Kali ni, aku cuba marathon habiskan entry percutian krik krik kitorang sekeluarga ke Perak ni ea.
Sebab dah tak sabar nak share entry best pasal PERHENTIAN dan nak update pasal rumah and pregnant pulak.
Okay, dari Taiping nak ke Teluk Intan ni, semata-mata hanya sebab nak tengok Menara Pisa, Malaysia ni je... makan masa lebih kurang 3 Jam lebih nak oi!! 😖😖
Patah pinggang duduk dalam kereta, belum kira penat lagi. Tapi... sebab nak bawak mak aku tengok menara ni punya pasallll... ha, gagah dan gigih jugaklah kitorang drive ke sini. 💪😪
Aku tak familiar sangat tentang ape yang best kat Teluk Intan ni, lagipun datang memang nak tengok Menara Condong ni je. And cuti pun ngam-ngam je, dah sampai ke penghujung, so tak ada ape yang boleh dibuat sangat kat sini.
Sampai kat sini, dah petang. So, just enjoy the view, bergambar puas-puas, makan, pastu chow balik Melaka. Tapi sebelum balik Melaka, kitorang singgah makan satay sedap and famous kat area Klang.
So, entry ni lebih kepada gambar saja tau, sebab tak ada apa yang nak diceritakan sangat.
Tapi, Menara Condong ni, memang cantikkkkk sangat binaan dia! 😍😍😍
Menara Condong, Malaysia. |
Almaklum, bercuti dah 2 tahun, baru nak create entry. Memang ada yang lupalah citenya.
Pastu, kita boleh je naik atas menara ni. Tapi, ada waktu-waktu dia. Masa kitorang sampai ni, around 4-5pm, dah habis dah waktu naik atas tu.
So agak melepas jugaklah. But it's okay, kita camwhore banyak-banyak kat sini! 😛😁
Ha, kat dataran menara condong ni, ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak. Ada belon, ada kasut roda, ada basikal dan macam-macam lagi. |
Sesi atuk melayan cucunya main belon. 😂 |
Nenek dan chibi maruko chan. ❤ |
Okay, kat bawah ni sesi sweet bersemut dengan suami aku. 😁
Betul, menara ni memang condong. 😁 |
Aksi untuk menunjukkan betapa condongnya menara ni. 😂 |
Menara ni literally ada atas tapak tangan aku. 😛 |
Layan jelah ea, jadi tak jadi anglenya belakang cite. |
Okay. nampak tak aku kat atas bahu suami aku ni? |
Mmuahhhh satu kali! 😘😘😘 |
Nenek, umie, ayah! ❤ |
Orang tua ni, diorang nak bergambar jenis asal nampak je. Diorang tak layan de kalau kitorang suruh diorang jalan ke hujung bagai, untuk dapat angle yang cantik.
Jadi, terhasillah gambar asal ada macam ni. 😁
Sorry, gambar gelap. Lupa nak terangkan. |
Our mom and dad! ❤❤ |
Kompleks ni pun aku tak sempat jalan masuk tengok-tengok. Memang datang untuk camwhore je kat menara ni puas-puas. 😊 |
This cheeky baby! ❤❤ |
My maruko chan! 😘😘😘 |
Okay, sambung posing! 😅❤ |
Alamak, mak baru nak fefeling romantik ngan pak, budak kecik ni masuk interframe pulak! 😅 |
Okaylah, jom bergambar dengan botak mak ni. |
Line clearrr, start again! ❤❤ |
Okay, kat bawah ni group photo! So memang banyak aku tepek, nampak sama, tapi tak serupa tau each gambar ni. Almaklum, susah nak dapat shot semua senyum, walaupun pakai monopod! 😅
Okay, berakhirnya sesi group photo di siang hari, kitorang break kejap isi perut kat medan selera yang berdekatan.
Makanannya, so-so aje. Bolehlah buat isi perut, kalau nak kata sedap sangat tu taklah.
Masa aku ngan suami makan, kakak and family aku yang lain berjalan kat some sort of kedai buah, nak cari limau bali... sudahnya tak jumpa.
Actually, kitorang dah tersilap, patut beli limau bali ni masa dok kat tambun dulu tu. Sebab memang limau ni banyak dijual kat situ.
Aku pun ingat, senang je nak jumpa limau tu kat seluruh Perak ni, tu yang tangguh beli tu. Actually masa otw ke Menara ni, ada orang jual limau bali tu jugak kat tepi jalan.
Nak berhenti beli dah, tapi kitorang tak berhenti gak, sebab ingatkan kat depan-depan jalan tu still ada orang jual. Sudahnya, tak ada langsung!
Amik kau! 😂😂😂 Nak patah balik, dah jauh nau-nau. Alamatnya, tak merasalah limau bali masa bercuti kat sini. Nak bawak balik pun tak dapat. Menyesal tak sudah kau! 😖😭
Tapi mak ayah aku dapat jugak makan limau ni kat JB, umah pak busu aku. Kebetulan diorg ke Perak, memang diorg beli. Okaylah tu, at least orang tua aku tak kempunan. 😊
Haaaa, gambar kat bawah ni sesi malam pulak! Lawa okay menara ni waktu malam, lampu warna warni gitu!
Tak rugi stay kat sini sampai kol 7 lebih.
Kalaulah kitorang terus gerak lepas sampai, mesti terlepas nak camwhore ngan pemandangan yang cantik ni.
So, layan gambar jelah lagi ea.
Tapi serious, Menara ni jadi bertambah cantik dengan lampu-lampu ni! 😊
Tapi, yang cantik, tetap aku! Dia jatuh nombor dua. Hehehe! 😛 |
Habislah percutian kitorang kat Perak ni, dengan kunjungan terakhir ke Teluk Intan.
Akak aku ajak makan satay best dan paling sedap kat Klang katanya, area port Klang. So, drivelah ke sini. Nama kedai ni, aku lupa.
Tapi dia jual satay ayammm je, no daging! Aku pun tak faham apsal tak ada satay daging, sebab satay dia sumpahhhhh sedapppppp sangat-sangat! 😍😍
Ada jual goreng-goreng, dan lauk masakan ala thai jugak. Serius, semua sedap. Puas hati makan, berbaloi datang jauh-jauh macam ni.
Ni sataynya. Antara satay yang paling sedap pernah aku makan. |
Kuah kacang dia pun terbaikkk! |
Tengok betapa besarnya satay dia, tak muat masuk mulut aku. Kena nganga mulut besar-besar, baru muat makan gamaknya. |
Mata sila fokus pada satay kat mulut aku ye, bukan kat lengan gedabak aku tu. 😅 |
Aku ngaku, time ni aku gemukkk ya amat! 😂 Senang hati sebenarnya, sebab tu badan naik bagai di pam-pam. |
Lepas makan, kitorang tumpang bermalam kat umah abang, abang ipar aku. Area port klang tu jugaklah. Subuh baru kitorang gerak balik Melaka.
Ya Allah, akhirnya habis jugak entry percutian family kali ni. Jenuh nak habiskan entry ke Perak ni sebenarnya. Hope dapatlah korang sedikit sebanyak info sepanjang aku blog tentang percutian di Perak ni ye. 😅
Okay, nantikan entry ke Pulau Perhentian pulak ye lepas ni! ❤😘
Salam sayang,
Anis Ashikali.
No comments:
Post a Comment
<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3