Thursday, 28 June 2018

SEAT FLIGHT KE PERHENTIAN, HAMPIR DIRAMPAS!


Yeay, dah masuk second entry about Perhentian!
Tengok tajuk atas tu, meh aku story ape yang jadi.

Nak ke perhentian ni, aku mintak tolong ayah and mak aku hantar kitorang ke KLIA on 19 March 2017. Kalau nak naik bas, nak naik train, ongkos lagi.

Bertolak jam 8-9am dari rumah, sampai KLIA around 11am macam tu. Tu pun macam dah suntuk-suntuk aku rasa. Sebab flight 12.15pm, 1st time ke KLIA buatnya sesat, parah. Nasibbb tak sesat, tapi agak menjajau jugak nak mencari tempat bagai.

Tips: Keluarlah rumah seawal mungkin kalau korang 1st timer naik flight macam aku.
Masuk awal tak pe, datang awal lagi tak pe. Ada macam-macam cafe, restaurant, and tempat beli gift, ada kat situ untuk korang cuci mata atau shopping.

Aku tak sempat cuci mata, sebab sampai pun da suntuk je masa. Lagipun korang tak tahu betapa jauhnya gate korang tu dari balai berlepas. So the earlier is better, okay?

Sampai kat KLIA2, aku terus pergi self kiosk untuk print tiket flight. 1st time buat, memang jakun! 😂
Tapi senanglah, tak yah nak beratur2 untuk check in sbb aku dah buat web check in awal2 kat website airasia.

Kat area Perlepasan Domestik, Gate J&K. 

Bergambar sebelum masuk untuk buat security check dan seterusnya menapak ke balai berlepas pulak. 

I'm ready! Excited and afraid, at the same time. 

Walaupun terbang dalam Malaysia je, feeling sedih tu tetap ada tau bila peluk cium umie ayah, anak buah aku, and say bye to them masa nak masuk ke dalam ni. Lepas masuk security check ni, korang dah tak nampak family lagi dah. Huuu, sedih wei! 

Yelah, kat atas tu, walau fly tak jauh mana, anything can happened. We never know what future holds kan. Buatnya itu kali terakhir jumpa family, sedih nak mati tau! Bergenang air mata aku. 😭😭

Ikutkan memang nak turun hujan dah, tapi aku control, malu. Nanti kena gelak pulak, terbang dari KL ke Terengganu je pun! 😂😂

Kesian anak buah aku, kemain suka naik airplane. Tak sampai hati bagi dia tengok je, tapi tak dapat naik. Dia pernah naik airplane masa kitorang pergi Langkawi dulu, memori tu melekat betul dalam otak dia.

Apakan daya mak sayang, mak tak boleh bawak iki sama pergi travel ni. Iki walaupun darah daging mak, iki tetap anak mama. Apa-apa jadi, nanti susah. Tunggulah next family vacation, insyaAllah ada rezeki Iki dapat naik airplane lagi ye sayang. 😢❤

Sedih jugak, aku berjalan tak bawak mak ayah aku. Tapi, ni Honeymoon... huhu, camne nak bawak? 😅
Family vacay jelah yang dapat bawak mak ayah aku jalan sama.

Kitorang style backpackers aje. Beli beg travel memang untuk travel the world. 😘 Limit 7kg je per person. Bwk bagpack, dibenarkan bawak hand carry like handbag or laptop bag.

Masuk jelah kat bahagian security tu, macam kat gambar atas tu, bahagian belakang kitorang tu je security checknya. Standby IC and flight ticket, diorang check, pastu masuk kat converyer scan barang tu, untuk security check.

Masa ni, bukaklah segala metal kat badan. Follow instruction je. And self service tau. Kalau ada barang seludup je, baru dia tahan ko. Kalau tak, ko lepas senang je. Lagipun, ni domestik flight je, dia tak ketat sangat.

Masa kitorang pergi ni, dia tak suruh kitorang timbang beg. Sebab bawak bagpack, senang je lepas. Kalau bawak luggage, even jenis kecik tu, sure ko kena timbang berat beg.

After done security check, sesi menapak sejauh alam, untuk ke balai berlepas. Jauh jugaklah kitorang berjalan. Sebab tu better datang awal.
Kalau lambat, tertinggal flight, naiya.
Penat jalan cari gate, kita bergambarlah dulu. 

