Thursday 13 September 2018

JERUNG DI SHARK POINT, PERHENTIAN.


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, aku dipanjangkan umur untuk terus bernafas lepas selamat melahirkan seorang puteri sebagai zuriat kami suami isteri pada 16 August 2018 yang lepas. Which is, on my own birthday!! ;D
Anak kitorang nak share same birthday ngan ibu dia. <3
Okay, nanti-nanti aku cite pasal kisah aku pregnant and bersalin.

As for now, aku nak habiskan entry sambutan 3rd Wedding Anniversary kitorang kat Perhentian ni dulu.  Nak baca entry yang lepas? Just klik older post je, okay?
Lepas hiking ke kincir angin pada hari kedua di Perhentian, hari ketiga, kitorang buat aktiviti snorkelling pulak.

Sebelum pergi Perhentian, aku dengar-dengar, rata-rata semua yang pergi Perhentian cakap, snorkel kat Perhentian gila best! Bila aku pergi sendiri, yup! Aku admit, memang best yang tersangat gila!
Hol Daebak bak kata orang korea! ;D

As usual, pagi-pagi sebelum mula any aktiviti, kitorang suami isteri akan isi perut penuh-penuh kat cafe resort dulu. ;D

As usual, memang decorations dia macam ni je. Tapi... main menu each day, berubah-ubah. 
Gadan untuk bubur.
Nasi goreng, chicken slice, and waffle.
Kalau sajian dah tinggal sikit gini, jangan risau. Diorang akan topup lagi, so silalah makan dengan happy ye. ;)
Ha, nilah first round kitorang suami isteri. ;D
Pastu, adalah kitorang dok tambah-tambah, dok ulang makan sambil menikmati suasana aman damai, dengan musik yang menenangkan fikiran.

Kali ni, aku amik gambar makanan breakfast sikit je, sebab basically, main dish je yang diubah menunya hari-hari. Yang macam cereal, pastries, roti bakar, air jus apa bagai tu, macam biasalah. Memang confirm ada punya.

Morning guys! ;D
Belum makan lagi, tapi muka masing-masing happy macam dah makan 10 round, ;D
Gambar sama? Tak dulik, nak tepek jugak! Haha
Bercuti bayar mahal-mahal, haruslah tepek banyak-banyak gambar sebagai kenangan. Kan? ;D
Tengok lengan aku tu pun, dah tau makanan tadi dah selamat diproses menjadi lemak dan daging kat badan. 
Cium suami sendiri tak apa, jangan cium suami orang. Tu cari nahas namanya! Wakaka!
Muka bahagia bila dapat bercuti, spend masa berdua-duaan gini. Ahaks!
Lepas breakfast, kitorang menghala ke luar resort untuk jumpa Abang Mat! 
Abang Mat tu, kitorang punya snorkelling guide, so sepanjang hari kitorang akan berdating dengan dia. Snorkelling ni, biasalah... satu bot, naik beramai-ramai, campur semua bangsa, agama.

Masa menunggu semua ahli bot sampai, Abang Mat panggil group kitorang berkumpul untuk briefing sikit. Siapa yang dah sampai, dia bagi snorkel gear. At that time, yang tahu berenang je Abang Mat bagi flipper/fins kaki tu. Suami aku dapat!
Sebab, hanya yang pandai berenang and snorkel je Abang Mat kasi.

Aku ada mintak flippers tu jugak, tapi Abang Mat tak nak bagi aku pakai, Dia cakap, aku tak mahir berenang sangat, so dia tak bagi. Tapi... aku cakap, aku dah banyak kali ke Pulau. So, aku tahulah cara snorkel. But, dah dia tak nak bagi, aku diam jelah. Terima nasib dengan redha. :'(

Padahal dalam hati aku cakap, bapak kedekut Abang Mat ni!
Flippers pun berkira nak bagi. Hahahaha...
Tiba-tiba, ntah macam mana, Abang Mat bagi plak aku pakai flippers tu.
Mungkin dia kesian tengok muka aku yang tadinya happy benor macam kat cafe tu, dah berubah jadi kerang hangus! Tu yang dia bagi aku tu. Huhu...

