Friday 28 June 2019

AKHIRNYA, AKU BERGELAR SEORANG PENULIS NOVEL!



Assalamualaikum...
Dear readers, kali ni sebelum aku update pasal rumah dan anak,
aku nak tulis simple update tentang baby pertama aku, IMPIAN KASIH.

Well, aku ni memang suka membaca. Inherit hobi ayah aku.
Sejak umur 13 tahun, aku suka sangat baca novel.
Masa tu sekolah lagi, tak mampu nak beli novel sebab duit belanja sekolah digunakan untuk Topup fon! Hahaha, well nak contact ngan mattahair kan? 😆😃

So, mana aku dapat bekalan novel? Daripada kawan lelaki aku, Rafudin Khalil.
Kakak dia banyak novel, sangat banyak! Dan dia cakap, kakak dia selalu beli banyak-banyak, tapi tak baca pun. So, dia pun dengan beraninya, bagi aku pinjam novel-novel yang baru dibeli tu, mostly yang plastiknya tak dibuka lagi pun!

Gila wei! Berani gila si Rafi ni, aku pulak yang rasa serba salah.
Sebab aku minta pinjam novel yang akak dia dah bukak dan baca,  bukan yang baru beli.
Tapi dia yakin-yakin kata tak apa, aku pun baca jelah...
Sebab nanti kalau kakak dia marah, bukan aku tapi si Rafi yang kena. Haha!

Aku jaga betul wei novel orang. Sebab aku jenis, tak suka orang pinjam novel aku kalau aku beli novel. Hahaha, nampak aku punya kedekut? Sayang gila ngan novel-novel aku.

Pastu, novel pertama yang aku beli as koleksi, karya LEEYA MYRA, MENCARI CINTA.

Aku suka sangat dengan jalan cerita ni sebab jalan ceritanya terasa lebih kurang sama dengan kisah cinta aku. Mungkin sebab heronya nama ILHAM? Sama nama dengan mattahair aku masa tu. 😂

Andddd, aku rasa akulah watak ANNESSA dalam cerita tu.
Nama pun Anis kan? Dari sinilah aku dpt nickname aku, ANN.
Hah! Lagi satu, sebab FARIZ dalam cerita tu!
FARIZ tu nama salah sorang kawan baik merangkap lelaki yang pernah menyandang gelaran as boyfriend aku juga dulu. 😂😂😂

See? Kebetulan sungguh? I dont think soo. 😆😅
Novel ni murah RM14 je, sebab tu aku mampu beli.
Start dari situ, aku kumpul duit sikit-sikit, ada je duit aku beli novel, jadikan koleksi.
Puas hati beb, ada koleksi novel sendiri...

Aku kalau layan novel, tebal macam mana pun, sehari boleh habiskan.
Satu hari berkurung dalam bilik, meniarap, telentang, tertonggeng, duduk, semuanyalah! Haha,
tak ingat makan, minum. Kuar bilik untuk buang air je, pastu layan novel balik, berjaga sampai jam 3-4 pagi hanya untuk habiskan bacaan, itu normal beb!

Then, bakal abg ipar aku masa tu, (abg ipar ak skrg) janji, kalau aku dpt 8A PMR, aku boleh tuntut hadiah ngan dia. Mak aku pun beriya paksa aku score 8A's sebab aku terpilih masuk program elit sekolah, malu kalau tak score.
Lagi hebat, tekanan bila mak aku ugut kalau tak score 8A's PMR, aku kena pindah sekolah.

Gila kau nak pindah sekolah? Benda paling aku benci! Sebab? Mattahair aku (suami aku skrg) satu skola ngan aku, bercinta dari form1, tiba-tiba nak kene pindah? Kerja gila! Tak nak aku! Kang mula episod terpisah bagai, oh no!! Aku tak sanggup. 😭😭

So, aku pulunlah study. Tak dapat 8A's tapi aku dapat 7A's 1B. Hey, oklah tu kan?
Not badlah! Tak sia-sia usaha dan cinta aku, hahahaha! So, mak aku tak boleh nak pindahkan aku ke skolah lain, sebab result aku membanggakan dia. Wakaka! I win, I win!! 😝😜

Then, aku mintak novel KASIH ANTARA KITA, KARYA ALEYA ANEESA as hadiah daripada abg ipar aku. Masa tu majoriti novel harga RM15-19.90. Sekarang ni aje harga novel start dari RM25-40.
Depend pada nama dan kualiti cerita tu kot.


