Wednesday 19 June 2019

M ROOF HOTEL, IPOH PERAK!



 Assalamualaikum.
Hai, yeahhhh kita marathon update blog yang dah lama bersawang ni.
Selagi ingatan masih kuat, nak le share kenangan kat sini.
Nama pun MEMORY LANE kan?
Lagi lama tunggu, takut amnesia makin teruk. Bhahaha!

Orait, siapa nak tau story sebelum ni, sila KLIK previous button kat bawah post ni, atau boleh gunakan BLOG ARCHIEVE yang ada kat belah kanan ni ye.
Ha tengoklah tajuk mana kau nak baca, tatap sampai puas! Hadamkan!

Sambung citer, lepas puaskan tekak dengan trip jalan-jalan cari makan,
kitorang terus ke IPOH. Menginap semalam kat M ROOF HOTEL & RESIDENCES!
Hotel ni pun aku tahu kewujudannya from kak NEEN! TQ KAK NEEN, selalu share tempat-tempat yang awesome macam ni. 😘😘

Kitorang sampai je kat hotel ni around 7-8pm, sebab gerak dari penang pun dah petang benau.
Masukkk je hotel ni, aku terkesima dengan interior deco dia.
Gila cantik! 😍😍
Dari luar.
Siap ada label display macam ni kat pintu masuk. Niceee!
Masuk je main entrance, toleh kiri korang akan nampak OLD TOWN GRAND kat wing kiri hotel ni. Nice! Nak ngeteh je, turun OLDTOWN. Tak yah kuar jejauh.
Pandang depan, inilah view registration cum reception kaunter dia.
Belah kanan, lobi hotel.
Ada decoo ini! Cantik kan?!! 😍😍
Dah jumpa interior deco cantik macam ni, mana boleh lepas peluang bergambar.
One for husband.
Percaya tak? Kitorang camwhore dulu then baru check-in! Hahahah!

Yang belah kanan tu cafe, more tu western and arak rasanya.


Ni gambar main entrance to hotel lobby.

Akuuuu, sangatlah menggilai lampu-lampu dan deco sebegini! 💘💗
 Haaaa, itulah lobi hotel M ROOF yang sangat cantik!
Terpukau aku laki bini!

So, time untuk masuk bilik.

Wall deco koridor level 9. Cantiknyaaa ya Allah!
Then ada kerusi untuk duduk sementara tunggu lif kalau lif tak kunjung tiba.

Besau gedabak nombor level tu. 😁
Masuk je pintu, belah kanan terus ada mini bar.

Bawah dia mini refrigerator.

Wardrobe dengan peti besi.
Bathrobe, iron board with iron. Style kan tempat simpan iron ni?
Pastu, meja dia, perghhh bapak stylish!
Nombor bilik kitorang! Sorrylah gambar caca merba. Haha
Aku jatuh cinta dengan deco sebegini. Berkali-kali pulak tu. Masa mula2 masuk bukak pintu, aku dah jerit2 suka dah, sambil melompat-lompat! Haha. Ada video dia, nanti tengok kat akhir post okay? 😁

Tempat bersemayam kami suami isteri. 😘

Tingkappp...
Ni lagi satu wow faktor yang aku tak expect at all! See thru bathroom! Pergh, romantik habis!
Aku mandi, suami aku usha. Dia mandi, aku usha. Ha marilah mandi bersama-sama. Bhahaha! Sorry, caption 18sx sikit! 😂😅
Menapak ke dalam bathroom, aku lagi ternganga-nganga. Cantik nak mateyyyy wei!!! 😍😍😍

Tapiiii aku tak gemar toilet berbidet ni! AKu tak reti gunalah! Nak adjust-adjust punggung supaya kena kat paip yang pancut air tu, OMGGGGG, TAK SUKAAAAA!! 😓😣😣😣😣
Shower side with glass door.
Cermin kecik bulat yang boleh ditarik dilipat tu awesome sangat! First time ak jumpa deco macam ni untuk bilik air, dalam banyak-banyak hotel yang aku dah pergi.
Nak tahu tahap kejelasan cermin SEE THRU ni? Ha, cenggini der! CLEAN AND CLEAR, tak kabur langsung! 😋😁😂
Muka aku yang sangat happy tu, nampak?! 😂😁
Bila bukak lampu tidur ni, nampak lagi naik seri katil tu.
Fuhhh, rileksss!
And enjoy moviesss!

