Wednesday, 10 July 2019

MAWAR ERINA'S JOURNEY - TRIMESTER PERTAMA


Assalamualaikum DUNIA.
Sayalah MAWAR ERINA BINTI MOHAMMAD ILHAM HANAFI.
I'M IBU'S PRECIOUS PREGNANCY. 💓💓💋

Duhai anak Ibu, yang Ibu & ayah cinta & sayang sepenuh hati.
Mawar besar nanti, bila dah pandai membaca, jemput baca setiap cerita dekat blog ibu yang tak seberapa ni ye sayang.

Tak nak baca semua pun tak apa.
Ibu dah cukup gembira kalau Mawar baca cerita PERJALANAN MAWAR KE ALAM DUNIA bersama Ibu selama hampir 9 BULAN 10 HARI sayang. 😢

Allah, sebaknya ibu. Baru ibu taip dua perenggan tentang sayang, ibu dah rasa tercekik nak teruskan.
Bergenang-genang air mata. Tahu kenapa? Sebab Ibu terlalu sayangkan Mawar, melebihi semua yang Ibu ada di dunia. Pengalaman mengandungkan Mawar, moment yang paling berharga dalam hidup Ibu walaupun banyak dugaan dan ujian yang Ibu kena tempuh. 💗💗💖

Untuk entry ini, Ibu bahasakan diri sebagai IBU ye?
Biasanya Ibu guna kata ganti diri "AKU". 😄

Bermulanya saat Ibu tahu yang Mawar dah ada dalam rahim Ibu, Ibu rasa sangat happy, macam terbang di awan sayang. Penantian Ibu selama hampir 4 tahun, ALLAH makbulkan dengan hadiahkan MAWAR untuk IBU & AYAH, right before birthday Ayah yang ke 25-tahun.

Muda kan Ibu masa mengandungkan Mawar? 😄
Just so you know my dear, Ibu & Ayah kahwin pada umur 22 tahun,
dan Ibu & Ayah bercinta sejak umur 13 Tahun. 😘😄

Alhamdulillah, JODOH Ibu & Ayah masih panjang hingga ke saat ini, & Ibu doa semoga JODOH ini kekal hingga ke SYURGA. Ibu nak jumpa suami & anak ibu ni, masa kita berkumpul di SYURGA nanti sayang.

Okay, Ibu mula cerita ye? Harap Mawar tak jemu baca.  😢😘
Mawar boleh tahu reaksi Ibu & Ayah bila Ibu beritahu Ayah yang Ibu mengandung, di post yang sebelum ni tau.

Ibu punyalah simpan angan-angan konon kalau Ibu mengandung nanti, masa beritahu Ayah tu...
Ayah akan jadi super duper excited yang mungkin dia akan melompat bintang, tumbuk dinding, tendang pintu, atau menangis tersedu-sedu. 😆😆😂😂

Tapi, semua tu tak berlaku sayang. Ayah Mawar, sangat COOL orangnya. Yang dia buat, dia TERDIAM, TERPAKU, TERKELIRU, TERBISU. 😋😂😂
Tapi Ibu cukup puas hati dengan reaksi Ayah. Ibu akan tersenyum-senyum macam kerang busuk bila ingat reaksi wajah ayah masa tu. He's special in his very own way, sayang. 💓
That is your dad, the man that I loved so much since I was 13 years old.

Bukti Mawar dah ada dengan ibu selama 2 bulan.
Esoknya, Ibu & Ayah, pagi-pagi lagi dah bersiap dan pergi ke Hospital Oriental Melaka.
Ibu nak bersalinkan Mawar kat sini, jadi kenalah Ibu bukak buku merah kat sini.
Alkisahnya, Ibu dah booking appointment untuk jumpa Dr. Yati, tapi sebab Dr. Yati ada emergency case, dia masuk klinik lambat, jadinya Ibu & Ayah patah balik ke KK (Klinik Kesihatan Bukit Rambai) untuk bukak buku merah juga.

