Hai semua!
Good Morning...
Pagi ni, alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk update entry yang paling aku suka, paling excited nak cerita! 😁
Okay, let the story beginsss...
Aku dan suami decide nak ke Pulau Perhentian untuk sambut 3rd Wedding Anniversary kitorang.
Reason being? Haa.. korang tengok gambar dengan video nanti korang taulah kenapa.
Actually, niat nak ke Perhentian ni dah lama. Hajat nak Honeymoon kat Perhentian lepas kahwin 2014 dulu, tapi belum ada rezeki nak sampai sini.
3 Tahun kahwin, baru ada rezeki.
Alhamdulillah, lambat atau cepat, Allah kabulkan.
3rd Wedding Anniversary ni special sikit, sebab ada Pre, current, and post celebration. 12 March tu, kalau tak silap tarikhlah, kitorang pergi MyBalloonFiesta kat KL, yang ni aku blog nanti k.
Tarikh 14 March 2017, kitorang sambut anniversary kat Melaka je, suami bawak makan kat Dutch Harbour Cafe ala candle light dinner tepi river cruise Melaka. Memang sedap, memang romantik bak ang! 😁❤
Kitorang ke Perhentian from 19-23 March 2017.
Sebab masa ni dah cuti sekolah. And, aku ni nak berjalan ke serata dunia, memang kena tunggu musim cuti sekolah je gamaknya. Walaupun harga mahal melambung, terpaksalah hadap sebab suami cikgu.
Okay, kali ni kitorang terbang ke Perhentian. Aku ni memang penakut nak naik flight. Tapi, angan-angan dan impian nak travel the world. Abis, tak kan nak travel pakai kereta mahupun tongkang, kan? Jenuh nak sampai! 😂
So, aku beranikan diri naik flighttt!! Excited and takut gila, tapi aku positif je. Tak fikir yang negatif. Seramm!
Ni flight details kitorang, 1st time kot aku book tiket flight, memang jakun gila. 😂 |
Ni total harga tiket yang kitorang bayar. Beli tiket in December, masa promo. Tapi kenapa x murah ek? Ak rasa mcm aku dah silap beli. Huhu! 😂😭 |
Actually, memang aku salah beli tiket pun! Huaaa, nak nangis rasa! Dlm bhati2, terkena jugak! Nak ke Perhentian, patutnya kena turun kat airport Kota Bahru, Kelantan. Lagi dekat!
Aku ni plak, masa plan nak ke sini, google info segala, manjang nampak Airport Kuala Terengganu je. Makanya kami turun kat airport KT, jauh tersasarrrr dari Perhentian! 😭😭😭
Nak ke Perhentian ni, dek kerana nak kejar masa bot dan flight, aku kena book teksi awal-awal ngan syarikat speedboat, dan kos terbang melayang sebanyak RM300 wei!!!
RM150 time pergi, lagi RM150 time balik. Haaa. nangis kat bucu katil pun tak guna. Patutnya duit tu boleh buat beli souvenirrr banyak-banyak!! 😭😭
Tapi tak pelah, dah tersilap nak buat macam mana. Adalah hikmahnya tu. Pengajaran jugak untuk aku, next time kena study betul-betul. Nasib kat Malaysia je, kalau kat Overseas? Naiya! 😭😭
So, korang yang nak pergi Perhentian, book flight from KLIA2 ke Airport Kota Bahru tau! Jangan buat silap macam aku. 😖😖
Habis bab flight, bab boat plak.
Aku book boat secara online, by call and email thru Anjung Holidays Sdn Bhd, untuk arrangekan return speedboat kitorang sepanjang kat Perhentian.
Bab boat nak ke Pulau ni, better book awal. Jangan buat main book last minute, sebab takut boat tak ada, naiya! Semua tu libatkan kos, so be wise!
Aku, masa nak book, nak bayar, memang rasa tak berapa yakin sebab tak nampak kat mata kepala sendiri syarikat ni wujud atau tak. Tapi, tawakal ajelah. Bacalah review kat google ke ape, kot ada tersebut nama company ni, kira boleh percayalah.
