Saturday 27 February 2016

...ISLAND HOPPING, TASIK DAYANG BUNTING LANGKAWI...

               Assalamualaikum...
            Okay, aku nak story mory pasal Island Hopping yang awesome ni. Banyak gambar pulau yang awesome aku tempelkan kat entry ni. Kalau nak baca entry sebelum ni pasal Pantai Cenang, korang boleh click di SINI. Ataupun, boleh je kalau nak click previous entry. So, jom sambung cite. 

            Kitorang bangun seawal jam 7 pagi, semua berebut siap nak pergi buat aktiviti Island Hopping on the second day kat Langkawi.  Janjinya kene ada kat sana dalam pukul 8.45 pagi sebab dalam kol 9 pagi nak gerak dah naik boat. But still... terlambat jugak la sampai ke jeti tu.

            Maklumlah... pergi ngan family, macam-macam ragam. Macam aku ngan husband, kitorang memang agak punctual pasal masa, kalau janji sekian time, awal 5-10 minit kitorang dah sampai. Macam mak ayah and nenek aku plak, pagi-pagi diorang dah bangun bersiap, tinggal tggu anak2, cucu, cicit je la yang bangun untuk gerak. Macam family akak aku plak, semuanya lambat and slow motion! Hhahaha... sampaikan bertekak-tekak jugaklah pasal ni. Well... kata family kan? Gaduh kecik sikit2 tu benda biasa le.

           Sebab dah lambat, nak sarapan pun dah tak sempat. So... semua org just alas perut dengan roti. Sampai kat Kompleks Pekan Rabu, kitorang dah sampai ni, tapi orang boat masih menunggu beberapa family lagi, nak cukupkan boat. Sementara tu, kitorang ni sarapan le kat jeti tu. Husband aku siap sempat melilau cari sunblock. Kali ni kitorang beli Sunblock Banana Boat, SPF 80 PA +++ with Aloe Vera, idak le beli macam yang kat Tioman dulu tu. 
Ni la sunblock tu... hurm, so far quite okay la kot... sebab masa kitorang pakai, muka tetap gelap sikit, tapi tak delah sampai merah menggelupas sebab terbakar.
Anak buah, kemain excited nak naik bot dek kerana dari umur dia bape bulan lagi, hari2 aku pasangkan lagu row-row your boat bagi dia tengok. 
Pose wajib kalau suruh dia senyum. 
Kite berwefie sementara tunggu giliran naik bot! Yang tanda sticker kuning kat baju kitorang tu tuan bot suruh pakai, menandakan kitorang ni ahli bot yang sama.
Saje tempek gambar syok sendiri kat sini. ;)
Pemandangan kat jeti pelancongan, bot-bot yang dah sedia ada untuk bawak tourist buat aktiviti island hopping.
Husband aku memang suka pose gaya pelik-pelik gini. Haha adui... 
Close up! 
Ha ni la boat kitorang! Besar gilos! Tengok mak aku tu, naik bot nak buat aktiviti island hopping, dia boleh bantai pakai baju kurung pulak. Aiyaaa pening den! Padahal dah siap pesan awal-awal pakai seluar, nak naik bot, tetap jugak dia buat tak reti.
Keruh pulak air laut ni kalau amik gambr close up.
Pemandangan sekitar masa duduk dalam bot, Alhamdulillah, cuaca baik sangat-sangat, tengok langit tu, cantik kan?

My everything, ayah aku tak habis-habis dengan surat khabar die. Mana pergi, dia hayak sokhabar tu ke sana sini. Macam mana nak bace paper dalam bot ayah oi...? Hahaha adui, peningnya kepala aku tengok gelagat parents aku ni. Ha, nenek aku je yang pandai dress up mengikut occasion. Cayalah nenek! ;)

Pose parents aku bila soh posing untuk bergambar. ;)
Jangan tak tau, ayah aku pakai kasut kulit naik bot pergi buat aktiviti island hopping ni. Haha, kan? Kan? Pengsannnn~~~
Husband, aku, akak aku, abang ipar aku, anak buah aku. Semua lengkap, ready to go! Yeay!
Sempat aku amik gambar-gambar ni masa bot tengah laju merentas ombak! Hehe.
Yang penting kamera ko kene cengkam kuat, kalau terlepas, say bye-bye~~
Kita pose lagi!
Dan lagi! Nampak muka aku flawless tu? Haha tu hasil sunblock yang husband aku beli tu. Daebak! ;)
Kami yang happy dengan vacation ni! Anak buah happy sampai terteleng-teleng kepalanya.
Kabur pun kabur lah! Asal boleh tempek, aku tempek je gambar ni.

