Nikah!

Nikah!

Saturday, 5 August 2017

CAMERON LAVENDER!

Cameron Lavender...
Front view of Cameron Lavender, Cameron Highlands.

Assalamualaikum!

Ye, dalam seminggu ni berkali-kali aku update entry percutian aku di Cameron Highlands kan?
Rajin benau aku dalam masa seminggu ni, hik hiks.
Tak pe, biarkan. Sementara mood rajin tengah up ni, kita taip laju-laju!

Okay, Cameron Lavender! Siapa pernah pergi sini? 
Kalau tak pernah, jom susur kenangan aku kat sini.

Lokasi Cameron Lavender. Dah sampai area Kuala Terla atau Tringkap tu, perlahankan kenderaan korang kalau nak ke sini.
kalau tak, memang boleh terlajak.
Siapa nak baca entry yang lepas-lepas, pepandailah tekan butang previous di bawah entry ye.
Lepas habis membeli belah dalam hujan lebat kat KEA FARM, kitorang terus bergegas ke sini.
Takut tempat ni ditutup! Nanti aku mogok tak nak balik pulak kannn... haha

Sesampai je kat Cameron Lavender ni, hujan dah agak renyai-renyai.
Alhamdulillah... sejuk? Hurm, sikitlah. Taklah sejuk tahap beku macam dulu-dulu.
Tiket masuk, RM8 per adult, kalau tak silap akulah.

Cameron Lavender ni, tempat dia agak besar, ada yang kene daki bukit, ada yang kene naik tangga.
Tapi, hiasan dalam taman ni, semua cantik-cantik belaka!
Boleh kata setiap sudut, memang cun kalau korang nak bergambar.

So, jom! Tengok gambar~~~ ;D

Masuk-masuk je pagar Cameron Lavender ni, korang akan nampak macam-macam pemandangan yang menarik.
Salah satunya, Terusan bungaan Lavender yang ditanam secara bertangga kat sini. 
Gambar yang lebih clear, buat tatapan mata korang. Masuk sini, mata boleh jadi buta warna kejap, sebab terlalu meriah dengan warna warni! hahaha


Cuba jgk dapatkan angle untuk nampak setaman bunga yang cantik ni, tapi ini aje yang mampu. Tak bawak monopod uolss! pakai tanganpod je! ;D
Bila mata aku dengan husband, pandang tempat yang salah! Haha
Kereta Vespa/Wolkswagen! 
Aku paling suka rumah ungu yang comel ni!
Berebut orang nak bergambar kat sini, almaklumlah kitorang pergi time public holiday kot.
Dalam rumah tu, siap ada teddy bear purple lagi. Disediakan sebagai prop bergambar rasanya. 

Thumbs up! Hehehe
Rumah ni, memangggg cantik!
<3 Love! <3
Good!
Nilah yang jadi, bila mintak tolong orang lain amikkan gambar. Idea posing, out habis!
Posing spontan yang entah ape-ape jadinya. :') 
Belakang rumah ungu yang comel tu, ada deretan susunan rumah yang kiut miut! Macam rumah burung pun ada gak.
Lepas bergambar dengan rumah comel, kita pergi tilik rantaian love lock kat sini pulak.


Cantik! Colourful kan?
Hokkaido, Lavender Ice cream...
Sebab kedua aku nak datang sini, selain nak tengok Lavender, isssss Lavender Ice Creammmm!! Tak pernah aku makan Lavender Ice Cream ni, inilah kali pertama seumur hidup aku. Baru nak merasa.
Sedap ke??? Urmmmm, lepas dah makan ice creamm ni, yang aku boleh conclude. It is not for me! Hahaha...
Lidah aku tak boleh terima rasa dia, sebabbb... rasa wangi macam bunga. Pelik jugaklah rasa dia. 
Aku makan sesuap dua je, pastu aku kejung. Pegang je cone ice cream tu sepanjang jalan.

Nak buang, takut husband aku marah.
Last-last, yang jadik mangsa kena habiskan ice cream ni, siapa? Husband akuuu jugak! Hahah
Tapi tak habis pun ice cream ni, husband aku kata rasa dia okay tapi peliklah. 