Ya Allah, aku punya sukanyaaaa, tak terkata!
Rasa terpujuk hati yang lara. Eceh!
Suami aku pun suka aku dapat flippers tu, sebab memang senang sangat nak snorkel kalau cukup gear kat badan.

Kalau tak dapat flippers ni tadi, alkisahnya memang jadi balik apa yang jadi kat Tioman dulu.
Suami akulah mangsa aku berpaut untuk berenang nikmati keindahan dasar laut tu. ;D

Bukti muka happy dapat pakai fins untuk snorkel jap lagi. ;D
Baru hari ketiga, tapi muka aku dah gelap sikit lepas hiking. 
Dah naik bot, untuk ke 1st snorkelling point! Yeayyyy! Notice minah salleh sebelah aku tu?
Alkisahnya, dari cafe Ombak Resort, aku dah notis minah salleh ni. Duduk depan meja kitorang je. Breakfast jugak masa tu. Aku suka pandang muka dia, body dia, sebab serius dia memang cantikkk sangat-sangat! Masa dok pandang dia tu, aku dok bayang watak heroin untuk novel aku yang akan datang. See? Imaginasi aku tinggi you alls! ;D

Tak sangka plak minah salleh ni, satu bot dengan kitorang untuk snorkel. Duduk sebelah aku plak tu. Then, sebelum naik bot lagi, kitorang dah berkenal-kenalan. Rezeki, tambah kenalan. ;D
Nama minah salleh ni, Claire! Tak ada pulak aku amik gambar si Claire ni. 
Masa tu rasa macam, "alah, tak yahlah amik gambar Claire. Tak penting mana pun..."

Sekali masa update kat blog ni, baru terasa, "Alah ruginya aku tak amik gambar dengan Claire!"
Manusia kan? Haishhh... Gambar Claire tak ada, tapi aku ada video yang dapat capture muka Claire sekali. Nanti tengok dalam video kat bawah ni ek? ;D


Okay, 1st stop kitorang ke Coral Garden, untuk water confident dulu kat sini.
Gambar, kitorang tak amik rasanya. Ada video je.
Silalah tengok dan enjoy kecantikan Coral Garden ni ye.


Gigih aku cakap "Hi... Hiiiii!" kat korang dengan mask kat muka. ;'D

Cantik kan, dasar laut Coral Garden ni? Banyak betul coralnya. 

Then... lepas aktiviti water confident kat Coral Garden, kitorang ke arah shark point kalau tak silap.
Lama jugak kitorang lepak kat Shark Point ni, sebabnya kitorang kena cari shark and tunggu shark munculkan diri. Huhu!

Actually untuk post kali ni, aku banyak amik video untuk tunjuk korang atau buat kenang-kenangan sendiri pasal dasar laut Perhentian ni. Jadi, bila dah banyak sangat video aku amik, aku jadi tak tahu and terlupa which is which, faham tak? Kiranya masa amik video-video underwater ni semua, aku tak sempat nak namakan video tu kat Coral Garden ke apa ke, so aku hentam sajalah labu ye?

Korang tengok jelah video-video tu nanti. Yang penting, setiap video yang aku dan suami rakam, 
memang cantik isi lautnya. 

Kat Shark point, dalam video-video kat bawah ni, kalau korang nampak ada lelaki pakai baju merah, seluar hitam. Itulah Abang Mat! The best tour guide ever! Kita snorkel pakai mask kan?
Dia siap dive, tanpa pakai apa-apa. Pakat tahan nafas sendiri je, guna paru-paru. Then lama plak dia stay underwater gitu. 

Yang paling power, snorkel mask one of kitorang punya ahli bot terjatuh dalam laut masa bot berjalan from one point ke one point. Alkisahnya, kalau hilang snorkel mask tu, empunya diri kena bayar RM100 sebagai ganti rugi.

Tapi, Abang Mat ni punya power, dia boleh patah balik, and dive in the ocean. Tau-tau, dia keluar dari air, bawak snorkel mask yang dah terjatuh tadi.
Hebatkan? Aku dengan suami aku memang tabik spring ngan Abang Mat.
Moreover, yang bestnya... Abang Mat ni, pandai buat jokes dalam dia bercakap dengan korang. 

