Sunday 21 February 2016

...PANTAI CENANG, LANGKAWI...

Assalamualaikum!
           


            Okay, straight to the point. Previously, aku dah upload how aku boleh nak ke Langkawi. Kali ni jom kita terjah Langkawi! After sampai di Langkawi, kat jeti terus kitorang cari kereta sewa. Dapat kereta Iswara lama, dengan harga RM50 sehari. Dari luar nampak macam okay, sekali masuk dalam, aircond sesak rupanya... kenelah bukak tingkap, Panassss!  Panas pun tempuh sajelah labu... itu je yang mampu. Hhuhu. (kakak aku amik kete sewa kat airport sehari Rm60, Vios plak tu. Tu memang aku jealous sgt sbb murah dan berpatutan. Ak amik kete kat jeti, kira dah terkena la ni... sadis!)

            Dapat je kereta, mak aku terus nak ke homestay, nak rehat and mandi sebelum kuar semula.
Then dengan Iswara tu, berpandukan Waze, kitorang ke Malinja Homestay kat Ulu Melaka. (nanti ak create entry khas untuk homestay ni.)
Sesampai je kat homestay lepas setengah jam perjalanan, (bapak jauh.... hhuhu nyesal menyewa jauh2 gini tau!) kitorang mandi-mandi, rehat-rehat. Perut dah lapar sangat!
Tapi kitorang still menunggu family akak aku sampai sebab flight diorang pukul 12 pm, patut dalam kol 1 lebih da smpai.

             Tunggu punya tunggu, kemain lambat lagi diorg nak sampai, then kitorang gerak dulu ke Dataran Lang, deal jumpa area situ. So, kami isi perut kat Eagle Square Langkawi. Rupanya masih sama Dataran ni dengan masa aku pergi taun 2003 dulu. Helang tu still tak terbang jauh... kihkihkih. Tapi Dataran tu dah tak terjaga... sedih tengok. Dulu taun 2003, malam-malam ada air pancut and sinaran lampu kat Dataran tu, sekarang ni tasik yang kecik tu tak terjaga, penuh dengan sampah ada le.

             So far, makan kat medan selera Dataran Lang tu memang sedap. Harga pun murah, berpatutanlah. Disebabkan semua family aku tak larat nak jalan, yang penat ada, yang mengantok ada, yang sakit kepala ada... jadinya hanya aku ngan husband aku yang terokai Dataran Lang tu lepas makan. Kitorang ni memang kaki jalan! Hahaha, penat ngantok sume tolak tepi kalau dah sampai ke destinasi. Selagi larat mengheret kaki meneroka kawasan dan pemandangan. Selagi itulah kami ikutkan! ;)

Gambar pertama yang aku amik sebagai sampai. Air! Hehe, dah kata obses dengan air bercolor, haruslah begini perangainya. 
Ni air laut kat Langkawi, color dia memang hijau Emerald, tak jernih macam kat Tioman, but still cantik!
Ni gambar jeti tempat ferry berlabuh. Awesome dah Jeti ni sebab dulu masa aku pergi, ferry sume kecik-kecik lagi. Now, 2015 banyak ferry besau-besau, susah nak jumpa ferry kecik-kecik tu lagi.
Icon bumi Langkawi. 
bergambar untuk kenang-kenangan...
Suami tersayang...
Aku tak pandai posing... jadi peace je yang mampu aku bagi. ;)
Nampak sangat family tu interframe gambar aku tau!
Another one is a Gooddd  sign! Hehe

Cuaca mendung and gloomy je petang ni... kalau panas, mesti cantik gila pemandangannya.
Ilhanis di Langkawi... <3
Akhirnya sampai jugak kami ke sini. Alhamdulillah.
                Lepas strolling around Dataran Langkawi, aku ingat nak terus jalan ke Galeria Perdana atau Tanjung Rhu. Tapi... semua family aku dah penat, semua cakap nak balik rehat. So, hanya aku ngan husband aku yang strolling around Pekan Kuah. Yang lain balik ke homestay untuk berehat. 
Aku ngan husband pergi Pekan Kuah area Haji Ismail Group, and Langkawi Saga complex, saja aku nak survey-survey harga coklat untuk shopping nanti. 

                 Then, sebab nak tuju ke mana-mana pun, operation hours dah closed, berangkatlah aku ke homestay. After maghrib, aku ngan family akak aku pergi pasar malam jap, belikan parents and granny aku makanan. Pastu,,, kami terus shoot ke Pantai Cenang! Yeay! 

                 Sampai kat area Pantai Cenang, aku dah seronok sangat sebab banyaknya stalls yang jual barang best-best, banyak makanan yang bermacam-macam jenis. Memang happening sangat senang cite! Nampak pulak Underwater World Langkawi, jelas kat situ dah banyak berubah sebab masa aku pergi Underwater World Langkawi pada 2003 dulu, kawasan die jelas lapang dan lengang. Tapi sekarang dah padat dengan Mcd, dengan starbuck, dan macam-macam lagi.

                Tapi aku idak le sempat nak amik gambar Underwater World Langkawi, (Tak pergi sebab husband aku cakap tengok ikan je buat ape? Huhu sabor jelah... kita nak bagi dia tengok, dia pulak tak nak,) So... aku sempat amik gambar Pantai Cenang yang happening ni je.

Nak rasa makanan Itali? Boleh... mai kat restoran ni. Ambience pun best.

Sorry gambar agak kabur, pemandangan along Cenang Beach. Tu ha abang ipar ngan akak aku.

Few of the shops yang ada kat Pantai Cenang.

Haaaa... ginilah ghopenye kedai-kedai di Pantai Cenang, Langkawi.

Abang ipar dan anak buah. Iki! ;)

Kalau tak silap aku, kat Telaga Seafood ni lah yang jual seafood bapak besau dan fresh! Harga pun setandinglah dengan kesegaran seafood yang di jual tu agaknya. Aku tak tahu, sebab aku tak makan kat sini. Geli plak nak makan ikan and seafood yang besau besau tu. 
              Sikit jelah gambar yang aku amik kat Pantai Cenang ni, sebab kalau amik banyak-banyak pun rupanya sama je. Kitorang pergi pun masa 1st night kat Langkawi. Kaki sakit sebab banyak jalan. Parking memang payah, sebab ada tempat parking tepi-tepi jalan macam gini je... so pepandailah ko berebut parking kalau datang sini.

              Shops kat Pantai Cenang ni dah bukak petang-petang lagi, membawak sampailah ke malam dalam jam 10-11 malam, pastu ada kedai yang dah mula tutup dah. Kalau nak ke sini, pandai-pandai lah korang bajet masa, bajet parking dan bajet segalanya. Sebab kat sini, macam-macam ada. Paling berlambak pakej-pakej percutian, dan aktiviti2 yang ditawarkan di Pulau Langkawi. Tak susah pun nak cari pakej aktiviti, janji fulus yang ko bawak dalam poket tu tebal! hehe

           Okay, lepas ni aku akan share pasal Island Hopping di Langkawi! Serius best bangat! ;)

-Anis Ashikali-

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3