HAppy US!! <3
Candid! 

Jom pose dengan anak buah ni pulak! Sayang sangat dengan jantung hati aku ni.
Tengah mengajar anak buah tunjuk peace, sebab kalau suruh dia buat peace... dia bagi lima-lima jari. huhu
Hye guys! Sorry kalau bosan tengok gambar aku kat sini, tapi ni memori aku yang aku  nak abadikan kat sini, jadi haruslah semuanya diupload! 
Mak sayang iki tau!! <3 



Tak padan dengan kecik, dia memang suka bergambau!
Kalau iki baca blog mak bila dah besar nanti, sila lihat sendiri ye perangai iki macam mane. Hehe
Ewah, comel la tu. Bijak yang amat si botak ni! Kenapa nama timangannya aku panggil botak? sebab dari kecik dia lahir, rambut macam segan nak tumbuh atas kepala. Bila rambut dia dah lebat dan handsome, bapak dia pegi botakkan balik kepalanya... jadilah macam ni kat Langkawi.
Wuhuuuu! Syoknya!!! 
Row-row row your boat! 
                Best gila naik boat ni, tak mabuk walaupun tak makan ubat tahan mabuk tu. Sebab dia pakai dua enjin, so dia lagi kuat dan cepat meredah ombak laut! Yang penting bot ni memang steady and memang syok sebab boatman kitorang siap buat drift kiri kanan boat, sampai ko rasa macam nak terbalik dah. Sipi je daripada air laut tu! Itu pengalaman paling best yang aku ingat. Satu boat walaupun tak kenal, menjerit suka, menjerit takut, menjerit excited. Rasa macam satu family!
Nenek aku dok meyumpah dalam berdoa, wakakakaka... rileks la nek! Kita tak karamlah... ;)

               Okay, kita dah sampai kat Beras Basah Island! Boatman bagi kitorang roaming around pulau ni selama sejam! Kau nak snorkel ke, nak melantak ke, nak telentang ke, semuanya dalam masa SATU JAM! Basically, kat sini tak de apa sangat. Pantai dan laut memang lawa, tapi hanya ada satu kedai je yang bukak untuk jual minum2. Makan2 hanya ada megi cup, itu pun RM4 satu cup. Gila mahal kan? Air tin ada, tapi tengok jenis air, sebotol air milo, RM3 seingat aku.

               Kalau rasa tak sempat makan atau takut lapar kat sini, beli air dan makanan siap2 kat jeti pelancongan, bawak bekalan naik bot. Sampai kat sini, tempat duduk atau meja makan tak banyak, ada sikit-sikit je, so pandai-pandai korang survive cari tapak ye. Nak bawak tikar ke apa ke, pun boleh... Macam aku ari tu, aku ada bei sandwich dan nasi lemak as bekal kot-kot lapar. Sekali betul pun, memang lapar! Hahaha. Air je aku beli kat kedai tu, tu pun aku macam tak berapa nak puas hati sebab MAHAL! Aku memang pantang bab-bab mahal ni.

               Nak snorkel? Ada diorang sewakan peralatan snorkel, RM10 satu, ikut jam rasanya, Aku tak snorkel, just rendam paras pinggang je kat sini. Time ni panas terik! Jom layan gambar sambil berceloteh.

1st stop, Beras Basah Island! Aku jugak yang menolong mak aku naik, kalau tak... tak pasal-pasal tercebur dalam air laut dengan baju kurung naiya wei! Akak aku dah la bawak perut tu ha... dia tolong diri dia sendiri je.
One whole family, aku ngan husband kat blakang tengah capture this moment! Ya Allah... rindunya saat ni! Bestnya dapat bercuti satu family!
Look around! Lawa kan air kat Pulau Beras Basah ni? Dari dulu asyik dengar nama je, now dapat tengok sendiri!
Peluk sikit atas jeti! Sebab tak de orang nak tolong amikkan gambar... huhu sadis! Family semua dah menonong ke depan.

Rambut husband aku macam di dyekan keperangan... haha
Beras Basah Island! Subhanallah, cantik! Sangat cantik!
Air jernih kehijau biruan... tambah pulak dengan cuaca awesome! 
Wajib bergambar dengan air yang berwarna hijau ni kalau melancong ke pulau-pulau!
Ribuan ikan! 
Pemandangan daripada atas jeti Beras Basah Island!
A few corals yang korang dapat tengok dari atas jeti. Tengok awan dan langit tu, lengkap plak dengan gunung ganang. Superb view!
Kasi chance diorang honeymoon sebelum baby dalam perut tu keluar. 