Kitorang tekak melayu, tekak english... belum sampai tahap tekak jepun lagi uoollsss. ;'D


Tengok ajelah ribuan bunga lavender kat belakang kitorang tu.
Allahhh, cantik sangat! <3

Lavender, I'm in Love!! <3
Hebat tak kuasa Huawei P9? Sampai urat daun pun nampak jelas tau.
Huawei, made it possible! Haaa, sesuai sangat tag line Huawei ni tau. kalau guna phone lain, tak tahulah boleh nampak real tahap dewa macam ni, atau tak.
Aku ni dulu, iphone user yang tegarrr. Kebanyakkan Iphone user, memang susah nak tukar kepada android. Aku mulanya, cadang nak beli Iphone6S+, tapi.... lepas tengok kehebatan Huawei P9 ni dari segi gambar & fungsi-fungsi lain.

Aku terus jatuh cinta! So, bye-bye Iphone... For me, Iphone make life miserable! Hahaha
Leceh! Serba serbi payah. So, tak relevan sangat untuk aku guna. Huawei berlipat kali ganda, more better! Kenapa bukan Samsung? Asyik hangggg je, tak maulah aku!

Okay, naik je bukit ni... kita akan sampai ke cafe.

Baru lepas hujan, kawasan sekitar Cameron Lavender ni di kelilingi kabus tebal yang cantik. Pemandangan tu nampak segar!

Subhanallah, indah ciptaanMU!
Rumah kincir angin yang colorful ni, menaikkan lagi seri suasana di Cameron Lavender.
Terasa macam berada kat luar negara! :'D
Satu gambar mana penah cukup, ye tak? Hikhiks
Happy meeee!! ;D
Ilhanis in Cameron Lavender..

Sebelah kincir angin, ada Snow White's Gnomesss! XD
Ho yeah! ;D
Lepas jumpa gnomes, kita pergi tengok Castle. 


Tak sia-sia bawak payung naik, boleh guna sebagai prop! Huhu
Cakkk! ;)
Singgah sekejap atas buaian.
Suami aku, dengan aksi selamba dia.
Aku & Bunga!



Dia & Bunga! Hahaha, adoiii tepuk dahi aku tengok gelagat suami aku ni.
L.O.V.E




Kincir air..
Lepas habis bergambar di kincir air ni, kitorang turun semula ke bawah, untuk balik. Tapi sebelum balik, kitorang singgah di kedai cenderahati Cameron Lavender.

Fuhhh, terkelip-kelip mata aye masuk situ. Penuh dengan warna purple dan biru!
Aye tak borong apa-apa pun kat sini. Cuci-cuci mata je.

Rantai, mahupun gelang yang boleh customize.
Lavender House.








Madu pun ada di jual kat sini.

Otw turun dari cafe, kitorang lalui jalan ni. Along all the way down, banyak kedai yang menjual cenderamata & makanan. 
Strawberry coklat ni aje yang mampu memikat hati aku. Aku suka gila dengan strawberry yang dicelup dengan coklat ni.
One of the reason aku suka naik Cameron is dapat makan strawberry coklat ni puas-puas!
Okay, pretty much this is it.
Dah habis dah pengembaraan aku ke Cameron ni selama 2H 1M.
To be honest, 2 hari memang tak kan cukup untuk datang dan duduk di Cameron Highland ni. 
Tak puas! Serius tak puas!

Aku kalau boleh nak duduk lama-lama kat sini, sedut udara segar Ladang Teh, pergi Kilang proses Teh kat Sungai Palas, lepak malam-malam di Starbucks Tanah Rata atau makan ice cream strawberry di MARDI.

Eh, banyakkk lagilah! Blue Valley pun aku tak sempat terjah.
Tak dapat pun nak turun ikut jalan Tapah, tak dapat nak rasa air terjun Lata Iskandar tu lagi.
There are still many things to be explored in Cameron Highlands for me, and this is not the end.

InsyaAllah, aku akan repeat lagi percutian kat Cameron Highlands ni dengan cuti yang lebih panjang.
Baru rasa berbaloi. All the turun ke bawah, aku drive with the windows down. 
Cuaca masa tu redup, sejuk, aman, segar dan tenanggg sangat! Kabus penuh kiri dan kanan jalan.

Sayu hati nak balik, tapi our vacations is over.
Nak tak nak, kena balik jugaklah.

Until we see you again, dear Cameron...
So, lepas ni ke mana pulak kita?

Aku bakal update tentang Family Vacations di Ipoh perak & so on!
Banyak lagi ni yang tak settle. Semoga penyakit rajin ni, bertapa selamanyalah kat jari jemari aku ni untuk menaip..

Salam Sayang,
Anis Ashikali

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3