Friday, 19 July 2019

MAWAR ERINA'S JOURNEY - TRIMESTER KEDUA


Assalamualaikum, Anakku Mawar Erina.
Mawar dah baca, kisah Mawar masa berusia 1-3 bulan dalam rahim Ibu? 😁😃

Entry kali ni, Ibu nak cerita tentang TRIMESTER KEDUA pula, usia Mawar 4-6 BULAN dalam kandungan. 💗
Mawar kesian tak dengan Ibu, bila baca macam mana susahnya Ibu mengandungkan Mawar dalam TRIMESTER PERTAMA? 😄

Tak apa sayang, jangan rasa bersalah. Mawar tak salah sikit pun, sebaliknya Ibu bersyukur dapat rasa pengalaman berharga mengandungkan permata Ibu & Ayah ni.

Ibu sambung cerita, okay?
Pagi tu, dalam jam 7 pagi tak silap Ibu, nenek ketuk pintu bilik tidur Ibu & Ayah dalam cemas.
Rupanya Atuk tengah bleeding teruk, sebab bisul kecil dekat belakang badan Atuk, pecah.
Ibu uruskan Ambulans, Ayah dan Abah uruskan Atuk yang dah berdarah teruk.
Nenek dah cemas, sedih, dah tak senang duduk, risaukan Atuk.

Oh, Ibu lupa nak beritahu.
Ibu dan Mama mengandung berjemaah sayang. 😂
Mama mengandungkan Faiha sebulan awal dari Ibu.
Jadi, masa Ibu dalam fasa empat bulan mengandung ni, Mama pula dah 5 bulan.

Emosi Ibu masa ni memang macam roller coaster.
Sedih sangat-sangat.
Tahu kenapa? Mama kena warded dekat Oriental, suspek hidap sakit saraf kesan demam Influenza A hari tu, Dr. diagnose katanya kuman Influenza A tu menyorok kat tulang belakang Mama, akibatnya dia ganggu fungsi saraf Mama. Untuk atasi penyakit ni, Mama on steroid, baby mama pula mungkin boleh keluar bila-bila masa sebab steroid tu kuat kesannya.

Mama tak boleh jalan, sebab kaki dia hilang deria rasa. 
Bayangkan, Ibu sorang-sorang, kena uruskan Atuk & Nenek, sebab Ibu & Mama dua beradik je nak.
Dua-dua perempuan pula tu.
Mujur Abah ada, boleh tengokkan Abang Iki & Kak Baby. Nenek teman Atuk.
Ayah pula dengan Ibu sama-sama uruskan Atuk & Nenek.

Masa nak lawat Atuk tengahari jumaat tu, Ibu & Ayah singgah makan dekat foodcourt Tesco.
Ibu terlalu sedih dengan ujian yang menimpa, sampai Ibu menangis depan makanan sambil mesej dengan Mama, yang Ibu sedih dengan keadaan keluarga kita.
Ibu dah tak peduli orang pandang.
Ayah naik segan sebab nanti orang ingat dia yang buat Ibu menangis. 😅

Ibu tak kuat nak hadapi semua ni.
Ibu rasa ujian datang bertimpa-timpa untuk family kita dalam tempoh masa yang singkat.
Ujian kesihatan, ujian kewangan.
Dan Ibu sangat takut kalau Ibu hilang Mama & Atuk.
Ibu rasa Ibu boleh gila kalau itu terjadi.

Bayangkan betapa teruknya emosi Ibu masa tu. Ibu banyak nangis.
Risaukan family, risaukan keadaan Ibu dan Mawar dalam rahim, risaukan Atuk, Mama dan kerja.
Baru Ibu rasa Ibu boleh naik kerja, terpaksa Ibu cuti untuk uruskan Atuk.
Tak apa, Allah nak uji kan sayang?
Ibu redha dalam takut.
Takut Atuk & Mama pergi tinggalkan kita semua. 😭😭😭

Ibu nak Atuk tengok Mawar membesar.
Abang Iki & Kak Baby perlukan mama.
Siang malam Ibu berdoa semoga Atuk & Mama selamat dan baik-baik saja.
Mama tak dapat lawat Atuk langsung sebab Mama pun dalam hospital.

Settle uruskan Atuk masuk hospital, dan Atuk dah selamat operate,  Ibu rasa lega sangat.
Tak silap Ibu, 10 March 2018 Atuk admit di hospital, 11 Mac terus operate, dan 12 Mac tengahari, Dr benarkan Atuk balik rumah. Alhamdulillah, semua urusan Atuk, Allah mudahkan, semuanya jadi pada hujung minggu, jumaat-ahad.

Allah MAHA TAHU.
Kalau tragedi ni berlaku in weekdays, memang Ibu jadi lagi buntu.
Sebab, Nenek kena jaga Abang iki & Kak Maira kat rumah, Mama dekat hospital tak boleh kerja, Abah kena kerja, Ibu dah sekian, sakit dan kerja pun on off, jadi Ayah pun terpaksa & perlu kerja.
Komitmen nak bayar, Atuk dah tak boleh kerja dah. Apatah lagi angkat berat.
Jadi siapa nak jaga dan tengokkan Atuk kalau atuk kena tahan dekat hospital in weekdays?
Yang kami mampu buat, datang melawat je bila tiba waktu melawat.

Jadi bila tragedi ni terjadi hari jumaat-ahad, Ibu bersyukur sangat sayang.
12 March tu, sebelum Ibu & Ayah bawak nenek ke majlis kahwin anak arwah Aunty Zila, kami singgah hantarkan sarapan Atuk dulu.

Pada mulanya Ibu tak larat nak ikut, tapi Ibu tak ada pilihan, terpaksa kuatkan diri untuk uruskan Atuk & Nenek. Ibu nak temankan Ayah, dan Ayah tak benarkan Ibu duduk rumah sorang diri.

Nasib baik, Ibu dah kuat sikit masa ni.
Jadi Ibu boleh juga ikut, walaupun tak berapa selesa.
Sepanjang perjalanan, Ibu terbaring je kat passenger seat.
Sepanjang tempoh mengandung, Ibu tak selesa duduk tegak dalam kereta.
Satu-satunya gambar kenangan yang Ibu ada bersama Moyang Lijah, dan nenek Mawar. Ibu mengandung 4 bulan ++ masa ni.
Dalam tempoh usia Mawar 4 Bulan ni, Ibu dah kuat sikit, sebab dah tak ada alahan lagi.
Muntah-muntah Ibu terus stop serta merta.
Yang tinggal cuma Ibu tak berapa selera nak makan.
Ibu dah boleh makan, tapi Ibu tak rasa nak makan apa-apa.

Oh, Ibu baru teringat yang masa Ibu baru masuk usia pregnant 16 weeks, Ibu gian nak makan SEOUL GARDEN. Ibu pergilah makan dengan ayah.
Dan itu pertama kalinya Ibu makan macam orang tak jumpa makanan bertahun-tahun, setelah hampir sebulan lebih Ibu bergelut nak makan! 😆😆😂😂
Memang kekenyangan sangat!

Ibu pun dah suka nak makan Mcd balik masa ni.
Yang Ibu suka makan, Mcd breakfast. Sedap! 😋 

Cerita pasal Mcd, Ibu ingat lagi Ibu selalu suruh ayah belikan Mcd Breakfast untuk Ibu, time weekend. Sebab, weekdays Ayah kerja, mana sempat nak pergi beli.
Bulan puasa pun banyak kali juga Ayah berserah masuk Mcd jam 9-10pagi. Haha!

Ayah siap cakap dekat staff Mcd, "Jangan viralkan saya ye, saya beli untuk isteri, mengidam nak makan." Hahaha, adoiiii lawak! 😅😅😅😂😂

Nasib baik ayah tak kena tangkap dengan JAIM nak, kalau tak sia-sia je ayah kena naik van jenazah sebab tak puasa. Padahal ayah belikan untuk Ibu.