Well, Ibu plan nak bersalin di Oriental. Tapi Ibu nak grab pemeriksaan percuma di KK yang kerajaan peruntukkan. So, Ibu checkup & buka buku Merah kat situ dulu.
Berat Ibu masa bukak buku merah = 58KG.
Ibu berjaya kurangkan gemuk sebelum Mawar melekat dalam rahim Ibu. Haha

Dulu Ibu gemukkkkkssss sangat, macam ni sayang. 😂
Lepas tu, Ibu berjaya kurus macam ni, Mid November 2017. Masa ni uncle Arep and Aunty Syamim kawin, kat JB.
Mungkin masa ni, Mawar dah mula ada dalam rahim ibu, tapi Ibu tak sedar. Inilah Uncle Arep & Aunty Syamim, Mawar. Masa kecik, Mawar tak nangis pun masa Uncle Arep dukung Mawar, tapi dengan orang lain, Mawar jadi picky, cepat je nangis. 😅😅
Back to story, siap semua process buku merah, dalam jam 11am, Ibu dah rasa lapar sangat.
Jadinya Ibu & Ayah singgah makan kejap kat kedai makan.
Yang peliknya, Ibu rasa lapar sangat. Tapi tak berapa selera nak makan.
Perut ibu rasa pedih je. Tak selesa.

Ibu mula perasan yang Ibu tak boleh makan pedas-pedas, nanti perut pedih.
Padahal ibu hantu cili padi tau!
Ni perubahan yang Ibu perasan masa Ibu mengandungkan Mawar.
Manja anak ibu ni... tak suka pedas ye? 😆

Masa scan di Oriental dan di KK, first time ibu dan ayah dapat tengok anak ibu yang comel ni.
Kecikkkk je dia, dalam perut Ibu. Macam titik noktah!
Disebabkan period Ibu tak teratur, Ibu kena datang KK setiap 2 minggu untuk dapatkan tarikh EDD (Expected Due Date) yang sebenar.

Doktor cakap, kena buat macam ni sebab jarak usia Mawar dengan tarikh last period ibu bezanya sampai dua minggu. Biasanya orang lain beza seminggu aje.
Special betul anak ibu ni. 💋

Masa ni, Ibu dah mula standby beli makan kudap-kudap untuk alas perut.
Sebab Ibu macam always kena kerap makan, kalau tak perut ibu sakit pedih.
Sakit yang tak terkatalah. Everytime Ibu sakit perut tu, Ibu akan nangis.

Kudap-kudap yang Ibu standbykan dalam beg masa nak pergi Oriental.

Kudap-kudap yang Ibu standby untuk bawak pergi kerja. Ni di antaranyalah yang pernah ibu beli.
Kemudian, Ibu & Ayah ke Oriental. Scan, tengok anak ibu... semuanya okay, tak ada masalah.
Alhamdulillah.

27 December 2017, Ibu buka buku Merah di Oriental. Tu, dalam gambar tu, yang kecik comel tu, Mawarlah! 💋
Pakej nak bersalin di Oriental kalau bersalim normal, pakej 2H 1M lengkap ubatan semua RM3200.++. Kalau Ceaser, RM6-7K.++, kalau Emergency Ceaser boleh cecah RM10K.++.
Ibu & Ayah dah sedia maklum dengan harga, jadi itu tetap tak mengubah plan ibu untuk lahirkan Mawar di Oriental. 😆😆😅

Lepas buka buku merah semua, Ibu jalani rutin harian macam biasa.
Mula-mula, dalam masa seminggu tu, Ibu masih boleh makan macam biasa.
Ada jugak makan pedas-pedas sikit. Ibu degil, walau sakit, Ibu tetap nak makan pedas sebab dah biasa. Tak dapat rasa pedas, rasa macam tak lengkap hidup.
Sampailah ibu sakit perut teruk, ayah marah dah Ibu makan pedas-pedas.

Sampai satu tahap, baru Ibu tahu rupanya gastrik Ibu datang balik masa mengandung, sebab tu Ibu selalu rasa sakit kat atas perut, dan Ibu cepat lapar.
Alkisahnya, masa umur Ibu 5-8 tahun, Ibu memang ada gastrik yang teruk sebab hari-hari lepas balik sekolah, kerja Ibu bukan makan nasi.

Tapi Ibu makan mangga muda cicah garam. Kat rumah Moyang Ani yang lama dulu, pokok mangga belakang rumah je, dan Ibu tak tahan tengok mangga muda bergayutan begitu aje.
Makanya, hari-hari Ibu meniarap atas sofa, dengan tangan menyendal ke perut, menahan sakit.
Semakin ibu besar, gastrik makin hilang.
 Tak sangka bila mengandung, gastrik Ibu datang semula. 

