Monday 17 February 2020

...PERJALANAN PENYUSUAN MAWAR ERINA...



 Assalamualaikum sayang Ibu...
Alhamdulillah, Ibu dah berjaya update semua cerita pengalaman Ibu mengandungkan Mawar di blog kesayangan Ibu ni.

Sesuai dengan namanya, MEMORY LANE.
Ibu ceritakan semuanya yang penting-penting di sini sebagai kenang-kenangan kita bersama.

Kali ini sayang, Ibu nak ceritakan kisah penyusuan Mawar bersama Ibu sejak Mawar lahir, sehinggalah cerita ini ditulis pada umur Mawar berusia 1 Tahun 2 Bulan.

Anak ibu, maafkan Ibu sayang.
Ibu jahil suatu ketika dulu tentang bab penyusuan Ibu, sedangkan itulah aspek paling penting selepas melahirkan.

Ibu terlalu sibuk memikirkan dan mengamalkan semua petua untuk permudahkan jalan bersalin dan melahirkan, hingga Ibu terlupa untuk ambil tahu bab penyusuan buat anak Ibu.

Ibu memang niat dan nak susukan anak Ibu dengan susu badan sehingga usia anak Ibu dua tahun.
Ibu kalau boleh tak nak campur langsung dengan susu formula.
Ibu ingat, bila mengandung dan bersalin, automatik susu badan akan ada untuk anak Ibu minum.

Jadi, Ibu tak beli pam susu awal-awal, walaupun Mama Mawar dah bebelkan Ibu suruh beli-beli, dan beli pam susu. Masa tu, Ibu ada survey-survey pam susu, tapi semuanya mahal-mahal.
Jenama pam PIGEON macam MAMA guna yang Ibu nak, dah tak ada di kedai baby.

Sebabkan hal remeh ni, Ibu ambil remeh tentang pam susu, nak-nak lagi bila uncle Arep dah cakap, dia dah belikan pam susu sebagai hadiah untuk Ibu. Jadi, Ibu rasa tak payahlah Ibu beli pam lagi, guna hadiah yang uncle Arep bagi je tu nanti.

Nak dijadikan cerita, Lepas lahirkan Mawar, Ibu rasa sangat-sangat tak selesa sebab tak mandi lagi dan sebagainya. Bila nurse datang bawa Mawar untuk Ibu susukan, Ibu rasa kekok sangat.
Ibu pegang Mawar, Ibu cuba susukan Mawar. Tapi masa tu, aerola Ibu banyak kulit kering yang dah terkopek-kopek, faktor mengandung dan melahirkan.

Tup-tup bila nurse datang nak Ibu susukan Mawar, Ibu rasa tak bersih nak bagi anak Ibu minum direct dari Ibu, masa tu. Tambah-tambah lagi, Ibu tak ada ilmu langsung macam mana nak susukan Mawar. Jadinya masa tu, Ibu cakap pada nurse tolong bagi Mawar susu formula dulu, nanti lepas dah bersihkan diri semua, Ibu nak Mawar, Ibu nak susukan Mawar.

Allahhhh, itulah kesilapan Ibu yang paling bodoh pernah Ibu buat seumur hidup Ibu sayang.
Maafkan Ibu, Maafkan Ibu, Maafkan Ibu, anakku. 😢😖😭😭😭😭
Sepatutnya, masa tulah, Ibu gunakan untuk beri Mawar susu Ibu secukupnya.
Tapi itulah, akibat kebodohan Ibu yang nyata, Mawar tak dapat rasa minum susu Ibu sejak hari Mawar hidup di dunia ni nak.

Maafkan Ibu sayang, Ibu khilaf. Ibu tak sempurna.
Sampai saat cerita ini ditulis pun, Ibu sebakkkkk sangat bila teringat betapa bodohnya keputusan yang Ibu buat dulu. 😭😭😭😭

Lepas bersalin, Ibu masih rasa pening sangat sebab Ibu banyak sedut gas penahan sakit tu.
Sampai di wad, Ibu sempat rehatkan diri sekejap je, tak sempat tidur pun sayang.
Sebab, keluarga dan kawan-kawan tak putus-putus datang ziarah.

