Thursday 24 March 2016

...Cable Car @ SkyCab Langkawi!...



               Hye guys. Update pasal ISLAND HOPPING di Langkawi dah settle. Basically, lepas habis Island Hopping, kami ke Tanjung Rhu, saja nak tengok pantainya macam mana. Tapi bila sampai situ, agak kecewa sebab pantainya lengang, tak ada apa pun. Ada peniaga kecilan je untuk korang lepak minum-minum. Jadi, minum dan berlepaklah kitorang sebentar kat situ, amik angin petang. 

              Lepas tu, kitorang gerak cari Pantai Pasir Hitam atau Black Sand Beach, nak sangat tengok pasir hitamnya tu. Puas pusing masuk segala ceruk pantai dan kampung, pasir hitam tak jumpa-jumpa. Yang jumpa, pasir coklat je. Hampa~~~ :(

Akak aku kata, pengarah movie Dilwale dah amik semua pasir hitam tu masuk dalam movie dia, wakaka! Gilos akak aku ni. ;)

Mati-mati ingatkan ada pantai pasir yang sehitam ni kat Langkawi, tapi bila sampai sana tak jumpa pun... Langsung tak ada rasanya.
Rasanya ni macam kat Langkawi, tapi x sure area mana. Aku tak jumpa, korang pernah tiba ke sini ke? Tak pelah, kali ni pergi tak de rezeki nak jumpa Pasir Hitam ni, lain kali kalau datang sini lagi memang aku cari sampai lubang ketam pasir ni tau. Nasib baik dapat tengok pasir ni dalam Dilwale, tak de la kempunan. Hehe
              Hari pun petang, x sempat nak ke Galeria Perdana atau ape. Gila nak pakai baju untuk beach occasion pergi muzium? Hishh... makanya kami balik, dan keluar semula jalan-jalan kat Pantai Cenang di malam hari. Rasanya malam ni yang kitorang pergi memborong coklat tu.

              Now, jom kita cerita pasal SkyCab Langkawi pulak. Okay, hari ke - 3 di Langkawi, kitorang agak kelewatan jugaklah berangkat ke SkyCab. Dalam pukul 10 lebih kitorang gerak, sampai sana dalam jam 11 pagi. (siap sesat kat kawasan Skytreck Adventure lagi. sadis!) 

               Sesampainya kitorang kat area parking SkyCab Langkawi, terus aku jakun bila mendongak ke atas, nampak bergayutan berpuluh-puluh kereta kable nun di atas gunung dan langit. Ada jugak nampak kereta tu sume macam belon-belon mahupun tanglung yang terapung di udara. Sumpah lawa kalau tengok dari bawah! SkyCab Langkawi ni dia terletak di Oriental Village, parking agak susah nak dapat sebab berduyun orang datang nak naik. 

               Oriental Village ni memang lawa sangat-sangat. Macam-macam kemudahan dan barangan yang dijual kat dalam tu. Aku tak sempat nak teroka seluruh Oriental Village ni sebab aku dah kesuntukan masa nak naik SkyCab, nak masuk 3D Art Gallery lagi, nak kejar masa dengan family lagi.

               Belum lagi diambil kira nak berjalan ke tempat lain. Nak beratur beli tiket dah satu hal, nak beratur naik kereta kable ni lagi satu hal. Jadi, kalau nak ke sini, korang boleh la bajet masa. Nak best, boleh datang awal, banyak masa boleh spend dalam kawasan Oriental Village dan SkyCab ni. Sehari suntuk boleh habiskan kat sini tau!

Gambar ehsan dari google, aku tak sempat nak amik gambar Oriental Village ni sebab kesuntukan masa. Huhu
Okay, ni entrance nak masuk ke Village ni.
Little bit of the Oriental Village view from outside.
Yang ni aktiviti air yang ada disediakan dalam tasik di Oriental Village ni. Serius, village ni lawaaa... <3
               Okay, fyi... tiket untuk local lagi murah daripada foreigners tau, make sure tunjuk IC utk dptkan harga local. Macam2 pakej yang ditawarkan kat sini, so sebelum beli make sure korang decide betul2 nak amik pakej yang mana ye. Macam aku hari tu, aku amik pakej Skydome, Skycab dan jugak 3D art Museum, so sorang RM45.

