Friday 20 November 2015

KEINDAHAN SNORKELLING TRIP DI PULAU TIOMAN!

     Assalamualaikum...

              Hye, guys. Okay kali ni aku tak nak membebel panjang. If ada yang nak baca entry sebelum ni, just klik symbol older post kat bawah entry ni nanti ye. Jom straight to the point, layan gambar sambil layan aku bercerita. On our Wedding Anniversary date, 14 MAC 2015, kitorang bangun pagi-pagi, mandi and bersiap sambil bersantai depan verandah chalet menikmati our breakfast. 

              Nak pergi snorkel, memerlukan tenaga yang banyak. Ececeh... macam pandai sangat, padahal ni baru 1st time aku pergi snorkelling trip. Tapi konsepnya lebih kurang sama dengan kalau ko nak pergi berjimba kat pool kan? Makan itu perlu, kalau tak kau akan kebuluran.

Dapat makan roti ngan tuna as breakfast pun aku dah cukup happy. Tengok muka aku tu, tersenyum riang sampai ke telinga. Hahaha, husband aku pun sama.

Simple breakfast sebelum pergi snorkel trip.
Kita posing kat area chalet dulu untuk pemandangan waktu siang, On previous post dah tengok pemandangan waku malam.
Nasib baik ada batang monopod ni, nak ambik gambar berdua ngan husband dah tak jadi masalah lagi. hehe

Biarlah gambar sama ke ape, blog aku, aku punya suka. hahaha
              Okay actually masa kitorang posing-posing ni, ada satu van dah siap sedia menunggu kat jalan nun depan tu. Ingatkan abang tu menunggu guest chalet untuk check out ke ape ke, rupanya kitorang punya island shuttle dah sampai, nak amik kitorang dari chalet bawak ke jeti. Kat jeti kitorang kena berkumpul untuk naik bot dan shoot terus ke 6 gugusan pulau for our snorkel trip. 
Bila dah sampai, baru kitorang tahu yang rupanya abang tu menunggu kitorang. Haha, selamba badak je kitorang biarkan abang tu menunggu. Nasib baik abang tu sporting.Tak pe, ni semua experience yang best. Kihkih.

Kita posing lagi dalam van sebab kitorang berdua je yang ada dalam van ni. Haha
Ni kat jeti, kitorang posing dulu sementara menunggu boat member kitorang sampai, dah cukup semua baru boleh gerak.
              Aku agak risau sikit masa menunggu boat member kitorang sampai sebab diorang tengah breakfast dekat medan selera. Aku ngan husband dah alas perut dengan roti sampai kenyang, so tak yah sesusah nak gi breakfast lagi. Kenapa aku risau? Sebab aku tak berapa tahu how nak minggle around dengan orang yang baru aku kenal. Lagipun buatnya kena dok satu boat dengan budak-budak yang huha huha, or yang rockers-rockers, macam mana? Hishhh mahu pening otak aku. Silap-silap boleh rosak trip snorkel aku ni. 

             Sekali... nasib baiklah rupanya boat member kitorang ni, terdiri daripada satu family melayu. Suami isteri ni datang dengan mak ayah diorang. Sweet family ni, sempatlah kitorang berkenal-kenal. All along the trip, aku boleh minggle around sebab its a family. Nasib baik bukan couple-couple. Huhu. 
              Okay, sebelum nak pergi snorkel pastikan kau bawak tuala kau sendiri untuk buat lap-lap muka yang dah terkena air masin tu, air mineral merchant akan sediakan. Aku dapat 3 botol sekaligus sebab kitorang sampai awal. Haha. Patutnya dapat sorang satu je. Alhamdullillah, murah rezeki. Pastu, make sure segala duit yang ko nak bawak untuk belanja, letak dalam poket yang ada zip, if not, duit kau akan lesap kat dalam air, mungkin ikan akan amik dan simpan dalam ATM diorang. kihkih, lawak poyo. Okay, Kalau nak letak dalam plastik supaya tak nak basah pun boleh.