One with airplane kat belakang, is a must! 😁
 Jalan-jalan, jumpa kedai roti. Wajibbbb berhenti beli. Sebab, aku sejenis manusia yang tak boleh tahan tekak tengok makanan! 😅

Nak-nak lagi kalau bab roti and pastries ni, memang aku hantu dia. 😅
Sumpah, roti and pastries kat dalam ni semuanya nampak menyelerakannn! 😍😍😍
Nak beli semua memang mustahil, so beli dalam 2-3 keping je, buat alas perut sementara tunggu waktu berlepas. Serius, sedappp wei pastries dia! 😅


Nilah ghope tiket yang aku print sendiri kat kiosk tu tadi, masa sampai. 
 Lama jugaklah kitorang menunggu untuk masuk ke balai berlepas tu. Flight jam 12.15pm, masuk balai dalam jam 12pm kalau tak silap aku. Pastu sesi menunggu untuk loading masuk dalam flight.
Jenuh menunggu... 
Sebelum aku dapat duduk berdua gini, tau ape yang jadi? Kitorang masuk je flight, tetiba kat tempat duduk kitorang dah ada 2 org lelaki duduk.

Kiranya, hanya ada 1 seat kosong untuk either aku atau suami aku duduk. Ha, time tu aku dah rasa macam nak marah. Like, "kenapa duduk kat kerusi kitorang?" 😤

Aku and suami check tiket balik, check nombor seat, memang that seats belong to us. Aku yakin sgt!

Tau kenapa? kan aku ckp aku sorang yang detail. Masa buat web check in dan pilih seat, aku screenshot gambar pilihan tempat duduk kitorang kot! 😛

Tu seat from KL ke KT. 
Tak cukup dengan number seat aje, aku screenshot and simpan gambar seat sekali. Cuba check seat kitorang tu, memang sebelah-sebelah kan? So, jelas-jelas ni kitorang punye seat. Lelaki tu yang silap.
Ha, yang ni pulak number dan kedudukan seat from KT ke KL. 

Bila dah jadi kesilapan rampas merampas macam ni, suami aku pun cakap to that guy, "ni seat kitorang", sambil tunjuk tiket. Laki tu macam terpinga-pinga, ada jugak die tengok tiket die, end up die bangun angkat beg die semua.

Okay, kitorang dah lega. Dapatlah kitorang duduk bergembira berdua. Ada jugak kitorang toleh-toleh tengok apa jadi kat laki yang salah seat tu tadi, end up macam nampak dia duduk kat seat lain di belakang.

Okay, jom bergembira. 
Finally, kitorang jejak jugak dalam airplane! 😂😂
 Masa tengah-tengah bergambar ni, laki yang rampas seat kitorang tu tadi datang balik and claimed seat suami aku duduk ni, dia punya!

Apa ke gilernya? Haaa, ini buat darah aku naik, sebab dia boleh datang balik tuntut seat? Wakaka, kelakar! 😁😁

Aku yang 1st time ni, dahlah penakut naik plane bang oi. Aku buat check in serentak ngan suami aku punya. Takkan lah aku gila nak pilih seat asing-asing dari suami aku? Abis tang aku takut masa plane terbang tu nanti, aku nak peluk siapa kalau bukan suami aku? Kau??! Eh, mintak simpang ehhh... 😒😒

So, die tunjuk tiket die. Suami aku bangun tunjuk tiket and num seat sekali. End up, rupanya kat tiket tu memang seat suami aku ni, ada dua penghuni. Nombor seat sama. Kali ni, aku rasa nak marah ngan Air Asia pulak. Hahaaa... 😁😁

Tapi, kitorang bagi masalah ni kat pramugara yang ada. Dia amik tiket suami aku ngan laki tu, die pergi depan entah buat ape. Ke hulu hilir, end up sampai flight nak berlepas, dia tak de inform aku and suami aku apa-apa.

So kitorang assume, masalah settle. Laki tadi tu pun, duduk je kat belakang tu tadi. Kalau pramugara tu cakap suami aku yang salah seat, memang aku bukak gambar web check in yang aku simpan tu besar-besar, bagi dia hadam!

Berani dia cakap aku salah. Sebab web dia yang salah. Bukan salah passengers masalah macam ni jadi. So pepandailah kau settle! Yang penting, aku nak, aku dah bayar, suami aku wajib duduk sebelah aku macam yang aku pilih. 😏😏😝

Okay, sambung posing! Ini bagusnya jadi a detail person! 

Tips: Korang kalau book any flight, sila buat macam aku kalau nak selamat. In case anything macam ni jadi, kau boleh fight back for your rights.

