Nikah!

Nikah!

Sunday, 13 August 2017

MH HOMESTAY, TAMBUN, PERAK.



Assalamualaikum!

Adui, waktu aku nak menulis entry family vacations kitorang ke IPOH, PERAK ni.
Mata aku mengantuk yang amat, penyakit M mula bercengkerama dalam badan.

Tapi, entah kenapa, jari jemari aku masih gagah mengetuk papan keyboard ni.
Untung aku masih gagah, maka terciptalah entry ni untuk korang baca.
So, ape yang menarik dengan percutian kami ke IPOH ni?

Hahaha, to be honestlah kan, aku rasa percutian kami ke IPOH kali ni, adalah percutian yang palingggggg membosankan!! (huhu, nangissss!)

Maybe sebab kitorang ni semua anak jati MELAKA. Dah biasa ke mana-mana, sekejap je dah sampai destinasi. Melaka ni kecik, tapi pesat dengan pembangunan, so dah biasa hidup kat bandar yang serba serbi dekat & tenang.

Tu yang bila jalan keluar dari Melaka, bercuti pulak kat tempat yang destinasi tarikan dia jauh dari satu-satu tempat, kitorang jadi bosan. Huhuhu! 
Maaf orang Perak, jangan kecam aku ye. Ni semua refleks fikiran individu je.

Errr, actually... dia bukan total bosan tau. Ada part yang menarik. Ada tempat yang cantik.
Tapi mostly, kitorang macam krik-krik jap setiap kali keluar dari homestay. 
Nak tahu kenapa? Ha jom, aku bawak korang jelajah dalam pengembaraan aku. ;D

Pertama, idea percutian ke PERAK ni, bukan idea aku. Tapi, mak aku.
Beriya dia nak datang ke Perak, dan beriya jugak aku ngan akak aku dok bangkang idea dia. Hhaha!
Plan asal, sebenarnya bulan December 2016 ni, kitorang nak ke Sabah bahhh...

Cancel plan ke Sabah, sebab nak tunaikan hajat mak aku ke PERAK.
Mak aku cakap, dia tengok kat TV, PERAK ni best! Macam-macam ada.
Aku pun, ikutlahhhhh...

Makanya bermulalah plan, dan itinerary aku ke PERAK ni.
Kitorang ke IPOH, PERAK dalam December 2016. Tarikh? Allahhh, aku lupa! 
Tapi pertengahan bulanlah jugak, kalau tak silap.



Korang tau tak? Perak tu... besar!!! Huish, tengok peta je dah pening kepala otak aku nak buat plan.
Tempat menarik semuanya banyak terletak kat area Gopeng & Ipoh. Tempat lain pun ada jugak, tapi aku focus area IPOH dulu.
Pergi 5Hari 4Malam kali ni. Dulu ke Langkawi, 4 Hari, 3 Malam sumpah tak cukup.
Ha, taun ni aku book cuti 5 Hari 4 Malam terus. Nak jalan puas-puas!

Tiba hari yang dinanti, kitorang gerak dari rumah tengahhari. Bawak dua kereta je.
Jalanlah konvoi ke Ipoh, Perak. Actually masa nak pergi ni, aku tak excited langsung.
Sebab aku period! Damn! Pergi Langkawi yang lepas, 1st day sampai pun bendera jepun aku berkibar megah kat jeti Kuala Perlis. :'(

Kali ni, ke Ipoh pun, benda yang sama jugak yang jadi.
Padahal 3-4 bulan sebelum tu, tak nak plak dia turun. *facepalm*
Dengan sakit senggugut, pinggang macam nak patah, mood kelaut, tak excited langsung.

Okay, sampai je IPOH, tempat pertama yang kitorang tuju. 
Homestay! Sebab tarikan pertama yang aku plan untuk 1st Day & 2nd Day ialah 
LOST WORLD OF TAMBUN! Yeayyyyy! *yang ni seronok!*

Aku pilih MH Homestay Tambun, sebagai tempat penginapan aku 2H 1M.
Actually, aku nak duduk di Homestay MH Tambun ni sepanjang berada di Perak.
Tapi.... disebabkan attraction untuk hari yang ke 3-5, jauh dari situ, terpaksalah aku book homestay kedua pulak, di daerah Taiping, Perak.

