Tuesday 1 August 2017

~LADANG TEH BHARAT, CAMERON HIGHLANDS~


Assalamualaikum, and hye to all of you...

Okay, semalam aku dah story bout our Day 1 in Cameron Highlands. Kali ni, jom aku bawak korang menyusur jalan kenangan aku pada Day 2, di Cameron Highlands ni ye. ;)

Well, for day 2, kitorang bangun seawal jam 7 lebih pagi. Bersiap dan terus check out from HillView Inn, hotel di Tanah Rata. 

Sebelum Check Out, moh le kita bergambar untuk kenangan...



HillView Inn, Tanah Rata.
Again, nak jugak tempel gambar ni on Check out day...
After check out, kitorang terus isi perut di gerai yang sama macam Day 1.
Alhamdulillah, cuaca elok pagi tu. Berkobar-kobar semangat aku nak tengok ladang Teh!
Plan asal, kitorang nak mulakan perjalanan ke kilang teh, tengok cara teh diproses sambil membeli belah. Tapi... Ladang Teh sungai Palas, jauh! Dah menghala ke arah Simpang Pulai.

Husband aku pulak, cadangkan kitorang turun dari Tanah Rata, menghala ke Simpang Pulai dulu, cause aku kata nak pergi kilang teh kan? After that, back to Tanah Rata again untuk singgah di setiap destinasi idaman, sebelum balik melalui Tapah. 
Sebab turun dari Tapah, lagi dekat, cumanya jalan berliku-liku macam ulau kene palulah kan...

My logic pulak, aku nak ke Ladang Teh dulu walau ape pun yang jadi, sebabbb... 
kalau hujan, jangan kata ladang Teh. Daun Teh pun belum tentu aku ada peluang nak tengok. Huhu...
Main point aku nak Cameron ni, sebab ladang Teh dia. Bukan sebab strawberry tau! :'D

Dah timbang tara baik buruk, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran... 
Aku decide terus, baiklah kitorang ke Bharat Tea Plantations alang-alang dah dekat Tanah Rata ni. Kalau turun ke Sungai Palas, end up jammed, hujan, nangis tak berlagu aku nanti. Dahlah naik sini, 2H 1M je. Perancangan tu harus tepat dan bijak!

Susah jadi pencinta warna hijau ni... sebab apa-apa pun, HIJAU tu dulu yang aku kejau! Hehe
Okay, then kitorang pun turunlah ke Bharat Tea Plantations yang dah dekat dengan Tanah Rata tu. 
Baru lepas makan, lalu jalan ulau kene palu pulak. Ha, berpusing-pusing kepala aku masa tu.

Husband offer aku drive, katanya kalau drive, tak terasalah pening tu. Aku tolak, sebab aku takut nanti pening memang tak terasa. Tapi silap-silap haribulan merasa masuk gaung pulak. Naiya!

Bila dah sampai kat Ladang teh tu, ha excited dia lain macam! 
Rasa macam nak terjun guling-guling ke dalam dedaun nan hijau tu! ;D
Hilang pening kepala aku! Diganti dengan rasa excited teramat. ;D

Excited, excited pun... aku boleh control diri. Sampai je, aku terus duduk kat cafe, di meja tepi bersebelahan dengan dinding kaca ni. Exactly macam scene Iddya Melissa & Izdham Syah dalam maanuskrip aku. Wakaka!
Benda yang paling aku nak buat kat Bharat Tea ni, selain guling dalam daun teh is eating!
Nak fefeling, makan dessert kat Ladang Teh, dengan udara segar dan nyaman ni.
Aku order, Red Velvet cake & Strawberry Scones with butter & jam + Strawberry Tea. <3
Kek tu, nampak macam keras kejung kan? Tapi actually tak, lembut je teksturnya. Sedaplah jugak, tak terlalu manis. 
 Dah puas makan, masa untuk kita beraksi dengan camera Huawei P9 kat Ladang teh ni. Yeppi!! ;)
Aku bukan nak promote P9, tapi kalau korang tengok kualiti gambar-gambar percutian aku lepas ni, seriusly cakap you gotta have it!

Tak payah beli sampai P10, P9 saja dah cukup awesomeee! Sebab, its like bringing a NICON camera with you all along. But this is not Nicon, its LEICA. So, jom... kita tengok kehijaun daun teh yang cantik segar bugar ni.
Allah... happy gila aku masa ni! This is Bharat Tea Plantations guys! <3
I'm sooo in love with this view. Cantik! Sangat cantik!
Untung suami aku, pakai seluar & kasut. Bolehlah masuk ke celah-celah ruang tanaman teh ni. 