Sampai aje, kitorang rileks-rileks, mandi manda, siap, dan keluar cari makan.
Carilah jugak port best untuk makan, tapi tak berapa jumpalah.
LAst-last makan kat Mr. Steakhouse je. HaHA!
Padahal ada je steakhouse ni kat Melaka. Nasiblah... janji perut terisi!

Actually dari Penang, perut ak dah tak sedap. sebu.
Sampailah ke Ipoh ni. Memang perut aku sebu manjang.
Agak tak selesa, tapi dah membuang kira okaylah jugak.
Tahan jelah, sampai jumpa ENO!

Lepas makan, kitorang pergi pasar karat kat dataran Ipoh ea?
Ntah , lupa.
Saja jalan habiskan masa sebab kitorang kat IPOH ni semalam aje.
Singgah IPOH ni sebab aku nak sangat ke PLAN B!

Gambar aktiviti malam tak ada sebab semua masuk dalam video.
Then, pagi esoknya kami breakfast sebelum proceed untuk checkout.
Masa turun breakfast ni, kitorang tak kemas bilik lagi.

Masa check in, sebab aku book thru agoda/booking.com kalau tak silap aku, aku choose untuk include breakfast sekali.
Aku suami isteri memang suka breakfast kat hotel.
Tarikh check- in tu tak betul, sebab aku tak snap yang actual, so aku just tempek booking aku yang pertama sebelum aku ubah tarikh stay.

Ubah tarikh sebab, 3 December wedding Shafiq at Penang, kitorang menginap kat Hotel Kamelia until 4 DEC.

4-5 DEC 2017 kitorang stay kat MROOF HOTEL.

Jadiler, untuk korang dapat gambaran berapa harga hotel ni semalam, untuk bilik Superior Queen Double,

Okay kan harga dia? Tak mahal, tak murah.
 Kitorang breakfast dekat Old Town.
Macam biasa, gambar sajian makanan mesti ada, baru korang boleh dapat gambaran macam mana makanan kat Old Town ni untuk breakfast kan.
Section roti bakar, layan diri. Jamsss....
Antara roti yang ada, dan roll cakes.
Salad with cream.
Wedges, popia, sosej etc...

Nasi lemak, nasi goreng.
Condiments for nasi.

Cereal and juice sections.

Disebabkan perut aku masih sakit, sebu, tak berapa selesa sebab asyik mentekedarahhhh je sejak semalam, so pagi ni aku slow down sikit in breakfast intake. Haha! So, roti bakar, my favourite!

Buah, and bubur... for my next choice.

Bukti berapa banyak kitorang makan. 😂
Dan lagi. 😁😋
Teringat suami aku buat salad toast masa kat hydro hotel P.Pinang time kitorang honeymoon, this time around tetiba terasa nak makan lagi. So buatlah macam ni, but rasa tu memang tak sama.

Sudah makan, balik bilik, siap-siap semua, terus check-out. Sebelum check out, kitorang camwhore lagi, di siang hari.


Btw, baju ni nampak sama macam tshirt semalam kan? Tapi tak, yang semalam more to brown colorish, yang ni more to greenish.

Wedges yang paling aku sayang dan suka sebab design dia ala-ala kau pakai bracelets kat kaki. Cantik!
After check-out kitorang pergi makan tengah hari, ronda-ronda bandar IPOH untuk ke PLAN B.
Sambung next entry k, kalau letak semuanya kat sini, jadi panjang pulak.

Jangan lupa check out my previous post, kalau tak nak terlepas sharing yang best-best. 😘

Salam sayang,
Anis Ashikali.

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3