              Tapi aku gamble je letak duit dalam poket without plastik sebab dah nama pun main air, standard lah duit basah kuyup. Hehehe. Then pasal fon or kamera, boleh je bawak tanpa was-was letak dalam beg atas bot sebab boatman ko akan sentiasa berada di atas boat setia menunggu ahli-ahlinya. Tak de sape nak curi barang ko. Tapi kalau nak bawak masuk air, pastikan korang bawak and beli beg kalis air macam ni.

Benda ni penting sebab dalam air sambil-sambil snorkel ko boleh bercamwhore dengan ikan-ikan mahupun jerung. 

Sila beli beg ni sebelum ko tiba di Pulau ye. Kat PC fair or kedai biasa ko boleh dapat dalam price range RM8-RM15.
Tapi kalau kat pulau, satu beg ni RM30- RM35. Mahal nak mampuihhh... huhu
               Aku tak beli pun beg ni, sudahnya tak ada lah gambar bercamwhore dengan jerung kat dalam air. Tapi aku beli ubat mabuk laut for both of us. Murah je ubat tu sebiji Rm2-4 kalau tak salah aku lah. Disebabkan aku ngan husband aku tak berapa tahu macam mana penerimaan badan kitorang masa naik speed boat merentasi lautan dalam tu nanti, jadinya kitorang sediakan pil sebelum mabuk laut. Hahahaha. Okay gak pil tu, memang berkesan. Sure tak mabuk.

             Lepas kitorang dah aboard, kitorang singgah kat jeti mana ntah amik 3 orang mat saleh. Lama gak tunggu diorang tu datang, sampaikan boatman kitorang dah call bos dia kot-kot nak tunggu atau tinggalkan je. Hahaha, luckily mat saleh tu muncul sebelum sempat ditinggalkan. 

Teaser... ni air kat bawah jeti yang kitorang tunggu. So turquiose and emerald in color kan?? Lawa gila!
Happy us! Sempat bergambar masa menunggu. Nak amik gambar masa boat tengah berjalan memang non ado lah sebab silap-silap handphone and kamera ko tercelup ke dasar laut.
              Okay, semua kelengkapan dah siap sedia, orang semua dah cukup, jom kita naik boat, merentasi laut. Honestly... aku takut gila masa naik speed boat tu. Bayangkan ko naik boat laju then ombak gila ganas punyalah besar beralun-alun kat depan mata ko. Laut plak dekat sangat depan mata, kiri kanan, kadang-kadang ko rasa macam paras air laut tu sampai boleh naik and terkam ko atas bot.

              Kadang-kadang ko akan nampak air laut tu rendah sangat. Masa lalu kawasan yang berombak ganas dan rata macam ni, boat ko pun kejap terjunam ke bawah, kejap terpacak ke atas. Yang pasti, memang badan ko akan banyak kali terhentak-hentak masa atas boat sebab boat ko macam melawan arus, Gila takut masa ni. Aku kept thinking kalaulah boat ni usang, langgar ombak dan air laut yang ganas ni tetiba ada bocor kat badan boat, boat karam tengah lautan, sape nak datang tolong??

             Worse case, bot ko terbalik atau terjunam terus kena tarik masuk laut. Or kot-kot ada jerung dalam air tengah menunggu. OMG! Scary!! Scary gilaaaaaa!! Aku punya takut, jangan cakaplah. Macam nak tercabut nyawa daripada badan, Macam-macam kemungkinan masuk and bertapa dalam otak and hati aku. Kitorang pulak duduk betul-betul kat depan bot sebelah driver nak bagi balance boat tu. Huishhhh seram ya ampun....!!! Seram-seram tu pun, aku sempat lagi menjerit-jerit ucap Happy Anniversary kat husband aku. HAhahaha, lawak, lawak.

             Masa tengah rentas laut dalam yang gelap hitam kebiruan tu, aku dok tertoleh kiri kanan, nak make sure ada boat lain yang menuju tempat yang sama, so if anything happen kat boat kitorang, diorang boleh tolong. Huhuhuuhu. Kalau dah penakut, memang tak boleh buat ape lah. Otak memang akan always fikir yang bukan-bukan. 