Dr ada bagi ubat kapur, tapi Ibu tak boleh telan.
Ibu paling benci ubat air sayang. Yang Ibu boleh makan, ubat pil aje.
Sebab gastrik Ibu makin teruk, Ayah dan pharmacist suggest Ibu makan Gaviscon.
Ini pun ubat air, tapi rasa macam kapur perisa mint. 😂😂
Inilah Gaviscon tu...
Ibu ingat lagi, Ibu memang tak nak makan ubat ni. Tapi ayah paksa Ibu cuba.
Ibu makan kat luar pintu kereta Mcd Baru berendam, terkinja-kinja, and loya sebab Ibu tak boleh telan ubat ni, dan tak boleh terima rasa dia. Sikit je pun yang Ibu makan. 😂😂
Dalam 2-3 kali, pastu dah, Ibu tak nak makan lagi dah.
Loya jangan cakaplah... 😂

Kebetulan, gastrik ni makin hilang bila Mawar makin besar dalam rahim ibu.
Lepas seminggu yang Ibu enjoy boleh makan macam biasa tu...
Ha, mula dah datang MORNING SICKNESS Ibu.
Masa ni... dunia Ibu dah jadi tunggang terbalik.
Ibu tak boleh buat kerja, tak boleh bekerja, tak boleh buat apa pun. Makan pun tak boleh sayang.
Ibu keep on muntah, banyakkk, sangat banyak, berulang-ulang kali.

Apa yang Ibu makan, semuanya keluar balik, sampai satu tahap dah tak ada apa lagi yang Ibu mampu nak keluarkan. Dan tiap kali Ibu muntah, ayah tolong usapkan belakang Ibu. Mujur, ayah bukan penggeli orangnya macam Ibu. 😅😅😆

Ibu ni penggeli orangnya, muntah Ibu sendiri Ibu tak boleh tengok tau.
Kalau tengok, Ibu muntah balik.  Jadinya, Ibu muntah sambil tutup mata. 😂😂
Dah yakin mangkuk tandas tu bersih ibu siram dengan air, baru Ibu bukak mata. 😆😆

Trimester pertama kehamilan,
Ibu melepek, berkepit dengan tilam 24 jam, tak keluar jalan, tak taip novel, tak layan handphone. Sebab?
Morning sickness Ibu teruk sayang. Dan pembawakan Mawar sangat kuat!

Mawar tak bagi Ibu buat apa-apa pun. Nak bercakap pun Ibu tak larat, tak ada tenaga.
Yang Ibu selera makan, buah-buah je, macam jambu batu, mangga manis, epal, buah lai... tapi,
BUAH TEMBIKAI, PALING IBU SUKA.
Dah macam nyawa kedua masa ni.
Hampir setiap 2-3 hari ayah kena belikan buah-buah ni untuk Ibu.
Bila makan buah tembikai, Ibu rasa fresh, rasa ada tenaga sikit sebab buah tembikai kan segar, sedap, dan banyak air.

Tapi pernah sekali officemate Ibu yang chinease, nampak Ibu makan tembikai merah masa mengandungkan Mawar, dia marah Ibu.
Dia tak bagi Ibu makan, katanya orang cina punya pantang larang, masa trimester pertama tak boleh makan tembikai, sebab maksudnya macam nak gugurkan anak cause bagi mereka tembikai tu panas.

Bagi kita orang melayu, tembikai tu ada yang kata panas, ada yang kata sejuk.
Ibu makan je, sebab itu je yang ibu selera nak makan.
Sumpah, ibu tak ada niat nak gugurkan anak Ibu.
Ibu nak simpan dan mengandungkan permata Ibu ni.

Rupa-rupanya, baru-baru ni Ibu ada terbaca yang buah tembikai mampu kurangkan morning sickness masa mengandung. Mungkin sebab tu Ibu rasa fresh masa makan tembikai dalam alahan dulu. 😁😀

Asam jawa mentah tu, almost all the time ibu kemam dalam mulut, sebab mulut Ibu 24 hours rasa masin nak muntah. Sampai tidur pun Ibu kemam jugak asam tu nak.
Selain buah, Ibu boleh makan roti gardenia Butterscotch. Tapi itu pun sikit-sikit je.