Ibu request pada nurse, nak anak Ibu.
Kali pertama Nurse tolak Mawar masuk jumpa Ibu, Ibu dapat pegang, belai, dan cium Mawar, Ibu rasa sangat indah! Kasih sayang dan cinta Ibu buat Mawar Erina, membuak-buak tau.

Masa Mawar baru lahir, dahi Mawar penuh dengan anak rambut hitam, sampai ke kening.
Atok kata magic! Haha...
Itulah istimewanya anak Ibu.

Malam tu, lepas semua tetamu dah balik, masa untuk Ibu dan ayah berehat.
Ibu request dengan nurse nak tido dengan Mawar, Ibu nak susukan Mawar.
Tapi, nurse cakap kalau baby asyik ulang alik antara nursery dan wad, nanti baby sejuk, sebab dah malam.

Allahhhhh, itu pula yang nurse cakap.
Serba salah dibuatnya nak, dengan keinginan Ibu untuk susukan Mawar dan juga Mawar kesejukan ulang alik ke nursery.
Jadi, sebab takut Mawar kesejukan, Ibu sedapkan hati tak apalah sekali ni je Mawar jauh dengan Ibu.

Lepas ni, tak akan Ibu biarkan Mawar berjauhan dengan Ibu.
Dan Ibu akan bagi susu badan Ibu untuk Mawar sentiasa, hingga genap usia Mawar dua tahun.

Esoknya, Ibu dah boleh keluar wad, jadi kita anak beranak berangkat balik ke rumah sewa kita buat sementara waktu. Duduklah Ibu dalam kereta, sambil mengendong Mawar dalam pangkuan Ibu.
Jujur Ibu cakap, aneh sekali perasaan Ibu masa tu sayang.
Sebab biasanya Ibu berdua je dengan Ayah dalam kereta, sekarang dah bertiga. Huhu...
Kekok yang tak dapat Ibu gambarkan, tapi Ibu sedar yang anak yang Ibu kandung selama 9 Bulan dalam rahim, dah lahir ke dunia.

Alhamdulillah, syukur... Mawar selamat.
Yang kelakarnya, Mawar nak tahu satu cerita tak?
Ibu yang bersalin, Ibu yang sakit dijahit, Ayah yang demam sampai pengsan. 😆😆😆😅
Ibu yang sakit ni pulak kena jaga Ayah dan juga Mawar. 😆😅

Ayah cakap, hospital tu sejuk sangat, selimut kat depan panas, tapi belakang badan rasa sejuk.
Nak-nak lagi, Ayah memang letih ke sana sini uruskan Ibu dan Mawar.
Tapi nasib baik ayah demam tak lama.

Balik je kita ke rumah moyang, Ibu minta izin Abah dan Mama, untuk susukan Mawar dengan susu Mawar dulu sementara Ibu masih belum ada susu badan.
Ye sayang, hari kedua Mawar lahir ke dunia, susu pertama yang Mawar minum,
bukan susu Ibu, tapi susu Mama. 😭😭😢

Semoga murah rezeki Mama dan Abah sebab ikhlas dan sanggup susukan Mawar disaat Ibu betul-betul kesusahan. Jadi, sebabkan Mawar dah minum susu Mama sampai 3 kali kenyang, dan selama 2-3 hari, maka Mama jadi Ibu susuan Mawar.

Dan sebab itulah juga, Mawar dan Faiha merupakan adik beradik susuan, samalah dengan Abang Rizqi dan Kak Baby. Semuanya adik beradik susuan Mawar.
Kebetulan, bila Mama tengah mencari kerja semula, lepas berhenti di Oriental, (Mama Mawar seorang nurse, specialize dalam bahagian jantung).
Faiha pulak tak nak minum dalam botol susu.

Jadi, Ibu yang tengah berpantang di rumah nenek, susukan faiha juga, adalah sampai tiga kali kenyang. Jadi, itulah yang menguatkan lagi ikatan persaudaraan kita sesama keluarga sayang.
Jadi, Mawar kena ingat tau...