MH homestay Tambun, bagi aku harga promosi, 2Malam RM338, macam tu. 
Murahkan? Tapi sayang, aku tak dapat duduk 2 Malam.
Harga MH Homestay Tambun untuk 1 Malam = RM150-RM200.
Kenapa aku letak rege estimation tu? Haha, sebab aku lupaaaa berapa harga sebenar! :D

Nilah akibatnya kalau peram cita cuti lama-lama dalam otak. 
Okay, jom tengok MH Homestay Tambun ni. Best ke? Besar ke? Selesa ke?? ;D

Okay, gambar-gambar kat bawah ni ada effect Focus & Blur tau. Sebab tu ada sesetengahnya yang kabur sikit. Ni sebab, husband aku memang suka main effect Focus & Blur kat Huawei P9 aku ni.
Aku plak, tak rajin nak edit semula gambar-gambar ni, sebab dah banyakkkkk dalam phone.
Makan space dah oiiii... :')

Bukak je pintu rumah MH Homestay Tambun, korang akan nampak sudut gorgeous ni. 
Berdepan dengan pintu masuk, korang akan nampak ruang &pemandangan ni pulak.
Anak-anak buah aku, kemain suka dengan rumah ni.
Yang besau tu, kemain petah mulut cakap ni rumah dia. Suka main tangga!

Ruang Tamu. Abaikan suami aku kat situ. Huhu... Abisss, takkan aku nak halau family aku kuar lakkan, sementara nak amik gambar satu umah ni untuk buat review? :')
Gambar ihsan google! Ruang tamu...
Ruang sebelah tv, ruang tamu.

Dari ruang sofa, memandang ke arah garaj. Kawasan garaj, besar. muat dua biji kereta. Itupun masih besar lagi.


Ruang nak menghala ke bilik tidur bawah, dan dapur.
Bilik dapur, bawah. Ada dua katil single, bilik ni nenek aku duduk.
Gambar keseluruhan bilik bawah, siap ada penyidai & direct access ke bilik air.
Keluar je dari bilik bawaj, terus jumpa ruang makan yang awesome! Kat fridge tu, owner rumah ada letakkan megi cup, kat atas meja pulak ada Milo paket camtu.So, kalau korang makan barang yang disediakan ni, just amik & makan. Tapi... bayarlah duit ye! Ikut harga yang tertera kat papan harga tu.
Ruang dapur, yang kemas & sangatttt organize! Seriusly, kitorang tak guna pun dapur ni.
Sebelah kanan dapur, ada mesin basuh & pintu untuk ke bilik air dapur.
Bilik air yang ada di dapur.
Lengkap dengan singki. Simple & nice.
Ruang makan, dari arah pemandangan pintu dapur.
Heater, toaster, mug & tissue, dah siap tersedia kat ruang makan tu. just next to the dining table. Sangat organize!
Keluar dapur, terus jumpa tangga. 
Dari arah ruang keluarga, pemandangan tangga turun ke bawah.

Ruang keluarga di atas, dah disediakan papan gosok & iron. Tilam tepi tu, kitorang angkat bawak turun ke bawah, untuk mak & ayah aku tidur.

Dari arah tilam, bilik tidur pertama & kedua. Bilik tidur yang keempat, maybe master bedroom, dikunci. Itu hanya untuk kegunaan owner rumah je. So, terpaksalah mak ayah aku tidur kat bawah.
Bilik tidur kedua, yang menjadi pilihan aku & suami.
Dilengkapi dengan bedside table...