Husband aku paling excited nampak beruk-beruk ni, nak sangat bergambar dengan monyet AKA beruk ni. Jangan bawak makanan datang pulau ni, memang ko kene serbu. Ayah aku bagi monyet ni minum air milo tin sebelum kitorang naik ke bot, pergh dia boleh tunggang tin tu macam biasa je. Speechless aku tengok, straw tu siap dibuang lagi!
                  Tapi kat atas tadi aku kata boleh bawak makanan kan? Memang la boleh, x de sape nak halang, tapi pepandailah korang halau atau kongsi makan dengan monyet2 yang ada kat situ, siap sedia untuk dikerumuni. Aku selamat sebab kitorang lepak makan sume atas meja. Hahhaa

Ini je yang mampu, nak shoot lagi dekat, tapi monyet tu lari pulak. Jadi la ni daripada tak de ye bang? Hehe
Selagi ada monyet ni, selagi tu wajib kita interframe! ;)
Hasil tangan aku snapshot gambar ni, bila tengok balik... terasa macam eh, ada bakat rupanya aku ni dalam amik gambar! Hahaha, tengoklah view yang aku amik ni. Aku rasa cantik, korang rasa ape? 
Abadikan kenangan kat sini, tapi take turn untuk bergambar ye, sebab ramai gilos orang berebut nak bergambar kat sini.
Probably ada yang perasan, daripada Tioman dan Langkawi, badan aku naik masa bercuti di Langkawi.
Ini naik sebelum pergi Langkawi lagi, senang hati sebab husband dah dok sama, ada depan mata hari-hari. Goodbye PJJ, welcome lemak di badan dengan senang hati. Mwuahahaha!
Alhamdulillah... dapat jugak bawak nenek aku bercuti, sebab dah lama sangat dia cakap bosan duduk rumah hari-hari.
Nampak kasut kulit ayah aku tu? Haha adui bapak-bapak... dengan seluar slacknya, pergh, macam nak pergi shopping! Hehehe

I love you Umie, I love you Ayah. <3
Oh ye, sila berhati-hati kat papan tanda ni sebab ada semut api yang sangat banyak! Ngeri!
Lepas mandi laut dengan anak buah, husband aku jumpa buaian berendoi ni. 
Kajian mengatakan lelaki buncit ni seksi, petanda happy. Betul sekali! ;)
Sumpah tenang rasanya duduk atas buaian ni! Rasa damainya alam... 
Tapi ko kene beware dengan monkey yang akan tetiba datang menjengah dari belakang ye. Hoho
Cuba nak lelapkan mata... nak hayati keindahan percutian ni...
Tiba-tiba si kenit ni datang duduk atas mak dia. Tido pun terbang melayang...
The only sis that i have... <3 

Masa nak balik, baru kitorang terperasankan papan tanda ni, kelam kabut posing mintak tolong orang snapkan gambar. 
Ilhanis di Beras Basah Island! ;)
Lagi sekali, hasil tangan aku capture gambar secantik ini. Seriusly, I'm proud of my self! Hahaha
Ikan-ikan kat jeti Beras Basah Island. Tengok air dia, lawanyaaaaa hijau Emerald! <3
Ni la boat kitorang, banyak kenangan manis naik boat ni. Boatman dia walaupun pendiam, baik sungguh layan kitorang, bagi kitorang rasa seronok! 
              Okay, lepas naik boat kitorang shoot ke Pulau Singa Besar, tapi kitorang tak naik atas jeti mahupun pantai. Kitorang hanya duduk atas boat, sambil tengok Eagle! Kat sini, boatman kitorang buat aktiviti Eagle Feeding! Serius syok habis tengok helang berterbangan bebas dekat depan mata. Besar-besar helang dia! Lawa-lawa pulak tu! 

Few boat yang buat aktiviti yang sama. 
Helang berkeliaran kat atas kepala. Tak berapa nampak helang dalam gambar sebab kamera den bukan DSLR!
Cebisan roti yang boatman kitorang baling untuk helang makan.
Pulau Singa Besar yang tak berapa nak besau. Hehe

Kat sini, helang je yang banyak. lepas dia ngap makanan, ada yang terbang hinggap kat pokok-pokok besar tu.


Eagle in action! Dia ngap ikan dalam laut.

                Selesai Eagle Feeding selama 20-30 minit, kitorang ke famous spot, Tasik Dayang Bunting!! Tasik lagenda yang memang menjadi sebutan zaman berzaman. As for me, aku memang percaya dengan history tasik ni sebab pada aku, ciptaan Allah semua, tiada yang mustahil! Bukan aku percaya pada mitos, aku percaya pada kuasa Allah.