Andai kata, Ibu pergi dulu tanpa sempat berikan Mawar adik beradik sedarah, (anak Ibu dan Ayah),
Mawar kena ingat yang Mawar ada 3 orang adik beradik yang betul, Abang iki, Kak Baby, dan Faiha.
Ingat ye sayang.
Susah senang Mawar, selain Ibu dan Ayah, Mama dan Abah, Atuk dan Nenek, mereka ada bersama. InsyaAllah sayang.
Semoga kasih sayang ini kekal ke syurga. 💗💋

Okay, jom Ibu sambung cerita.
Hari kedua Mawar lahir (17 August 2018), Ibu dah minta nenek tolong belikan Ibu pam susu.
Nenek belikan Ibu pam jenama Autumz, dual electric pump (RM500 lebih).

Dengan eksitednya Ibu mula pam susu Mawar, dapatlah susu pertama yang kuning-kuning sangat baik untuk Mawar tu, dipanggil kolostrum. (Mawar boleh cari tahu apa maksud kolostrum di internet ye sayang. 💋)
Kolostrum merupakan imunisasi pertama bayi bagi memastikan tubuh mereka mampu untuk melawan penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak seperti cirit-birit, demam, radang paru-paru dan sebagainya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.Apakah manfaat lain kolostrum kepada bayi?
  1. Mengandungi banyak karbohidrat, protein, dan antibodi
  2. Mudah dicerna
  3. Memiliki efek laksatif
  4. Memiliki kandungan imun yang tinggi
  5. Melindungi saluran pencernaan bayi
  6. Mengandung sel darah putih (sel hidup)
  7. Mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Kaya dengan vitamin A)


Read more https://www.healthyvitagarden.com/apa-itu-kolostrum/

Saat ni, Mawar masih menyusu melalui botol susu, masih minum susu Mawar sebab Ibu sedang cuba hasilkan susu badan dengan teknik pam.
Kenapa Ibu tak susukan Mawar secara direct? Masa ni, Ibu tak ingat kenapa.
Tapi seingat Ibu, Ibu mula susukan Mawar secara direct dengan Ibu masa kita dah balik berpantang dekat rumah nenek, hari yang ke-4/5 Mawar dilahirkan, dan bila susu badan Ibu dah ada.

Bila susu Ibu mula ada, susu jadi terlampau banyak sampai Ibu kena bengkak susu.
Sakit sangat sayang, rasa macam nak pecah buah dada Ibu. Allah je yang tahu...
Tapi, untuk Mawar, apa saja selagi terdaya, Ibu usahakan.
Ibu kerap susukan Mawar guna botol sebab bila Mawar menyusu terus dengan Ibu, air susu Ibu banyak, jadi Mawar banyak kali tersedak susu.

Lagipun, bila Mawar minum susu Ibu, Ibu tak pasti sebanyak mana Mawar minum, kenyang atau tidak. Bila Mawar minum melalui botol, Ibu tahu berapa banyak susu yang Mawar boleh minum.
Walaupun nurse, nenek dan mama cakap, susukan je anak, bila anak dah kenyang dia sendiri tahu lepaskan. Tapi sebab Ibu kurang ilmu, dan takut hilang Mawar, Ibu jadi sangat berhati-hati bila nak susukan Mawar.

Hasil pam susu Ibu masa dalam pantang. Penuh botol nak, happy sangat Ibu.
Kenyang sampai tersenyum gembira anak Ibu dalam tidur, masih dalam hari lagi ni. 💓😍😘
Ibu nak Mawar kenyang, selesa, dan sihat.
Dan dek kerana breast Ibu sangat besar, penuh dengan susu, keinginan Ibu tu macam susah nak direalisasikan. Ibu pulak tak reti nak susukan Mawar sambil baring. Ibu tak seteror mama.
Walaupun dah berkali-kali Ibu cuba nak susukan Mawar sambil baring, supaya kita sama-sama selesa, tetap juga Ibu kalah. Sampai satu tahap, Ibu stress sampai menangis.

Masa tu, luka jahitan Ibu tak baik lagi. Sakit bila Ibu kena duduk lama, pam susu, susukan Mawar.
Bila Ibu cuba nak susukan sambil baring, semuanya tak menjadi.
Itulah yang buat Ibu rasa sedih sangat.
Ibu decide, biarlah Ibu sakit, tak selesa, janji anak Ibu cukup segalanya.