Nasi? Ibu paling tak boleh nak makan, walaupun Ibu rasa lapar sangat-sangat.
Tapi, bila Ibu rasa nak makan nasi sangat, Ibu hanya boleh makan kalau ayah suapkan pakai tangan ayah. Dan Ibu tak boleh tengok pun nasi tu. So, Ibu makan sampil pejam mata, sikit-sikit je.
Alas perut orang kata... padahal, Ibu memang kena makan untuk baby Ibu.

Bau? Ibu alahan pada bau sabun fruitale lemon, dan minyak rambut brylcream ayah.
Sampaikan Ibu marah-marah ayah dengan atuk pakai sabun dan minyak rambut tu depan Ibu.
Kadang tu, Ibu baring dalam bilik. 
Atuk keluar je dari bilik air, bau tu terus menyengat dalam hidung Ibu. 
Ishhh, tak suka bau tu. Ibu rasa bau tu wangi dalam busuk. 😂😂
Bau wangi tu terlampau kuat, dan Ibu tak boleh terima bau tu.

Untuk elakkan pening dengan bau-bau tu, Ibu hidu minyak Yuyi cap limau, all the time kat hidung.
Ibu titiskan kat sapu tangan, dan ibu tekap kat hidung. Ahhh, lega sangat rasanya masa ni.
Ibu tak ada tenaga nak bercakap, sebab bila bercakap aje Ibu rasa nak muntah.
Jadi bila rasa nak muntah je cepat-cepat ibu tekup hidung dengan minyak Yuyi ni. 
Masa ibu berkepit dengan tilam...
Minyak, buah, roti, semuanya Ibu letak kat tepi bantal, sebab Ibu tak boleh bangun.

Ayah sampai rasa semak, tak selesa sebab pingan, tupperware semua tepi bantal. Ahaks!
Tapi, nak buat macam mana? Ibu tak larat nak bangun untuk makan.
Jadi bila Ibu lapar je, Ibu capai je makanan tepi bantal, dan ngappp! Hahaha! 😅😂
Ayah yang buat Ibu mengandung, Ayah kenalah tahan perangai ibu... kan? 😋😋

Dalam tempoh alahan tu, Ibu gantikan nutrient yang Ibu tak ambil dengan susu HL MARIGOLD, perisa Ori, coklat atau strawberry. Kadang-kadang susu DUTCH LADY.
Nasib baik Ibu boleh minum susu, jadi dapatlah tampung zat yang baby Ibu perlukan.
Susu pun salah satu stok supplement yang Ibu banyak minum masa mengandungkan Mawar.

Masa ni, Ibu still pergi follow up dengan Dr.
Mabuk teruk-teruk pun, Ibu gagahkan diri untuk pergi checkup setiap 2 minggu.
Ayah bawa dan temankan Ibu setiap kali ada checkup, bahagia betul rasanya sayang.
Dari segi ubat, Ibu makan Obimin, vitamin lengkap walaupun nurse cakap Obimin tu kuat, ada orang yang tak serasi terus muntah-muntah bila ambil Obimin.

So Far, ibu makan okay je sebab Ibu memang dah kena morning sickness tu.
Tapi biasalah... Kadang Ibu makan, kadang tak. 😂😂 
Susah Ibu nak ikut rutin jadual makan ubat yang sebetulnya.
Soal kerja, kadang Ibu dapat MC, yang tak dapat MC, ibu amik AL terus.
Dan, ibu dehydrate teruk sangat sebab kerap muntah, tapi Ibu tak mampu nak makan minum untuk dapat tenaga semula, jadinya dua kali ibu kena masuk air.
Satu di Hospital Besar Melaka, satu lagi kat Oriental.

Yang selesa kat Oriental sebab dapat baring atas katil, tak ramai orang dalam wad emergency.
Yang ibu rasa terseksa, dekat Hosp Besar Melaka, sebab ibu kena duduk atas kerusi menunggu yang dah condong ke depan, bersama patients lain beramai-ramai.
Masa ni, sumpah ibu rasa nak lari hospital. 😂😂😂

Ibu rasa sakit sangat-sangat, dahlah mengandung, dalam alahan, pening-pening, lapar, tak selera makan, kena pulak duduk dalam conditions macam tu, memang rasa nak nangis je sayang.
Patutnya, Ibu kena masuk dua bag air garam, tapi dah tak tahan duduk dengan tak selesanya masa beg yang pertama, Ibu cakap Ibu dah okay dengan Dr, supaya Doktor bagi Ibu balik. 😅😂😂

Masa Ibu masih kerja, Ibu pernah terduduk dekat lantai sebab terlalu lapar.
Rasa terlalu lemah.
Ibu pernah menangis sambil makan bihun yang nenek bekalkan, sebab Ibu tak larat nak bawak badan.
Ibu muntah banyak, lapar... tapi Ibu tak boleh makan, sebab tak ada selera makan.