Entrance untuk menaiki SkyCab. (Ehsan google)
Haaa.. inilah package2 yang aku sebut tadi tu. Kalau nak duit korang terbazir dengan berbaloinya, wajiblah study pakej ni betul2 ye... (Ehsan google ni)
Penunjuk arah...
                   Okay... lepas beli tiket, moh le kita naik SkyCab Langkawi ni. Dah tak sabar dah ni! ;)

Si kecik ni, pantang nampak air. Dia nampak kolam tadi, terus dia tarik tangan mak dia nak masuk kolam.
Sempat dia mintak mak ngan bapak dia air kopi ye. Apa? Air Kopi? Ye, dia mintak air kopi!!! Adesss~~~
Ni masa sedang beratur nak masuk ke SkyDome! Muka akak aku macam ayam tertelan kapur sebab aku baru lecture dia,
tunggu dia siap kat toilet kemain lama lagi. Tak syok la masuk asing2, dah nama percutian family, kenalah sama2 ke mana jua. Baru ada feel~~ ;)
Terpancar kebahagian kat muka nenek aku dapat jalan jauh. Kihkihkih ;)
Atuk yang sedang gembira melayan cucu sulung dia. Cucu mintak topi, Fedora atuk dia bagi. ;)
Kami suami isteri yang excited nak mulakan journey! ;)
Kemain handsome anak mak ni... <3 Kecik-kecik dah pandai bergaya macam ni. 
<3 No caption, just love... ;)

                Tips: Skydome tu sumpah tak best! Mula2 rasa macam excited sebab dapat tengok tayangan roller coaster yang berpusing 360 darjah depan mata ko, tapi setelah 5 minit menunggu, tak ada apa yang keluar kat screen. Ko hanya nampak railways tu berpusing, berbelit-belit sampai kepala ko pening. Naik loya pun ada! Aku dok la menunggu kot-kot dia nak tayang rolloer coaster tu jatuh dalam gaung ke ape ke... but NON HADO ye tuan, puan. Non Hado! Bazir masa 7-10 minit aku! 

                Okay, 1 cable car, hanya muat 6 orang SAHAJA! Kami datang 7 orang dewasa, 1 orang kanak-kanak. Makanya, aku ngan husband aku terpaksalah split up daripada family aku. Tak dapat naik satu cable car dengan family tersayang, kitorang naik dengan stranger. Okay la jugak, sebab yang dok sama kitorang tu semua indians ala bollywood, terdiri daripada mak dan anak.

               Dek kerana aku ni penakut nak mampos naik Cable Car ni, terjerit-jerit jugaklah masa kat dalam ni, tak habis-habis dengan ayat "Oh My God! Oh My God!" aku tu. Tak memasal aku menakutkan budak perempuan dalam cable car kitorang ni. Sorry dear sis, akak memang penakut tahap gaban! Wakakaka! ;')

              Pantang husband aku bergerak, or membuatkan cable car tu bergoyang atau apa sajalah, aku akan menjerit takut, and marah husband aku suruh duduk. Sumpah nyawa aku rasa macam nak melayang masa tergantung kat udara ni! Dia punya seram, Allah je yang tau. Perut aku kembang kuncup je... seriau! Nak-nak lagi bila naik ke atas, ko menghadap ke arah atas gunung, memang nampak la kecuraman gaung diseliputi hutan kat bawah tu. Terbayang-bayang kot-kot jatuh terhempas, tak memasal je. Memang tak hidup lagi la cite dia. Huissshhh, mintak simpang! 

Jangan tertipu dengan senyuman iklan Darlie ni, ni tengah SERIAU dek kena usik dengan husband aku! 
Okay, dah boleh hadam takut sikit...

