Tuesday, 26 June 2018

ZOO TAIPING, PERAK!


Dear readers, hai!
Apa khabar? 😊

Kali ni, aku try update blog guna fon je kat tangan.
Sebab perut dah besar, plus tak larat nak duduk lama dengan lappy.

Oh, btw... Alhamdulillah, I'm 31 weeks pregnant! 😊
Rezeki, Allah bagi masa aku tak expect langsung.
Cerita pasal pregnant ni banyakkkk, nanti aku updatelah bila larat.

Nak jugak abadikan kenangan pregnant kat blog ni, selain kenangan percutian.

Okay, jom. Kita mula.
Lepas balik dari PENANG, esoknya tu kitorang siap-siap, sarapan dan terus check out dari homestay.

Plannya, kami nak ke ZOO TAIPING! Dulu, masa zaman sekolah, aku pernah ikut rombongan sekolah agama akak aku, ke ZOO TAIPING ni.

Mungkin masa tu atas faktor kecik lagi, dalam darjah 3-4 macam tulah, so aku rasa ZOO TAIPING masa tu sangatlahhhh awesome, besar, dan BEST!

So, bila dah besar ni, naklah ulang zaman kegemilangan ZOO TAIPING ni, dengan suami dan family sekali. Tapi kunjungan ke sini kali ni, aku rasa macam hambar, sebab macam banyakkk je binatang yang tak ada.

Ada jugalah part best, tang diorang lepaskan burung ape tah kat tengah jalan, pastu kita boleh main kejar-kejar burung tu.

Monyet or beruk kat situ pun, buat show kemain lagi masa kitorang datang tu. So, agak terhibur jugaklah. Aku tak berapa excited sangat ke sini, jadi tak berapa nak ada gambar kawasan yang full from entrance to out.

Aku amik yang mana dan je, so enjoylah ye.
Kat bahagian entrance, ada kedai cenderamata, dan patung2 gini untuk bergambar. 
Tengok anak buah aku, kecik-kecik da pandai posing. 
Atuk dan hero kesayangan. 
Ha lebih kurang macam nilah rupa entrance kat Zoo Taiping tu. Ni sebelum masuk kaunter nak ke zoo tau. 
Asal ada gambar bontot kerbau? Haaa.. ni suami aku punya kerja. Dia bab buat teruk ngan buat pelik ni, memang hobi dia. 😅
Gambar scrotum pun ada? Hahha, suami aku punya kerja lagi. Tak pe, kita tepek je usaha dia kat sini. 😂
Haa, ni tuan punya angkara dua gambar pelik di atas. 😅
Okay, kat belakang kitorang ni, entrance nak masuk ke dalam, lepas beli tiket. 


Harga tiket ni, aku pinjam ihsan google, aku tepek siap-siap untuk bacaan korang. Sekarang, harga mungkin dah berubah.
Kalau rajin nak jalan kaki bakar lemak, dialu-alukanlah sambil dapat tengok binatang2 yang ada dengan puas. Kalau malas, atau nak enjoy the train ride, boleh naik buggy macam kitorang ni.

Tips: Kalau nak naik satu buggy ngan family, cecepatlah naik dan duduk. Jangan buang masa nak pilih-pilih tempat, sebab end up nanti cart penuh  dan kau akan terpisah.

Aku, terpisah dari family aku. Diorg dapat naik dulu, kami berdua naik train lain kat belakang.
Btw, masa sampai Zoo ni, baru lepas hujan kat Taiping ni. So, tempat duduk ada yang basah dan sebagainya. Plus, musim cuti skolah. Boleh tahan ramai pengunjung.

Masa naik buggy ni, aku ada rasa stress skit sebab terpisah dengan family. Sebabnya macam tak berapa enjoylah tak dapat tengok gelagat binatang kat zoo ni ngan family dan anak2 buah aku tu.
Stress-stress pun, kena senyummm... tak pe, suami aku ada, aku layan keletah dia je. ❤
Dalam buggy ride ni, dia akan bawak pusing tengok binatang, sambil bagi penerangan. Tapi tak berapa dengar pun apa yang dia cakap, sebab sound sistem tak berapa nak elok. 

Nampak tak buggy kat belakang kitorang tu? Haa, gitulah panjangnya buggy tu. Maybe ada yang panjang lagi kot. Tapi... kalau musim cuti sekolah, memang cepatlah penuhnya.
Basically, kat bawah ni semua gambar binatanglah. Ni entah tempat binatang ape pun, aku tak tau. Rasanya macam harimau, tapi tak nampak kelibat rimau kat situ.
Aku tak tau nama binatang ni... huhuhu!
Tengah nak membuang mungkin.

Badak sumbu! 


Gajah tengah makan.
Orang utan ke beruk? Aku confuse! Haha! Tapiii... nilah beruk yang banyak buat show masa kitorang datang ni. 
Memang jenis tak dok diam punya beruk. Bergayut sana sini, pastu menjerit sana sini. Kalau datang dekat, lagi havoc dia buat show. Kadang aku sampai takut, kot dia gayut sampai kat jalan ni kang, habis dikejarnya kitorang! :D
Bukan dia sorang tau, dia banyak geng kat pokok-pokok tu.
Buaya tengah tidur...
Gambar kat bawah ni, kitorang dah start jalan kaki dah. Pusing-pusing Zoo ni. Suami aku paling excited. Aku rasa lelah, maklumlah masa ni tengah gemuk nau-nau! 

Buggy ride tu akan bawak korang pusing satu Zoo, end up dia akan turunkan korang kat tengah dataran, so lepas tu pepandailah korang berjalan ke mana yang korang nak. 

See? Muka excited suami aku.

Kat belakang kitorang tu, abang rimau. Tengok jelah posing suami aku tu, dah boleh tau binatang apa kat belakang tu ha.
Okay, ni gaya rimau dapat makan lagaknya!
Rusa atau kancil? hahaha, aku tak tauuuu... confuseeeee! Tapi tengoklah, gigih suami aku nak bagi dia makan. Actually tak boleh tau buat macsm ni.Tapi suami aku, mana penah kesah dengan rules.

Rules are meant to be brokennn...  :D


Dia tak puas hati selagi binatang tu tak makan daun yang dia bagi.
Bila binatang ni dah makan, baru dia puas hati and gerak ke tempat lain. Haha, adoiii suami. ;D
Ni kitorang jalan balik ke tempat binatang-binatang yang buggy ride tu lalu. Dia actually kandang binatang-binatang ni macam center je dari dataran yang dia turunkan kitorang.


Okay, aku tau ni beruang! Binatang yang paling suami aku suka.
Okay,overall ni je gambar binatang yang aku amik. Zoo, biasalah... nothing abnormal.
Semuanya biasa-biasa je. Zoo negara aku belum jejak lagi, maybe zoo negara lagi best kot?

Sebelum balik, jom abdikan kenangan kat plague ni.



Bye! 
Sampai jugak kitorang kat sini. Tak ada gambar family kat sini, sebab it is just a zoo.
Lepas beli gift sikit buat kenangan, kitorang gerak ke Teluk Intan, nak tengok Menara Pisa, Malaysia,
Eh, Menara Condong. haha..

Okay, jumpa lagi k.
Harap-harapnya aku larat lah nak menaip lagi, sebab dah tak sabar nak blog entry kat Perhentian hari tu. 

Salam Sayang, 
Anis Ashikali.

No comments:

Post a comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3