Quotation yang dihantar lepas contact mereka untuk booking bot. |
Total return bot dari Perhentian ke Jeti Kuala Besut, RM140 for 2 pax. Sorang RM70, pergi balik. Confirmation yang dihantar lepas buat bayaran. |
Kalau rasa ragu, bayar half je dulu. Sampai sana, baru bayar balance. |
Aku siap mintakkan company Anjung Holidays ni preparekan teksi untuk aku siap-siap.
Aku nak, aku turun je kat Airport, teksi da sedia bawak kitorang ke Jeti Kuala Besut untuk kejar bot, dan dari Jeti Kuala Besut teksi dah ada untuk bawak kitorg ke airport Kuala Terengganu semula, sebab nak kejar flight time.
Dari Jeti K. Besut, nak ke K.T airport, makan masa 1 jam setengah! Haaa, ko rasa? Bazir duit, bazir masa tak pasal-pasal sebab salah beli tiket! 😭😭
Tak pe, pengalamannnn... and Anjung Holidays memang terbaik! Tip top servis yang diorang bagi kat aku. Rasa mcm VVIP pun ada. Turun je bot, teksi dah sedia menunggu. And orang teksi pulak, semua baik belaka. Ramah tamah. 😘😂
Habis bab boat, bab hotel pulak. Ni paling penting, sebab nak duduk lama.
Aku pilih untuk stay kat Perhentian Kecil, sebab lagi happening even waktu malam pun. Tapi aku stay kat Coral Bay area. |
Ini senarai resort dan chalet yang ada kat Perhentian ni. |
Aku book hotel awal, guna Agoda.com je. Aku pilih Ombak Resort, di Coral Bay, Perhentian Kecil. |
Details hotel. |
Confirmation after booking. Make sure simpan betul-betul, tunjuk kat orang resort/hotel tu nanti. Kadang-kadang book online ni, ada masalah itu tak terima, ini tak terima. |
Aku bayar RM1080 untuk penginapan, 5H 4M.
Penginapan, memang terbaikkkk sgt2!
Kami berdua tak menyesal at all duduk kat Ombak Resort ni. Sayang nak berpisah ngan Ombak lagi ada.
Nak tau kenapa? Kena follow setiap entry aku kat Perhentian ni tau. Ni baru mukadimah. Kat entry ni, aku tepek segala macam informasi berguna.
Kalau ada plan nak ke Perhentian, baik baca.
Kalau korang miss even one entry only, korang rugi besar! Wakaka! 😂
Tips: Kalau korang nak rasa selesa... betterlah book resort or chalet di area Coral Bay. Area Coral Bay ni nice, selesa. Affordable, tenang. Tapi line internet memang macam nyawa ikan je kat sini, depends pada mobile provider korang gak.
Kitorang suami isteri pakai UMobile, soo... line kat Coral Bay, semput dek oi! Bercuti untuk release tension kan? So mmg sesuai sgt line nyawa2 ikan. Memang dapat spend time berdua dengan kualitinya. ❤😘
Tips: Kat long beach, banyak jugak Chalet, tapi lebih macam backpackers stylelah. Tak berapa sesuai untuk yang dah kahwin, and ada anak. Ni cerita kalau nak selesa.
Kalau jenis tak kisah, nak save budget, boleh je duduk kat area Long Beach.
Haaa, line internet kat Long Beach ni memang laju, coverage bagus for Umobile. Memang berdesup-desup aku update status masa tu. 😂😂
Tips: Kalau nak lebih selesa, boleh book resort yang ada kat Perhentian Besar. Memang selesa, harga pun tinggilah sikit . Nak-nak lagi kalau buat percutian keluarga, memang Perhentian Besar sesuai sangat, sebab malam tenang aje. Tapi, jangan ko rasa bosan dah la, sebab malam kat situ memang mati. Krik krik sikitlah. Perhentian kecil, malam memang havoc. Ada fireshow bagai.
Niceeee... ❤❤
Okay, sebelum pergi. Aku sorang yang amat details, aku siap buat itinerary untuk vacation ni.
Teaserrr... sape tak baca, rugi bak ang! 😛 |
Salam sayang,
Anis Ashikali.
No comments:
Post a Comment
<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3