Mawar tahu, Ibu suka makan apa? Ibu suka makan pancake & sausage brekkie dia , sometimes sausage Mcmuffin. Yummss! 😋😋😋

Just for your information My dear, Ibu suka sangat makan NANDO's! 
Tapi bila pregnantkan Mawar, lalu dekat restoran NANDO's buat tekak Ibu rasa loya sangat, sebab tiba-tiba Ibu rasa ayam Nando's tu baunya hanyir sangat!
 
Rezeki Ibu, dan-dan nak pergi kenduri kahwin, time tu jugaklah Ibu tiba-tiba rasa nak makan nasi minyak, Alhamdulillah tercapai hajat.
Kebetulan hari tu jugak, tengahari tu Atuk cakap, Dr. dah bagi Atuk balik, sebab luka operation Atuk cantik dah, cuma kena jaga dari rumah je, pantang makan etc, etc.
Tiap hari kena cuci luka kat klinik kerajaan atau 1 Malaysia saja.
Dari KL, Ayah terus drive ke Hosp Besar Melaka, nak uruskan Atuk keluar wad pula.

Masa ni, Ibu dah decide. Ibu kena mula kerja macam biasa.
Ibu kena kuatkan diri. Ibu kena tampung perbelanjaan Atuk & Nenek sementara waktu, sebab Atuk tak boleh kerja dah. Sementara saja sampai Atuk dapat EPF usia 55 Tahun july 2018 nanti.

Lepas Atuk keluar dari hospital, nenek nak makan di ROW SIXTH Jusco, jadi kami terus ke situ sayang. Sejak 2-3 hari lepas, pinggang Ibu memang sakit je. Rasa berat je pinggang dan perut ni.
Tapi Ibu tahan.
Biasalah mengandungkan? Cuma, Ibu ada terbaca sharing sorang instafamous tentang CERVICAL INCOMPETENCE, dan semua tanda-tanda tu macam ada pada Ibu.
Tapi Ibu tak berani nak sahkan lagi.

Di jusco, Ibu ada rasa nak buang air besar dan kecil.
Masa buang air kecil, Ibu cangkung lagi masa ni, sebab Ibu tak reti guna tandas duduk.
Quite bahaya untuk baby, tapi Ibu rasa Ibu mampu mencangkung, jadi Ibu teruskan je.
Ibu notice keluar lendir putih pekat, dan hujungnya macam warna merah.
Ibu rasa tu darah, dan Ibu mula tak sedap hati sayang.

Otw dari toilet ke Row Sixth, Ibu jalan sorang-sorang.
Memang rasa sakit sangat, berat sangat pinggang masa ni.
Ibu cuba bertahan. Ayah dah bawak Atuk & Nenek ke Row Sixth, dulu dan tunggu Ibu kat sana.
Sampai kat meja makan, Ibu beritahu ayah slow-slow pasal lendir berdarah tu, tak nak Atuk & Nenek dengar, tak nak diorang risau.

Habis makan, Ibu tak sanggup nak tunggu lagi, Ibu minta ayah bawak Ibu scan kat klinik.
Ibu nak tahu, apa yang tak kena dengan anak ibu.
Ibu ke klinik Mawar Bachang, dalam hujan dengan Ayah, Atuk Nenek tunggu dalam kereta sebab mereka cakap tak perlu patah-patah balik, diorang boleh tunggu ibu check sekejap.

Tapi yang menyedihkan, DR. perempuan di klinik Mawar tu angkuh, tak nak check Ibu langsung, katanya terus pergi hospital. Tapi Ibu tak bleeding, dan Ibu tak sure yang Ibu nampak tu betul darah atau bukan, sebab cuma nampak di hujung-hujung tu je. Sebab tu Ibu nak ke klinik dulu untuk pastikan keadaan Ibu.

Kalau Dr. Diagnose Ibu perlu ke hospital, Ibu pergilah. Ibu cuma nak kan pengesahan.
Tapi Dr, tu, sentuh Ibu pun tak, terus reject.
Dah dua kali Ibu terkena dengan Dr. perempuan ni.
Kali pertama masa Ibu masih study dulu, kedua masa Ibu mengandung ni.
Kecewa, Ibu decide nak ke klinik Fadhilah di Bukit katil.
Pesan Ibu, jangan sesekali anak Ibu jejak kaki di Klinik Mawar Bachang, Melaka.

Itu klinik paling worst dalam dunia! 😡😡

Sebelum ke Klinik Dr. Fadhilah, Ibu & Ayah bawak Atuk & nenek lawat Mama di Oriental.
Ini juga kali pertama ibu lawat mama, sebab Ibu tak larat nak pergi sebelum ni.

Ayah tolak Atuk dengan Wheelchair. Atuk masih tak kuat untuk jalan. Abang Iki & Kak Baby nak tidur dengan mama jugak.
Sayunya hati Ibu tengok situasi ni. Allah saja MAHA TAHU. Ibu hampir meraung dengan ujian ni. Sedihnya Ya Allah, anakkk... tapi Ibu berlagak kuat. Sedih pendam sendiri. Hakikatnya, Ibu hampir tersungkur ke tanah, sikit masa je lagi. 😭😭😭😭
Lepas lawat Mama, hantar Atuk & Nenek balik, Ibu & Ayah ke bkt. katil.
Di klinik Dr. Fadhilah, scan baby, nampak semuanya okay juga.
Tapi Dr. Fadhilah cakap, takut Ibu terbersalin awal, jadi memang kena ke hospital untuk full checkup.
Ibu blur... sebab tak pernah mengandung.
Ibu pelik juga, boleh ke bersalin masa mengandung 4 bulan lebih?

Ibu tanya doktor "Boleh ke bersalin awal doktor?" 
Doktor cakap boleh.

Ibu terfikir, pelik. Macam mana baby nak hidup kalau lahir seawal tu?
Rupanya bersalin awal tu, istilah sopan kepada KEGUGURAN!
Allahhhh sayang, Ibu baru pertama kali mengandung, manalah Ibu tahu istilah-istilah tu. 
😰😭😂

Dr. Fadhilah bagi Ibu MC 3 hari, Ibu wajib bedrest katanya.
Kalau dalam tempoh bedrest, Ibu ada pendarahan, atau spotting, Ibu kena pergi Hospital terus.

MC 3 hari yang DR. bagi, untuk Ibu rehat. BEDREST!
Ayah naik status di IGSTORY, lepas DR. sahkan sekali lagi yang ibu THREATEN MISCARRIAGE/ BACK ACHE IN PREGNANCY.
Ayah dan Ibu takut hilang baby. BEDREST!
Dan itulah yang Ibu buat, tapi pada hari ketiga MC, jatuh pada 14 MARCH 2018,
Wedding Anniversary Ibu & Ayah yang ke-4 tahun.

Ayah ambil cuti, bawa Ibu ke KL, IOI City Mall putrajaya untuk makan di K-FRY.
Sambut Anniversary kami.
Ibu cakap doktor suruh Ibu bedrest, tapi Ayah cakap, jalan sikit je, tak apa.
Ha menapaklah Ibu satu mall tu, macam penguin nak. Terkatik-katik Ibu jalan bawak perut. 😅😆

Penat jalan, bila rasa tak larat, Ibu berhenti, duduk. Ibu tak nak naik wheelchair.
Sambutan anniversary ni nanti Ibu create entry lain ye.
Makanlah Ibu & Ayah dekat K-Fry tu, simple aje sambutannya sebab Ibu tak larat. 

Ibu rasa Ibu paling selekeh masa mengandung, sebab Ibu tak kisah bareface keluar rumah. Ibu tak ada mood nak hias muka.
Nampak pucat je muka Ibu all along pregnancy. Baru nak baik dari morning sickness. Dan ini sajalah gaya shawl yang kerap Ibu gayakan sepanjang pregnancy, sebab Ibu rasa macam tercekik, dan terbelit leher bila pakai Shawl gaya yang biasa Ibu gayakan. 😂😂
Bertabahlah ye, wahai suami, hadap selekeh ayang masa pregnant ni.
Ayang tak suka berhias langsung. Pembawakan anak abang jugak. 😜😘
Oh, selain ibu kena morning sickness yang teruk, sejak Mawar menginjak usia 3 bulan lebih dalam perut Ibu, Ayah pun kena sakit pinggang yang agak teruk sayang.