Setakat simpan tiket, tak jamin apa-apa. Sebab, tengok macam kitorang kena. 1 seat, ada dua penumpang.  Kalau laki tadi tu bertegas nak duduk kat seat suami aku, ha camne nak lawan?

Kena ada bukti kukuh macam aku buat tu. Baru boleh bersuara balik. Tapi nasib baik brader tu jenis diam tak banyak bunyik. Kalau dia banyak bunyik, aku yang akan lagi banyak bunyik ngan semua stewardess kat dalam tu. 😝
Everything's good? Lets enjoy! 😛
Muka bahagia, masalah settle. 


Ambik peluang baca inflight magazine. 
Tunggu masa nak berlepas. 
Kali terakhir berpijak kat bumi. 😂
Masa plane nak pecut tu, kitorang punya kecut toksah cakaplah. Erat genggam tangan memasing, dengan muka yang cuak giler. Pastu, terasa dia dah naik, terawang-awang gitu, lagilahhhh kecut perut oi! 😭😭😭

Tapi, bila pandang kat luar tingkap, Subhanallah! Cantikkk sangat view dia!! 😍😍


Memang cantik! Agak takut nak ambik gambar ni, sebab rasa macam fon nak jatuh ke bawah jeee... 😅😅

Still Ascending! 
Welcome to the cloud kingdom! 😍😍


Rakam video, tapi tak tau nak cakap ape sangat. Sooo, jadilah video krik krik sikit ni. 😅😂


 Dalam 15-20 mins terbang, stewardess dah mula agih makanan, tolak troli cenderamata. Flight ni tak panjang pun, just about 1hour 5-15mins. So, aku x beli inflight foods.

Lagipun, sepanjang jalan nak ke gate berlepas kat KLIA2 tu, berlambak makanan dijual. Kalau lapar, makan je kat situ before boarding. Kan senang? No hussle.

Ada couple sebelah lane kitorang tu, bawak anak sekali. Dia order makanan, still tengah makan. Plane dah nak landing, kena pakai seatbelt bagai. Kelam kabut aku tengok diorang shove makanan dalam tekak. Macam nak tercekik pun ada.

Aku rasa a bit kelakar dengan situation tu, sebab pada aku KL ke KT je pun, kenapa tak makan before boarding? Kan dah hampir tercekik bila makanan banyak belum habis, tapi dah nak landing? 😂😂

Kalau ko travel selama 6 jam ke atas, aku fahamlah lagi ko order inflight foods sebab memang akan lapar kekdahnya. Tapi, tak pelah... itu choice diorang. Duit diorang, terpulanglah nak beli berapa banyak makanan pun kan. Aku ni cuma kesian je tengok, kang kalau dah tercekik, lagi satu hal nak hadap. 😅😂

Alhamdulillah, kitorang selamat sampai di Kuala Terengganu. Dari KLIA2 yang canggih manggih, terkejut gak tengok airport KT tetiba tak canggih. Jakun kau!
 Airport KT tak besar sangat, and tak banyak plane. Macam a bit kosong, but kat dalam tu just nicelah. Lebih kurang macam Melaka Sentral kat Melaka bahagian dalam dia tu. Tak sempat nak ambik gambar sekeliling, kejar masa ni! 😖

So, sampai kat sini, kitorang beli makanan sikit, alas perut dalam teksi nanti. Still belum makan nasi, sebab kejar masa. Naik teksi ke Jeti Kuala Besut, brader ni bawak a bit slow, bercinta gak aku nunggu nak sampai. Risau, lambat sampai ke pulau. 😖

But, kitorang sampai kat Jeti Kuala Besut, about 3.30 - 4pm gitu. Sampai je, terus ke Anjung Holidays punya kiosk, bayar full payment bagai. Diorang kata bot sampai dalam masa 30 mins macam tu.

So sempatlah kitorang nak cuci mata kat Jeti tu. Ada banyakkkk kedai souvenirs. Kitorang cari gak sunblock bagai, sebab kat pulau mesti mahal.
Topup barang makan sikit, like biskut, megi.

Then, kitorang baru nak makan kat kedai makan jeti tu, dah amik nasi and lauk. Staff Anjung holidays inform bot dah sampai. Kelam kabut aku laki bini mintak bungkus nasi yang kitorang dah amik tu, dengan air. Haha, kelakar sungguh! 😂😂
Still, tak sempat amik gambar sekeliling jeti, sebab bot tetiba sampai! 😒😅

Pastu, naiklah speedbot! Kitorang terpaksa duduk kat bahagian paling depan, sebab bot dah penuh bahagian belakang.

