Monday, 16 November 2015

PENGINAPAN MENARIK DI CHEERS CHALET, PULAU TIOMAN!

 Assalamualaikum...

               Hye guys! Punyalah malas aku nak update entry kali ni... huhuhuhu, ampun!
Tapi dek kerana aku dah tak ada keroja, maka gigih jugak paksa tangan ni menaip. Entry lepas dah cerita macam mana aku boleh sampai ke Tioman. Kalau nak baca entry pertama, klik di SINI.

              Alkisahnya... sebelum ke Tioman, aku dah survey macam-macam Chalet, macam-macam penginapan, mana yang sesuai, mana yang tidak... semua aku timbang tara, discuss and ingat nak dok kat Salang Tioman memandangkan Salang tu tempat paling cantik kat Tioman. But lepas dah contact sana sini, semua full book! Sebab memang tarikh Anniversary aku ni jatuh pada musim cuti sekolah, apalagi selain cepat full, harga memang melambung ke gunung.

               Last last, dengan bantuan junior maktab husband aku dulu, junior dia orang Tioman. So dapatlah kami menginap di Tekek. Tekek ni kira pekan di Tioman lah. Kami direcommendkan dengan Cheers Chalet Tekek. Maka dari jeti ke Chalet kami, mengambil masa dalam 15-20 minit jugaklah. Kitorang just menapak je sambil memikul beg. Penat woooo! Tapi aku rasa senang hati dok kat Tekek sebab banyak kedai makan, and banyak kedai runcit. Senang nak membeli apa-apa keperluan, mahupun makanan.

              Sampai je kat kawasan Chalet kitorang, fuhhhh aku memang happy sangat-sangat! Walaupun tak dapat duduk kat water chalet atau dekat tepi pantai, tapi Chalet kitorang ni tetap cantik, kemas dan bersih. Once sampai, bila check in akak tu terus upgrade bilik kitorang ke Queen bed, sebab previously kitorang dapat yang single bed. Dapat upgrade ni sebab dia baru tahu kitorang dah kawin. Gila ko tak kawin lagi nak pergi berduaan kat pulau dok sebilik?!! Jangan cari pasal.

Gambar ni from Google, macam nilah pemandangan Chalet kitorang.

Okay, bilik kitorang yang paling hujung sekali tu. Yang ada tuala bersidaian tu. Gambar ni pun ihsan google.
Ni view daripada dalam bilik.... quite nice to me sebab boleh nampak pokok-pokok bunga yang bewarna warni. 

Ni lah bilik kitorang, just a nice small room. Ada katil Queen bed, ada bedside table, dan daripada tempat aku berdiri mengambil gambar ni, ada meja solek with drawer. Belakang pintu ada tempat gantung baju. NICEEEE!!! Both of us suka gile dengan bilik ni. Lagipun kami berdua je yang duduk, kat pulau pulak tu... ruang ni dah sangat cukup bagi kitorang.
Sebab bilik ni memang tempat rehat je pun. Kitorang banyak buat aktiviti luar. 
              Pengalaman menempah bilik hotel masa 1st honeymoon dulu membuatkan aku menjadi lebih berhati-hati dalam membooking chalet/hotel for this anniversary, sebab aku and husband lebih suka buat aktiviti luar daripada terperap dalam bilik. Kang tempah bilik mahal-mahal, aku rasa rugi kalau tak memaksimakan penggunaan.

                  Bilik ni cost us RM70 per night, so 2 malam=RM140.
Kitorang boleh bayar bila nak checkout, owner dia punyalah baik... sampaikan kita boleh duduk dulu tanpa bayar apa-apa. Tapi aku ni jenis tak senang hati kalau melibatkan bab duit yang tak settle-settle ni, pada aku lagi cepat bayar lagi senang. Tak payah risau pegang duit banyak-banyak kat tangan.

ha ginilah kekdahnya pemandangan dari luar, ada verandah sesuai untuk ko lepak berduaan.
Sebelah bilik aku tu, bilik air. Tak dapat attach bathroom tapi bathroom next to your room, bersih and besar, siap ada air panas. Wooo aku suka bangat!! Menepati ciri-ciri keselesaan yang aku cari. 
Penyapu, bakul sampah, semua lengkap. Aku siap sapu lantai bilik aku lagi bila aku terasa dia macam berpasir dek kerana kami yang bawak pasir tu masuk. Huhu


                  Okay lepas check in kat Chalet, kitorang just rehat-rehat sebentar melepaskan penat lelah.
Pastu kitorang keluar balik, menuju ke pantai. Baru sampai nak lepak dalam bilik sampai malam and tunggu aktiviti esok pagi? Oh memang tidaklah... masa terlalu singkat untuk dibazirkan tanpa melihat pemandangan pulau yang awesome ni.

