Tuesday 18 September 2018

SEDIH TINGGALKAN PERHENTIAN!

Assalamualaikum...

Yeay! Last entry for Perhentian! Fuhhhh, finally, sampai jugak aku kat entry ni.
Kenapa aku suka sangat? 
Sebab, aku nak update semua entry tertangguh kat blog ni secepat yang mungkin, supaya aku boleh fokus siapkan second manuscript novel aku yang terhenti kat tengah jalan ari tu.

Masa tengah pregnant, satu apa aku tak boleh buat.
So, dalam pantang ni, dah rasa sihat sikit, tu yang cap cup casss aku kejar masa, sebelum naik keje balik. Nasib baikkk dapat maternity leave 3 bulan! ;D

Last day in Perhentian! Serius sedih nak endkan vacation yang super relaks, super best, super tenang ni! :'( 
But, every beginning must come to an end! 

As usual, pagi lepas bersiap, kemas beg sikit, kemas bilik sikit, kitorang terus bergambar a bit kat balcony bilik ni. 

Masa datang Perhentian, rasanya dah kurus! Time nak balik Melaka ni, kenapa nampak gemuk balik?? :'D
Okay, aku je yang bergambar kat sini for the last day.
Sebab masa sampai ari tu, suami aku dah bergambar kat balcony ni. Acilah kan? hehe

Kitorang decide untuk terus angkut barang-barang, pergi breakfast dulu. 
Masa last day ni, aku tak amik gambar menu breakfast.

Lepas breakfast, and nikmati suasana damai ni buat kali terakhir, kitorang bergerak ke reception resort, untuk buat check out! 

Masa ni, kitorang tulislah feedback sikit kat buku memory yang Ombak Resort sediakan untuk semua guests dia.
Sejujurnya, ini yang kami suami isteri rasakan terhadap Ombak Dive Resort! ;D <3
Oh, yang ni aku tak tunjuk kat previous entry. This is a part of reception area tau. Korang akan nampak area ni, once korang masuk ke lorong Ombak Dive Resort ni dari pintu utama dia.


Kata last day kan? Moh ler kita bergambau kat Signage ni sampai lebam! ;D
By the way, maafkan plastik-plastik hitam sampah yang interframe dalam gambau ni semua ea.

Sejujurnya, aku suami isteri tak perasan langsung plastik-plastik ni kat situ masa tengah bergambau.
Kitorang gila fokus kat signage ngan perahu snorkel ni aje. :'D

Without sunglasses, panas merelit oi....

So, we put the sunglasses back on!






Best boleh panjat-panjat macam ni. Gambar pun rare! 






Kan aku dah cakap, kitorang bergambau sampai lebam!
Means, tempat yang sama, walaupun posing sama atau lain, perspektif gambar tu berbeza tau! ;D

Air kat area jeti depan Shari La Resort. Jernih nak oi! 

Another view of Coral Bay.
Bye, Perhentiannn!


One with the jetty...


Semoga kita ketemu lagi, dear Coral Bay...


Sampai je kat Jeti, korang kena alert dengan warna tiket bot korang tau.
Ada color pink, color orange, and etc... kalau tak silap akulah.
Tiket ni, korang dapat masa beli tiket speed boat kat Jeti Kuala Terengganu.

So, bila bot sampai, diorang akan teriak color tiket, or nama bot tu,
and korang kena board cepat kalau tak nak kena tinggal.

Kalau leka, habislahhhh... tak balik la gamaknya.
Sementara tunggu speed boat sampai....
Kita camwhore puas-puas lagi...


Ni kes tekan-tekan remote monopod, tak jalan...

Haaa, boleh pun!
Sambung bergambar lagi, selagi bot belum sampai!


Merenung jauh ke lautan biru, merakam kenangan melalui mata hati.
Mengimbau kenangan yang tercipta...



Perhentian, rock!!
Nampak jeti macam kosong je kan? 
Actually penuh! Semua orang nak balik dah, sebab cuti sekolah dah nak habis.
Jadinya, video kat bawah ni rakam gambaran sebenar kat jeti tu masa pelancong semua sibuk tunggu bot sampai.


Actually, masa dah sampai jeti ni, mula-mula kitorang memang sibuk bergambar.
Nak balik dahhhh, sedihhh! :'(

Tapi lepas bergambar, aku dok risau kenapa speed boat kitorang tak kunjung tiba lagi?
Aku nak kejar balik ke jeti Kuala Terengganu secepat yang mungkin, nak kejau flight dalam jam 5pm kang.

Dek kerana kesilapan beli tiket flight, bot aku kena sampai kat jeti Coral Bay dalam jam 11am-12pm.
Pjalanan balik ke Jeti KT dari Perhentian, makan masa 30-45 mins.
Nak kejau beli souvenir kat jeti, makan masa around 15 mins.
Dari jeti KT, nak ke airport KT, makan masa 2 jam.
Flight balik Melaka, jam 5.10pm.