About 30-40 mins nak sampai ke Pulau Perhentian from Jeti Besut. Masa otw tu, ya Allahhhh seram gila tengok air laut bergelora sikit, macam nak makan kitorang pun ada. Macam nak karam pun ada. Dah lah dengan terhentak terhenyak ye, memang bumpy rides betul!

Nasib baikkkk aku tak pregnant masa tu, kalau tak naiya gugur wei! Hentakan kuat, mandi simbahan ombak lagi. Nasi aku laki bini pun terpelanting-pelanting kat hujung bot. Nasibbb nasi tu tak terjun masuk ke laut je. 😂😂😂

Pastu, nak elak kejadian nasi terjun ke laut, laki aku amik nasi tu, pegang plastiknya. Ngan air dah tumpah sikit. Haaa, nasib le labu. Kelam kabut punya pasal! 😁

Pastu life jaket pun nyawa-nyawa ayam je, memang seram! Nasib baik cuaca elok, tak hujan. Aku punya peluk lengan laki aku, kemain kuat! Takut! 😅

Padahal dah banyak kali naik speedbot ke pulau ni. Still, takut! Yelah, air kot! Aku bukan ikan. Kalau dah tercampak dalam laut, memang mati le jawabnya. Berenang tak berapa pandai! 😁

Dalam bot kitorang tu, ada couple ni bawak baby umur 6-9 bulan gitu, abang bot pun takut ko! Haha! Mesti dia rasa bertanggungjawab gila nak pandu bot tu elok2. And adalah satu family melayu kita ni, dok meraung sebab the ride is so bumpy! Tergelak aku laki bini ngan keletah diorang. 😂😂

Suami aku bagi ayat pickup line baikk punya masa dah nak sampai jeti ni.

"Ayang tau kenapa abang tak pegang bot ni kuat-kuat?"

"Kenapa?"

"Sebab ayang dah pegang hati abang seeratnya"

Ewahhh, chia chia chia sangat suami aku ni! 😍😘

Ada lagi satu dia bagi, tapi aku dah lupa. 😅

And... akhirnya, alhamdulillah! Kitorang selamat sampai kat Jeti Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil.
Boatman anta kitorang dulu. Sampai je kat jeti ni, aku punya legaaaa, tak leh nak cakap.

And aku punya sukaaaaaa, clearly can be seen in these pictures!
Setup kamera dulu. 
Betulkan topi dulu... topi habis bercampur dengan air nescafe yang tumpah atas bot tadi. 
And... tadaaaaa! Cantik air laut kat area Coral Bay ni kan?? 😍😍😍
Sungguh, tengok gambar ni balik. Aku rasa rinduuu sangat dengan Pulau Perhentian! 😖😖😖
We're happy!! 
And excitedddd!! To begin our adventure! 
Okay, dah cukuplah. Badan dah lekit, penuh ngan peluh and air masin. Laparrr bak ang! 


Then, kitorang menapak ke Ombak Resort. Ombak resort ni, bersebelahan je dengan Shangri/Shari-La Resort. Turun dari tangga jeti ni, dah sampai Ombak Resort.

1st impression, memang aku tertawan habislah dengan Ombak Resort ni. Nanti aku buat full entry pasal Ombak ea. Staff Ombak Resort, memang terbaik! Ramah! Lepas check in, dapat kunci bilik, kitorang terus naik ke bilik.

Pintu bilik kitorang. Siap ada penyidai kat luar ni, bagus sangat. 
Contoh laluan koridor bilik kitorang. 
Set meja solek dan almari untuk wardrobe. Maaflah. kitorang memang main letak-letak je barang once check in. Barulah dapat amik gambar bilik dengan tenang. 
Lampu bilik memang romantik, semua warna kuning tau. 
Pintu bilik air, yang berdepan dengan wardrobe tadi. Nicee..
Haaa, ni part best. Katil siap dengan hiasan kelambu! Aku totally tak expect kelambu tu, aku hanya expect decorations atas katil tu je. Sebab aku dah request deco ni awal-awal, for our honeymoon. Jadinya, bila dapat kelambu ni, memang aku speechless dan tertawan dengan Ombak buat kali ketiga.
Katil bersebelahan tingkap. Kipas pun kuat, puas hati. 
Keluar dari bilik, ada balcony and coffee table for two. Niceee... boleh ngeteh kat sini! ❤❤😍
Nilah ghope pemisah balcony bilik kitorang dengan bilik sebelah. 