Ibu terpaksa makan juga sebab tak nak kena gastrik, dan demi anak ibu.
Anak ibu nak hidup, nak membesar... jadi Ibu kena makan, walau macam mana sekalipun.
Walaupun Ibu tahu, apa yang Ibu makan, akan keluar jugak penyudahnya.

Pernah sekali, Ibu keluar makan, pergi dekat KFC Batu Berendam, dengan Aunty Fit (shawl kelabu)
Dan Aunty Ika (Tudung bawal kelabu pekat). Masa Aunty Fit tengah order makanan, Ibu tengah muntah dan menggigil-gigil dekat sinki tingkat atas.
Sampaikan pekerja KFC tu tanya Ibu okay ke tak, Ibu beritahu Ibu mengandung sebab tu muntah, dan dia teman Ibu turun sampai bawah, sebab risau Ibu jatuh tergolek kat tangga agaknya. 😅

Time tu, perut Ibu dah masuk angin, gastrik datang, pening, muntah, semua berkecamuk.
Bila dapat makan, baru Ibu rasa okay sikit.
Kawan-kawan kerja Ibu. Masa ni Ibu tak larat nak kerja, tapi Ibu usaha datang jugak. Tapi memang jelas nampaklah yang Ibu pucat tak bermaya.
Pisang, Ibu makan untuk dapatkan tenaga.
Jeruk yang Ibu standby kot-kot nak muntah. Muntah tetap muntah, ni cuma melegakan rasa nak muntah tu sekejap aje.
Ibu terbaring lemah all day long macam ni je sayang.
Ibu cuba jugak makan nasi, tapi dalam portion sikit macam ni je. Tu pun tak habis makan.
Macam nilah Ibu hari-hari sejak Ibu tak larat nak bekerja.
Kesan lebam kena cucuk masuk air kat hospital besar melaka.
Masuk air kat Emergency room Oriental. Ayah teman ibu, tidur sebelah birai katil ibu.
Lebam hasil masuk air garam dekat Oriental.
Report Dr. yati yang Ibu kena berehat.
Apa yang ibu rasa masa trimester pertama ni. 😅😅😅
Ubat tabib cina yang Ayah bawak Ibu pergi berubat.
😅😂
Ayah bawak Ibu pergi berubat dekat Tabib ni sebab kawan kerja ayah beritahu, adik dia mengandung juga, morning sickness teruk. Pergi berubat dekat tabib ni, terus hilang morning sicknessnya.
Ayah trylah bawak Ibu... tabib tu cakap, perut Ibu tak kuat, lemah sebab tu Ibu muntah-muntah.
Ibu tak ingat apa lagi yang Tabib tu cakap, tapi dia nasihatkan Ibu supaya jangan terus-terus makan nasi, seeloknya makan bubur dulu.

Tabib bagi Ibu ubat herba pil, dan Ubat ginseng tu Ayah beli kat kedai seisei, boleh direbus untuk minum & direndam kaki, tapi Ibu pilih untuk rendam kaki. 
Ibu tak berani nak minum, takut jadi apa-apa kat Mawar dalam perut.

Pil herba tu, Ibu makan sekali je, dan agak berkesan jugaklah, Ibu kurang muntah-muntah.
Ginseng buat rendam kaki tu, air dia wangi, bau teh. Ibu suka... 
Dalam tiga kali juga Ibu buat rendam kaki, Ayah tolong rebuskan.
Ayah siap dendangkan mantera cina masa rebus ginseng ni. 😂😂😂 
Ada-ada je Ayah Mawar tu tau. 😁
Ginseng tu macam membantu kurangkan rasa nak muntah Ibu jugak. Ni apa yang tabib tu cakaplah.
Tapi.... selang beberapa hari lepas tu, Ibu mula muntah-muntah balik. 
Mungkin sebab Ibu tak makan ubat tabib ni.

Ibu ada rakam video, perut Ibu berdenyut-denyut, memang jelas sangat denyutan nadi Mawar kat situ. Video tu, ibu tak dapat nak letak dekat sini, sebab aurat. Nanti Mawar tengok dekat handphone Ibu ye. 

