Hai, bertemu lagi kita di entri yang baru ni. Alhamdulillah, aku berjaya selesaikan entri bercerita tentang pengalaman aku mengandung dan melahirkan anak yang amat aku sayangi, MAWAR ERINA. 💓💖
Kemudian, berjaya jugak aku selesaikan bercerita tentang perjalanan penyusuan anak yang satu tu di blog kenangan ni. Syukur! Ada juga kisah Mawar yang boleh Mawar bacakan di sini nanti bila dia dah besar nanti. 💋
Okay, entry yang agak panjang nak coret dan potpet.
Kisah aku dan suami nak beli rumah pertama kami.
Fuhhh, harap bersabar ye kalau membaca.
Sebab banyak info penting dalam coretan ni nanti.
Bolehlah dijadikan panduan buat kamu yang bercita-cita nak membeli RUMAH PERTAMA nanti.
Maka bermulalah kisah....
Aku dan suami kahwin pada tanggal 14/3/14 masing-masing berumur 22 tahun.
Sebaya ye, aku dan suami. Bercinta sejak umur 13 Tahun.
Hahahah! Lama kan? Dan Akhirnya berkahwin...
Well, cinta sekolah tak selalunya monyet tau! 😆😅
Jadi, aku bekerja dulu setelah habis Diploma,
suami masih belajar di IPTI (Institut Perguruan Temenggong Ibrahim) dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Inggeris.
Soooo, selama aku dan suami PJJ sampai hampir 2 Tahun lebih tu, aku menetap dengan mak dan ayah aku. Sampailah suami aku dah habis belajar, balik ke Melaka tanah tumpah darah tercinta ni, sementara nak menunggu posting yang tak kunjung tiba selama 9 bulan lebih rasanya...
kami duduk dengan mak dan ayah dulu.
Suami aku dapat posting pada 15 August 2016, sehari sebelum hari lahir aku 16/8/16, which is kiranya ni memang hadiah yang sangat bermakna pada kami, sebabnyaaaaa...fuhhhh!
Penantian untuk posting selama 9 bulan lebih tu, sangat menyeksakan tau!
Nasib baik suami aku teruskan sebagai cikgu tuisyen fulltime, adalah juga pendapatan RM2K per month.
So, pada awal tahun 2017,
Aku dan suami dah mula berjinak-jinak nak cari rumah sewa.
Sebab dah mula rasa nak ada privasi untuk kami berdua. Huhu!
Then, cari punya cari, adaaa je yang tak kena, tak berkenan di mata.
Alkisahnya, sampailah kitorang setuju nak menetap dekat kuarters guru yang ada kat area Lereh, ataupun di Bukit Rambai. Kuarters di Bukit Rambai ni, dalam kawasan sekolah menengah @ tempat kitorang memadu cinta dulu. Hahaha! 😅😆
Kuarters di lereh, rumah teres satu biji, tapi kawasan agak terpencil dan jauh nak kemana-mana.
Scary juga kawasan dia.
Kuarters di Bukit Rambai, jenis flat. Adalah beberapa kerat cikgu sekolah kitorang yang masih duduk dekat situ, tapi flat tu pun dah tak terjaga, banyak dah rosak dan menunggu runtuh je rasanya.
Scary pun scary jugalah.
Kitorang amik kunci dari PPD, pastu pergi melawat kawasan...
Yang kuarters kat Lereh tu, aku tak kena pape.
Yang kat Bukit Rambai tu, hamik ko! Sampai aku demam panas menggigil macam parkinson.
Sampai kurus dibuatnya.
Mungkin tersampuk dek hantu kat situ! 😅😆😅
Sebab, aku kena demam tu sehari lepas melawat rumah tulah.
Pulak tu, dah setuju nak duduk, walaupun banyak benda aku tak berkenan kat situ.
Setuju pun terpaksa sebab memang nak berdikari suami isteri dah.
Tu pun sebab rasa TAK MAMPU NAK BELI RUMAH SENDIRI.
Kami dapat rumah kat tingkat dua, yang tingkat kat atas tu... dah jadi sarang jembalang wei!
Huhu, tak dapat aku bayangkan kalau betul kitorang jadi pindah kat situ! 😖😖😖
Alkisah... dalam pada tak setuju, kitorang sepakat, duduk jelah kat kuarters tu.
Murah pun murah, RM300/350 tak silap.
Nanti tolak dari elaun rumah suami aku je per month.
Dah process surat, dah bayar untuk masukkan api dan air dahhhh...
sekali, PIC SAMB datang pasangkan meter air. Katanya dah pasang, suami aku check, air tak kunjung tiba.
Air lagi penting daripada api sebab nak basuh dan bersihkan rumah dulu ni.
Bila suruh PIC SAMB datang lagi sekali, dia periksa dan cakap rumah kuarters tu lama tak diselenggara, jadi macam ada masalah air nak turun dari tangki.
Boleh je dia nak betulkan, tapi masih tak janji air boleh berfungsi dengan normallah.
Ahhhh sudahhhhh! Belum duduk lagi, dah macam-macam masalah. 😣😣😭
Jadiiii, kami laki bini sepakat tak mau dah teruskan duduk kat kuarters tu.
Sepantas kilat suami aku minta tolong kerani dia call kawan di PPD minta tarik borang permohonan kuarters kami keluar, tak nak nanti dia tolak elaun rumah, tapi actually kami tak duduk pun rumah kuarters tu.
FUhhhhh, settle bab tarik borang, gaji tak kena tolak, aku rasa leggaaaa sangat!