Banyak kes kematian bayi disebabkan tersedak susu, jadi Ibu tak nak amik risiko.
Ibu tak sanggup jadi pembunuh anak sendiri. Sebab tu, Mawar menyusu direct tak lama dengan Ibu.
Sampai usia Mawar 2 bulan saja sayang.
Dek kerana nipple confuse.
Ini pun salah satu khilaf Ibu yang besar, tapi apa yang Ibu buat semuanya untuk kebaikan anak Ibu.

Tak ada mak dalam dunia ni yang tak nak susukan anak secara terus sayang.
Tak ada. 😢😣😭
Tapi Ibu terpaksa buat macam ni demi nyawa anak Ibu, dan sebab Ibu nak mula bekerja lepas cuti bersalin tiga bulan nanti.
Ibu risau, kalau Mawar dah terbiasa menyusu dengan Ibu sampai tak nak minum susu melalui botol, macam mana Ibu nak kerja?

Ibu dan ayah dah beli rumah, Ibu perlu kerja untuk berikan semua yang terbaik untuk Mawar.
Bukan bermaksud Mawar minum susu Ibu dari botol, Ibu tak sayang Mawar.
Tak, bukan macam tu sayang.
Mawar minum SUSU IBU. 
Cuma gunakan puting botol saja, bukan puting Ibu. (Inilah juga cara Ibu pujuk diri sendiri supaya jangan sedih-sedih bila Ibu tak susukan Mawar secara terus.)

Mawar Erina, dan botol susu COMOTOMO tak boleh dipisahkan. 😆
Oleh kerana keputusan Ibu beri Mawar susu melalui botol ni, Ibu dilabel sebagai tak berhati perut, tak ada otak, tak kasihkan anak dan macam-macam lagi.
Tapi, Ibu sabarkan diri. Ibu pujuk hati Ibu, Ibu selalu minta maaf dan cakap dengan Mawar, semua yang Ibu buat untuk kebaikan Mawar.

Akhirnya terbukti, keputusan Ibu tak salah.
Bila Ibu dah naik bekerja, Ibu minta tolong nenek jagakan Mawar.
Jadi, sebab Mawar dah biasa minum dengan botol, tak jadi masalah untuk Ibu bekerja.
Ibu tak perlu rasa susah hati anak Ibu lapar, tak minum susu, menangis dan sebagainya.
Masa ni, nenek kemain puji Ibu.

Yang kesiannya, Faiha.
Sebab Mama dah biasa susukan Faiha secara direct feed, Faiha jadi tak biasa minum susu dari botol.
Faiha tak nak minum langsung, tambah pulak, mama dah mula kerja.
Jadi, kesian Faiha, lapar tapi tak minum susu, menangis tu jangan cakaplah.
Memang kesian Ibu tengok. 😢😢

Lihatlah sayang, ketahuilah anakku,
apa yang Ibu buat untuk Mawar, semuanya untuk kebaikan Mawar.
Bila Mawar berhenti terus, tak nak hisap susu dengan Ibu lagi, Ibu rasa sedihhh sangat.
Asalnya, Ibu hanya nak Mawar minum susu dari botol bila Ibu bekerja je.
Bila Ibu ada kat rumah, Mawar boleh teruskan menyusu dengan Ibu.

Tapi bila Mawar dah keliru, sedih tu Allah saja yang tahu nak.
Puas ibu pujuk hati Ibu ni. Mujur, Ibu sempat juga merasa pengalaman Mawar menyusu dengan Ibu.
Banyak video dan gambar Ibu ambil dan rekod tau. 
Semuanya ada dalam handphone atau di google photos Ibu.
Ibu nak upload kat blog ni tak boleh sayang, aurat. 😅

Niat Ibu nak susukan Mawar selama dua tahun, atau lebih.
Selagi Ibu mampu.

Tapi, dalam tempoh masa nak sampaikan ke usia setahun tu,
macam-macam ujian Ibu kena tempuh.
Pam susu banyak kali bertukar, hampir 5 pam dah Ibu guna.
Autumz, Halford, Youha, Pigeon, dan kali ni Autumz semula.

Pam pertama yang Ibu guna untuk Mawar. Banyak berjasa dalam awal-awal pantang. Tapi agak perlahan masa perahan dia.
Pam Halford ni yang Uncle Arep hadiahkan untuk Ibu. Nilah pam yang paling Ibu suka. Pam ni paling banyak berjasa untuk kita sampailah motor dia rosak sebab Ibu heavy user. 😆 Lepas dapat pam ni, Ibu tak pakai AUTUMNZ atas tu lagi dah.