Sampai Ayah tak boleh bongkok macam biasa, nak solat pun susah.
Ayah tak boleh angkat barang berat.
Ayah ikhtiar berurut kaki, ayah pergi checkup di Hospital, doktor diagnose kemungkinan slip disc, patutnya Ayah kena buat rawatan fisio, tapi Ayah tak buat sebab rawatannya tak berapa kena dengan jiwa Ayah. Hahaha! (Yeke Ayah?? Ibu je yang tahu, ayah suka ke tak dengan rawatan tu kan?) 😜

Sampailah Mawar lahir, baru hilang sakit pinggang Ayah.
Magic, ajaib sangat! Tak sangka Ayah terkena jugak pembawakan Mawar sikit, walhal kalau ikut hati, Ibu rasa nak je bagi semua sakit yang Ibu tanggung sepanjang mengandung kat Ayah. 😅

Tapi Ibu tak sampai hati nak bagi, so Ibu tanggunglah sendiri.
Dapatlah Ibu merasa apa rasanya mengandungkan anak bertuah Ibu ni. 😘




Inilah info penting yang ibu terbaca di SHARING kak NOORINORA ni. Entah macam mana Ibu boleh terbaca post ni sedangkan Ibu tak follow selebriti ni. Aturan Allah sayang, Allah beritahu Ibu dengan cara ni. Dan lepas baca, Ibu ada satu feeling yang ibu memang hidap CERVICAL INCOMPETENCE ni. 😭

Ibu ada beritahu Ayah pasal ni, tapi selagi Dr. tak sahkan, Ibu tak yakin sangatlah.
Lepas tu, Ibu pergi kerja macam biasa. Ibu dah mula masuk dari pagi, jam 8.30am-5pm.
Allah nak duga sekali lagi.

29 MARCH 2018, hari Jumaat.
Ibu dekat office, rasa lapar, Ibu makan kejap. Masa makan, Ibu rasa nak terkencing sangat.
Lepas makan muffin, buat alas perut je masa tu, Ibu ke toilet.
Duduk, buang air kecil, masa ni tak perasan apa pun kat panties.

(Masa ni Ibu dah mula berani belajar guna tandas duduk in a proper way, sebab Mama marah Ibu cangkung atas tandas duduk. 😅😆😅

Mama cakap, kalau tandas tu pecah, Ibu nak ke jadi macam kawan Abah? Peha terbelah kena kaca yang dah pecah. Allah, tak berani Ibu nak tanggung azab tu, jadi Ibu belajarlah duduk atas tandas duduk tu. 😆😆😆)

Dah sudah beristinjak, waktu nak capai panties, Ibu notice ada setompok darah merah, fresh.
Apa lagi, Ibu terus nangis, berjurai-jurai air mata Ibu sayang.
Masa tu Ibu nangis sambil cakap "Baby... baby jangan keluar dulu, baby stay dengan Ibu!"
Cepat-cepat Ibu pakai seluar semula, keluar dan duduk di meja ibu, masih menangis.

Dalam kepala Ibu, Ibu memang terfikir yang Ibu akan hilang baby bila-bila masa saja dari saat itu.
Ibu punya takut, Allah saja yang tahu sayang. Macam nak tercabut nyawa Ibu rasa bila fikir kemungkinan untuk baby tinggalkan Ibu dan Ayah tu kuat. 😭😭😭

Orang pertama yang Ibu interkom beritahu, is Aunty Fit, Mawar.
Ibu paling rapat dengan Aunty Fit ni sayang.
Dia sangat baik orangnya. Dia jaga Ibu dengan baik sejak Ibu kenal dia.

Ibu just cakap "Kak Fit, Darah! Darah!" sambil nangis teruk, berdesup Aunty Fit lari datang pada Ibu.
Dan semua officemate kerumun Ibu, nak bawak Ibu ke hospital dan dan tu juga, tapi Ibu nak tunggu Ayah datang bawa ibu sebab Ibu tak bawa buku merah masa tu.

Ibu call ayah dalam panik dan nangis depan semua officemate.
Ibu cakap Ibu bleeding, dan ayah blur tanya bleeding dekat mana. 😰😣😖
Ibu cakap dekat "pussy". Hahaha, Maaf sayang, Ibu guna perkataan 18sx, tapi Ibu yakin Mawar dah cukup besar untuk faham apa itu Miss P.
Ibu cerita bukan untuk melucah, tapi Ibu cerita pengalaman sepanjang mengandungkan Mawar.

HR Admin Ibu, Adrine, suruh Ibu terus pergi dulu hospital dulu walaupun tak bawa buku merah, nanti ayah akan datang kemudian dengan buku tu.
Kalau Mawar nak tahu, BUKU MERAH tu mengandungi semua info tentang Mawar sejak usia dua bulan dalam rahim Ibu.

Ibu takut sangat nak jalan ke kereta masa ni sebab takut Mawar akan jatuh bila-bila masa saja.
Aunty Fit Mawar, WONDER WOMEN! Dia yang dukung Ibu sampai ke kereta.
Kuatkan Aunty Fit?  😘😍
Uncle Asyraff, officemate Ibu, dan Aunty Fit hantar Ibu ke hospital by using company car.
Sepanjang perjalanan, Uncle Asyraff suruh Ibu cakap-cakap dengan baby. Minta Baby kuat dalam rahim ibu.

Ibu ingat lagi, Ibu tanya Uncle Asyraff, "boleh ke baby dengar apa yang Ibu cakap?"
Uncle Asyraff jawab, "Apa tak boleh pulak, dia sedarah dengan Anis, duduk dalam badan Anis, mesti dia boleh dengar." 
Dan sepanjang perjalanan ke Hops Melaka, Ibu bercakap-cakap dengan baby dalam hati Ibu, sambil usap-usap perut.

Ibu minta anak Ibu kuat, dan kekal dengan Ibu sampai cukup umur.
Di Emergency dept, Aunty Fit temankan Ibu sampai ayah datang.
Uncle Asyraff pula pergi park kereta & tunggu di luar. 
Bila Ayah dah ada, Ayah take over uruskan Ibu, dan officemate Ibu balik ke office.

Ibu duduk atas wheelchair,dan tunggu giliran. Tak lama sangat Ibu tunggu, dalam satu jam macam tu.
Ibu diperiksa oleh doktor muda, perempuan cina yang sangat baik, dan lembut, cuma dia kurang pengalaman maybe sebab baru lagi.
Lepas beritahu masalah Ibu,  Dr. minta sample air kencing untuk buat ujian.

Dan sekali lagi, depan mata Ayah, kali ni keluar lendir pekat, darah fresh yang sangat tebal waktu Ibu nak buang air kecil. Kami simpan spesimen tu as bukti untuk tunjuk pada doktor, dan Ibu ditolak untuk scan yang dilakukan oleh MA lelaki yang berpengalaman, sambil ditemani oleh ayah & Dr. Cina tadi.

Masa scan, Mawar dalam posisi sujud, dan kata MA semua nampak okay, tak ada masalah.
Tapi, Ibu ditahan, kena masuk wad, ditolak ke kamar bersalin untuk pemeriksaan lanjut.
Di kamar bersalin Hosp Besar Melaka, Ibu kena tukar kain sarung pink, pakai pad, dan tunggu giliran checkup, ayah pulak kena duduk di luar, tunggu Ibu.

Kesian Ayah, dengan tak makan, dan penat mengajar, dah kena bertunggu tangga tunggu Ibu.
Dalam kamar bersalin tu, semua Ibu kena buat sendiri, tak ada orang tolong Ibu.
Ibu pelik juga, sebab dah tentu-tentu Ibu bleeding atau spotting, tapi mereka suruh Ibu jalan sana sini, untuk tukar kain, jumpa Dr. naik atas katil untuk checkup.

Ibu terfikir, kalaulah Ibu terbersalin masa tu, macam mana? 😪😪😪
Ibu tawakkal je masa tu sayang, sambil duduk-duduk di kerusi menunggu Kamar Bersalin Hosp Besar Melaka tu.

