Monday 17 June 2019

HOTEL KAMELIA, FIRST CHECK-IN, IN PENANG!


Assalamualaikum, Good Morning all.
Actually, aku tengah malas + mengantuk nak update blog.
Tapi dari buang masa baik aku grab masa yang ada kan?

Now, ak nak share percutian check-in, check-out hotel yang aku and suami buat,dalam bulan December 2017.
Percutian ni jadi sebab aku bercuti dalam masa yang singkat, tapi sebab banyak tempat nak singgah, jadilah pit stop bergini.

Kitorang naik ke Penang dari Melaka, on 3rd December, sebab kitorang jadi pengapit for our very best friend, Shafiq.

Kampung bininya (Suhana) kat Penang, so majlis kat Penang dululah.
Jadi moh le kita ke sana...
Sue duduk area kampung betul hujung Penang punya, bukan dalam Pulau.
Nama tempat aku lupa, tapi dalam 30-40 mins ke area Bertam, Penang.

Okay, malam tu sampai, kitorang tidur homestay yang Sue bookingkan dekat dengan rumah dia supaya senang untuk kitorang datang bersiap etc etc masa majlis.
After makan semua, kitorang pergi homestay Shafiq lepak pula dengan bakal pengantin ni ha.
Last night as bujang la katakan.

Patutnya kalau budaya omputih, ada bachelorette party, gitu!
Tapi kitorang punya bachelorette party, dekat dalam garaj homestay, sambil inaikan pengantin lelaki.
Wakaka! Bapak kelakar...

Then, habis lepak, sampailah ke hari majlis.
Gedebuk gedebak, makanya selesaiiii...

So here goes, some of the photos of the Wedding.

Aku dan Suhana. Aku jadi pengapit Sue.

Tak pernah terfikir dapat rasa pengalaman jadi pengapit kawan dengan suami sendiri.

The groom! Shafiq.
Nikah dah ko!

Memang happy sangat! Terserlah kat muka tu kan. 😆
Aku tak berapa suka suami aku bersongkok. Raya pun, tak suka tengok. Aku suka tengok rambut dia, sangatlah lebat dan cantik! Jatuh hati berkali-kali dengan rambut suami aku.
Dulu tak pernah terfikir yang Shafiq akan kawin dengan Suhana sebab diorang pernah couple and break, and ttiba end up berdua pulak. 😆 Diorang ni satu maktab semuanya, major in TESL. Jumpa jodoh kat Maktab sendiri. Aku ngan suami aku jumpa jodoh kat sekolah, sejak Form 1 lagi.
Kawan baik ni. Punya baikk!
Shafiq jadi pengapit kitorang dulu, and now suami aku be the same. Nampak sangat kasih sayang tu,
Makan beradab bersama mempelai.
Yang peliknya, aku baru first time jadi pengapit dan aku tak rasa malu langsung! Wakaka! The perks of being married, kau tak heran dah sape nak pandang kau. Sebab, I'm TAKEN! and NOT AVAILABLE! 😄
Grab the chances, nak fefeling jadi pengantin semula. Dengan, orang yang sama!


Our love still STRONG! 💖
Suami aku ngan si shafiq ni, suka buat terok! Makanya jadilah posing ni. 😕😂
Okay, habis majlis....
Petang tu, aku terus gerak ke bandar Bertam, Penang, check in di Hotel Kamilia.
One of the hotel bajet, sebab nak bermalam sehari je pun kat sini.

Harga? RM90-100 kalau tak silap aku, dan macam biasa aku booking guna booking.com.
Tak sabar-sabar nak check in hotel ni sebab aku dah migraineeeee.
Jadi pengapit dalam panas lit-lit. Pergh! Mahu tak sakit kepala?

Sampai aje hotel, aku siap-siap mandi semua terus ketiduran.
Malam, niat hati naklah keluar jalan area Bertam dengan suami.
Sebab menarik jugak area Bertam tu, ada Mcd, Pizza Hut etc etc.
Banyak kedai makan suami aku kata.
Tapi, aku kirim Pizza hut je ngan suami aku, dan aku sambung jalan dalam mimpi. 😁😂

Flat habis weyh! Migraine teruk.
Aku perlu tidur yang cukup, sampai migraine aku hilang sebab esoknya aku kena sihat, sebab nak mula berjalan merata tempat.
End up, kami suami isteri makan pizza atas katil. 😝

Ha ni gambaran belah dalam hotel, bahagian receptionist.

Luas jugak, selesa.
 Overall, hotel ni memang bersih.
Bilik pun bersih, selesa.
Gambar? Nan hado, sebab biasa-biasa jelah.
Bayangkan hotel bajet 3-star hotel, ha gitulah dia.

So next post, untuk trip JALAN-JALAN CARI MAKAN! 💋
Serius, syok wei!

Salam Sayang,
Anis Ashikali. 😋

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3