memang sukaaaaa sangat dengan swan! Rasa macam nak bela satu kat umah! 😂
Okay, kita cubalah beramah mesra dengan swan ni ye.

Time  swan ni jauh gini, beranilah aku duduk mendekat...

Posing sambil senyum, senyum, kenyit mata sikit... 😆😜

Sekali dia datang dekatttttt, bingkas aku bangun nak larikkkk! Hahaha, abaikan ekpressi muka yang buruk tu. Tu sebab tengah terkejut swan tiba-tiba meluru datang, takut kena gigit! 😅

Ohhh, berani kau ye swan! Nakk gigit aku ea...
Tak dapattttt, buekkk! 😝😁

Okay, dia datang balik. Jom le kita diri! 😂
Tengah fikir camne nak main ngan swan ni. 😒
Trylah hulur-hulur jari. Rasanya kalau kena gigit pun mesti tak berapa sakit kan? Haha, acah-acah berani je aku ni. 😂

Swan tak heran dengan aku. Hahaha
One, again before we left, and heading to Japanease Village.
Oh, Japanease village bukan dalam bangunan Colmar ye, kena naik atas sikit rasanya, but not a walking distance. Kena pakai kereta. Tapi, kalau nak senaman kaki, boleh ajer...
Tinggal kau larat ke tak ajelah labu.

Sesampai kat parking kereta, agak mengeluh bila tengok kena naik tangga setinggi ini ye. 😣😪
Fuhhh, kussss semangat! Penat! 😓
Pastuuuuu, ingatkan habis panjat anak tangga, jumpalah jalan rata. Eh takkkk, dah nama pun bukit tinggi, memang kau kena panjat tinggi-tinggi ajer leee... 😭😭😭
Senyum kepenatan, tengah cuba positifkan fikiran. Haha!
Kalau ikut rasa hati ni, memang nak suruh suami aku dukung sampai atas tau! Ggrr! 
Penat oi, maklumlah badan boleh tahan besau tong masa ni. 😂😁

Sampai atas ni, kat entrance Japanease Village ni, ada jual macam air, takoyaki tak silap aku. Aku nak air, air AIRRRRR Hausssss! 😂😪
Moh le kita masuk dalam Japanease Village ni.
Cakkk! Hhaha, layanlah sewel aku.



















































































Nak masuk ke Kampung jepun ni, kau kena menapak, menapak, memanjat dan mendaki lagi. Hahaha, adui ai. Betul cabar kesabaran dan stamina.
Muka tengah menahan penat dan geram. Tapi semua tu hilang bila disajikan dengan pandangan sebijik macam tengah hidup kat dalam kampung JEPUN! Bunga sakura je tak ada dalam ni.
Memang nice sangat konsep dan landskap dalam taman ni tau. Kalaulah boleh buat sebijik rumah, dengan landskap macam ni, alangkah HEAVENNya hidup! Bangun pagi, tengok pokok bunga, main dengan ikan koi. Huhhhh, indah sungguh rasa! 😌😍😍💓

Kan aku dah cakap, bertingkat-tingkat wei!

Rumah JEPUN! 💓
Anak tangga yang comel! Fefeling jadik anak orang kaya yang duduk dalam taman nan indah.

Kat dalam rumah JEPUN ni, kau boleh sewa KIMONO untuk bergambar. Simple aje rumah dia, macam rumah orang JEPUNlah. Diorang kan mana ada pakai perabot macam kita. Basically rumah diorang cuma lantai dan karpet. Minimalis!
Masa aku sampai ni, tak ramai orang dalam rumah JEPUN ni. Aku pun macam berbelah bagi, nak sewa KIMONO ke idok?
Fikir balik, cam tak yah je. Sebab it is just a KIMONO. Rental price aku tak berapa ingatlah, maybe around RM20-50 rasanya.

Pastu terjumpalah minah-minah ni bergambar dengan kimono.  Eh, rasa macam naklah pulak!
Tapiiii, bila aku nak sewa tu, sekali serombongan tourist sampai membanjiri kawasan rumah jepun ni, dan aku terpaksalah matikan niat. Huhu...

Tak dak rezeki, dan aku malas nak beratur menunggu lama.
Kalau aku nak, next time aku datang lagi.
Susah sangat, beli je KIMONO sepasang, ha pakailah puas-puas kat rumah sendiri. 😁😜


Kolam ikan koi, sangatlah cantik!
Panjatlah bebatuan, dan posing kat sini tanpa KIMONO. 😀

Alahai kurus sungguh suami aku masa ni. Almaklum, lepas dia demam, sambung sakit gigi and ulser dalam dua minggu lebih tak boleh makan sebab sakit. Jadi la ghope gini. Aku plak dah macam badak gemuk sorang-sorang. 😔😣😣


Tengok tu, memang ramai bhai kat kawasan rumah. Wa tak tipu sama lu. 
Aku tak tahu apa function rumah ni, tapi kitorang manfaatkan dengan bergambar. Hehe

Ada SPA siap dalam ni. Tapi aku tak cuba masuk, tak tahulah betul beroperasi atau tak.

Ada sebiji rumah lagi kat dalam ni tapi berkunci. Mangga siap! Aku tak tahu ni rumah rekaan untuk tunjuk pada tourist yang datang, atau betul homestay untuk tetamu menginap. Tapi either way, memang tak nampak macam rumah ni beroperasi. Rasa sayang sangat tak dapat masuk tengok interior deco dia. Baru nak merasa jadi japanease.
Dah penatttt...
Tapi suami suruh bergambar lagi. Jadi, kita senyummm! 😁

Happy face! 💕💋

Sebelum balik, kitorang bergambar dekat sini. Depan entrance rumah Jepun.


Siap ada batu-batuan lagi, untuk kolam ikan koi dalam rumah jepun ni. Konsep macam air terjun. Soooo nice!






Conclusionnya, itu sajalah yang kitorang buat dekat Colmar Tropicale. Bergambar tak ingat dunia! Balik, kitorang terus pergi Megamall, semata-mata nak makan Mickey's New York Pizza sekali lagi. hehe
Serius sedap, dan besar pizza ni. U should try if you haven't.

Bianco, kalau tak silap akulah. Flavor ni rasa cheese.

 Okay, maka dengan ini tamatlah kisah aku berjalan di Colmar Tropicale. Next?
Aku nak update travelog percutian check in check out hotel pulak.


Salam sayang,
Anis Ashikali. 😘