Ibu nampak ramaiiii sangat Ibu-Ibu mengandung yang macam dah nak bersalin, tapi masih duduk di kerusi menunggu tu. Masa nilah Ibu rasa decision Ibu untuk lahirkan Mawar di Hosp swasta adalah satu pilihan yang sangat bijak & tepat!

Masa dalam kamar bersalin, Dr. kata nak seluk dari bawah guna muncung Itik, dan Ibu request Dr. perempuan untuk procedure tu.

Alhamdulillah Dr. perempuan (Dr. Sumaiyah) kalau tak silap Ibu, yang buat procedure tu dengan lembut, dan kurang sikit rasa sakit yang Ibu rasa berbanding dengan selukan yang pernah Ibu rasa di KK dulu.
Tapi masa doktor bersihkan sekitar dinding vagina Ibu, Ibu rasa perit dan sakit sangat sayang.
Terasa macam dikorek-korek dengan kasar hidup-hidup.
Ibu ketap bibir kuat-kuat, Ibu takut & sakit tapi ayah tak ada kat sisi untuk temankan Ibu.
Allah... sakitnya, Allah saja yang tahu. 😭😭😭😭

Yang tak bestnya, Dr. perempuan tu panggil Dr. lelaki untuk sama-sama diagnose Ibu,
dan pertama kali private part Ibu ditunjuk pada bukan muhrim, dan Ibu sangat bencikannya!
Tapi sebab fikir dalam keadaan darurat, Ibu redha juga.
Sebelum tu, Ibu dah minta izin ayah awal-awal, kot-kot ada Dr. lelaki yang periksa Ibu,
Ayah kena izinkan, kena redhalah juga.

Bila scan, semuanya normal, diorang cakap baby okay. Tapi diorang berdiskusi sesama sendiri dengan sangat lama, sambil tilik imej scan Mawar di skrin.

Bila doktor seluk rahim ibu, dia cakap rahim Ibu macam abnormal.
Laluan Vagina/sekeliling pintu rahim tu sangat lembut, macam bila-bila masa Mawar boleh jatuh, cuma pintu rahim je tak bukak lagi.

Kalau pintu rahim dah terbukak, memang Mawar boleh terus jatuh. Kata Dr. lagi, sepatutnya pada usia 4-5 bulan, dinding sekitar pintu rahim akan jadi keras untuk tampung berat baby, bukan macam keadaan ibu ni.

Dan Dr. sebut perkataan keramat itu - CERVICAL INCOMPETANCE! 
Masa tu Ibu menangis teresak-esak! Sebab apa yang Ibu jangka, yang firasat Ibu kuat katakan, akhirnya disahkan oleh mulut Dr. sendiri! 

Tapi, mereka perlu tunggu yang benar-benar pakar untuk sahkan hasil pemeriksaan mereka tadi.
😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Allah, dunia Ibu rasa gelap sekejap. Ibu takut! Ibu tak nak hilang baby.
Ibu memang susah sangat nak bergerak mungkin sebab condition Ibu with cervical Incompetence, pinggang Ibu jadi sangat berat untuk bergerak.
Dan Ibu kena marah dengan Dr. sebab keraskan badan.
Katanya Ibu tak boleh macam tu, nanti jadi darah beku, lagi susah.

Ibu bukan saja-saja nak keraskan badan, tapi memang ibu tak boleh bangun dari posisi terlentang tanpa berpaut pada sesiapa untuk bangun.
Masa tu, Ibu sorang-sorang, tak ada siapa tolong Ibu.
Sakit, susah payah, Ibu tanggung sorang. Ayah dekat luar, tak boleh masuk.
Sedih sangat, Sayang.

Dr. pakar datang, Dr. India perempuan, dia seluk Ibu lagi. Sekali lagi, Ibu sakit!
Perit! Dan dia juga katakan perkara yang sama.

CERVICAL INCOMPETENCE, cara atasi dengan JAHIT RAHIM dan BEDREST SAMPAI BERSALIN! 

At least risiko untuk gugur kurang, tapi risiko besar, JAHITAN BOLEH TERBUKAK BILA BABY SEMAKIN BERAT & MUNGKIN RAHIM IBU BOLEH KOYAK KALAU DIORANG TAK SEMPAT BUKAK JAHITAN TU.

Tapi, katanya dia still kena tunggu bos dia, Dr. yang paling pakar untuk sahkan kondisi ibu ni.
Ibu menangis & keep on nangis. Sementara tunggu untuk masuk ke wad, Ibu jumpa ayah di luar.
Nangis ceritakan hasil diagnose, dan ibu cakap dengan ayah, apa pun yang jadi, Ibu tak nak duduk hospital sampai bersalin, Ibu tak nak jahit rahim.

Ibu nak go for second option, pasang ARABIN PESSARY macam sharing Aunty Noorinora tu.

Ayah tak bagi keputusan masa ni, Ayah just cakap, tengok dulu macam mana. 
Ibu hampa sebab Ibu tahu Ayah nak baby, dan kalau boleh Ayah nak ibu buat CERVICAL CERCLAGE tu. UNTUK MAWAR.

Praktikal Nurse yang pasangkan jarum ni untuk Ibu, dan dia tak pandai cucuk urat. Darah Ibu memancut keluar, sakit pun dapat. Seriau je nak guna tangan, sebab jarum tu betul-betul hujung pergelangan Ibu sayang. Kalau silap gerak, memang tercabut jarum tu. 😓😖😖
Dengan kain wad. 😓
Laporan diagnose Ibu masa Admit ward. Ibu curi-curi snap picture ni. Patutnya tak boleh amik, tapi Ibu fikir mana aci. Ini tentang diri Ibu, Ibu patut tahu. So inilah resultnya.

Sementara tunggu nak masuk wad, Ibu kena suntik dengan dos antibiotik dan kena makan duphaston dalam 2 biji tak silap.

Bermulalah episod Ibu bermalam di hospital, untuk selama mana yang Ibu sendiri tak pasti lagi.
Hampir 14 tahun, Ibu berjaya larikan diri dari menginap di hospital, tapi sebab Mawar, Ibu break the record. Ayah Mawar, seorang Guru, berbekalkan faedah GL Ayah, jadi Ibu dapat duduk di wad second class, beraircond, dan hanya ada 4 orang pesakit dalam bilik tu.

Alhamdulillah, selesa, dan Ibu tak rasa macam banyak sangat penyakit yang bebas terbang di udara.
Ibu ditempatkan di Wad Sakit Puan, Hosp Besar Melaka.
Malam pertama, hari masuk wad, (Jumaat) Ayah tak dapat teman ibu langsung sebab Ibu masuk wad pun hampir maghrib dah. Dah habis waktu melawat.
Ayah hanya boleh datang semula hantar makanan dan barang-barang keperluan untuk Ibu guna sepanjang berada di wad.

Ibu nangis teruk malam tu, sebab Ibu benci Hospital! Tak suka! 😖😖😖😭😭
Masa ni, usia Mawar almost 19-20 weeks dalam kandungan.
Ibu dah rasa Mawar bergerak dalam rahim Ibu, dan dah mula ada step untuk check denyutan jantung Mawar tiap kali Ibu checkup.

Malam tu, Ibu beramah mesra sekejap aje dengan para pesakit yang dah sedia ada kat situ.
Bila pesakit-pesakit tu bercerita tentang sakit-sakit penghuni dekat situ, Ibu rasa ngeri sangat, sebab semuanya sakit kronik yang mengerikan.
Allahhhh, Ibu doa jauhkan Ibu daripada penyakit-penyakit membunuh sebegitu.

Ada sorang Aunty ni, dah sebulan duduk di wad tu sebab uri di bawah dan air ketuban kurang.
Bila Ibu tengok dia ada dua anak kecil, dan dia tak dapat bersama anak dia selama sebulan tu,
Ibu rasa sayu sangat. Betapa kuatnya dia sayang.
Ibu yang baru masuk tak sampai setengah hari ni, dah rasa nak meraung minta balik atas katil tu sebab Ibu rindukan Ayah.

Tak pernah berpisah tidur dengan ayah selama dua tahun lepas Ayah habis belajar, tiba-tiba terpisah macam ni. Dengan baru lepas hadapi ujian demi ujian untuk keluarga kita.