Tapi, dia tak ketawa. Kita yang ketawa. Haha, ada macam ni ea? ;D
Untuk umpan jerung keluar, tour guide kena umpan ngan roti tak silap.
Btw, ni anak jerung tau, bukan bapak jerung!
Kalau bapak jerung, kitorang tak datang tengok and snorkel serah diri untuk di ngap! Haha!


Aku tak tahulah betul atau tak, tapi aku rasa ikan hitam belang putih yang kecik tu, anak ikan jerung tu kot! Sebab... kat mana ada ikan tu, mesti ada shark. Btw, shark ada 2 ekor yang lebih kurang sama besarnya.

Bila kitorang cakap, kitorang tak jumpa shark tu, Abang Mat guide kitorang laki bini, suruh follow dia. Bila kitorang follow dia, barulahhhh kitorang jumpa Shark kat video bawah ni. 



Anak jerung pun, seram jugak kau! Aku dok lah kejau Shark ni masa snorkel, sebab nak tengok puas-puas and nak rakam video, Tetiba, Shark ni boleh patah balik, swim ke arah kitorang laki bini, macam nak kejau kitorang balik. 

Haaaa, menggelupur aku dalam air tu, nak lari! bhahaha!


Muka dan reaksi puas hati dapat tengok Shark! Kiranya nasib kitorang baiklah masa snorkel ni. Sebab, bukan all the time Shark ni akan muncul. 

Okay, next snorkelling point! 
Turtle Point/ Turtle Beach! Tadi dah dapat tengok Shark.
Kat sini, kitorang dapat tengok penyu pulak! ;D <3

Abang Mat and ahli pulau yang lain cakap, penyu yang kitorang dapat tengok tu, namanya Ayahanda.
Kiranya penyu paling tua kat situ, and Ayahanda ni dah lama diorang tak jumpa. Baru hari ni, diorang nampak Ayahanda. Pergh, rasa bangga gila dapat snorkel trip yang best macam ni! ;D
Dapat tengok shark, dapat tengok penyu.

Well, orang terengganu, mostly penduduk pulau, appreciate kalau outsiders atau tourist turun kat Penyu Point ni untuk swim bersama penyu, and bergambar dengan penyu. Kiranya, kita macam hargai penyu yang menjadi trademark orang Terengganu ni. Ni bukan aku cakap tau, ni Abang Mat yang cakap.

Sebab bukan senang nak tengok penyu kat Turtle's Beach/ Turtle's Point ni.
Suami aku dapat berenang dekat ngan penyu ni, but entah macam mana, masa rakam video or bergambar tu, kamera tak well function, fon loading plak... jadinya, melepas!

Penyu ni akan naik ke darat untuk amik nafas, every 10-15 mins je. So, kena pandai amik peluanglah untuk bergambar. Sekali melepas macam kitorang ni, memang tak dapat nak putau masa balik.

Tak pelah tak dapat nak bergambar dengan penyu, at least kitorang dapat tengok ngan mata kepala sendiri. ;D

Okay, kat bawah ni gambar snorkel di Turtle's Beach. ;D

Abaikan jelah muka aku yang tak serupa orang tu. ;'D
Dalam air, memang dapat buat pose peace, and good jelah. Tak tahu camne nak pose ala mermaid! ;D
Mungkin, posing ni boleh dikategorikan sebagai Duyung? ;D

Nampak? Gambar suami aku jadi blur dek kerana npon tak well function masa ni. Sebab tulah terlepas moment bergambar dengan penyu!
Ha, barulah okay gambarnya. Kan betul aku cakap, dalam air, posing gini jelah yang boleh. Haha

Owh, lupa. Boleh posing buat tanduk jugak ye? ;D
Freestyle, maybe? 
Okay, macam ni pun boleh. Nampak gayanya, suami aku lagi terer bab posing memosing ni.

Haa, nilah dia pemandangan kat Turtle's Beach/ Turtle's Point Perhentian ni. Biru sangat air dia kan? Yang tengah tu, suami aku. And yang terapung-apung sekitarnya tu, tourist yang tengah snorkel mencari-cari penyu. ;D
Well, lepas habis snorkel kat Turtle's Beach. Abang Mat bawak kitorang lunch kat Fisherman Village, Perhentian Besar. Merasa gaklah kitorang tengok Perhentian Besar tu.