Pam Youha ni mula-mulaje bagus, cepat, suction kuat. Lepas tu, dia buat Ibu bakau darah, sampai kena call warranty department untuk mengamuk dan Ibu dapat satu set yang baru. Tu pun tak lama Ibu pakai, dia rosak balik, jenis suction tak kuat, tak ada suction.

Lepas tu, Ibu beli pam Pigeon pulak. Ni pun masalah tak ada suction lepas beberapa kali guna. Tak tahulah apa masalah dia sayang. Sakit betul hati Ibu mengenangkan semua pam-pam yang beli dan pakai 3-4 bulan pastu rosak ni. 😆😅

Sekarang, Ibu pakai AUTUMZ single ni pula. So far, semua okay tapi dia mula menunjukkan masalah bila tekan ON, dia tak mau ON. Ibu minta tukar di kedai, masih dalam warranty, kedai cakap cable rosak. Ayah belikan Ibu cable yang baru, eh elok pulak dia berfungsi. Lepas tu... dia mula buat hal yang sama. Ibu tengah fikir, nak beli pam baru atau beli cable baru je? 😫😫
 Inilah diaaaa, 5 set permainan Ibu selama 1 tahun 6 bulan ni sayang. (Setakat cerita ini ditulis pada 18/2/2020).

Mostly, pam susu bertukar sebab motornya rosak, tak ada suction, diapgram terkoyak, cable rosak.
Banyakkkk sangat faktornya sayang. Mungkin sebab Ibu, heavy user.
Satu kali pam session = 2 jam.
Satu Hari, Ibu pam 4-5 kali.
Manalah pam tu tak mogok, penat bekerja. 😅😆

Selain cabaran pam, cabaran dari segi emosi, masa dan tenaga.
Ibu bekerja office hour,  dari jam 8.30am-5pm (Isnin - Jumaat, Sabtu (alternate halfday)).
Bila Ibu dah penat bekerja, kadang Ibu jadi malas nak pam, tertidur, tak terjaga dari tidur untuk jaga jadual pam susu, dan sebagainya.

Kadang-kadang bila tak ada sokongan dan fahaman daripada orang sekeliling bila Ibu nak pam susu,
emosi Ibu terganggu juga. Faktor-faktor nilah banyakkk buat susu Ibu merosot.
Drop sikit, drop banyak, sampai satu tahap, tak ada stok dah untuk anak Ibu minum keesokkan harinya.

Ibu hanya merancang, Allah yang menentukan.
Terpaksa juga Ibu cari susu formula untuk Mawar minum sementara Ibu stabilkan penghasilan susu Ibu semula.

Ibu belikan susu Karihome (susu kambing katanya susu kedua terbaik selepas susu Ibu).
Susu Enfalac A+.
Susu Isomil.
Susu Dupro.
Susu formula pertama yang Ibu cuba bagi untuk Mawar.
Susu formula kedua, tetap juga tak serasi.
Susu ketiga, masih Mawar tak boleh minum. 😭😭
Ni susu paling last, saat Ibu paling terdesak nak carikan Mawar susu sebab susu Ibu drop teruk. Macam-macam pintu farmasi Ibu tolak, cari susu yang terbaik untuk Mawar, last-last Isomil jadi pilihan. Tetap... Mawar tak nak. 😓😓
Semua susu formula ni, Mawar tak serasi minum.
Mawar minum, Mawar muntah semula lepas 30 minit, dalam tidur pun Mawar boleh muntah.
Sebab biasanya Ibu hanya bagi Mawar susu formula ni jam 2-3pagi.

Kesiannnn sangat tengok anak Ibu muntah lapar macam tu. Lagilah Ibu sedih.
Tapi Ibu bangkit semula, Ibu pam selalu, Ibu buat power pump, Ibu makan macam-macam untuk banyakkan susu Ibu.
Susu kurma, susu lembu, tapai pulut, tapai ubi, cheese, nasi, air mata kucing, barli, air longan kering dan kurma merah, daging kambing, semua Ibu makan nak.

