Thursday 18 February 2021

PRE 3RD WEDDING ANNIVERSARY (MY BALLOON FIESTA)

Assalamualaikum, and a very good morning to my readers. After a while biarkan blog ni tanpa new update, today I've decided nak update post-post percutian yang dah lama tertangguh. First of all, let me update about our PRE 3rd Wedding Anniversary Celebration, where by kami ke MyBalloonFiesta in Putrajaya.

Iklan jap! In case korang berminat nak baca post-post percutian aku yang terdahulu, just heads up to my blog archieve menu on the very right of my blog section. Dekat situ, ada tajuk setiap update. Ada link khas untuk sambutan Wedding Anniversary aku juga. So, enjoy! 😘😘

Okay, sambung!

Aku ni seorang peminat tegar belon. Alangkan belon celebration tu pun aku dah suka tahap dewa, inikan pula kalau HOT AIR BALLOON! Memang tahap suka tu tak tahu nak gambarkan macam mana. Tengok HOT AIR BALLOON terbang ke udara banyak-banyak, masyaAllah the panorama tu scenic sangat ui! 😍😍

Nak ke Turki/Istanbul untuk merasa pengalaman naik Hot Air Balloon tu entah bilalah aku dapat merasa. 😔😔 Jadi bila Putrajaya ada buat event MyBalloonFiesta ni, aku pun grablah peluang untuk merasai pengalaman tu. Aku ingatkan event yang aku book ni, event tengok hot air balloon tu naik terbang banyak-banyak kat udara. Rupanya bukan! 😅😅

Adoilah... jem kejap otak aku! Rupanya event ni setakat event cara hidupkan belon panas depan orang ramai, and acara belon berirama ikut rentak muzik. Lepas tu adalah penjualan makanan-makanan hipster, orang galah, aktiviti mainan apa semua. 

Walaupun apa yang aku nak totally berbeza dengan apa yang aku dapat, at least aku banggalah seumur hidup ni, aku dah pernah tengok hot air balloon depan mata. Dapat merasa pegang kain belon tu, nampak cara belon tu dikembangkan dan sebagainya. Alhamdulillah, aku rasa puas dah. Kalau ada rezeki nanti, infact kalau Putrajaya ada buat event macam ni lagi, aku nak try booking untuk naik belon panas tu pulak. 💪💪

Rupanya acara terbangkan belon tu diorang buat waktu pagi dekat area Tasik Putrajaya tak silap aku. Jadinya aku yang tersalah bookinglah. My Mistake! Tapi... kalaupun aku booking event yang betul, masa ni memang belum cukup fulus nak naik belon tu pun. Sebabnya fee untuk seorang, makan ratus jugak wei. Gila betul! 😆😆

If I'm not mistaken, harga per person untuk naik belon tu start dari RM300. Kalau nak naik suami isteri, boleh cecah RM700 jugaklah. Jadi, sebelum nak sertai event ni, sediakanlah fulus cukup-cukup dulu. Actually ada je fulus nak naik sebab aku sediakan duit untuk ke perhentian RM2k lebih. Tapi itulah, kalau dah terbang RM700 naik belon, takut tak sampai pulak aku ke PERHENTIAN ISLAND nanti. 😂😅😅

Untuk event ni, aku dan suami bawak mak ayah aku, dan anak buah aku (Iki), untuk join sekali. Aku dah tak ingat sangat details dia, so here goes the picture. Enjoylah tengok pictures tu ea. Ada juga video yang aku record, tapi itulah kalau masukkan video not sure you guys boleh tengok ke tak. But, I'll try k! 😉

Basically, macam nilah layout park untuk event tu. Size ni je yang mampu aku alterkan untuk update pada blog ni. Kalau aku letak original size, habis semua setting lari. Sorrylah ea, kalau korang boleh zoom, korang zoomlah tengok. 😆

Ni ha price ticket dia untuk dua-dua event ni. Nasib baiklah aku simpan lagi semua documentation untuk update blog as memory. Kalau tidak... I is menyesal! Huhu! 😭

So, inilah total yang aku bayar untuk event ni. Jom, layan gambar. 

Otw nak ke Putrajaya, masa ni Iki je yang baru wujud, baby dengan adik semua tak wujud lagi. Jadi mak cuma bawa iki ke sini. Masa ni pun mak belum ada Mawar lagi. 



Activity yang ongoing dekat pentas. Aku pun tak ingat dah aktiviti apa. Maklumlah update blog pun lepas 4 tahun. 😅

Kalau tak silap akulah, kat sini tak ada tempat duduk kecuali dekat area pentas ni. Mostly orang datang memang diri sokmo, ataupun diorang duduk beralaskan tikar ke apa ntah. Nasib baiklah mak ayah aku dapat duduk. Kesian, orang tua diri lama-lama.