             1st stop, kami dibawa ke Coral Island. Kat sini laut dia tak berapa dalam, sesuai untuk water confident bagi para tourist yang tak tahu berenang macam aku, yang penakut macam aku, yang tak pernah snorkelling langsung macam aku, dan yang noob macam aku. Ha di sinilah tempatnya. ;)

Nampak gloomy je cuaca dia kan? Tapi tak gloomy pun, tak cloudy. Tapi panassss....
Haaaa tengok ni. So crystal clear air kat Coral Island ni... dari permukaan dah boleh nampak coral-coral tu.

Nampak macam tak de orang langsung kat sini kan? Tapi actually, menimbun and berduyun-duyun boat ke sini. Penuh gak lah dengan tourist memandangkan rata-rata merchant akan bawak kita ke Coral Island dulu sebagai tempat persinggahan yang pertama.
Aku cuba jugak mencari bentuk naga kat Pulau Tioman ni. Tapi tak ada, Ke mata aku yang buta? 
Masa nak turun snorkel, aku tak sempat nak bergambar dengan alatan ni sebab dalam pada excited nak celup dalam air, aku ketakutan sebenarnya. 
Okay dah mampu senyum walaupun hidung and tekak pedih yang amat sebab tersedut air laut yang masin tu.
I just notice, lawa kan air kat backgroud belakang gambar ni?
Another view of Coral Island.
Suami aku je nampak handsome dalam gambar ni, muka aku nampak macam tertelan coral masa snorkel tadi. 
Lepas tertelan Coral, mungkin aku tergigit sea urchin. Hhahaha
Entah kenapa muka aku macam ni, aku pun tak tahu...
                 Kat Coral Island ni 1st time dalam hidup aku yang berumur 22 tahun ni belajar macam mana nak pakai alatan snorkel, macam mana nak menyelam sambil snorkel dan sebagainya. (masa ni belum birthday lagi, umur belum official masuk 23 tahun). One thing for sure, once ko pakai benda snorkel ni, ko masuk je dalam air, ko dah tak dengar pape lagi yang ada kat atas bumi tu. Its like hanya kau dan laut dan air, dan hidupan laut tu sahaja. Memang gerunnnn!! Sebab suasana dia senyap sunyi, kau boleh nampak banyak gila Coral kat bawah ko, nampak ikan, nampak macam-macam.

                 Sampai satu saat, aku mula panik. Aku terus bangun nak keluar dari air tu, tak nak snorkel, nak bernafas macam manusia, but then sebab aku memang tak tahu langsung macam mana nak bangun dengan teratur dan betul, end up aku tersedut air masin melalui hidung, masuk ke tekak, dan TELAN... pergh! Dia punya masin ngan pahit, kau minum 10 botol air masak pun belum tentu hilang peritnya. Melekat rasa air laut tu kat tekak aku ni. 

                 Salah satu sebab aku panik because aku takut aku dah makin jauh ke tengah, tak pasal-pasal jerung baham aku nanti. And aku seolah-olah kesorangan, aku tak nampak husband aku walhal aku dengan dia berenang sebelah-sebelah. Ada masa-masanya, bila aku nampak kaki husband aku, aku main tarik je dia. HAhahaha, ini kelakar, tapi sebenarnya bahaya tau buat macam ni masa orang tengah snorkel! Huishhh, nasib abanglah dapat isteri kelams macam ayang ni. 

                  Even kat tempat yang cetek ni pun aku hampir lemas, suami aku pun menggelengkan kepala tengok keletah aku. Bila berenang dengan husband aku kat sini, dek kerana dia ni pandai and terer berenang, habis ditariknya aku ke tengah, kat tempat yang penuh dengan Coral kat bawah tu. Haaa maunya aku tak panik? Tang tetiba aku nak naik bernafas guna paru-paru and hidung aku, sekali aku bangun, aku terbenam balik kat dalam air, bergelut macam orang gila sesorang sebab takut kena Coral. Jangan buat main dengan Coral, kalau ko pijak Coral, bukan Coral yang pecah, silap-silap kaki kau yang bersepai. Oleh kerana sifat kelam kabut aku dalam air, sebab nak selamatkan aku punya pasal, kaki husband aku pun luka kena Coral. Huhu nasib baik luka sikit je... berdarah la jugak. Sorry hubby! 

