Saturday 21 March 2015

NEW ME, NEW LIFE...NEW US!

Assalamualaikum.... ;)

Tak tahu apa yang merasuk hati ni secara tiba-tiba seakan-akan ditarik-tarik untuk mengupload satu post kat dalam blog ni.
Rasanya dah hampir dua tahun aku abaikan blog ni. Terdetik nak bukak balik blog ni dan upload post ni pun sbb my bestie whatsapp aku malam tadi to remind me take down all the pictures yang aku post, (gambar tak bertudung masa zaman zahiliah dulu) memandangkan now...aku adalah seoramg isteri. (beb, terima kasih kerana sudi mengingatkan aku. Sayang kau dunia akhirat!) ;)

Ye, isteri! Alhamdulillah, segala syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi atas setiap limpahan nikmat dan kurniaNya, aku sah bergelar seorang isteri kepada seorang pemuda, dan lelaki yang bernama MOHD ILHAM HANAFI B. MAHAYUDDIN. Impian aku sejak berumur 13 tahun, tercapai pada usia 22 tahun!

What an achievement right? Syukur Ya Allah! (syukur yang tersangat-sangat dalam hati ni). :')
And again, gambar zaman jahiliah masa aku tak bertudung yang dok terhias-hias kat blog ni, dah lama sebenarnya hati ni berniat nak buang, tapi maklumlah, syaitan tak henti menghasut. Jadi...tangan ni agak malas nak klik butang login. Tapi atas hari yang bertuah ni, alhamdulillah, aku gagahkan diri melawan hasutan iblis durjana ni. (HAHA)

Update blog ni sambil ditemani dengan lagu OST desperate housewives, pasal tu la hati aku ni sayu je.... sebab, ntah kenapa tetiba seakan-akan terasa begitu berharganya nyawa yang masih ada ni untuk melakarkan kehidupan yang paling bermakna buat santapan mata bila sampai satu saatnya kita menoleh ke belakang kembali bagi menghubungkan titik titik kehidupan yang dulunya caca merba dan langsung tak connecting at all!

Tapi caca-caca merba tu lah yang membentuk kita yang sekarang ni. Kehidupan aku sejak dulu, alhamdulillah saling berkait rapat, tak lari terlalu jauh. Saat ini, aku masih menggunakan setiap saat yang aku ada untuk mengisi hidup aku dengan semua perkara dan every single happiness that i can get. Agar aku tak ada regrets apabila aku menoleh ke belakang dan berkata sambil tertanya-tanya kepada diri "Why didn't i do this and that back then when i still could? When i have the chances?"

Nope! I dont want regrets! I want LIFE FULL OF HAPPINESS walaupun orang kata itu semua mustahil untuk digapai, bagi aku tak mustahil langsung. Kita tentukan arah tuju kita, kita yang ubah nasib kita. Chaiyok! <3


Macam tak percaya aku dah bergelar seorang ISTERI seawal usia 22 tahun. Muda ke? Baguslah kahwin muda, elak dosa dan maksiat, tak gitu? Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan perkahwinan kami, pernah dulu masa kecik-kecik, aku berangan-angan mat jenin kekonon nak ada rumah apartment sendiri, nak ada kereta sendiri, then only get married. (kekonon la)

seiring usia meningkat dan bertambah, you get to see that all of those thing yang kau impi-impi nak miliki sebelum berkahwin seakan-akan tak relevant bila harga kos hidup semua naik bagai nak gila, and you keep doing the same thing over and over again, cuba mengejar harta daki dunia yang tak pernah dan tak akan kekal lama langsung! Even the good thing/semahal mana pun benda yang kau beli, tetap akan ada hayat, akan rosak jugak ONE FINE DAY nanti.

Aku  mula sedar, semakin kita kejar dunia, semakin kita ditnggalkan jauh ke belakang, sebab dunia tak menunggu sesiapa, Tapi yang aku perasan, semenjak kami ambil keputusan nak berkahwin, semuanya seakan dipermudahkan. Kehidupan semakin bermakna, semakin dipenuhi dengan riang ria kehidupan, dan juga pahala yang kau tak henti-henti akan buat bersama suami yang tercinta dan juga sanak saudara. 

If back then, kau pegang tangan tunang kau, atau kau pandang dia dengan nafsu, semuanya dosa semata, Tapi kalau kau dah kawin, every single thing yang kau buat dengan suami kau, semuanya mendatangkan pahala. Kalau dulu kau tergedik-gedik tayang mahkota dewa atas kepala even kat bapak saudara, now bila dah kawin, even dalam rumah, bertudung litup sepanjang masa kalau depan ajnabi yang bukan mahram kau sebab kau tahu, dosa tergalas kat atas bahu suami kau. 
Ye memang kadang-kadang, terasa amat bersalah sebab dulu aku jahil biarkan ayah aku pikul semua dosa aku, aku selamba buat dosa tanpa kesian dan simpati dengan ayah aku yang berat tergalas dosa di bahunya. Bkan dosa yang dia buat, tapi dosa yang anak dia buat, Sadis kan?! :'(

Tapi....aku manusia. Aku tak sempurna, segala apa dosa yang terpikul kat bahu ayah aku dulu, aku cuba tebus balik dengan mendoakan dia kat dalam setiap sujud aku. Aku hanya mampu meminta, hanya Allah yang maha memakbulkan, sebab aku tahu Allah itu MAHA PENGAMPUN. :')
This is LIFE, kita buat silap dan sampai satu tahap, kita tahu kita harus dan perlu UBAH DIRI kita untuk kebaikan semua. We learn not to become SELFISH!