Kat Perhentian Besar tu, nampaklah lebih bertamadun, ada sekolah, ada masjid, ha gitu.
Perhentian kecil ni, lebih pada having fun. 

Memang semua yang pergi trip snorkel, akan singgah kat Fisherman Village untuk makan.
Ramai orang bak hang. Lauk pun cepat habis. Kedai makan, penuh yang amat!
Adalah orang kampung yang jual makanan kunyah-kunyah like pisang goreng, kopok lekor, and all that. So, kalau rasa tak kenyang makan nasi, atau makanan tak ada, boleh je beli kuih muih alas perut sementara nak tunggu snorkel trip habis.

Kat Fisherman Village, ada jugak kedai cenderamata, toilet and etc.
Aku ngan suami, pilih makan nasi, lauk kampung je, lauk pun dah nak habis kat kedai makan tu. Jadilah, alas perut, daripada berlapar. Masa untuk lunch, 1 jam je.
Makanan kat terengganu, and Perhentian Island ni, so far memang sedap! 
Kena dengan tekak aku suami isteri. 

Light House, Perhentian.

Habis makan, kitorang ke Light House! 
Nampak gambar kat atas tu? Light House tu kat tengah-tengah laut, arus boleh tahan kuat jugaklah.
Then, korang boleh snorkel kat sekeliling light house tu. 

View? Memang sangattttt cantik! Banyak ikan! Dalam pun ye jugak. Dekat tiang light house tu, banyak batu karang.

Kalau tak silap aku, nak berenang keliling Light House ni, macam kena berenang lawan arus.
Ni, Abang Mat yang ajar. Kalau tak silap akulah. Maybe untuk elak lemas or hanyut dek arus.

Pakai life jacket pun, tak berapa nak terapung. Sebab air dalam. Nasib baik pakai fins kat kaki, kuat dan selesa jugaklah berenang dengan fins ni lawan arus air.
Simbolik posing untuk cakap, cantikkkk sangat dalam air ni! 
Reasons kenapa aku tak pernah langsung bergambar sambil bukak mask? Sebab susah nak pakai and bukak bila kau pakai tudung sarung sambil snorkel. Memang lecehhh sesangat. Sebab tu, my mask's always on my face. Haha!
Dah macam squidward dah muka aku ha... ;D
Orang laki, senang je bukak pakai mask tu. Sebab tu boleh sengih lebau.
Kat lighthouse ni, aku lupa kitorang ada amik video ke tak. Rasa macam ada, tapi seakan tak jumpa video kat situ. Yang ada video tempat-tempat lain je.

Tapi serius, dalam banyak-banyak point, kat light house ni memang paling banyak ikan!
Nak-nak lagi kalau bawak roti as makanan, memang dia serbu kaw-kaw.

Last point? Kitorang ke Romantic Beach! ;D



Btw, siapa pembaca novel tegar? Kot korang miliki novel Setiap Detik Nafasku, karya Dhiya Zafira, mesti korang notice ada scene snorkelling dan berkelah kat Romantic Beach ni kan?
Well, here it is... 

Abang Mat kata, kat Romantic Beach ni banyak ikan Nemo, Nemo, Nemoooo!
Tapi aku tak jumpaaaaa!! :(

Nilah yang aku cakap, nasib kitorang baik jumpa shark and penyu masa snorkel kat point diorang tadi.

Macam sekarang ni, kat Romantic Beach ni, nasib kitorang tak baik sebab tak ada rezeki jumpa ikan Nemo. Rasanya, boleh jumpa kalau gigih cari, tapi kat Romantic Beach ni, aku dah flat!
Aku dah penat snorkel, plus kaki aku dah mula kekejangan dalam air. 
Nak berenang pun dah tak larat, sudahnya aku surrender.

Cukuplah snorkelling ni, dah penat dah.
Baru dapat bergambar berdua, barulahh nampak muka.
Love, at Romantic Beach!
Finally, baru nampak gambar muka! ;D

Bloated sebab main air lama sangat kot? Wakaka!
My hubby!
Peace yo!
Hyeeee! ;D
Kekonon ada kuasa angkat air dengan bare hand?