Alhamdulillah, antara banyak-banyak yang ibu amalkan tadi, ada yang berkesan untuk Ibu.
Jadi, susu Ibu banyak semula. Dan Ibu amalkan ambil suplemen tambahan MAMOM, ikhtiar untuk banyakkan susu Ibu. Tapi MAMOM ni, Ibu tak konsisten ambil, kejap makan kejap tak.

Sampailah umur Mawar setahun, masa tu kita bercuti di KL, sambut birthday kita berdua,
Susu Ibu memang drop teruk sebab masa tu dah sibuk berjalan, kejar masa, Ibu tak sempat pam susu, tak jaga jadual pam.

Jadi lagi episod susu Ibu drop, ada tapi tak cukup nak buat bekalan stok Mawar minum di rumah nenek. Ibu susah hati lagi sekali. Entah macam mana, Ibu teringat tentang susu LAZZ.
LAZZ susu kambing.

Ibu minta ayah beli, Ibu cuba bagi pada Mawar.
LAZZ susu kambing perisa asli/orgamilk ni susu organik, dia bukan susu formula.
Alhamdulillah serasi sangat dengan Mawar.
Mawar minum tak muntah, tak cirit birit tak sembelit.
Lega sungguh hati Ibu, ada juga susu tepung yang Mawar boleh minum.

Mula-mula tu, Mawar memang tolak tak nak minum.
Tapi Ibu dan ayah cuba bagi masa Mawar tengah leka tengok lagu-lagu omar hana semua tu.
Habis Mawar minum, nak. 😅😆

Lepas tu, Ibu cuba bagi Mawar minum tanpa tengok lagu-lagu, Alhamdulillah berjaya jugak Mawar minum habis. So, bermula dari saat itu, Mawar mula minum susu campur.
Maksudnya, Mawar masih minum susu Ibu tapi bercampur dengan susu LAZZ.

Contoh, dalam sehari Mawar minum susu Ibu 2-3 kali, yang lain minum susu LAZZ.
Sampailah ke usia Mawar 1 Tahun 6 bulan ni, Mawar masih minum susu Ibu walaupun susu Ibu dah makin berkurang sebab Ibu tak jaga jadual pam sepenuhnya, tapi Ibu lega sekurang-kurangnya,
rezeki susu untuk Mawar tak pernah putus lagi.

Nilah susu LAZZ yang Mawar minum.
Ibu pilih antara yang terbaik untuk anak Ibu tau.
Antara kebaikan susu LAZZ ni: 

Alternatif alahan susu lembu.
Memberi tenaga tambahan.
Penghadaman yang sihat.
Menambah selera makan.
Sumber Vitamin C.
Sumber magnesium & kalsium.
Zat besi semulajadi.
Minuman kurang manis.

Sebenarnya, Ibu tengah sediakan diri untuk saat-saat Mawar bercerai susu dengan Ibu nanti.
Kalau susu Ibu masih banyak, genap usia Mawar dua tahun ni nanti, mesti Ibu sedih kalau terpaksa bazirkan susu Ibu, sedangkan anak Ibu boleh minum.

Jadi bila Ibu kurangkan waktu pam susu, susu Ibu berkurang sikit, sampai masanya nanti,
tak adalah Ibu rasa sedih sangat nak bercerai susu dengan Mawar. 😭😭😭😢😢😢😢

Ibu kalau boleh nak susukan Mawar dengan susu Ibu secara ekslusif sampai usia Mawar 2 tahun, tanpa sebarang campuran susu tepung baik formula atau organik.

Tapi, Ibu hanya mampu merancang sayang, Allah yang menentukan.
Kira Mawar murah rezeki juga dapat minum susu Ibu sehingga usia ni.
Ada baby-baby lain yang tak dapat rasa susu Ibu walau setitik pun sejak dilahirkan.

Ibu bersyukur sayang dengan perjalanan penyusuan ini.
Walaupun tak selalunya indah, tapi perjalanan penyusuan Mawar adalah yang terindah dalam hidup Ibu. 💋💋💋💋

Bukti susu Ibu banyak untuk Mawar dulu nak, puas Mawar minum. Ibu memang jaga makan, semuanya sebab nak Mawar rasa apa yang Ibu makan, khasiat daripada makanan Ibu.
Jadikan Mawar Bambam macam ni. 😍😍😘😘



Salam Sayang dan cinta buat anakku,
Ibu.