Bila rasa dah boleh hadam takut tu, kita tunjuk PEACE! Cewahhh... konon berani sangat la tu? Tak de maknanya! Ni pun sebab aku tak nak lepaskan peluang bergambar dalam cable car yang mungkin aku tak kan naik lagi ni. Nak datang Langkawi lagi pun, entah taun bila. So... peluang yang ada, gunakan sebaiknya! 
Walaupun takut macam nak tercabut nyawa, senyum itu wajib! Aku bayar tau nak naik atas ni! Huhuhuhu
                 Well, so far the ride was quite okay, tak windy sangat. View memang lawa, rugi aku tak duduk memandang ke laut masa ride pergi and balik ni, sebab view dia mesti lagi magnificient! 
Nak naik cable car ni korang kena sentiasa waspada and cergas untuk melompat masuk bila dia sampai kat station, tak de istilah lambat atau terhegeh-hegeh nak masuk tau, sebab dia terus pusing non stop! Pepandailah korang hidup masa nak naik. ;)

Cable Car! Kitorang sampai dulu, so masih menunggu family aku sampai. Masa nak turun pun, tak de makna dia akan berhenti elok2 ye, melompatlah korang secepat yang mungkin. ;)

Btw, nampak tak Cable Car tu ada tulis VIP 1? Itu khas VIP punya okay, harga mmg berbezalah drpd yang biasa punya.
Siap ada cable car jenis Glass yang memang lagi seriau sebab ko akan nampak hutan kat bawah kaki. Harga? Aku tak tahu, tapi memang VVVIP la.
Haaaa... Cable Car merah tu family aku. <3

Kalau masuk 6 orang, tapi tempat duduk tak cukup, sila berdiri macam abang ipar aku. Kihkih!
Superb view up there bila ko dah turun daripada Cable Car ni.
Blue Sky and Green Mountains... <3
Alhamdulillah... cuaca baik pagi ni. So memang terbaik plan naik Cable Car. Risau jugak aku kot-kot hujan ke ape, tapi so far masa kat Langkawi, cuaca semua baik je. Hujan petang, tu pun sekejap je.
Nak tahu betapa indahnya dok kat atas sambil menikmati bumi ciptaan Allah ni, kena naik tengok dan rasa sendiri.
Yeay! Berjaya jugak mak bawak atuk naik Cable Car di Langkawi! <3
Ha nampak orang dok beratur kat belakang tu? Tu beratur untuk turun ke bawah semula atau proceed ke atas, ke Skybridge ye. 
Umie and nenek... Owh, jangan salah faham ye, ekspresi wajah mereka macam ni bukan sebab marah, tapi sebab panas, silau pandang kamera. 
Umie dan Nenek. <3 
Nenek, Atuk, Iki... ;)
Iki cari ape tu? 
Iki cari peace, mak... <3 ;)
Ececeh, mak aku pun nak buat peace jugak. 
Senyum sikit, atuk... (bak kata iki)
Subhanallah, cantikkkk sangat kan?
Aku wonder, how can they build this cable car atas gunung yang tajam-tajam macam ni?
Part of the Andaman Sea yang korang boleh nampak kalau ada atas platform ni.
Nampak macam berani je posing kat hujung tu sesorang kan? Tapi aku punya kecut, toksah cakap la.
Aku genggam palang besi tu sampai sakit tangan aku.
Aku pun tak tau ni posing jenis ape. (-.-)
Jenis syok sendiri, mungkin kot... wakakaka!
Whatever, pose syok sendiri ke ape, ada aku kesah? ;)
Husband dan tshirt tengkorak idaman. ;)
Mungkin husband aku tengah kumpul tenaga nak runtuhkan palang besi tu agaknya. Kihkih
I really love this amazing view! Sooooo in love!
Tiba-tiba macam ada gerhana matahari kat gambar ni kan? Well ini result casing fon aku yang menghalang kamera. 
Dok atas platform, memang greenish je scenery yang korang akan nampak. Lawa, tak puas mata aku memandang.