Ni penulis kegemaran aku!
Novel yang aku beli semuanya novel yang Rafi pernah bagi aku pinjam baca.
Bila novel tu terlampau best, aku still nak jadikan as koleksi walaupun aku pernah baca ceritanya.
Itulah aku...

So, sejak Form 4, aku pasang angan-angan nak jadi penulis novel.
Aku mula menulis tanpa sebarang ilmu. Tulis ikut suka.
Sebab kadang bila baca novel yang kurang perkembangan scene, aku rasa macam aku boleh tulis lebih baik dari ni.

Tapi sebab dah masuk belajar kos computer science, otak sastera aku jadi karat dah.
And busy belajar, aku tak mampu nak menulis. Itulah serba sedikit sejarah dan asbab aku nak jadi PENULIS. Sebab, terlalu suka membaca. Suka berangan pun ye juga! 😂😂
Tahun 2014 kot macam tu, lepas kahwin, masa kerja at SUDONG, aku mula menaip IMPIAN KASIH sebab bosan PJJ dengan suami masa tu.

IMPIAN KASIH ni siap taip 2015, hantar pada ALAF21,  dan aku publish pada web karangkraf sampai dah cecah 3k readers. 3K or 30K, aku lupa. Kena godak gambar balik as proof.
Tapi sebab ALAF21 punya proses penilaian sangatlah lambat, and macam dibuat acuh tak acuh je dengan penulis baru sedangkan few years back, ALAF21 asyik keluarkan novel yang entah hapa-hapa jalan ceritanya.

Jadi, aku berpaling pada KAKINOVEL.
Sekali KAKINOVEL bankrup daaa...
Tapi at the same time masa IMPIAN KASIH sedang dinilai di ALAF21, PENERBITAN LOVE NOVEL pm aku, nak IMPIAN KASIH. Tapi aku terpaksa tolak sbb tak boleh hantar satu manuskrip pada dua syarikat yang berlainan ketika manuskrip sedang dinilai oleh satu-satu penerbit.
ITU SYARAT WAJIB DAN PALING PENTING OKAY!

So, bila KAKINOVEL dah jadi gitu,
aku hantar pada LOVE NOVEL PUBLISHING/PUBLICATION.
Alhamdulillah, rezeki aku bersama mereka.
Rezeki aku untuk bergelar penulis akhirnya aku capai pada usia 25 Tahun!
Aku bangga dengan diri aku sendiri.

So, novel aku terbit sama dengan novel kak Aein Dhuyauddin!
Dia penulis hebat! Kejap-kejap keluar novel baru, aku pun pelik tak penat ke jari dan otak dia rangka cerita dan taip manuskrip setebal 300-500pages? 😂😂

Aku wanita bekerjaya, so... masa aku agak terhad untuk menulis.
Itu yang lambat sikit nak keluarkan buku berderet-deret.
Impian hati nak keluarkan setahun satu buku, tapi tak kesampaian deh.
Dek kekangan waktu dan hal-hal lain.

Jadi... inilah serba sikit cerita pasal NOVEL PERTAMA aku.
DWI NOVEMBER RAIN! Sedap namanya! 💖💗
As penulis baru, aku dijemput untuk TT session kat PWTC in DECEMBER 2017.
Best, pengalaman baru ni!

Hotel, travel expenses semua penerbit aku cover.
And aku berpeluang duduk berbual dengan otai-otai dalam bidang penulisan, dan aku autograph novel aku yang dibeli pembaca. Ya Allah, the best feeling ever!

Aku datang ekspo buku untuk autograph session.

Pakej aku, pakej ROCKSTAR beb! Dengan nama-nama penulis handalan.

Ha ni dia, aku pilih sesi 11AM-1PM. 💖
Backdrop Booth LOVENOVEL.
Aku dan kak Aein!





Aku dan kak Cici Aida! 💓

Dengan pembaca setia LOVENOVEL.
Ginilah sesi autograph yang berlangsung. Ingat senang nak autograph untuk orang lain? Kalau tak penting, tak ada siapa nak minta SIGN kau tau! 😁
Untuk IMPIAN KASIH, aku sediakan FREEGIFT BOOKMARKS yang cantik ni. 😍

Lepas turun dari Cameron, aku terus singgah office lovenovel untuk amik stock novel aku dan sign agreement terbit novel.