Ibu rasa down sangat masa ni. Tapi Ibu kuatkan hati.
Hari-hari Ibu cakap dengan Mawar, yang Ibu janji, Ibu akan pastikan kita keluar daripada hospital ni selewat-lewatnya hari Ahad jugak.
Malam tu, Ibu tidur peluk baju ayah, bau ayah.

(Ibu ada habit yang bila berjauhan, Ibu akan bawak tidur baju yang ayah dah pakai, yang ada bau badan ayah, bau peluh ayah, untuk Ibu hilangkan rindu dan kuatkan semangat. Habit nilah yang Ibu guna, selama 5 tahun setengah berjauhan dengan ayah, masa ayah belajar di JB dulu.)

Berbekalkan gambar Ayah, Ibu dapat tido lena. Malam pertama, Ayah tidur di rumah Uncle Arep, malam kedua baru tidue di rumah moyang Mariam atau vice versa, ibu dah lupa.

Status yang ibu post di FB & Instagram Ibu, malam pertama Ibu di Hospital.
Sepanjang dirawat di Hospital, Ibu kena makan ubat antibiotics yang sangat pahit, dan ubat duphaston yang fungsinya untuk kuatkan rahim Ibu.
Dan setiap malam, ada waktu-waktunya nurse akan datang check demam, tekanan darah Ibu dan juga denyutan jantung Mawar.
Sepanjang Ibu bermalam di Hospital juga Ibu tak henti-henti baca zikir RABBI YASSIR WALA' TU ASSIR, RABBI TAMMIM BIL KHOIR (dan Ibu niatkan semoga urusan Ibu keluar dari Hospital dipermudahkan.)

Baik-baik je Nurse di wad tu, dan Ibu rasa sangat bersyukur tak ada Nurse yang garang.
Setiap kali Nurse check rate heart beat Mawar, Ibu akan tanya resultnya normal atau tidak.
Punyalah sayang Ibu pada Mawar nak... 💋💓💓💓

Esoknya,
Pagi sabtu tu, masa doktor datang periksa, Ibu ada tanya-tanya pasal keadaan Ibu.
Dr. cakap tak tahu Ibu boleh keluar bila, kena tunggu Dr. Tham (Ketua pakar) datang periksa, sebab Ibu bukan saja ada masalah spotting, tapi Cervical Incompetence jugak.
Nurse pulak cakap, untuk bleeding/spotting case, biasanya kena tahan wad 3 hari untuk make sure tak ada turun darah lagi.

Ibu memang dah tak ada bleeding/spotting sejak buang air kecil di emergency dept jumaat tu.
Yang lagi buat Ibu stress dan sedih, bila pesakit katil sebelah Ibu baru je lepas operate petang semalam, Dr. Tham dah benarkan balik pagi tu.

Yang main belah-belah, Dr bagi balik awal. Ibu yang spotting ni, dia tak mau bagi balik. 😭
Bila Ayah datang melawat, memang taklah ibu nak bagi ayah balik tinggalkan Ibu. 😆
Ayah setia duduk dengan Ibu sampai jam 7pm, habis waktu melawat.

Kebetulan mama dah boleh keluar hospital, dia pulak datang melawat Ibu dengan wheelchairnya.
Atuk dan nenek tak dapat datang jenguk Ibu sebab Atuk Rustam (Adik Atuk) Mawar, datang rumah.
Esoknya, hari Ahad, Ibu dah tekad nak balik rumah. In the mean time, Ibu pujuk ayah sentiasa untuk keluarkan Ibu dan go for ARABIN PESSARY. 

Macam inilah fungsi Arabin Pessary, alternative kepada JAHIT RAHIM/ CERVICAL CERCLAGE. Gelung getah tu bertindak sebagai pengikat di pangkal rahim, untuk elakkan baby jatuh. 

Ini sharing Aunty Nora yang Ibu jadikan sebagai rujukan. Ibu banyak tanya Aunty Nora pasal procedure pasang Arabin ni.
Masa ni, Ayah lebih kepada ikutkan kehendak ibu separuh rela.
Pagi Ahad tu, Dr. Tham seluk Ibu pulak, Ya Allah, entah berapa kali kena seluk pun Ibu tak tahu nak.
Setiap kali, memang perit, sakit. Rasa macam nak terburai isi perut.
Lepas Dr. seluk check jalan Ibu, Ibu rasa macam nak turun darah pun ada.

Dr. Tham cakap, dia tak tahu keadaan dinding vagina ibu yang lembut tu memang normal untuk Ibu atau tak sebab sebelum Ibu mengandung, dia tak pernah tahu keadaan dinding vagina Ibu lembut atau keras. Tapi berdasarkan pengalaman dia menjadi Pakar Sakit Puan, memang serviks Ibu, tak normal pada usia kandungan 19-20 weeks ni.

Sepatutnya sekitar dinding serviks Ibu patutnya keras untuk tampung berat baby,
tapi Ibu punya lembut.
Dan, dia cakap jalan selamat untuk selamatkan baby, JAHIT RAHIM, dan BEDREST di Hosp sampai bersalin. Dia tak boleh benarkan Ibu balik rumah, takut ada infection, atau bleeding.
Lagi pula, kata Dr. Tham lagi, kalau baby makin berat, jahitan ada risiko untuk terbukak, dan mungkin rahim akan koyak kalau Dr. tak sempat buka.

Biasanya proses jahit rahim akan dilakukan pada usia kandungan 12-16 weeks macam tu, tapi Mawar dah 19-20 weeks, agak sukar juga proses tu. 

Sebab tu Dr. Tham tak berani nak janji apa-apa dengan Ibu. 
Dia tak berani jamin kalau Ibu JAHIT RAHIM, baby akan selamat dan stay dengan Ibu sampai cukup hari. 
Dr. Tham sangat suggestkan Ibu undergo JAHIT RAHIM ni sebab dia kata ni kira PRECIOUS PREGNANCY sebab Ibu tunggu Mawar almost 4 tahun, baru dapat mengandung, jadi Ibu kena jaga kandungan Ibu sebaiknya.

Dr. Tham beri Ibu masa untuk fikir dan bincang dengan ayah, baru beritahu dia semula, esok lusa.
Oh no, sayang! Sejak awal Ibu admitted ward, Ibu dah ada jawapan.
Ibu tak nak JAHIT RAHIM. Sebab, kalau ibu buat pun, Dr. tak boleh beri Ibu jaminan yang baby akan selamat, lagi pula Ibu tak boleh balik rumah. Lagilah Ibu tak nak.
3 Hari duduk di Hospital, Ibu berendam dengan air mata.
Kalau Ibu duduk 5 bulan lagi di Hospital, Ibu boleh hilang akal, sayangku. 😫😫

Ibu dengar cerita, patient-patient yang buat JAHIT RAHIM di wad ibu tu, ada je kena infection dan sebagainya. Hish, lagi seram Ibu dibuatnya nak.
Habis jumpa Dr. Tham, Ibu beranikan diri, jumpa Dr. Azeera dulu, yang responsible atas Ibu sejak Ibu admitted, dan Ibu cakap, Ibu dah decide nak balik rumah, bedrest kat rumah, dan go for Arabin Pessary di Hospital swasta since di Govn Hospital, tak ada alat ni.

Dr. Tham benarkan Ibu balik tapi atas risiko sendiri. Segala surat menyurat, Ibu & Ayah sign, dan tunggu prosedur untuk keluar wad, balik rumah.
Masa nak keluar wad, Sister cina tu macam marah Ibu.
Katanya, kalau Ibu bedrest kat rumah sekalipun, kalau rahim nak terbukak, dia terbukak juga.
Sedih betul Ibu masa tu. Yelah, apa-apa jadi, Ibu akan tanggungjawab atas keputusan Ibu & Ayah.
Ibu faham sangat dengan condition Ibu.

Jadi, baliklah Ibu ke rumah dengan happynya. Tamatlah episod Ibu bermalam di hospital selama 3hari 2malam. Dan, yang kelakarnya, kalut nak balik rumah, boleh Ibu & Ayah tertinggal beg baju kotor dekat farmasi hospital. Ingatkan tak adalah orang nak curi, tapi sangkaan Ibu & Ayah meleset sama sekali. Beg tu dah dicuri orang!