While on the way ke Tasik Dayang Bunting, kitorang lalu celahan batu-batu dan dinding-dinding yang lawa ni. View dia... memang magnificent!

Antara gugusan-gugusan pulau! Air memang sentiasa awarna hijau begini.
Tiba-tiba, boatman berhenti di tengah-tengah laut dan suruh kitorang pandang ke sebelah kiri. Dia cakap itulah bentuk Tasik Dayang Bunting, ikon yang menyerupai perempuan mengandung yang sedang baring. 
               Masa aku tengok penampakan ataupun bentuk gunung ni, aku speechless! Aku rasa taksub dengan kebesaran dan kekuasaan Allah. Aku rasa sedih, sebak, hiba. Sebab aku rasa kerdil sangat, betapa ALLAH MAHA MENCIPTA, MAHA BERKUASA. Serupa sangat dengan bentuk ibu mengandung yang sedang baring. Dari kepala, dada, dan perut, sampai ke kaki.

              Dah lama sangat aku nak tengok bentuk yang menjadi sebutan ni, masa naik ferry atau bot, melilau mata aku mencari ciptaan Allah ni, tapi puas aku cari, aku tak nampak pun bentuk ibu mengandung ni. Sekali tanpa disangka-sangka, boatman berhenti tengah laut dan tunjukkan, sumpah aku rasa syukur, amaze sampai bergenang air mata. Tapi aku sembunyi dalam diam, tak kan nak nangis tiba-tiba depan semua orang? Malu!

Pengalaman yang tak akan pernah aku lupakan sampai tamat helaan nafas di jasad. Syukur ya Allah, aku berpeluang melihat salah satu kebesaran kekuasaanMU di hamparan bumi yang luas terbentang ni.
Boatman berhentikan kitorang kat jeti, menapak la masuk ke dalam Tasik Dayang Bunting ni.
                Again, masa yang diberi hanya sejam. Tiket masuk ke dalam RM3 seorang, murah sangat.
Kalau tak nak sewa jaket keselamatan kat dalam RM10, boleh sewa atau bawak jaket keselamatan yang kita sedia pakai masa naik boat, masuk ke dalam, tapi sewa dengan boatman hanya RM5 je.

Pemandangan di sebelah kanan jeti, ada monyet berkeliaran. Sampai lah ko memanjat naik nak masuk ke dalam Tasik, memang banyak gila monyet. bersepah-sepah, jangan bagi makan je pantangnya. Dia tak kacau orang kalau korang tak kacau dia. 
Tasik Dayang Bunting ni ada juga dikaitkan dengan lagenda buaya putih yang menghuni dalam tasik tu. Tak tahu sejauh mana kebenaran dia, kalau berminat nak tahu cerita asal mungkin korang boleh google dengan pakcik. ;)

Aku sorang je yang bergambar kat papan tanda ni, dari jarak jauh, family yang lain dah tak sabar nak tengok tasik sampai terlepas pandang papan ni gamaknya. 
Bawak jaket, angkut beg tangan sekali masuk tasik... 


Me and my lovely dad! <3
Nak tahu kenapa aku kata kene memanjat masuk ke dalam Tasik Dayang Bunting ni? Sila lihat bukti depan mata, ni adalah tangga-tangga yang ko kena panjat sampai tak cukup oksigen kat dada, kau kene turun sampai menggeletar kepala lutut, barulah... sampai ke tasik. Time nak balik ke jeti macam mana? Haaa... sendiri mau ingat! Memang semput nafas! Curam habis!
Kadang-kadang tangga dia ada dua laluan, ada yang satu je Ayah aku tengah bersantai amik nafas kat tengah jalan.
Kadang-kadang ko akan jumpa monyet buat road block atas tangga, ha pepandailah ko elak... Hehhehe
Aku ngan kakak aku turun naik bersama sampaikan aku yang tak mengandung ni,, pancit mengalahkan dia yang mengandung bawak perut. Sampai dia soal aku, "aku confuse, aku ke ko yang mengandung ni?" HahAhah lawak-lawak. Maklumlah, aye ni dah lama tak berjoget, stamina langsung tak de. 
               Akhirnya... setelah puas naik turun tangga sampai semput, sampai jugak aku ke tasik lagenda ni. Aku datang sini dengan niat dan hajat. Biarlah aku sorang je yang tahu apa niat dan hajat aku, walaupun mungkin korang dapat teka, tapi tak semestinya apa yang korang teka tu betul. ;)