This is my father. Perati dekat belakang gambar ni, nampak tak ada padang atas tu? Dekat situlah they lay out the balloons yang diorang bawak guna hilux, then they light up the hot gas for the balloon.

Ada photobooth set up for guest to take pictures. Ha, kering kontang jugaklah padang untuk show balloon tu kan?


My hubby, me and our nephew, Iki. Masa ni, belum start event lagi.

Nak dijadikan cerita, boleh hujan pulak kat sini masa tu... lebatlah jugak.
Tapi orang yang datang semua sedia menunggu, tak kisah berhujan sebab memang nak tengok belon.
Kitorang risau jugak kot balik tanpa dapat tengok hot air ballon show macam yang kitorang niatkan, sebab yelah cuaca ni bukan kita boleh kawal. 

Tapi nasib baik, Allah mudahkan. Walaupun lebat hujan yang turun, tak lama lepas tu hujan berhenti. Dapatlah diorang setup balloon show tu, tapi yang lecehnya keadaan padang jadi berlecak dan sangat sticky. Kotor kasut semua. But at least, dapat jugak tengok Hot Air Balloon. Tu yang penting sebenarnya! 💗😇

Tadaaaa.... belon dah kembang! Masa ni, punyalah kitorang bagai nak gila menunduk ke bawah bagai supaya nampak effect ballon besau kat belakang tu ha. Sebab tu muka masing-masing tak semenggah mana. Haha! 😁😅😆


Macam ni ramai orang yang berebut nak bergambar, nak duduk depan, nak tengok balloon dekat-dekat, nak elak lecak, elak air, eh macam-macam lagilah. What an experience betullah masa ni. 😅😆
Mak ayah aku masa ni duduk tengok dari jauh je dari kerusi kat pentas tadi. 

Bukan senang nak datang sini, so jomlah kita bergambau puas-puas. 



Suami aku masa ni tengah cuba nak excitedkan anak buah aku yang dah keletihan. Muka iki, kelakar sangat masa ni. Macam, "lantaklah belon terbang ke, belon panas ke, Iki dah tak heran dah mak."😆





Susahhhh sangat nak bergambar dengan belon besau tu. Puas dok cari angle, ini je yang terbaik boleh dapat. 😅


Masa setup balloon ni, diorang ada buat lawan-lawan api. Tengok ballon mana kembang steady ikut irama lagu. 😆

Pandai pulak budak bertuah tu buat peace atas kepala Pak dia. 😍😆


Ya tuan puan, gemuk aku masa ni tak dapat disangkal-sangkal lagi. 😆😆


Nilah orang galah yang aku cakap tu. Macam-macam rupa, macam-macam gaya ada. 

Lepas tu, berebutlah ko bergambar dekat tengah jalan yang penuh dengan orang ramai, dan rela jelah gambar tu banyak photobomb. 😅😅

Dekat deretan kiri gambar tu, banyak booth jualan makanan. Tapi yang tak berapa beratlah. Makanan pun hipster sangat, air pun hipster. Harga dia, cekik darah jugak wei. Tapi, mustahil ko tak membeli sebab menunggu tu lapau, haus semua lengkap. 



Ni, adalah aku letak dua video hot air balloon yang aku rakam masa kat sana. Tak surelah korang boleh view ke tak, sebab aku upload entry ni dari office, and office tak ada youtube. Andai kata tak boleh tengok, aku kenalah upload semula dekat rumah nanti.

After tengok show, puas tengok balloon tu, kitorang pun gerak balik Melaka sekitar jam 6 lebih, nearly 7pm. Memang macam almost tak ada gambar dengan mak ayah aku masa ni, sebab diorang tak rajin nak bergambar dekat hot air balloon ni. So, that's it...

Maka dengan ini, selesailah sudah entry pendek untuk sambutan PRE WEDDING ANNIVERSARY kitorang pada tahun 2017 ni. Kemain sambutan WA tahun 2017 ni, siap ada PRE, CURRENT, dengan POST siap. Rupanya, tahun 2018 Allah nak uji dengan rezeki anak, sampaikan kitorang tak boleh nak jalan ke mana pun untuk sambut 4th Wedding Anniversary kitorang untuk tahun 2018 tu. 😇😇

Allah knows best!
Syukur untuk semua nikmatMu Ya Allah. 😇💖💖

Salam sayang, 
Anis Ashikali. 

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3