Macam-macam lagi yang bakal berubah bila adam dan hawa mendirikan masjid, semuanya menjadi amat baik. Allah menjanjikan bermacam-macam rezeki dalam perkahwinan, itu pegangan aku masa kami sepakat nak berumah tangga seawal usia 22 tahun. Suami aku masih belajar, aku pun baru je habis belajar, belum grad pun lagi masa kahwin tu. Tamat je aku habis praktikal, kitorang terus kahwin. Mana datang duit buat majlis? Hasil kesedaran kami menabung semenjak usia 18 tahun lagi. 
Suami kuarkan belanja guna duit dia sendiri hampir RM15 ribu, aku hanya kuarkan dalam RM2 ribu sahaja. Cukup segalanya, tak ada hutang-hutang. Alhamdulillah. Lepas kawin? Alhamdulillah, rezeki Allah tu luas. Kami berdikari bersama. Semakin bahagia,

Jadi nikmat Allah yang mana yang kamu mahu dustakan bila asyik beri alasan nak kejar cita-cita sampai seruan nikah itu kamu pandang dengan sebelah mata? Jangan takut kahwin, bila dah kawin pun kita masih boleh kejar cita-cita. Ni aku bukan nak bangga, bukan nak bongkak, tapi ni hakikat!
Lama mana pun kau boleh hidup untuk kejar semuanya sekaligus? Kau mungkin berjaya dari segi material, dari segi kerjaya, tapi mana pengisian hidupnya? Bukan ke lagi manis kalau kau mempunyai semuanya dalam masa yang sama? Ini bukan tamak haloba, tapi usaha kau dalam mengejar bahagia. 

Dalam pada dah kahwin, kau masih boleh sambung belajar, masih boleh kejar cita-cita. Semuanya boleh dicapai dalam satu masa, tak ada yang mustahil! Buat yang masih mencari-cari pasangan hidup, yang serasi dengan jiwa, jangan pernah putus berharap meminta pada yang Esa supaya dipertemukan jodoh yang baik-baik dan beriman, sebab percaturan ALLAH itu lebih hebat dari yang kita jangka.  Yakin dengan ALLAH!







Dalam masa 2 tahun ni banyak perkara pahit dan manis yang terjadi to me. Yang pahit-pahit tu biar kami simpan dalam sudut hati yang paling jauh. Rasa sakit difitnah, dikhianati, dimalukan, diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya, nama dijaja dan macam-macam lagi. Semuanya pengalaman pahit kehidupan ni. Walaupun sukar, aku belajar mengharungi, tapi untuk melupakan, maaf! Aku tak berdaya untuk melupakan, aku juga bukan seorang yang pemaaf, tapi aku mengajar hati agar tidak berdendam. Aku hanya manusia biasa yang tidak bisa melepaskan setiap apa yang mengusik hati.

Aku cuba melihat setiap perkara yang terjadi tu sebagai suatu hikmah. Pasti ada sebab kenapa Allah tunjukkan semua dalam masa yang sama. Aku tak pernah menyesal akan semua yang terjadi, sebab aku tahu aku di pihak yang benar. Aku yang dianiya dan dizalimi, jadi setiap saat kadangkala hati aku tak berhenti berdoa, agar semua yang menzalimi dan memfitnah, akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan yang mereka lakukan pada aku dan keluarga. Nak melupakan? Tak mungkin. Nak membenci? Kadang-kadang, tapi takkan mampu nak membenci semua sebab semuanya saling berkait dan pernah jugak menyumbangkan saat-saat manis. Mendoakan? Ya. Bukan doakan yang terbaik, tapi doakan karma will get them payed! Kan dah kata, aku manusia biasa... ;)



Maafkan diri ini yang terkhilaf bicara, sebenarnya saja nak post something buat release stress penat bekerja while update blog yang dah tak serupa blog ni. 
LIFE IS GOOD and WILL ALWAYS BE.
Another half year to go...then insyaAllah, rombak balik semula bila husband dah mula posting. 
Time tulah aku baru terkedek-kedek nak sambung belajar, but i will make sure, aku akan bergelar seorang NOVELIST dalam tahun ni juga!

I'll make it happen no matter what! Life is too short untuk aku bazirkan masa yang ada, and pray for me, semoga kita dapat berjumpa di alam fantasi pena yang tercoret melakarkan realiti dan asam garam sebuah kehidupan! ;)







Yang benar, 
<3 Anis Ashikali. <3