Swan towel! ❤ Cant move on dengan kelambu, still...
Bilik air, bersih! 
Ada hot and cold shower! 😁 Aku pengguna tegar yang hot tu. 
Then, toilet! 😊
Siap disediakan toiletries.
Muka happy suami aku, puas hati lah tu dengan bilik ni. Okay, depan bilik kitorang, bila lepak kat balcony, dapat tengok bilik ala suite/ penthouse tu ha. Serius cantik balcony dia. 
Okay, cukuplah gambar bilik. Lapau sgt dah ni, nak makan! 
Kitorang makan nasi tapau kitorang tu kat balcony ni ha. Memang feeling habis! Syok gila!

Lepas makan, walaupun penat, kitorang tak lepak bilik de.

Kitorang jalan keluar, merayap tengok kawasan sekitar. Kalau nak rehat, malam kang boleh rehat puas-puas. Main point, kena cari snorkelling trip!
Sebab 1st day kat pulau esok, nak snorkel kalau boleh.
Perut dah kenyang, suka hati! 😝
I'm soooo in love dengan topi aku ni. Cantik! Bawak dari rumah, beli from DIY semata-mata nak pergi Perhentian ni. 😅
Alamak, tak tahu camne gambar ni boleh jadi vertical. Try nak rotate horizontal, tapi tak ada option untuk rotate. Sorry korang. Silalah telengkan kepala untuk tengok gambar cafe awesome Ombak Resort ni ea. 


Tadi open concept, yang ni closed concept.

Ada setup camni siap, untuk tayang movie. Duduk kat Ombak ni, tak yah risau bosan kalau malam-malam. Cafe dia memang ada buat tayangan movie setiap malam jam 7-8pm macam tu. 
Senang cerita, Ombak Cafe ni ala-ala ginilah rupanya...

Gambar ihsan google.

Kitorang dah jalan-jalan tepi Coral Bay tadi, dah tau mana kedai makan, mana itu ini.
Cari pakej snorkelling, tapi tak jumpa yang best.

Actually sebelah Ombak ni,ada je diorang offer pakej snorkelling trip, tapi macam tak best je.
So kitorang decide nak lepak je kat cafe Ombak ni, sambil layan waktu petang.

Suasana diaaaaa... memang tenangggg sangat! Pastu, siap dia pasang music ala-ala relaxing untuk penghuni resort dia. Serius, aku rasa tenang sangat kat sini. Macam hilang semua stress kehidupan harian bila duduk lepak ngan suami kat Cafe Ombak ni.

Muka bahagia. ;)
Lantak pilah gambar sama ke tak, tetap nak tepek jugak kat sini because we're damn happy!
Rezeki,tengah duduk lepak, sekali ada magic show free kat sini. Memang terbaiklah. So, duduklah kitorang kat sini sampai magic show tu habis and sambung tengok  movie. 
Ada je video magic show ni, aku rakam. Tapi malaslah nak tepek kat sini. Korang bukan tengok pun, ye tak? Malam tu, kitorang cari lagi snorkel trip kat area Coral Bay ni, tapi tak jumpa jugak.
So end up, kitorang ke bahagian reception Ombak and book terus kat situ.

Malangnya, snorkel trip untuk esok hari dah penuh. Kena tunggu second day, baru ada kosong.
Nak tak nak, ambik jelah. So, esok tu nanti aku ubahlah aktiviti kitorang.

Lepas lepak kat reception, kitorang naik bilik nak mandi apa semua. Sekali shower tak boleh guna, sebab bocor. Aku request nak pindah bilik lain, tapi bilik yang kosong yang ada 3 katil. 

Haaa, tak naklah aku. Lagipun, aku dah jatuh cinta ngan bilik aku tu. So, aku mintak technician diorang buatlah apa yang patut, ketatkan kepala shower tu ke apa, janji air boleh kuar, kitorang boleh mandi. And at last,entah macam mana dia buat, semuanya back to normal.

Aku and suami pun happy. Tak payah go thru the hussle untuk pindah bilik. 
Inilah ceritanya how we get to Pulau Perhentian. 

Sambung next entrylah ye, untuk aktiviti hiking ke kincir angin Perhentian kecil. 
Time nilah banyak gambau cantik aku nak tepekkan untuk korang. 
Video pun ada! 

Hope you guys enjoy reading this entrylah ye.
Entry percutian ni aku create untuk memori aku sendiri, di samping saja-saja nak share any info yang berguna untuk korang sepanjang aku travel.



Salam Sayang,
Anis Ashikali.

No comments:

Post a comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3