Dalam tempoh kandungan 1-3 bulan ni, Ibu banyak kali & kerap rasa ngilu dan bisa macam mild period pain dekat ari-ari dan pinggang. Banyak kali juga Ibu inform pada nurse di KK, tapi kata mereka tak ada isu apa pun dengan Ibu. Baby okay je.

Sampai satu hari tu, Ibu rasa ngilu sangat, kerap. Jadi Ibu minta ayah bawak Ibu check di Klinik Dr. Fadhilah area bukit katil sebab dekat situ buka 24hours, dan ada scan untuk baby.
Masa jumpa doktor, Dr Fadhilah tu baik sangat, dia terangkan Ibu keadaan baby dengan detail.
Masa ni, Ibu jadi sangat terkejut sebab nampak baby dah besar dalam kandungan, siap bergerak aktif lagi, melonjak, tendang sana sini.

Teruja sangat Ibu tengok baby masa tu. Rugi Ibu tak rakam.
Dr. Fadhilah cakap, dari segi scan semua okay, tapi dia diagnose kondisi ibu as threaten miscarriage.
Dan dia suruh Ibu beli ubat Duphaston 500mg, di Pharmacy, untuk kuatkan rahim.
Tapi Ibu tak beli sebab Ibu yakin anak ibu okay.

Cuma dia ada pesan, kalau nak scan lebih detail, perlu ke hospital.
Ibu pergi check baby kat sini, waktu malam, dan Dr. Fadhilah pasang alunan zikir.
Mendayu-dayu je perasaan Ibu masa ni, Ibu sedih. Nangis jugaklah sikit, sebab Ibu risaukan baby.

Masa pergi checkup di KK pulak, Ibu beritahu doktor tentang diagnose Dr. Fadhilah ni, dan Dr. tu terus nak seluk Ibu, check jalan dah buka ke belum.
First time Ibu kena seluk, dan Ibu rasa macam nak tendang je muka Dr. di KK tu. 😂😂😂
Sebab, dia bukan seluk, more to rodok, ganas. Sakit Ibu! 😖😖😖
Lepas dia seluk macam tu, ada jugalah keluar lendir coklat macam darah, tapi sikit je.

Ibu anggap, itu kesan rodokan Dr. tu tadi je. 😒😒😒

Belakang kertas ni, ada tulisan Dr. Fadhilah subscribekan Ibu Duphaston 500gm yang Ibu kena beli dekat pharmacy.
Rasanya, seingat Ibu, inilah fasa TRIMESTER PERTAMA Ibu mengandungkan Mawar sayang.
JAN-AWAL MARCH 2017, memang sangat-sangat mencabar bagi Ibu.
Fasa Morning sickness yang sangat teruk.

Oh ye, baru Ibu teringat. Kalau dulu, masa Mawar masih belum wujud, Ibu & Ayah sukaaaa sangat dengar lagu Ed Sheran, nak-nak lagi lagu Thinking out loud & Perfect. Sebab lirik tu lebih kurang macam kehidupan Ibu dan Ayah sejak dari skolah lagi.

Tapi... masa mengandungkan Mawar, start Ibu tahu Ibu pregnant with you, Ibu jadi benciiiii sangat dengan lagu-lagu Ed Sheran, sampai Ibu marah Ayah kalau Ayah pasang lagu tu dalam kereta.
Ibu rasa menyampaahhhh sangat dengan lagu-lagu Ed Sheran nak. Hhaha! Entah kenapa! 😂
Mawar la ni, tak suka Ed Sheran ye, nak?

Dalam trimester ketiga, barulahhh Ibu okay kalau Ayah pasang lagu Ed Sheran ni.
Still rasa menyampah nak dengar, tapi tak adalah bencii sangat macam dulu. Huhu.. 😅😂

Apa jadi pada trip Yogjakarta yang Ibu & Ayah plan nak pergi untuk sambut 4th Wedding Anniversary kami? Walaupun dah bayar harga tiket kapal terbang & hotel pada harga RM9++.++, Ayah cakap tak perlu pergi, sebab keadaan Ibu lemah sangat.