Yang ni hadiah from Farah Adam, kawan skolah yang COD novel ngan aku. Tq Farah! 😘😘





Ada pembaca yang COD novel dengan aku, hadiahkan aku macam-macam. Baik sungguh diorang! Ni from AYU ZAINAL. Tq AYU! 😘😘

Nana, ralit baca sinopsis novel aku.
Banyak lagi review yang pembaca bagi, semuanya rate IMPIAN KASIH best.
Alhamdulilllah... syukur! Parents aku kemain bangga dengan karya aku.
Kakak aku pun, dengar cerita dia menangis baca novel aku. Ahaks! 😂😂

Sampailah la ni... ayah aku asyik tanya aku je, tak tulis cerita baru ke?
Bila buku baru nak keluar? Buku baru cerita pasal apa?
Haaa tu diaaa! Aku yang naik segan nak jawab aih! 😅😅

Btw, aku dah siap tukang manuskrip kedua, LARA CINTAMU.
Aku hantar untuk penilaian LOVENOVEL dalam 25-28 May 2019 macam tu, dan penilaian amik masa 3 bulan. So, sila bertabahlah ye.

InsyaAllah, harap-harap buku kedua aku terbit tahun ni juga.
Yang nak beli IMPIAN KASIH, bolehlah PM PENERBITAN LOVENOVEL.


Okay itu saja aku nak update pasal IMPIAN KASIH!

Salam sayang, 
Anis Ashikali. 😘

Monday 24 June 2019

SNOOZE 2, CAMERON HIGHLANDS!


Assalamualaikum.
Musim durian ni, sedapnya kalau dapat pekena musang king atau udang merah kan?
Nyumsss! Actually, aku tak berapa sihat. Musim durian ni, memang aku bantai durian aje kejenya.

Plus nak banyakkan susu badan, aku minum air mata kucing pulak. Dah berlawan-lawan panas dalam badan ni. 😅 

Okay, tak yah bebel banyaklah pasal aku.
Terus ke main point, aku nak update hotel yang paling last untuk percutian CHECK IN CHECK OUT aku ni.

Hari tu, aku check in kat HOTEL KAMILIA, PENANG.
Lepas tu, check in kat M ROOF, IPOH.
La ni, aku last check in dekat SNOOZE TOO, CAMERON.

Trip ni merupakan vacations jenis CHECK IN,CHECK OUT hotel.
Dan, juga JALAN_JALAN CARI MAKAN.
Kalau nak baca kisah sebelum-sebelum ni, silalahhhh ke blog archieve aku.

Penat dah nak cakap banyak kali. Atau, boleh klik older post di akhir post ni nanti.
Zaman dah maju, teknologi dah canggih pandai-pandailah korang godak ea.

Okay, lepas beli Limau Bali kat Tambun, and Drive Thru MCD, kitorang shoot terus, balik kampung.
Kenapa aku kata Cameron ni kampung aku laki bini walhal kitorang anak jati Melaka?
Sebab CAMERON ni dah macam belakang rumah je gamaknya.

Bosan-bosan, naik je CAMERON. Haaa, gitu!
Trip ke CAMERON and discover tempat cantik-cantik pun dah banyak aku upload kat blog ni.
GODAK kalau nak baca, jangan malas!
Tak kan semua aku nak suap? 😝

Anyway, thank you so much pada yang sudi singgah dan menaikkan pageviews blog aku ni.
Okay, nak cite dah ni.
Post yang ni, aku tak banyak amik gambar sebab dah selalu sangat pergi Cameron.
Yang luar biasa, hotel ni aje kali ni.

Sebab? Aku dah lama nak inap kat hotel ni sejak dulu kala, but asyik penuh je.
This time, rezeki aku. Dapat jugak tido kat hotel ni.

On the way naik, entah kenapa lately aku kerap rasa pening.
And pening dia jenis, kalau aku kemam jeruk je boleh lega sikit.
 Tapi tak adalah sampai tahap tak boleh bangun.

Sampai je kat atas ni, kitorang check in dulu.
Then malam, kitorang ke pasar malam BRINCHANG yang dulunya ada kat BRINCHANG, dah bertapak ke GOLDEN HILL. 

So lepas ni, siapa nak pergi pasar malam, sila ke GOLDEN HILL ye.
Kat situ ada apartment baru untuk menampung jumlah pelancong yang naik ke cameron ni.
Tiap kali cuti, MESTI SESAK! Adoi... pening deh!
Drastik sangat pembangunan kat sini, orang makin ramai sampai jadi tak berapa sejuk kecuali time hujan.

Kenapa aku suka hotel ni?
Sebab DECO dia, modern dan cantik, minimalis pada aku yet ada touch of vintage.
Hotel ni betul-betul kat tapak pasar malam BRINCHANG yang lama.
 
View depan.

Bahagian reception hotel. Belakang tu macam tempat melepak, kira lobi hotellah.