Pemandangan bilik tidur kedua dari sudut bilik. 
Bilik air, connecting dengan bilik tidur ketiga.
Baldi ada disediakan.
Shower pun ada.
Toilet! 
Salah satu element dalam bilik air ni yang aku suka. Pokok kecik & simple frame tu! Kecil je elemen hiasan yang digunakan, tapi memberikan impak besar pada pengguna. Aku suka decoration yang simple macam ni.
Keluar daripada connecting bathrooms ni, akan nampak meja solek bilik ketiga.
Pandang depan, nampaklah pulak anak-anak buah aku ni. Haha
Abaikan penampakkan abang ipar aku tu.
Setiap bilik, memang dah tersedia penyidai besi ni. Memudahkan sangat!
Matching pulak anak-anak buah aku ni dengan cadar katil tu. Hehe
Okay, so far inilah saja gambar-gambar yang aku dapat tunjuk kat korang semua.
Ini ajepun yang ada dalam simpanan aku.

Kejam ke aku & akak aku bagi mak ayah aku tidur atas tilam je kat bawah?
Haishhh... ini soalan & isu panas tiap-tiap kali kitorang pergi family vacations.

Rata-rata rumah dalam malaysia ni, yang affordable ratenya untuk satu malam, tawarkan tiga bilik tidur sahaja. Nak cari rumah yang tawarkan empat bilik, for a homestay payahhhh nak jumpa.
kalau jumpa pun, mahal nau nau!

Sebelum bercuti, homestaylah yang paling awal aku booked, and setiap kali tu jugaklah aku tanya mak aku.

"Umie, homestay ni ada tiga bilik je. Nenek nak tidur mana? Tak pe ke, bagi nenek tidur kat luar?"

Jawapan mak aku: "Nenek kau tidur dalam bilik, aku ngan ayah kau tidur luar, Bentang je tilam kat ruang tamu, boleh je aku & ayah kau tidur. Tak yah susah-susah fikirkan aku nak tidur mana. Aku ngan ayah kau ni dah tua, tak de istilah nak honeymoon time jalan." 

Haaaa, gitu jawapan mak aku. 
Cuti satu family, aku & akak aku dah kahwin. 
Dah sah-sah, kena jaga aurat depan abang ipar aku, akak aku pulak depan suami aku.
Takkan aku or akak aku pulak yang nak terbongkang kat ruang tamu ngan laki masing-masing? 
Tak senonoh betul!
So bilik tu, memang sah-sah lah kitorang terpaksa duduk...

Pastu, tiap kali bercuti mesti bawak mak ayah & nenek aku. Dah nama pun family vacations.
Mak aku plak, takkan nak bagi nenek aku (merangkap mak dia sendiri) tidur kat atas tilam je, kat ruang tamu. Ye, tak?

So, mak aku beralah, berlakulah adegan paksa memaksa antara mak aku & nenek aku.
Nenek aku, beriya nak beralah, tak nak tidur dalam bilik. Nak tidur kat ruang tamu.
Mak aku pulak, nak tidur kat ruang tamu, tak nak tidur dalam bilik.

Haaaa, nampak aku punya pening kat situ?? 
Dah tau akan jadi macam ni, aku pun tak sampai hati nak biar mak aku tidur tak berbilik for the next 3 nights. Makanya, aku & akak aku book homestay yang ada 4 bilik terus. Senang!

Kenapa aku pilih MH homestay Tambun? Sebab, lokasi dia gilaaa dekat dengan Lost World Of Tambun, Ipoh Perak. Itu destinasi pertama kitorang kali ni.

Harga? Sangatt berbaloi! Dengan keadaan rumah yang besar & sangattt bersih tu.
Aku puas hati sangat-sangat. Jangan kata aku, semua family aku dok sebut-sebut benda yang sama.
Terasa rugi tak dapat duduk lama kat situ.

Cuma, kalau owner homestay (En. Zahid) tu bukak lagi satu bilik, jadikan bilik yang available ada empat. Confirm, lagi best!
Tapi, itu terpulang pada budi bicara tuan rumah. 
Sebagai tuan rumah, diorang berhak nak buat apa saja dengan rumah tu.

So, kalau ada sesiapa yang nak ke Ipoh, Perak.
Bolehlah book MH Homestay di Tambun, Perak ni ye.
Dijamin, puas hati!

What's next? Nanti aku update pasal LOST WORLD OF TAMBUN pulak dalam next entry. ;)

Salam Sayang, 
Anis Ashikali.