                 Sudahnya, aku just main-main kat tempat yang cetek and kurang Coral iaitu kat tempat bot. Ada satu tali yang tourist guide kitorang pasang as a guide and bantuan untuk orang-orang yang macam aku ni. Makanya bergayutan lah aku kat tali boat tu macam monyet sampai hampir nak menyerahkan kepala sendiri kat boat yang lain untuk diketuk. Clumsy gila aku ni. 

                 Well, masa ko pergi trip macam ni, always ingat ko from which boat. Kalau tak cam boat, cam boatman ko. Kalau silap naik boat, ko jawablah sendiri. Lagipun, kalau semua ahli boat ko dah naik, and kau je yang belum, diorang akan bermurah hati panggil ko naik if ko main air laut sampai tak sedau ingat sebab diorang pun dah tak sabar nak ke tempat lain. Huhuhu

                 Okay, next stop kitorang ke Malang Rock. Kat Malang Rock ni, aku tak berani nak turun sebab tempat dia betul-betul kat tengah laut dalam. Dalam gila-gila, air laut pun kuat arusnya. Husband aku sorang je yang turun snorkelling ke sana sini. Sumpah aku jeaous tengok husband aku berenang freely. Aku pun nak jugak! 

                 Tapi aku tak pandai berenang, terapung dan hanyut aku pandailah. Last-last, aku turun menyelam sikit sampai berpaut kat tangga boat. At least tercapai lah jugak hajat nak tengok hidupan laut kat dasar laut tu, Nak tau berapa dalam air kat Malang Rock ni?
Setinggi kedalaman bangunan shopping 4-5 tingkat. SCARYYY!!!! Memang banyak ikan, berkerumun dekat kau. Tapi aku buat-buat kental konon tak takut, end up dalam 10 minit aku dah naik balik atas boat. Hahahah

Ni je satu-satunya gambar yang aku ada masa kat Malang Rock, sebab air dia memang kelam, tak nampak dasar, See, husband aku dengan selamba make a peace sign in the middle of the sea. 
             Okay, our 3rd stop, Salang Village. Ha mari aku tunjukkan kenapa aku kata Salang tempat yang paling cantik di Tioman. Well, kami stop di Salang Village untuk mengisi perut. Banyak jugak kedai makan yang ada kat Salang Village ni, tapi kitorang pilih makan kat Medan selera dia. Lauk dia sedap, fresh dari kuali sebab baru masak. We strolling around lepas makan, saja nak tengok-tengok chalet dan suasana kalau menginap di Salang ni.
Inilah Salang. Gila lawa kan? Air jernih sangat-sangat, tak payah pergi snorkel trip pun tak apa kalau dok kat Salang ni sebab air dan Coral dia dah sedia cantik. Nampak tak Island kecik kat belakang tu? Okay yang tu Soyak Island, pit stop lepas Salang.
Ha nampak Chalet tepu gigi air tu? Itu Salang Indah kalau tak silap, harga melambung sebab dia water chalet, nak-nak lagi kau pergi masa school holiday, memang tak ada chance nak dapat yang murah.
Pemandangan daripada atas jeti.
Banyak orang diving kat Salang ni sebab kat sini Dive center dia. Kat tekek tak ada dive center.
Faham kan kenapa aku cakap Salang paling cantik? Huhu, aku boleh gila tengok air dia yang cantik ni. 
Muka happy perut dah kenyang. 
Kita senyum lagi... kali ni senyum lebar-lebar. 
Gambar ni dan seterusnya kitorang berpusing secara 180 darjah dengan monopod untuk capture view-view ni. Almaklum, kitorang bercuti berdua, tak de sape nak jadi photographer tak bergaji kat sini.
Btw, Chalet atas bukit tu tak valid ye, dah lebih 20 tahun tak beroperasi disebabkan lokasi yang agak bahaya.