Ya Allah... sampai macam tu sekali ye? Beg baju kotor pun orang nak kebas.
Sabarr jelah Ibu. Dah lah dalam tu ada sweater kegemaran Ayah, tudung Ibu, baju ayah yang Ibu bawa tidur, dan byk lagi. Redha jelah nak, Allah nak uji lagi sekali.

Balik rumah, kerja Ibu memang BEDREST saja.
Ibu tidur, Ibu baring, Ibu termenung, Ibu zikir baca Ya Mubdi sambil pegang perut, usap Mawar, 
Ibu baca Zikir Tabbat Yada, sambil niatkan untuk Allah tolong kuatkan kandungan Ibu.
(Semua ni ada dalam sharing google, kawan-kawan kerja Ayah share untuk Ibu & Ayah amalkan).

Not a day goes by without this Zikir from my mouth sayangku, Erina.
Ada satu doa/surah tu, Ayah ada bacakan untuk Ibu dan Mawar.
Surah tu kalau suami bacakan sambil letak tangan di perut isteri yang sedang mengandung, insyaAllah tak akan jadi benda yang buruk sepanjang tempoh mengandung.
Ayah buatkan untuk kita sayang, subuh-subuh hari sebelum ayah pergi kerja. 😢💓

Dan... Ibu kerap baca doa ni, sambil tambah-tambah sikit apa yang Ibu niatkan untuk Mawar. 
Ibu tambah doa untuk Ibu juga, semoga selamat melahirkan dan semoga Allah kurniakan Ibu umur yang panjang untuk jaga & besarkan baby, yang Ibu tunggu-tunggu sangat selama ni.
 
Selalunya masa baca, Ibu akan menangis sebak. Sedih sangat. Tahu kenapa, nak?
Sebab Ibu nak jumpa Mawar sangat-sangat. Ibu rindu sangat nak tengok wajah anak Ibu.


Dan, Ibu selalu juga baca Surah Maryam untuk Mawar sambil Ibu baring-baring.
Ibu selalu doa semoga Allah panjangkan umur Ibu untuk jaga & besarkan Mawar dengan Ayah.
Balik dari Hospital, masa tu Mawar dah 5 bulan macam tu, jadi Ibu terus call semua hospital swasta di Melaka, ada tak buat procedure pasang Arabin?

Satu je hospital yang buat, Mahkota Medical Centre, tapi untuk orang tua bukan untuk pregnant women. Jadi, Ibu kena juga ke DEMC/AVISENA SPECIALIST HOSPITAL di SHAH ALAM, untuk prosedur ni, dan Ibu dah call untuk tanya harga & set appointment dengan doktor.
Sepanjang tempoh menunggu waktu pemasangan Arabin tu, Ibu tak jalan sangat even dalam rumah, Ibu cuma jalan ke tandas je nak.

Makan, semua Nenek, Atuk, Ayah anta dalam bilik.
Ibu memang kena kurangkan pergerakan sangat-sangat, sebab Mawar makin besar. Tapi tak ada perlindungan lagi yang Ibu usahakan. Tiap kali jalan ke tandas, Ibu takut sangat kalau-kalau Mawar jatuh. Ibu jalan sambil ampu bawah perut Ibu kuat-kuat dengan harapan Mawar akan kuat kat dalam.

Part paling Ibu takut, TRIMESTER KEDUA ni, Ibu kena SEMBELIT yang sangat teruk.
Ya Allah, sakitnya sampai berjam-jam ibu duduk dalam tandas, sebab Ibu tak boleh teran langsung.
Takut Ibu teran najis, terkeluar anak Ibu pulak
Jadinya, Ibu kena duduk diam tahan sakit berjam lamanya until semua selesai.

Menangis-nangis Ibu nak, sorang-sorang dalam tandas.
Peluh, panas, kebas kaki Ibu, sampai nak pitam rasanya.
Menggigil Ibu tahan sakit berbekalkan bibir Ibu zikir satu ayat untuk hilangkan sakit yang mama share dengan Ibu. Ibu ulang-ulang baca doa tu sambil usap perut Ibu.
Macam tulah Ibu hari-hari.
Oh ye, trimester kedua ni, buah yang wajib Ibu makan hari-hari sebanyak yang ada, BUAH BETIK!

Kalau buah ni tak ada, memang Ibu tak senang duduk, sebab takut nak hadap sembelit.
At least bila makan buah betik ni, adalah juga membantu Ibu detox dengan lancar sikit.

Dari segi makan, alhamdulillah, Ibu dah boleh makan semua makanan.
Berat Ibu dah bertambah-tambah.
Dari segi checkup pun, Ibu pergi je.
Cuma kali ni dah tambah tempat checkup.

Kalau dulu, Ibu cuma pergi KK saja.
Kali ni kena pergi O&G Hospital Melaka jugak, follow up untuk Mawar.
Tapi since checkup di O&G Hosp Melaka sama je macam di KK, Ibu & Ayah decide tak nak pergi terus lepas tu.

Di KK pulak, Ibu jadi patient yang agak famous disebabkan Ibu pasang Arabin Pessary dan tak buat Jahit rahim. 

Dan sejak keluar dari hospital, kalau nak keluar rumah pergi checkup, pergi hospital,
atau ke shopping mall untuk beli makanan, untuk makan, atau beli barang keperluan,
Ibu naik wheel chair sayang.

Ayah pinjamkan Ibu wheel chair Moyang Mariam, sebab wheel chair moyang Mariam jenis kain,
ringan, senang untuk ayah lipat bawak Ibu ke mana-mana.
Ayah tak boleh angkat berat, jadinya wheel chair besi memang ayah tak boleh angkat.
Kadang-kadang bila Ibu berdiri dan jalan sikit, orang pandang Ibu pelik.
Bila Ibu duduk atas wheel chair, diorang pandang kaki Ibu macam Ibu ni tak ada kaki.

Mula-mula Ibu rasa malu. Tapi lama-lama, Ibu jadi tak kisah.
Cumanya kadang-kadang pening jugak duduk atas wheel chair lama-lama.

What I really felt on that time sayangku, Mawar Erina.

Macam nilah Ibu tiap kali keluar rumah nak. No fancy clothes or slippers.
Tiba hari untuk Ibu pasang Arabin, Ayah & Ibu ke DEMC Shah Alam, naik kereta Atuk.
Dr. Anzalna kot, tak silap Ibu nama dia, tak ada. Jadinya, Ibu ditukarkan terus ke Dr. Fairuz Ashikin.
Dengar nama macam lelaki, tapi nasib baik doktor perempuan nak.

Dr. Fairuz, masyaAllah sangat baik dan lembut.
Biasanya prosedur pasang Arabin, kena warded sehari dua untuk tengok reaction patient kot ada masalah ke apa.

Tapi sebab Ibu datang dari Melaka, dan dah bagitahu Dr. siap-siap Ibu nak balik terus tak nak warded, Dr. faham. Dia cuba mudahkan Ibu dan Ayah sebab tak sangka sejauh ni Ibu sanggup datang berubat.
Masa nak pasang Arabin, tak ada saiz yang ngam dengan serviks Ibu, tapi doktor cuba juga dengan saiz yang ada pada dia.

Pemasangan tanpa bius, melalui kaedah seluk, dan
Dr. akan bukak Arabin tu masa tangan Dr. dah sampai kat pangkal rahim Ibu.
Sakit sayang! Senak sangat Ibu rasa!
Lepas pakai, rasa tak selesa kat ari-ari, rasa ketat semacam.
Lepas setengah jam, baru rasa okay sikit.
Dr. bagi Ibu minum ubat lawas sembelit iaitu Hi-Fibre, ubat jenis minuman perasa oren.
Sedap!

Ibu kena minum selepas makan, sekali sehari
Memang Ibu teguk macam air je. Dan, effectnya, Ibu dah tak sembelit teruk.
Total bayaran pasang Arabin dan ubat dalam RM700 lebih macam tu.