Haaaa, ko rasa? Mau aku tak cuak bila bot tak kunjung tiba?
Kita kena selalu bajet masa lebih sikit untuk setiap aktiviti, sebab tak semua yang kita rancang akan jadi on time.

So, aku jenis, biar awal sampai. Selesa nak menunggu.
Jangan lewat sampai, nanti semua tergopoh-gopoh.

Aku siap call Anjung Holidays yang arrangekan teksi and tiket bot aku ni masa tengah menunggu.
Risau, kot diorang tak inform boatman yang aku kejau masa untuk balik.
Tapi, nasib baik servis diorang memang efficient! 

Semua dah diatur, aku tak yah risau ape pun. 
Diorang memang up to date je.
Kenapa aku salah beli tiket flight? Haaa, yang tu kalau rajin, boleh baca kat SINI

Masa bot dah sampai, aku rasa legaaaa sangat! Sebab memang agak on time.
Tapiiii, masa dalam bot on the way balik ke jeti, aku rasa kecuttttttt sangat! 
Sebab air laut bergelora yang amat! 

Ada sekali tu, rasa macam nak terbalik bot tu! Serammmmm! :'(
Tapi nasib baik, semua selamat! 
Sampai je kat Jeti, aku tengok berduyun manusia yang tunggu giliran nak naik bot, ke Perhentian.

Aik? Bukan cuti dah nak habis ke? Pelik jap aku. Tak kesahlah tu, cuti diorang, bukan aku.
Sampai je kat Jeti, staff Anjung Holidays cakap teksi dah sedia menunggu.

Bagus tu memang bagus! Tapi, aku nak beli souvenir jap! 
Sebab masa kat Pulau, aku tak beli apa-apa.
Ingatkan banyak souvenir kat pulau, turns out tak banyak mana.

So, aku prefer pilih kat Jeti. Banyak pilihan!
Jadinya, kelam kalibutlah aku laki bini, pilih keychain, suami aku borong sebanyak mungkin, aku plak pilih baju untuk family tersayang.
Grab je mana dapat, makan pun tak sempat!

Then, settle bayaran semua, terus naik teksi, untuk ke airport.
Pak cik teksi tu, peramah sangat! Baikkkkk sangat! Kitorang suka! 
Memang all the way, suami aku berborak je ngan pak cik tu.

Aku? Mula-mula je borak, lepas tu aku tido. Ngantok, and letih! Huhu
Sampai je kat airport, ada masa sikit dalam 20-30 mins untuk kitorang beli makan buat alas perut and etc.
Nak makan betul-betul, memang tak sempat sebab nanti nak board flight. 
Nak check in bagai, makanya makan kat KLIA2 jelah labu...

So, this is us. Kat Airport Kuala Terengganu.


Kena jalan kaki untuk board flight.

Suami aku, dia fobia tengok benda besar-besar. Jadinya, nak jalan board flight sambil nampak aeroplane besau-besau macam ni depan mata directly, menjadi satu masalah bagi dia. Huhu! 
Nampak macam cool je kan? Tapi, sebenarnya takut tu! So, kita kiss sikit, bagi semangat kat dia untuk board flight.




Tips dia, jangan pandang plane ni. tu je! Hhaha

Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesempatan tengok kerajaan awan yang cantik ni.

Aku memang pilih seat tepi tingkap, sebab nak tengok pemandangan langit dan daratan.


Dari takut, dah jadi seronok naik flight.

Officially, our vacation has ended! 
Dalam flight, aku tidur lagi. Entah kenapa, rasa letih sesangat...
Padahal, flight dalam sejam je pun perjalanannya.

Safely arrived kat KLIA2, sementara tunggu mak ayah aku sampai untuk jemput kitorang balik, 
aku and suami decide untuk makan KFC dulu. Lapar!

Masa tengah cari tempat makan untuk isi perut, baru aku realize, KLIA2 ni besau gila, 
and banyak ceruk yang kitorang tak sempat discover lagi. 
Rasa sayang, tak dapat pusing satu KLIA ni betul-betul.

Tak apa, insyaAllah, next time ada peluang lagi untuk aku discover KLIA2 ni.
So, once our parents arrived, kitorang gerak balik Melaka.
Tapi sempat singgah kedai nasi arab kat Seremban, untuk makan malam.

Overall, dalam banyak-banyak Pulau yang kitorang dah pergi, Perhentian paling best! 
Paling tak boleh lupa! ;D

Okay, thats it! Dah habis entry perhentiannn!
Rasa macam dah terangkat batu besar atas kepala aku ni. Hehe
Nasihat aku, nak beli souvenir, better terus beli kat jeti tau!

Lepas ni, baca entry percutian aku kat Colmar Tropicale, Penang, Ipoh, + Cameron pulak ye.
Serius, worth it!

Salam sayang, 
Anis Ashikali. <3

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3