Monday 24 June 2019

PLAN B, IPOH!




Assalamualaikum,
Kenapa PLAN B? Bukan PLAN A? Haha, joking.
Dah baca post pasal M ROOF HOTEL? Kalau belum, sila KLIK BACA! 
Kalau nak baca pasal MEE PATA SOTONG HAMEED yang sedap tu, baca kat SINI

Aku datang PLAN B ni sebab nak makan ais kepal yang famous ngat-ngat tu.
Selain famous dengan ais kepal, PLAN B ni famous gak dengan tempat-tempat yang cantik, scenic untuk bergambar, dan lain-lain.

Tapi, aku kecundang bila AIS KEPAL TUTUP! Hish, sedihhh!! 😔😓😭
Tapi apakan daya, kalau aku menginap 2-3 hari kat sini, bolehlah datang esok hari.
Tapi ini percutian singgah menyinggah je. 
Memang tak dan nak kejau ais kepal saja.

Gambau-gambau ais kepal ni, aku cilok dari google aje kekdahnya.
Macam nilah ghope kedai ais kepal ni kalau dia bukak. Masa aku pergi tutup.

Menu ais kepal yang ada.
Contoh ais kepalnya. Tak pernah rasa wei makan ais kepal bentuk bola macam ni. Sebab tu aku nakkkk sangat makan! Tak pe, tak pe. Next time babeh!
So, PLAN C, bergambarlahhhh kat ceruk-ceruk yang cantik kat sini.
Dah datang kan? Naik kete pakai minyak wei, so kenalah gunakan masa dan duit yang dah terbazir sebaiknya!

My happiness! 💖
Background kat PLAN B ni semuanya cantik untuk bergambar. Kat bawah ni banyak gambar aku syok sendiri aje, kalau malas nak tengok, scroll laju-laju k? 😉



Long distance view. Kan aku cakap, cantikkan background ni?



Jalan ke depan, jumpa pulak daun berjuntai-juntai ni...




Pastu jumpa locks ni. Dekat dengan area ais kepal.

Paling benci gambar ni sebab tak suka position kaki aku tu. Tapi nak tempek jugak, sebab tiang and batu-batu ni cantik! 😆



😅😅😅 Kat gambar aku, elok aje pintu tu tegak. Tiba tang suami aku bergambar, tiba-tiba pintu tu tak simetri dah, macam condong ke kiri. Alahai... aku ngaku, aku tak pandai amik gambar! 😅😅
Redha je lah ea sayang, dapat isteri failed tang amik gambar? Hahaha
Kitorang kat PLAN B tak berapa lama.
Sempat jugaklah singgah masuk tandas yang memang terasa feel gila, zaman dulu kala.
Pintu Zinc bagai. 😅

Ada restoran dalam PLAN B ni, boleh isi perut kalau nak.
Aku tak masuk sebab still kenyang. Then, dari PLAN B, kami bergerak hunting CENDOL sedap kat bandar IPOH ni.

Nilah cendolnya... aku order cendol pulut + jagung. Rasa?  Memang sedap! Umph!
Order satu, kongsi berdua. Sweet gitu! 😘
Nama cendol ni? Alah aku lupa! Malaslah nak godek balik google, untuk cari.
Rasanya ada dalam video yang suami aku buat untuk trip ni. 
Video tu aku tempek kat post yang terakhir nanti k?

Kedai ni kecik je, india muslim yang berniaga.
So, kalau nak makan cendol ni, kena park kat area sekeliling, which is kecik and payah nak dapat parking.

Kitorang menapak jauh gak semata-mata untuk semangkuk cendol ni. Nasib baik sedap!
Pastu, dia tak ada meja ke apa tau. Just ada susunan kerusi macam ni, kat kaki lima.
Dan ramailah yang datang makan. So kalau tak cukup kerusi, kau diri ajelah labu.

Harga? RM3-5 rasanya, depends pada apa yang korang order.
So lepas makan cendol, kitorang gerak ke Tambun, beli limau bali yang terlepas beli masa pergi family vacations kat Perak dulu.
Drive thru MCD, and wallah, we're heading to our next stop!

Nak tahu ke mana? 
Baca kat sambungan selepas ni.😉

Salam sayang,
Anis Ashikali.

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3