Dah pasang Arabin pun, Ibu kena always hati-hati, kena bedrest tau sayang.
Arabin hanya akan dibuka pada minggu ke 34-35 usia kandungan, jadinya Ibu kena datang Shah Alam lagi sekali nanti.

Alang-alang dah datang Shah Alam, dan sebab Jusco Shah Alam hanya 8-10mins dari DEMC/ AVISENA, Ibu ajak Ayah singgah situ dulu sebelum balik Melaka.
Ibu teringin sangat nak makan burger FUELSHACK. Burger paling sedap yang pernah Ibu & Ayah makan selama kitorang hidup nak.

Dan since Jusco ni ada FUELSHACK, kami singgah makan kat sini sekejap.
Lepas pasang Arabin, Ibu tak boleh duduk tegak sebab rasa ngilu dekat ari-ari.
Ibu kena duduk ala-ala menyandar sikit baru selesa.
Lepas makan, Ibu ajak ayah pusing-pusing tengok makanan yang ada, lepas tu baru kami balik Melaka.

Start dari situ, sejak pasang Arabin, Ibu dah berani jalan-jalan sikit dalam rumah.
Tengok tv dekat ruang tamu. Duduk dekat meja makan, dan Ibu dah tak makan dalam bilik dah.
Tapi bila dah makan, Ibu susah pulak nak berhenti.
Semua Ibu telan nak. 😂😂😂😂
Sampai tak boleh nak bangun, terpaksa minta tolong Ayah angkat Ibu bangun dari kerusi meja makan. Heheh!

Sejak Ibu dah boleh makan, memang Ibu bedal je semua makanan yang ada.
Ibu dah tak fikir gemuk ke apa, sebab Ibu je yang tahu bertapa seksanya hadapi trimester pertama yang Ibu tak boleh nak makan langsung tu.

Trimester kedua ni, yang paling mencabar, masalah minum air gula dan sembelit.
Bab tidur malam pun dah mula mencabar jugaklah.

Masalah sembelit tu, Ibu memang tak boleh nak buat apa, melainkan minum air banyak-banyak, minum ubat Hi-Fibre yang Dr. Fairuz cadangkan. Tapi tips yang terbaru Ibu buat, makan buah prune banyak-banyak. Mama yang ajar Ibu. So, Ibu pun cubalah.
Memang terbukti, berkesan! Lancar je Ibu membuang nak.
Tak ada drama air mata sangat.

So, memang kejap-kejap Ayah kena belikan Ibu buah prune, sebab Ibu akan makan almost 5-10 prunes per day. Yang Ibu suka makan, jenis yang lembab-lembab tu. Yang jenis kering, Ibu tak boleh telan.

Yes, prunes yang ni Ibu paling suka makan sebagai ubat sembelit sampailah trimester ketiga.
Ibu dah tak bergantung pada ubat Hi-Fibre tu lagi dah.
Itu alkisah sembelit.

Kisah minum air gula pula, masa Ibu mengandung 4 bulan lebih macam tu.
Dari malam, Ibu kena puasa, start jam 12 malam kalau tak salah Ibu.
Punyalah lapar, Allah je yang tahu nak.
Sedangkan Ibu perlu kerap makan, sebab ada gastrik.
Jam 8 pagi, Ibu kena pergi KK, untuk ambil darah, minum air gula, dan jam 10am,
Ibu kena datang semula untuk ambil darah.

Keturunan kita ada penyakit kencing manis, sebab tu sepatutnya Ibu kena minum air gula dua kali sepanjang mengandung.
Lagipun Kementrian Kesihatan pun dah jadikan minum air gula ni wajib untuk semua Ibu mengandung pada usia kehamilan 4 bulan sekali, dan 7 bulan sekali, walaupun tak ada diabetes history, ini kalau tak silap ibulah. Untuk prosedur sekarang ni.

Kalau dulu, sepatutnya siapa yang tak ada diabetes history, akan minum air gula sekali je pada usia kandungan 7 bulan.
Banyak kali dah Ibu google pengalaman Ibu-Ibu mengandung yang lain minum air gula ni.
Yang minum dekat klinik swasta/Hosp swasta rasa best sikit sebab air gula tu ada perisa blackcurrent/ orange.

Ibu minum di KK, memang non hado perasa nak, air gula tu.
Ada perasa, rasa MANIS YA HAMAT aje yang ada. 😂😂

Di baginya minum dalam gelas air teh O ais macam kat kedai makan punya, sebanyak-banyak tu.
Allah... Ibu rasa nak pecut balik rumah dan-dan tu jugak!
Bila tengok air dalam gelas tu, okay jernih! Bau? Tak ada bau, nampak macam air kosong yang agak pekat dan likat. Suhu, suam-suam kuku.

Okay, Ibu pun seru tips-tips minum air gula yang Ibu dah baca sebelum mula meneguk.
Katanya, kena minum sekali teguk, masa air gula tu masih suam, untuk elak loya & muntah.
Dan, JANGAN SESEKALI MUNTAH MASA MINUM AIR GULA, KALAU TAK KENA MINUM SEKALI LAGI, ULANG PROSES TU SAMPAILAH SEMUA AIR GULA MASUK DALAM PERUT.

Ibu pun cubalahhhh... Oh no! Sekali teguk, Ibu dah terhenti minum. Loyanya tekakkkk!
Ibu terus loya nak muntah, sebab bukan rasa air gula tu yang buat Ibu loya.
Tapi sebab kepekatan airnya tu, bila diminum, buat tekak Ibu rasa sakit dan perit!
Jadi itulah faktor Ibu loya & tak boleh nak minum dalam sekali teguk.
Habis bersepai semua tips yang ada dalam otak Ibu, nak. 😂😂😂
Puaslah Ibu psiko otak Ibu dengan chanting mantera, "Ini air coke, Pepsi. Coke, Pepsi, Coke, Pepsi!" 😆😅😂😂

Psiko minda sendiri untuk mudahkan proses minum air gula, tapi haram tak berkesan!
Minum seteguk, loya je lebih sayang. 😅
Kebetulan, kerusi yang ada untuk minum air gula depan nurse tu, dah tak stabil, bahaya untuk Ibu duduk, jadi Ibu minum sambil berdiri, dekat sinki.
Allah nak tolong, bilik Ibu minum air gula tu juga, dijadikan tempat untuk ambil darah baby, jadinya tangisan baby dah tutup bunyi loya Ibu.

Ibu pun apa lagi? Termuntahlah sekali. Ibu muntah tanpa pengetahuan Nurse sebab dia tengah busy inject baby, dan Ibu tak beritahu yang Ibu muntah. 😅😅😅
Ibu teruskan minum sampai habis dengan bersusah payahnya.
Ada Aunty India yang minum air gula tu depan Ibu, sekali teguk je dia minum nak, tanpa muntah dan loya. Senangnyaaa... jealous Ibu tengok dia!

Tapi fikir balik, sebab dia Indian, jadi dia dah biasa teguk minuman keras, of course minum air gula tak jadi satu masalah pada dia. 😅😅
Sebelum minum air gula, Ibu kena ambil darah dulu, then baru minum.
Lepas dua jam, dalam jam 10am macam tu, Ibu kena datang KK semula, untuk ambil darah.
Tujuannya untuk check, Ibu ada diabetes atau tidak masa mengandung.
Tapi result tu hanya akan dapat tahu waktu petang saja, KK akan call Ibu.

Lepas minum air gula, Ibu terus mabuk laut, mabuk kepayang, segala jenis mabuk sampai.
Ibu tak boleh bangun langsung selama dua hari.
Kepala Ibu punya pening, berpusing macam gasing. 😖😖
Dan Ibu hanya tidur all day long untuk hilangkan pening.

Ibu tak sure kenapa Ibu mabuk, tapi mungkin sebab air gula tu terlalu manis, sebab tu badan Ibu react macam tu. Dan resultnya, Ibu tak ada kencing manis thru pregnancy.
Ibu pun tak pasti result tu tepat atau tak sebab Ibu dah muntah sekali, dan tak bagitahu Nurse.
Tapi, Alhamdulillah, Mawar keluar dengan sihat sayang. 😘

Bab tidur pula, semakin Mawar membesar dalam rahim Ibu, Ibu jadi susah nak tidur malam.
Kadang-kadang Mawar aktif sangat bergerak-gerak dalam perut Ibu, sampai Ibu rasa sakit.
Ada tu Ngilu, mostly geli. Hehehe!