Happy muka nenek layan cucu dia.
Atas platform yang 1st ni kalau korang sampai, tak de apa sangat pun. Cuma view dia lawa gilos, angin boleh tahan kencang, tapi tak delah sampai boleh menerbangkan ko. Tempat duduk memang terhad, sila berebut ye.
Nak-nak lagi kalau naik Cable Car dengan ramai family, sila bertabah untuk beratur dan mengambil giliran untuk bergambar. 
Cucu kesayangan atuk dan nenek. Buah hati pengarang jantung ni. ;)
Aku tak tahu kenapa gambar paling cantik ni tersesat plak senget begini, asalnya gambar ni tak senget langsung.
Tak de function untuk rotate, so sila telengkan kepala anda.
Ini shot yang paling aku suka untuk gambar ayah, mak and anak buah aku. 
Takut jatuh, so kita peluk kuat-kuat! ;)
Bersama menikmati keindahan Langkawi... <3
Owh bonjol di perut tu bukan 'baby bump' ye, tapi lipatan kain palazzo aku yang tersangatlah labuh tu. :')
Yes, Langkawi is the best! 

Posing mungkin sama, tapi gambar tak serupa. Kita tempek la lagi, janji hati puas dapat upload semuanya. 

Kalau berjalan berdua aja, sila bawa monopod untuk kemudahan anda bergambar.
Ada monopod, maka terhasillah gambar cantik sebegini. Haha
Kami sangat gembira dengan Langkawi! <3
Husband cakap, asyik pakai spek hitam je bergambau, maka jom kita tadah our bare eyes for this picture!
Sudahnya, mata aku dah macam hape je, silau! Sakit mata lawan darjah kepanasan atas ni.
Jalan-jalan pusing kawasan platform. 
Jumpa port best, kita bergambo lagi! 
Dan lagi! Datang jauh-jauh, sebelum balik, harus bercamwhore! ;)
               Tiada caption untuk gambar di bawah, so just layan je la ye. Sikit je lagi sebelum aku bagi kata penutup untuk entry ni.





We love Us! <3
              Okay, berakhirnya entry untuk SkyCab. Untuk 3D Art Gallery, aku update lepas ni la ye.
Sebab kalau masuk dalam entry yang sama nanti jadi panjang berjela. 

               Mostly, naik SkyCab ni memang best sesangat! Kira ada 3/4 platform yang korang boleh lawati. Atas platform tak de apa, ada yang hanya khas untuk pemandangan, ada yang khas untuk CAFE, tapi yang cafe tu kalau korang makan, pepahamlah harga dia boleh pergi sampai berapa ye. 

              Niat aku nak naik dan jalan atas SkyBridge! Hanya perlu tambah RM5 je kalau korang nak ke sana, tapi tiket SkyBridge sila beli di kaunter tiket atas platform masa dah sampai atas ye. Disebabkan separuh nyawa dah rasa macam nak tercabut naik Cable Car, aku perlukan lagi separuh nyawa untuk turun ke Oriental Village. 

             Jadi, aku tak cukup nyawa nak ke SkyBridge yang pada aku amat SCARY itu! Sebab its consider macam jambatan gantung. InsyaAllah, aku akan datang Langkawi lagi untuk memaknakan hajat hati yang tak kesampaian ni. Kali kedua datang nanti, aku make sure aku bawak nyawa cukup-cukup untuk hidup kat atas ni. Hahaha!

             Kenapa tak de gambar family akak aku atas ni? Well, diorang bergambar dengan fon diorang, lagipun akak aku dah semput, nak pitam sebab panas. Owh, another tips! Kat setiap platform, korang memang akan diminta untuk beratur, dan bergambar. Dari bawah sampailah ke atas. Dah amik gambar, tak kan tak nak beli ye tak? Satu gambar akan cost poket ko RM50, so get readylah.

             Aku beli 3 gambar kat atas tu. Gambar yang sama, tapi dia ubah frame dan pemandangan. Licik diorang ni berniaga, kalau ko x nak beli, its up to you. Tapi kalau nak beli, aku suggest better beli kat atas platform masa dah naik gunung, gambar 3D frame kaca. Beli tu je cukup, simpan as kenangan. Banyak gambar menarik aku nak share di 3D At Gallery tu nanti. ;)
                   

-Anis Ashikali-