Nikah!

Nikah!

Tuesday, 8 January 2013

Bad Luck! :(


Helloooo.....??? Anybody homeeee....??? Me me me!! *dah tebiat agaknya malam-malam ni.*
Yesterday, ak baru je baca tips kuruskan badan from blog Fatin Liana, then dalam hati berkata-kata *wahhh...bagus ni. Mesti kene cuba.* Cause antara salah satu cara yang pantas dan effisyen untuk menurunkan berat badan adalah dengan berjalan kaki selama 1 jam or more tanpa henti. *Bukan jalan lenggang kangkung mcm nak ke pasar beli ikan ye guys...kalau korang jalan lenggang kangkung mcm tu satu jam, yang aku pasti kangkung pun korang tak jumpa, berat badan pun tak turun-turun.* What kind of walking are we talking about...??? Jalan laju-laju! Sure, gerenti, confirm 200%, luruh segala lemak you all, but makan masa lah.

Jangan lah ko expect nak kurus dengan hanya berjalan laju selama satu jam dan ko pulak baru buat sehari dah tak tahan, hmph, say welcome *dengan tangan yang lapang* pada lemak-lemak baru ye. Since badan aku pun dah naik 10 kg dari yang asal, *eh cop, cop! 10 kg??? Ko makan nasi ke ko makan kayu balak anis oi!*  Mana lah aku tauuu...dah dia nak naik, takkan aku nak letak papan tanda kat setiap angle body aku yang bertulis *Dilarang membuat lemak disini!*. Haaa...satu je aku nak tanya, gila ke ape??? Mmg tak lah nak buat mcm tue...*so I really2 need and want to be kerempeng and nice like before.* Nak sangat2 konon, poi ke kobun malas, sawah liat pulak tu! (Tiru lagu Jang oh Jang).

Tapiiii....tak sangka pulak aku dah kene praktikkan tips tu hari ni. Niat di hati, nak le take time dulu, bila ada free time barulah pergi membakar badan. *Hati yang jahat berkata "Elehh...tggu free time baru workout konon, selama ni free time ko ikat badan atas katil kan?? Makan, minum, tido, bangun, semua atas katil. Nasib baik tak de toilet dlm katil ko, kalau takkk..konfem kat situ jugak ko membuang sisa-sisa hidup!* Hampeh betul aku ni. Then, tadi after kelas habis...punyalah girang aku nak balik rumah cepat cause nak aerobik, nak relax-relax cari pasal jap, barulah study for test...alkisahnye, akibat kredit da nazak, aku pun singgah le kat 7E kedai taman sebelah.

Otak berkata: "Takyah mati enjinlah, sekejap je pun. Beli topup jek, plus kete depan mata, tak de orang nak curik kottt...".
Konon macam berani, pastu hati pulak cakap: "Eh, bawak turun jelah beg duit dgn handphone sbb kalau kete kene curi, at least barang penting ada kat aku." *Hurmm...ada jugak manusia mcm aku ni kan??*
All set, maka aku pun melangkah keluar la dari kereta...time nak shut the door, dengan selamba dan terlatih, tangan aku pergi tekan punat lock at master door, soooo....??? Terkuncilah kereta aku bersama segala isi-isi perutnya. (Cause alarm kete aku da lama rosak, and pemalas benau nak pergi betulkan, tiap kali nk lock kete kene gune key, kadang2 melecehkan maka aku melatih tangan aku secara percuma untuk tekan jek punat master lock tu setiap kali keluar kete. Pantas dan mudah! Akibatnyeee...dah terkunci, baru nak perasan! Bak kata pepatah, dah terhantuk baru nak tengadah. Tapi dlm kes aku, pepatah die berbunyi dah terkunci, ko dok jelah kat luar.  Gggrrrr!! *pelempang muka kuat2*

Ha sebijik mcm ni muka aku tadi.

Panik nih, tapi memang tak lah aku nak menjerit macam orang gile kat situ kan, cause benda macam ni da 2,3 kali jugak lah terjadi kat aku. Satu kat campus, first day of class, satu lagi at my grandma house...and now, for the third time, depan 7E taman aku. Ya Allah...sabarrrr jelah! Nak marah, tapi tau salah sendiri, aku hanya mampu mengutuk diri jelah. Ha amik kau! Takut sangat orang bawak lari kete kau, now ko dah terkunci kereta tu, mmg selamat dan sihat walafiat jelah kereta kau kat depan 7E tu kan! Padan muka kau anis oooiiii.

Then sambil control panik, me contact my mom and hubby to informmm....my mom soh ask for help je, but me malu nak buat, cause masuk kali ni if aku ask for help, scara rasminye dah 3 kali kete aku kene raba dengan strangers. HAHA, sooo NO!! My hubby pulak, da tak tau nak cakap ape cause die dah banyak kali pesan kat aku, jangan tekan, jangan tekan, jangan tekan punat tu....pakai keys je lock the door, tapi aku yang dogil nak mampuih, so tak boleh watpa la kannn. My hubby mmg geram habis dgn aku.*Hubby, if you're reading this, I'm sorry.* Hhehe. ;)

Solutionnyeee?? Aku terpaksa menapak agak jauh gak lah untuk balik kerumah aku, and amik spare keys kete. Tgh panas terik tu...dgn wardrobe macam nak ke shopping, dgn wedgesnye, *Well, tmpat blaja mmg field aku berfesyenista!* menapak laju-laju ke rumah and patah balik ke 7E untuk bawak pulang kereta ke rumah dengan menapak,menapak, menapak lagi. *Naik kejang keting and betis aku.* Mujur..ada spare key umah kat luar tu, kalau tidakkk???

Ada spare key kete kat umah, tapi spare key umah pulak tak de, tak ke lagi haru jadinye...??? Mase aku tengah patah patah balik tuuu...mesti orang sekeliling taman aku dok pelik and cakap "Ape ke gila budak ni kehulur hilir pergi kedai pakai baju cam nak pergi bercuti ja...?" HAHA,nasib ko laaaahhh. Lain kali, buat la perangai kelam ko lagi kalau ko agak-agak nak double thrill and the fun jadi orang bangang sekejap.
Menyesal! Sumpah den tak nak buek lagi! *Angkat tgn macam berikrar sambil pasang muka toya.*

Therefore, in the nut shell *Cewahh! Ko karang essay ye?*, moral of the story is...JANGAN KELAM MACAM AKU! *sobs,sobs.* Akibat dah penat menapak, aerobik aku pun digantikan dengan membuat tahi mata. ;)
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3