Takut nanti kalau berkeras pergi juga, jadi apa-apa pada Ibu & Mawar, Ayah rasa menyesal nanti.
Ibu cuba juga pujuk ayah untuk pergi, tapi kalau pergi Ibu kesian kat Ayah kalau kena duduk dalam hotel aje, sebab dekat Jogja, aktiviti best semua dekat luar. 
Nak food hunting pun Ibu tak mampu, masih dalam alahan tak boleh makan.
Dan Ayah decide, burn saja trip ke Jogja.

Dah bayar dah, tinggal pergi je.

Bye-bye Jogja... tak apa, demi anak Ibu. Ibu & Ayah janji, ada rezeki nanti baru kami datang ke sini, semestinya dengan Mawar sekali! 😘😘



Awal March tu juga, Ibu cuba-cuba masuk kerja, halfday dulu. Ibu cuba masuk petang, dari jam 1pm-5pm bila Ibu rasa ibu macam dah kuat sikit.

Datang kerja, Ibu drive sendiri. Bawa kereta atuk, kadang bawak kancil.
Dekat Office, Ibu selalu kunyah kismis kuning, sebab rasa dia masam-masam manis.
Jadinya, terubat sikitlah rasa nak muntah tu.
Masa ni Ibu more to loya-loya je, muntah kurang dah.

Trimester pertama ni, dari 1-3 BULAN USIA KANDUNGAN,
Ada beberapa kali Ibu makan burger MCD, spicy chicken mcdeluxe.
Mula-mula, Ibu macam suka makan burger ni, ini aje yang Ibu berselera nak telan.

Tapi, lepas sekali dua makan, Ibu jadi tak suka pulak dengan burger ni. 
Sebab kat tekak Ibu, Ibu rasa ayam dia macam hanyir.
Padahal sebelum ni, Ibu okay je makan burger ni, favourite Ibu tau!
Jadi betullah pembawakan Mawar, sangat kuat. 😅😆

Lepas tu... ada hikmah rupanya Ibu & Ayah cancel trip Jogja. Sebab tak sangka, Allah nak uji kita sekeluarga nak. Dari awal bulan Februari 2017, Mama, Abah, Abang Iki, Kak Baby, Nenek & Atuk, demam Influenza A, sampai masuk hospital, dan kena kuarantin. 
Hanya Ibu & Ayah yang tak dijangkiti dengan demam ni.
Alhamdulillah, kalau tidak it could've been worse. 😢

Lepas family kita baik dari demam ni, Abah & Mama bawa nenek & Atuk bercuti di Tioman.
Ibu & Ayah tak dapat ikut, maklumlah dengan keadaan Ibu yang dah macam Zombie ni, macam manalah Ibu nak jalan. 😅😅

Masa kandungan Ibu cecah usia hujung 3 bulan, morning sickness Ibu dah jadi sangat kurang.
Ibu dah tak muntah-muntah. Alhamdulillah, rasa legaaa sangat.
Tapi Ibu still tak selera nak makan. Tak rasa nak makan apa-apa, tak mengidam apa-apa pun.
Ibu cuma makan untuk alas perut.

Cuma satu je... masa ni, Ibu kemaruk makan nasi Impit dan rendang.
Ibu suka makan dengan kuah dia aje, Ibu tak suka makan ayam atau daging yang ada dalam rendang tu. Berminggu-minggu, setiap hari, pagi, petang, malam, Ibu hanya makan nasi impit dan kuah rendang yang nenek masakkan.

Sebelum nenek & Atuk ke Tioman dengan Mama & Abah sekeluarga, Ibu minta nenek masakkan Ibu rendang sebagai bekalan. Itu jelah yang Ibu mampu telan sampailah Ibu muak dah makan nasi impit dan rendang. Jadi, Ibu dah mula cuba-cuba makan makanan lain.




Awal March pula, dalam 10-14 March 2018,
Atuk kena angkut dengan Ambulans dari rumah, sebab bleeding heavily, and was warded, kena operation bisul belakang badan, due to penyakit kencing manis.
Allahhh... Ujian sayang. 

Pertama kali selama 25 Tahun Ibu hidup, Ambulans datang depan pintu rumah untuk ambil Atuk. 😢😢
Allah betul-betul menguji kita sekeluarga tahun 2018 tu.
Nak tahu apa jadi? Bersambung di next entry ye, sebab ibu bahagikan cerita kepada 1ST, 2ND dan 3RD TRIMESTER. 

Salam Sayang, 
Ibumu, anak...
Anis Ashikali. 😘😘

No comments:

Post a comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3