Us <3

Kenalah jadi lagi romantic, kat Romantic Beach ni. ;D

Love, on the way...
Sending lots of love to you guys, <3


Panas sangat kat romantic beach ni, dan ni je satu-satunya port melepak yang redup sikit.
Romantic Beach, view.
Kalau penat snorkel, boleh lepak-lepak kat tepi gigi air macam ni. 


Air kat Romantic Beach ni, cantik kan? Ombre in effect! 
Last pit stop!




Alkisah, mintak abang ni tolong amikkan gambar, sekali tertekan video plak sudahnya... :'D
Bolehlah bang... jadilah, video pun videolah ye.

Habis je snorkelling trip yang best ni, kitorang suami isteri terus naik bilik, nak tido!
Ngantok and penatttt sesangat, main air non stop dari pagi tadi.
Actually dari Romantic Beach tadi, kaki aku da sakit sangat, tang betis ngan peha.
Otot kejang! Sebab hiking semalam. Nasib... nasib! Haihh...

Bukak pintu bilik, tengok-tengok ada lagi decoration Swan atas katil.
Gembiranya hati... tiap kali masuk bilik, selalu ada decoration swan yang berlainan jenis.


Kelambu senget tak pe, yang penting katil selesa, Swan cantik! ;D
Bangun je tidur petang tu, kitorang cepat-cepat siap nak ke Long Beach sebab nak kejar pertunjukan api. Tapi, sebelum pergi Long Beach, sempat lagi kitorang merayau sekitar Coral Bay tu, cari minyak urut atau minyak panas untuk kaki aku yang sakit nau-nau ni.

Tapi tak jumpa minyaknya. Then, kitorang singgah kat reception resort, nak tanya next aktiviti yang kitorang boleh cuba, and diorang offer balm panas sebab tahu kaki aku sakit. 
See? Bagus sangat kan Ombak Resort jaga tetamu diorang? ;D

Malam tu, kitorang makan kat Long Beach. Masa sampai Long Beach, tengok-tengok, fire show dah habisss... 
Kecewanya, sebab peniaga kat situ cakap fire show start kol 9 malam.
Kitorang sampai situ dalam kol 7-8pm, kalau tak silap, tapi still tak sempat catch fire show tu.
Fire show? No show! :'(

Jadi, kitorang pun amik keputusan untuk lepak, sambil makan malam kat Long Beach.

Makan kat Long Beach, rasa macam candle light dinner, sebab ada candle atas meja! Huhu...
Btw, yang ni aku minum dragon fruit ice blended! Sedappp sangat! Pure buah naga dan ice saja! <3
Tengah-tengah makan, tetiba aku nampak macam ada orang tengah main api kat hujung tu.
Cepat-cepat kitorang pergi tengok, rupanya adaaaa fire show ni! 
Alhamdulillah, rezeki kitorang! ;D

Actually fireshow ni dibuat oleh Mat & Minah Salleh yang bertapa kat Perhentian ni.
Sebab diorang siap ada beach bar lagi kat situ, duduk minum-minum.
Kalau nak tengok fireshow yang best, terus tengok video ketiga kat bawah ni tau.






Baru buat hiking ngan snorkel, suami aku dah jadi gelap macam ni. Waakaka!

Beza gila warna kulit aku ngan suami. 
Sempat bergambar, sambil tengok show.
Tanpa flash, kawasan fire show ni memang gelap sangat! Tapi, actually banyak je orang lepak tengok fireshow ni ha.
Macam nilah rupanya, keadaan fire show kat Perhentian Kecil.

Habis show, kitorang pun gerak balik untuk lepak kat bilik and tidur! 
Kaki sakit oi!

Fuhhh, jenuh nak habiskan entry snorkel kat Perhentian ni!
Leceh yang amat! 

Leceh sebab nak masukkan video-video ni semua, kena upload dulu ke Youtube.
Upload plak makan masa. Haaa, makan 2-3 hari gak nak siapkan entry ni.
Tu pun buat dalam pantang, curi-curi masa. 

Okay, dah settle entry banyak video ni.
Lepas ni, sambung entry banyak gambar pulak ye. ;D
Hopefully, korang yang membaca tak jemu singgah kat blog ni.

Kat older post, banyak lagi entry-entry yang menarik. 
Jemput baca kalau sudi. ;D

Salam Sayang, 
Anis Ashikali. <3

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3