Pose apa lagi nak buat selain peace? Any idea??
Ha aku tau, jom kita peluk-peluk pulak. ;) Sebenarnya nak tunjuk pasir tu putih bersih halus gebu.... 
Husband aku selfie sesorang. ;) Berkerut dahi menahan panas dan silau.
Cuba berselindung daripada panas di sebalik sisi wajah suami, maka terhasillah raut muka sebegitu. Huhuu
Okay, bila kita dah sebati dengan panas ni, kita SENYUMMMM... <3 
Hijau, hijau, biru... cantiknyaaaaa air laut kat Salang ni.... !!!!! 
Kat belakang tu, Sallang Village. Panjang villagenya, bukan yang tu je.

Hitam-hitam dalam air tu Coral. Banyak Coral kat Salang ni.



Happy 1st Wedding Anniversary dear love. <3 <3 <3
                  From Salang, kitorang ke Soyak Island yang di belakang tu je. Dekat je dengan Salang. Tapi di Soyak Island, no pictures taken coz aku busy snorkelling. Entah macam mana, kat Soyak Island aku jadi berani nak snorkelling. Aku figure out, sampai bila nak takut ye dak? Kitorang bayar mahal-mahal, travel jauh-jauh sampai sakit-sakit badan nak sampai ke Tioman ni, last-last bila dah sampai aku jadi serik pulak nak snorkel. Ini tak boleh jadi. 

                  So, cepat-cepat aku belajar cara snorkel yang betul, berenang sambil berpimpin tangan dengan husband aku. Aku rasa macam kekonon aku lah yang hebat sampai mampu berenang jejauh ke tengah lautan, rupa-rupanya aku bergerak sebab husband aku tarik tangan aku sambil berenang. Haahaha, kuat perahsantan aku ni. 

                  Soyak Island tu memang lawa, rugi aku tak amik gambar. Lepas habis kat Soyak Island, kitorang ke Marine Park. Katanya tempat wajib singgah kalau ke Tioman ni. Pada aku, air kat Marine Park ni walaupun blue emerald in color, tapi bila snorkelling, air dia tak berapa jernih. Macam kabur-kabur je ko nampak ikan-ikan tu sume. Moreover, tempat ni macam tak dijaga and ikan pun dah tak banyak. Ini aku agak kecewalah sebab patutnya kat Marine Park lah yang patut dipreserve betul-betul. Moreover, diorang cas RM5 sorang untuk masuk ke Marine park ni. Tiket ni boleh beli siap-siap di Jeti Mersing. Btw, ikan Nemo dah tak ada di Marine Park ni. Dengar kata, dulu ada banyak. Tak de rezeki aku nak tengok si Nemo.

Dalam cubaan membetulkan life jaket supaya boleh terapung dengan sendirinya.
Cewah, konon dah berani lah ni boleh terapung sesorang tanpa husband di sisi. Mentang-mentang tau kat Marine park ni selamat tak de jerung, ko berani lah terapung sorang-sorang.
Gambar je sama, tapi tak serupa.
Merasa jugak dapat bergambar berdua dalam air yang membiru kehijauan. Selalunya bergambar atas darat je.
Boatman tolong capture gambar ni. Tau-tau je dah ada dalam kamera. Ha macam nilah kekdahnya yang terjadi tiap-tiap kali aku turun snorkel, aku memang tak akan lepaskan husband aku biar aku sesorang dalam air. He must be beside me, watching and protect me!
               Last stop, kitorang ke Renggis Island. Okay, kat Rengis ni air and tempat dia memang lawa. Oleh kerana ni pit stop yang terakhir, aku pun confident-confident turun nak snorkel beriringan dengan husband aku macam kat Soyak and Marine park, sebab dah terasa seronok snorkelling ni.
Once turun, puaslah aku mengayuh kaki and tangan, sambil erat pegang tangan husband aku lagi sebelah.