Siap boleh petik bunga lagi... I is jealous!! :(
Tengok gambar ladang teh ni dari jauh pun, dah boleh buat aku jadi sasauuu!
Ramai jugak orang yang naik Cameron masa Deepavali ni. Berpusu orang kat atas tu, parking pun full..
Kat cafe atas tulah, Iddya Melissa & Izdham duduk makan kat Cameron. Siapa follow novel aku, mesti tau siapa Iddya & Izdham ni. (Ceh, sempat promote scene novel sendiri.. haha)
Gitulah berduyunnya orang yang datang hari tu... Memang sesak! Aku ni dengan pakai heels, pakai kain meleret-leret siap, turun dekat ladang teh yang curam & licin ni. Ko rasa? Hahah, memang aku tempah nahas kalau jatuh tergolek kat sini. ;'D
Disebabkan aku tak dpt nak bergambar di celah-celah tanaman teh macam husband aku kat atas tu, dapat gambar gini pun, okaylah... puaslah jugak hati ni. ;)
Serius best! Sangat Best! Thumbs up! <3 Pencinta alam...
Cubaan memetik daun teh...
Toleh kanan sikit, agak-agak ada orang nampak tak aku petik daun teh ni? Hehe ;')


Nak turun lagi jauh, tak mampu. Padan muka aku! Suka sangat buat perangai not dress to the occasion, last-last melepas...
Tak pe, janji dapat dating berdua kat sini. Hati aku dah cukupp puas! ;D 
Try-try bau daun teh ni...
Puas aku bau, tapi nan hado baunya! ;'D
Suka - suka jugak, tapi otak aku masih beringat masa ni. Yelah, dalam rimbunan pokok hijau ni, mustahillah tak ada yang melingkau tu kan... Nama dia, tak sanggup aku sebut kat sini. Cuma, kene hati-hati... kot-kot nak bau daun, tetiba dia pulak yang muncul depan mata. Pergh, mintak dijauhkan lah ye... ;'D
<3 Bharat tea Plantations..
Real sungguh suami aku memetik daun teh ni. :')
Motif? Camouflage? haha, tak menjadi sayang.

Kan? kan? Aku dah kata, suami aku memang suka posing pelik-pelik. ;') Tapi... idea dia tu kekadang brilliant, buat gambar nampak lagi cantik. Hehehe
Sebelum beransur pergi, renungan sayang aku hadiahkan pada selautan daun teh pujaan hati aku ni. I'm going to miss your stunning view, my dear tea... <3 <3
Sebelum berangkat, sempat jugaklah aku capture menu-menu makanan kat sini untuk tatapan korang. Pastries.
Aku nak cuba, tapi dah kenyang sangat. Next time, insyaAllah. Semuanya nampak sedap!
Ice cream pun ada...
Kek-kek yang ada di cafe Bharat tea Plantations.
Nak makan kat sini? Self service ye, order, bayar dan ambil sendiri makanan tu. 
Pujaan hati beta! ;D <3
Aku singgah jap di souvernirs shop, untuk memborong teh sebagai ole-ole buat family kesayangan.
Green tea! Bagus untuk kesihatan... sedap ni!
Assorted teas, macam-macam flavors ada. Pilih yang mana berkenan di lidah & tekak anda. paling famous, strawberry flavour la kan. Memang sedap nau-nau!
Sekotak kecil, Rm6.++, kotak besar range price RM10.++ - Rm19.++, ikut flavour yang dihasilhan.
kalau rasa teh dah overrrated sebagai ole-ole, bolehlah beli mug atau dry herbs.
Thermos pun ada...
Okay, berakhir dah journey aku kat Bharat Tea plantations ni. Kat sini, aku grab berkotak-kotak teh & sehelai baju untuk anak buah aku yang lelaki tu.

Lepas tu, kitorang susur jalan semula ke Tanah Rata menuju ke Simpang Pulai...
Anddddd, benda yang paling aku takuti, happened! Jalan jammed teruk weiiiiii!

Selama ni, asyik baca review orang kat blog je yang kata jangan naik Cameron time cuti PH, jalan jammed teruk. Tapi bila aku naik ke sini jumaat tu, dan sabtu pagi jalan semua okay. Tak jammed pun, so aku dah mula doubting review bloggers semua. Ye ke jammed? Tengok okay je...
Mungkin diorang maksudkan jammed masa cuti sekolah kot... (Antara dialog aku dgn husband on Day 1).

Sekaliiiii, semua tips dan review tu betul! Hambik kau! Dari Tanah Rata nak ke Brinchang, supposed boleh sampai dalam masa 15-20 mins je. Tapiiiii... once jammed amik masa sampai 2-3 jam wei!! Serius, rasa nak nangis masa ni. Dahlah kitorang kejar masa nak pergi semua tempat menarik kat Cameron ni.

Tiba-tiba sangkut dalam jammed pulak. Padahal banyak lagi tempat yang kitorang tak sempat nak discover. End up, aku amik keputusan skip aje mane-mane tempat yang kitorang dah pernah pergi masa family vacations dulu, focus pada tempat yang kitorang belum explore lagi kat Cameron ni.

MARDI, taman rama-rama, taman lebah, semuaaaa aku skip!
Jam dah pukul 2 petang, still stuck in jammed + HUJANNNN!!
Aku kejarkan KEA Farm, sebab nak borong strawberry, jambu Cameron, jagung dan few souvenirs.