                  Lagipun, kitorang masih belum survey-survey snorkelling trip kat Tioman ni untuk next day. Maka haruslah kitorang strolling around survey kedai makan, trip snorkelling and much more.
Dekat dengan jeti, ada information centre about Snorkelling trip. Macam-macam pakej ada kat situ.
Kitorang amik snorkelling trip dengan Awan Tioman Information Centre, harga asal RM100 untuk 6 tempat snorkel,  then kitorang dapat diskaun, sorang RM80. Hey its a good deal! So aku grab cepat-cepat!

Lepas book snorkel trip, kitorang dating kat pantai tengok laut and sunset. Masa duduk kat pantai ni, aku seakan-akan tak percaya, aku dah sampai sejauh ni. Selamat sampai kat pulau ni berdua dengan husband aku. 

MasyaAllah, the view was stunning for us. Lain rasanya bila kita tengok pantai kat tempat kita dengan tempat orang.
Hati aku rasa sayu masa ni, sebab ntah... perasaan tu berkecamuk. 

Biar husband aku yang berposing, aku tak nak. 

               Dah lepas tengok sunset, kitorang balik semula ke bilik, mandi-mandi... siap-siap, then terus menapak semula ke Pekan Tekek sambil berpimpin tangan. Ada kedai bebas cukai dekat situ, kitorang just singgah nak tengok kot-kot ada berkenan pape. Selain coklat, aku nak cari sunblock sebab esok nak snorkel, sunblock pun terlupa nak beli masa kat JB/Mersing. Tak ada sunblock kang, muka kau kebakaran jadinya. Hahaha

Kat Tioman, rata-rata kedai yang aku pergi semua jual sunblock macam ni je kekdahnya. Tak ada jenama yang bagus, so nak tak nak terpaksa lah jugak aku beli sunblock ni. RM30 plus jugak ni, aku tawakal je sebab belum tahu keberkesanannya lagi.
At Least, ada lah jugak daripada tak ada langsung. 

                 Lepas pegi kedai bebas cukai survey-survey barang and beli sunblock, kitorang menapak lagi, makan dekat gerai sebelah jeti, menghadap laut. Tapi laut waktu malam nampak gelap gelita lah, agak menakutkan aku sebab tak nampak apa. Silap-silap, kalaulah Tsunami datang ke ape ke, Choi!!
Sorry gambar tak ada sebab tak terfikir pun aku nak update travelog aku kat sini masa tu. The food price memang standard harga pulau lah, and sedap! 

               Nak dijadikan cerita, sebab aku malas nak usung purse, aku just letak semua duit yang aku bawak dalam poket suar tracksuit yang aku pakai masa tu, aku tak perasan bila duit aku berterabur jatuh ke lantai, aku sendiri tak sedar. But luckily, budak yang kerja kat gerai tu baik hati bagitahu duit aku jatuh. Smuanya dalam RM sratus lebih terletak elok kat lantai, tapi tak ada orang yang cuba amik kesempatan. Orang pulau memang baik! Syukur... Kalau tidak, aku meroyan 3 hari 2 malam kat situ.

Ha lepas makan, kitorang balik Chalet, dan disajikan dengan pemandangan ini. Wuhuhuuu!! Happening giler!
Bercahaya, cantik, bersih, colourful~ 
Kitorang decide untuk lepak at our verandah...

Gambar ada sedikit kabut... sorry!

Kita santai lagi!

Kasi flash satu kali. hehe

Malam ni memang aku je yang jadi model kat verandah chalet kitorang ni. Husband aku jadi photographer tak bergaji. 


Ha ini dia, photographer aku baru nak bersantai, tapi hanya kaki yang ditunjukkan. Haha
               Okay, lepas bercamwhore dekat verandah chalet, kitorang masuk tido awal, nak rehatkan badan secukupnya untuk aktiviti snorkel esoknya. Esok pun kitorang kene bangun awal pagi, so jomlah kita tido ye. Entry snorkel disambung lepas ni... banyak gambar air yang cantik-cantik aku nak tunjukkan kan korang! ^^,


No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3