Mawar selalu jugak timbulkan siku dekat perut Ibu. Bila Ibu & Ayah usik, Mawar larikan siku.
Mawar suka placing kaki comel mawar tu dekat rusuk Ibu yang betul-betul dekat bawah dada atau tengah dada Ibu sayang.

Senak dan semput nafas Ibu, Mawar buat. Berkali-kali Ibu usap, Ayah pujuk suruh alih kaki, Mawar tetap buat jugak. Kadang-kadang je Mawar dengar kata. 😅
Biasanya malam-malam Ibu tak boleh tidur, Ibu layan fon je.
Main games... tengok gambar-gambar kat Instagram.
Ibu jarang on FB masa ni, sebab ntah, Ibu rasa tak suka tengok post atau ayat yang panjang-panjang.
Rasa semak sangat kepala Ibu. Serabut! 😂

Ibu akan bangun makan selalunya jam 1am, 3am dan 5/6am.
Lepas Ayah pergi kerja tu, baru Ibu dapat tidur sampai ke tengah hari, baru Ibu akan bangun makan.
Kadang Ibu cuma baring-baring atas katil sampai pukul 7 atau 8 pagi, baru Ibu mula tidur.
Mandi pula, Ibu cuma akan mandi sekali sehari which is dalam jam 12pm-1pm, sebelum Ayah balik kerja.

Ibu paling tak suka nak mandi time air sejuk! 😅😅
Dan Ibu dah mula berani keluar rumah selalu, mostly pergi checkup, dan pergi makan.
Dan kebanyakkannya, Ibu pergi mall, cari baju anak Ibu, keperluan anak Ibu.
Trimester kedua ni, Ibu sempat merasa Ramadhan.

Ibu jalan pergi bazar selama 3 hari je nak, Bazar Rambai Jaya, Klebang, dan Cheng.
Lepas tu, taubat tak pergi lagi, sebab ari-ari Ibu jadi ngilu dan sakit sangat lepas Ibu banyak berjalan 3 hari ni.
Ibu beranikan diri jalan di Bazar Ramadan, sebab Ayah kata, Ibu susah nak bersalin normal nanti kalau tak banyakkan jalan. Nak meneran tu perlukan kekuatan otot kaki.

Ewah Ayah ni... macam dia pula yang nak bersalin! 😕😕
Ibu tak surelah teori Ayah tu betul atau tidak, tapi Ibu cubalah juga banyakkan jalan.
Tapi tak boleh, sebab nanti rasa macam kena toreh dekat ari-ari ni. Ngilunya nakkk...
Tak mampu Ibu ucap dengan kata-kata.

Masa berbuka pula, Ibulah orang paling akhir sekali yang bangun dari meja.
Macam-macam Ibu makan. 😂😂😂
Kadang-kadang Mama teman Ibu, makan sama-sama.
Kan kitorang mengandung berjemaah. 😅😅😅
Lepas tu, Ibu tak boleh bangun, panggil Ayah tolong angkat, kadang nenek, kadang Mama, kadang Atuk. Hehhe

Ibu tak puasa sebulan sayang, selama mengandungkan Mawar.
Ibu tak mampu nak puasa dengan keadaan Ibu. Mama pun sama tak puasa sebulan, masa mengandungkan Faiha.
Apa lagi ye nak cerita untuk 2nd trimester ni?
Ibu dah ingat-ingat lupa dah ni...

Hah, Ibu dah ingat!
Mama, sejak mengandung, dia jadi HANTU AIS! Sanggup dia beli bekas ICE yang ada bentuk sudulah, bungalah, hanya untuk ratah AIS macam itu aje!
Ibu mula-mula tak faham, kenapa dia suka sangat RATAH AIS tu.
Ibu pun trylah RATAH, ehhh sedap pulak! Hahaha!

Pastu, Ibu pun jadi HANTU AIS nombor dua dalam rumah.
Terikut perangai mama, dan nenek pun bising kat kami berdua sebab ratah ais, katanya tak elok untuk saraf, gigi & sebagainya... 😆😂😂😂
Itulah ceritanya...

Untuk gambar-gambar, yang tak pakai tudung Ibu tak boleh letak kat sini.
Mawar kena tengok di handphone Ibu.
Video Mawar bergerak, berguling semua Ibu ada rakam nak. 😅

Oh ye, 2nd trimester ni, Ibu tak suka pakai bra. Ibu rasa semput, dada sempit, susah nak bernafas.
Tapi dekat rumah je Ibu tak pakai, kalau keluar jalan, Ibu pakai.
Hehhe, the weird habit of mine masa mengandungkan anak emas Ibu ni. 😅😅

Gambar ni masa Ibu tengah mengandungkan Mawar dalam usia 5 bulan, macam tu. Barulah Ibu ada mood nak calit make-up simple kat muka bila keluar rumah.



Ni gambar scan yang Ibu dapat masa Ibu nak pasangkan Arabin Pessary di DEMC/Avisena.

Mawar tutup mulut! Macam cakap "Oops!" Masa ni, Mawar macam tahu-tahu je Dr. tengah scan nak tengok rupa Mawar. Ibu happy sangat tengok sayang membesar dengan baik.
 Lepas pasang Arabin Pessary, Dr. Fairuz cadangkan Ibu naik DEMC lagi sekali untuk suntikan DEXA (Ubat untuk matangkan paru-paru) for baby.
Sebab Ibu ni cervical incompetence, Dr. nak make sure anak Ibu ready untuk keluar tengok dunia dalam keadaan sihat.

Tapi ibu ambil DEXA di Oriental je sayang. Dekat, dan senang untuk Ibu Ayah datang dan balik.
Ibu ambil hari sabtu dan ahad.
Kena datang dua kali, untuk 2 suntikan.
Ibu dengar ramai cakap cucuk DEXA sakit bisa sampai ke tulang, sampai tak boleh bergerak, bisa sangat dan macam-macam lagi.

Ibu pun takutlah! Tiba hari nak ambil DEXA tu, Ibu punya kecut toksah cakaplah.
Tapi demi anak Ibu, Ibu beranikan diri jugak.
Injection tu memang sakit, bisa, rasa panas sikit pun ye, lepas tu rasa macam menyengat je kat punggung.

Tapi lepas tu, dalam 15 mins ke atas, dah ok dah.
Tak adalah rasa sampai ke tulang, mungkin sebab lemak Ibu banyak kat punggung, jadinya Ibu tak rasa sakit sangatlah. 😆😆😆

Itulah cerita pengalaman Ibu dengan DEXA.
Ibu jarang ambil gambar masa mengandung nak.

Kalau ada pun, sambil duduk je yang banyak.
Tapi at least, Ibu ada rakam video masa Ibu jalan, berdiri.
Untuk tatapan anak Ibu. 😘😘😘

Birthday Abang Iki... sambut dengan kak Baby punya birthday sekali. Buat dekat rumah moyang Ani je sayang.
Ayah belikan Abang Iki kek ice-cream baskin robbin, sebab masa umur Abang Iki 2 tahun lebih, dia pernah nangis-nangis minta kek ni dengan Ayah, tapi Ayah dan Ibu belum dapat nak belikan masa tu. Jadi kali ni, Ibu Ayah ada rezeki belikan dia kek yang dia nak.

Ayah tak ada dalam gambar ni sebab Ayah yang tengah ambil gambar kita semua. Mana Mawar? Tuuuu, dalam rahim Ibu! 😘😘😘😘
Seingat Ibu, ini jelah cerita perjalanan 2nd trimester mengandungkan Mawar.
Kalau esok lusa Ibu teringat apa yang Ibu lupa, Ibu update semula ye sayang. 😘


Salam Sayang sepenuh hati,
Ibumu, Mawar. 😘😘
Anis Ashikali.

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3