              Oh, by the way... kat kolam depan tangga ni, ada ikan keli/sembilang, korang boleh celupkan kaki untuk digelikan oleh ikan-ikan tu. Dengar kata ikan-ikan tu macam buat fish spa lah. Semua try, aku je tak. Tak berani! Mau gamat satu tasik tu kalau aku menjerit! HAhaha

               Lagi satu, ada lesson diving kat tasik ni jugak, betul-betul depan kafe dia. Tapi macam biasalah, berbayar ye... harga aku tak pasti. Tak sempat nak amik tahu, tak sempat nak amik gambar ikan keli sebab aku nampak ikan keli tu masa nak balik, kamera plak kat mak aku, mak aku dah chow dulu masa kitorang nak berangkat pulang.

Abang ipar aku awal-awal dah chow dulu semenjak turun dari boat, berkejaran dia nak ke tasik sebab nak bagi anak dia main air, Maklumlah, sejam je mana nak cukup... aku plak ditugaskan untuk jaga bini dia. Takut terberanak atas tangga. hehehe
Husband aku teman aku, tapi sebab aku lambat jaga ibu mengandung, aku soh dia pergi dulu, biar dia main tasik dulu.
Macam nilah keadaan Tasik Dayang Bunting ni. 
Yeay, happynye! dah sampai... cuaca panas, payung dan tempat duduk tak banyak ye. Pandai-pandai korang. Nak air, nak makan? Yang ringan-ringan ada disediakan kat kafe ni, tapi macam biasalah, mahal! 
Nak berendam boleh, nak berenang boleh, nak telan air boleh... nak pedal boat? Boleh... sejam RM30. ;)
Aku tak amik pedal boat, tak cukup masa, dan pembaziran bagi aku.
Baik lagi aku berendam berdua dengan husband aku! Banyak faedahnya... untung-untung dapat manfaat air Tasik Dayang Bunting ni. 
Sejuk air dia, tapi aku tak telan lah sebab tak berapa nak berani. Aku berendam dengan niat yang ikhlas dan tulus je. Credit to umie sebab amikkan gambar kitorang ni.
Aku berendam pun tak lama, cukup amik berkat orang kata. Sebab aku takut, fobia dengan air. Kot-kot ada buaya kat bawah tu tengah hendap ko, tak ke ngeri? Hishhh mintak simpang! Huhu

Okay, tamat sesi island hopping kitorang kat LAngkawi. Anak buah dah kepenatan main air, dia dapat power nap dalam boat!

Kan dah kata, lena dia tido, tak sedar ape. Kenangan paling best dengan family atas boat, tak kenal tak ape, tapi mesra sesama sendiri. Paling lawak bila topi pakcik tu terbang kene tiup angin masa on the way kitorang nak ke jeti semula. Hilang keyakinan dia kejap rasanya sebab kepala dia "silau". If u know what i means... hahaha berdekah satu boat. 
Sedikit fakta pasal Tasik Dayang Bunting.
               Masa nak balik, diorang ada sediakan gambar kita yang diambil sebelum naik bot untuk aktiviti island hopping ni, satu RM10 je. Murah, gambar pun lawa, so satu family beli. Nantilah aku tunjukkan kat akhir entry untuk souvenir. 

                Selama 4 Hari kitorang kat sini, hari2 kitorang lunch di restoran Selera Pantai Timur Pekan Kuah, restoran yang banyak lauk, sedap, murah dan bersih. Maybe kalau korang pergi, korang boleh try restoran ni. Lepas makan, mak and akak aku ingatkan nak balik rehat salin baju semua sebab dah penat main air, tapi ayah aku cakap kalau asyik nak balik tido je serupa macam tak pergi vacations.

                Aku setuju! So, kami ke Nusantara Gamat Langkawi, tempat wajib singgah! Wajib beli produknya! Few of the pic yang aku sempat snap masa pergi ke sini. 





                  Macam-macam ada kat Nusantara ni, rugi kalau tak beli. Harga murah dan berpatutan, produk Gamat yang berkualiti. Ada jugak disediakan tongkat ali as free, korang boleh minum brape banyak korang nak. Suami aku minum, dia kata pahit yang amat walaupun air dia jernih sesangat! 

                 So sampai sini je lah dulu, nanti aku cerita lagi. Penat dah marathon sorang diri create entry ni, harap-harap selain gambar-gambar syok sendiri yang aku post, adalah sedikit tips dan gambar yang mungkin boleh korang jadikan rujukan kemudian hari kalau nak pergi.

 -Anis Ashikali-