Beverages and few necessities kot korang nak beli.
Lepas check in, naik ke bilik melalui pintu kaca yang ada security sistem ni. Hotel ni memang jaga penghuni dia, orang yang x ada kunci tak boleh masuk at all.
Koridor nak ke bilik-bilik hotel.
Ruang dekat koridor, untuk melepak, makan, berborak suka hati kaulah nak buat apa pun.
Ada mini kitchen, gunalah apa kau nak.
Tak ingat yang ni pintu bilik kitorang atau orang lain. 😅 Aku just nak tunjuk view pintu tu je.
Masuk je, beginilah keadaan bilik kitorang.
Katil atas platform.
Belah kiri katil ada toilet.
Bersih!

Shower, nasib baik siap ada air panas. Kalau tidakkk... ya Allah, seram aku nak mandi. Air dia, sumpah SEJUK NAMATEYYYYY WEIIIII! Masa kitorang datang kali ni, cuaca agak sejuk sebab hujan. Kau bayangkanlah air dia sejuk tahap mana. 😅
Bila bukak lampu, nampak berseri sikit bilik ni.


Yang ni contoh bilik aku.
Simple, yet modern kan?

Tapi satu je aku tak suka. Bilik ni, kalau kau bukak pintu toilet cenggini and lepak atas katil, macam ada bau hapak. I dont know tu bau tandas ke apa, tapi tandas dia bersih!

Mungkin bau sejuk, atau udara yang terperap dalam tu. Aku notice bau tu hilang dan berkurang bila aku tutup pintu toilet ni.

Overall, aku puas hati.
Movie pun best dan banyak.
Malam tu kitorang beli makanan kat pasar malam golden hill, makan atas katil, lepak layan movie the green scarf and tidur!

Esoknya, aku kena bangun awal, nak ke Ladang teh Sg. Palas again untuk makan kek hantu nasi lemak cheese cake. Pasal KEK sedap ni, aku ada upload kat post NI

Lepas tu, kitorang gerak ke Ampang KL, aku nak tandatangan perjanjian terbit novel dengan LOVE NOVEL ENTERPRISE.
BTW, I'm finally a NOVELIST! Yeay!! 

Impian tercapai!
Okay, aku tunjuk dulu harga bilik yang aku booked thru agoda ni.



Tarikh tak sama kan? Haha, sebab aku ada buat pemindahan tarikh untuk check in kat sini.
Sebab, 3-4 DEC aku kat PENANG.
4-5 DEC aku kat MROOF IPOH.
5-6 DEC baru aku naik CAMERON ni.

Aku nak tunjuk harga bilik semalam aje, affordable kan?

Aku tunjuk bilik-bilik lain, ihsan google ea?



Banyak lagi, tak larat nak search!
Korang cari sendiri. Tapi bilik-bilik lain besar sesuai untuk yang datang ramai.
Macam aku laki bini aje, dapatlah bilik double room tu.

Owh cuma satu je masalah hotel ni.
DINDING DIA SANGAT NIPIS!
Boleh dengar orang sebelah kentut! Wakakaka! 😆😆😆

Soooo, kalau nak 18sx tu, sila tutup mulut! 
Kalau tak buat malu jeeee! 😆😆😅

Ni aku tempek gambar lobi dia dari arah belakang. Google punya ni.


Okay, itu aje... sebenarnya, masa naik ke CAMERON ni, esoknya tu aku rasa letihhh sgt.
Mcm x bmaya nak jalan, tapi kuatkan semangat aje.
BTW, sejak dua tiga menjak since NOVEMBER 2017, pinggang aku rasa sakit manjang.
Macam nak patah aje.
 Tak tahu kenapa...

Sebelum balik cam biasa, kitorang singgah KEA FARM, beli makanan.
So... berakhirlah percutian pendek kitorang ni ha.
Tahun 2017 ni rupanya tahun terakhir aku berjalan, sebelum kaki aku kena gam, kena ikat selama dua tahun!

Nak tahu kenapa?
Tunggu next updatelah ea! 😉
Penat dah aku marathon update blog ni.

Nak taip manuskrip ketiga pun, mood kelaut.
Sebab rasa cam nak rehatkan otak jap. Bagi chancelah, penat kot siapkan 4++, pages manuskrip untuk novel kedua aku tu. 😓😓😓

Okay, jom layan video! Penutup vacations kitorang.
Tunggu dua tahun nanti, baru kitorang dapat jalan semula.
Wakakaka! 

Nanti, aku nak update pasal rumah pulak, dan satu entry special untuk MAWAR ERINA. 💗😘😘

So, enjoy!


Salam sayang,
Anis Ashikali. 😘