               Tapi arus terlalu kuat, sampaikan husband aku cakap tak boleh snorkel sama-sama, kene berenang sorang-sorang. Serentak tu, husband aku terus lepaskan tangan aku, dan dia mula snorkel sorang-sorang. Aku dah panik, aku bergelut nak bangun tapi sebab kaki tak sampai kat dasar, aku jadi makin panik and cepat-cepat tarik husband aku punya kaki. Then aku dah serik, aku nak naik kat bot or platform.

             Husband aku pun dok kat belakang aku, cuba menolak aku ke depan ke arah bot. Tapi makin lama, aku rasa kitorang makin jauh hanyut ke belakang. Ke tengah lautan. Aku plak mula dengar desah nafas husband aku macam dah kepenatan melawan arus. Masa tu aku dah terlampau panik, aku betul-betul rasa macam dah lemas masa tu, air dah paras leher dah. Husband aku pujuk tak bagi aku panik, dia suruh aku bertenang tapi memang aku tak boleh bertenang. Aku sampai dah nak menjerit mintak tolong, tapi husband aku tak bagi.

              Aku berkeras jugak nak mintak tolong boatman kitorang datang and amik kitorang, so end up rela dalam paksa,husband aku setujulah. Maka naiklah aku ke boat, dan husband aku meneruskan sesi snorkel dia sorang diri. Siap dia pinjam flipper boatman kitorang supaya senang dia melawan arus yang kuat tu. Aku dah taubat tak nak turun lagi, and husband aku pun tak galakkan aku turun sebab dia sendiri rasa arus kat situ terlalu kuat. Aku just duduk atas boat berborak dengan boatman sambil layan lagu and pemandangan air yang sungguh cantik. Renggis Island ni lebih kurang sama macam Soyak Island.

                Huh, nasib baik selamat. Gila tak panik bila bayangkan kau akan mati lemas masa sambut 1st Wedding Anniversary ko? Aku nak hidup lagi. Tahu mati tu pasti, tapi aku belum bersedia. Amal pun belum cukup, alhamdullillah umur kitorang masih panjang. Husband aku cakap, aku yang panik tak pasal-pasal sebab actually kat belakang kitorang masih banyak orang yang snorkel. Huhuhu, what to do? Nama pun panik attack.
Sebelum berangkat pulang ke jeti Tekek, jomlah kita bergambar dulu. Kulit pun dah merah terbakar.
Muka bersyukur masih diberi peluang untuk hidup selepas hampir kelemasan di Renggis Island yang cantik ni.
Gambar Favourite both of us. HAppy 1st Wedding Anniversary dear my love. ;)
               Lepas habis snorkel trip ni, apalagi? Kitorang balik ke Tekek, singgah makan alas perut yang kebuluran kat Medan selera, then jalan kaki balik ke Chalet, mandi and tidur... Nikmatnya tidur lepas seharian dah penat snorkel dalam air. Bangun je, kitorang buat aktiviti di malam hari. Akan aku ceritakan di final entry about our Anniversary trip ni.

                  In a nutshell, aktiviti snorkel ni memang best gila sebab aku dapat boat members yang sporting, ramah, mesra. Syok tengok mat salih boat kitorang tu berenang mengalahkan ikan tanpa life jaket okay! Jealous gila aku. Boatman or tourist guide kitorang, sungguh happening! Masa kitorang snorkel, dia siap pasang lagu-lagu english yang hitz but macam diraggaekan musicnya. Gila best and syok! Trip ni mula at 9am, habis around 3-4pm. Standard untuk 6 tempat snorkel trip. Kalau ko snorkel kat 4 tempat, mungkin balik awal dalam pukul 1-2 petang. 

                  Sunblock yang kitorang beli, tak berapa berkesan effectnya. Sudahnya sampai sekarang, kesan belang kat kulit husband aku masih kelihatan. So lain kali make sure, beli sunblock yang benar-benar bagus yea!