Dapatlah jugak shopping dalam hujan, dengan sesak barat dalam KEA farm tu. Sempatlah jugak grab sehelai lagi baju untuk anak buah aku yang perempuan tu. Kain aku, jangan citelahhh.
Memang dah lokos dah tang bawah tu, nasib pakai heels. Boleh elak lecak. Huhu...

Ni je satu-satunya tempat yang sempat aku bergambar kat KEA Farm ni. Yang lain tak sempat amik, sebab hujan lebat.
Kat sini, ada sort of taman tema mainan untuk kanak-kanak dan ada 5D Art Gallery.
 Aku tak masuk gallery ni. Kejar masa nak ke Cameron Lavender pulak. Lepas beli belah, jam dah pukul 4 petang. Cameron Lavender tutup dalam jam 6-7 petang.
Nak tempuh jammed lagi ni kang, korang rasa-rasa sempat ke aku sampai kat Cameron Lavender yang heaven tu???

Aku rasa memang tak sempat. Aku siap merengek hentak-hentak kaki ngan husband aku.
Tahap air mata nak kuar dah. Aku cakap... selagi aku tak dapat jejak kat Cameron Lavender tu,
aku tak nak balik!! Aku tak kan balik! Carilah hotel lagi untuk tidur, walau berapa ratus pun satu malam harganya.

 :'D Hahahaha, kejam tak aku??! Kihkihkih! Kejam tak kejam, yang aku tau...
aku nak pergi Cameron Lavender hari tu jugak! Husband aku? Redha jelah ngan perangai isteri dia ni. ;'D

Okay, tips beli strawberry di Cameron Highlands.
Sekarang ni, harga barang semua dah naik mendadak.
Tak ada lagi istilah boleh dapat strawberry dengan harga yang murah-murah macam zaman dulu kala.

Dulu, aku pernah merasa beli satu tray kuning strawberry tu dengan harga RM30-40 je.
Sekarang? tak ada lagi tray kuning tu, yang ada polistrine plastik putih je. Siap packing kecik-kecik.
3 paket, RM30-RM50.

Laa ni, semua mahal! So, kat mana pun korang berjalan, kot dah terjumpa strawberry yang berkenan kat tekak, beli je. Rata-rata, harga semua sama.

Jagung mutiara, gambar ihsan google.

Dipanggil mutiara, sebab ada butir putih macam pearl di antara isi jagung ni. Manis dia pun, beza dari jagung biasa.
Jagung Mutiara? Yang ni payah sikit aku nak bagi tips, tapi... kalau nak membeli.
Boleh try kopek butir jagung tu sebutir dua, try makan mentah-mentah tu.

Kalau yang mentah pun rasa dia dah manis, dan sedap. Confirm bila masak, memang lagi sedap.
Jagung mutiara ni, rebus selama 2-3 minit je dah cukup ye. Jangan menggatal nak rebus sampai sejam dua, macam jagung biasa. Kalau tak sedap, tilik balik cara korang membeli dan merebus.

Tips ni, aku dapat daripada peniaga yang ikhlas menjual jagung ni kat aku di KEA Farm.
Jambu batu Cameron? Pun tak ada istilah kedai sana maybe lagi murah, sini mahal.
No! Semua harga sama, standard satu Cameron dah sekarang ni. So, kalau jumpa je, beli.

Madu? haaaa, Cameron famous dengan madu. Tapi banyak madu palsu daripada yang asli.
Nama je madu kelulut, tapi kelutut je yang dapat. Semuanya madu daripada gula, bukan madu lebah asli. Tapi... bukan semua kedai macam ni.

Ada satu uncle cina ni, aku beli madu dia kat KEA Farm. Fresh dia masukkan madu depan mata kitorang, siap bagi honeycomb dalam botol madu tu. Harga, RM38. Madu dia sedap! Asli! Ni aku tau, sebab aku rasa sikit madunya tu.

Madu dia ni jugaklah aku buat cornflakes madu aku raya hari tu. Memang terbaik rasanya!
Tak payahlah beli madu kat orang asli kat Cameron tu semua. Semua tu madu tak asli ye.
Tak caya? Trylah beli... confirm menyesal nanti.

kalau korang nak beli madu, aku cadangkan beli madu dalam botol kaca ni. macam madu at the very 1st row ni. Aku beli madu macam nilah ari tu, memang sedap. Asli. Tapi kene pandai tengok penjual jugak.
Kat Cameron, berlambak madu dalam botol macam ni kan? Toksah la beli... bazir duit je. Sedapnya tidak, aslinya pun tak.
Ni la madu gula atau madu kelutut yang aku cakap tu. ;'D
One last thing, before aku end my second post ni...
Make sure, nak beli barang ni semua, belilah time nak balik ye.
Demi menjaga kesegaran ole-ole ni semua. ;)

Cameron Lavender? Haaa, tunggu next entrylah. Sebab banyak yang nak dikongsi. ;)

Salam Sayang,
Anis Ashikali.

1 comment:

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3