Air saja dah bermasalah, api memang kitorang tak process langsunglah kekdahnya.
Jadi, dah tergantung dah niat nak pindah tu.
Lepas raya, adalah isu yang membuatkan aku rasa nak kena duduk sendiri jugak ni!
Then aktiflah kami suami isteri meround sekitar Melaka tercinta ni.
Mana ada rumah taman, yang dekat dengan office kami berdua, kitorang round masuk tengok kawasan rumah, kawasan kejiranan dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, kitorang dapat cari rumah teres 3 bilik di Rambai Jaya (mak kawan sekolah kitorang punye), kitorang apply untuk rumah penjawat awam (PPA1M) di Bertam Impian (2 storey), dan aktif mencari rumah baru.
Sampailah satu hari yang sangat bertuah tu, suami aku bawak aku ronda area BERTAM IMPIAN, nak cari rumah sewa + tengok rumah PPA1M kat sana. Sekali... jeng jeng jeng, termasuklah kawasan rumah 2 tingkat bak banglo yang cantik nau - nau ni.
Aku tengok design rumah ni saja, aku dah JATUH CINTA BERKALI-KALI dah oi!!!
Haaa cantikkan? Sebijik sejibik terbentang luas macam ni!
Fuhhhh tergugat iman aku!
Tapi aku hanya mampu mengagumi dari luar je...
Sebab laki aku cakap rumah macam ni, dah tentu-tentu nak dekat setengah juta, manalah kami laki bini mampu nak beli rumah kayak gini! 😭😭😭😭
Kalau mampu pun, bulanan tinggi. Nangis lagi! 😭😭😭😭
Wuuu, nangislah aku dalam hati.
Sedihhhh... aku nak rumah ni sebenarnya.
Nak beli kalau boleh. 😖😖
Tapiiii, dek kerana....
Suami aku prefer beli rumah pertama untuk pelaburan (means nak sewakan orang, beli yang murah dulu etc etc) terpengaruh ngan kawan-kawan dia ni actually, so terpaksa tolak rumah ni ke tepi.
Tapi aku bangkang, sebab rumah pertama, tentulah aku beli nak duduk sendiri.
Aku beli umah mahal-mahal untuk orang lain duduk, then aku kena duduk rumah sewa?
Beli rumah kedua yang elok sikit atau jual rumah pertama tu nanti, baru beli rumah gedabak besar untuk kami? Fuhhhh, sembang memang sedap tapi realiti aku tak sanggup. Haha!
Makanya kami berlalu pergi je, tapi aku tak putus asa, aku amik no fon Pemaju yang tertera = TELADAN SETIA, dan aku save contact sebagai rumah idaman/ impian aku! Hahaha
Case closed? Nope!
Aku tak putus asa okay. 😛
Aku mulalah ajak suami datang tengok rumah ni lagi sekali.
Dulu dapat tengok dari luar aje, kali ni rezeki dapat tengok dari dalam, sebab aku memang suka dok masuk tengok rumah besar-besar ni. HAHAH!
Yelah, nak beli dan duduk, entah bila kalanya.
Dapat pijak, jenguk luar dalam pun aku dah rasa suka dah wei!
Masuk rumah contoh ni, ko paham-paham jelah... memang ko rasa nak beli terus sebab dia dah siap renovate with Interior design!
Memang bukan kaleng-kaleng cantik dia beb!
Hatiku terjatuh untuk kali yang KEDUA! 😍😍😍
Sekali salesperson tu cakap harga umah ni RM338k sajeeeee!
Bulanan dalam RM1800+-!
Apaaaaa????!! HahHAHAHA, tanduk dah kuar dah kat kepala aku masa ni. 😈😈😈😈
Sebab rumah ni masih dalam fasa tolak tanah@UNDERCONSTRUCTION.
So, kalau beli, tak perlu bayar full lagi bulanan dia.
Rumah akan siap dalam masa 2 tahun. Jadi lepas sign SNP 2-3 bulan, barulah start bayar progresif interest.
Lagi best, rumah ni ada REBATE 10%.
Prog interest ni pulak berperingkat, dari RM50.++ sampailah RM7-800 ratus, katanyalah.
Bila dapat kunci rumah, rumah dah siap, baru mula bayar RM1800 tu.
Booking rumah RM1000 saja, itupun nanti akan dipulangkan semula bila loan lulus/ tak lulus sebab pemaju tak akan ambil duit booking ni.
Haaaa, berdasarkan info-info ni saja, tanduk aku dah keluar lagi! 😆😈😈😈😈
Jadi lepas kumpul segala info, aku pun baliklah rumah begitu saja.
Yeke? Haha dak aihhhh!
Mulalah sesi pujuk memujuk suami aku untuk beli rumah ni sebagai rumah pertama kitorang.
Dia tak mau beli jugak sebab mahal dia kata.
Aku menteri kewangan, aku cakap boleh, dia kata tak boleh?
Seksaaaaa jiwa ragaku. 😖😖😖
Pastu at the same time, cari rumah lain.
Dapat pulaklahhh rumah PPA1M Taman Bertam Impian ni, harga dalam RM285k, bahagian tengah tau. Bukan corner lot ke apa. Tu pun dah mahal, dan masa pergi melawat kawasan rumah PPA1M ni, yang buat aku tambah mental tu sebab rumah ni berdepan dengan rumah IMPIAN AKU tu!
Bukak tingkap rumah, nampak rumah IDAMAN terbentang depan mata.
Haaa, mau tak MENTAL aku? 😖😖😖
Yang buat aku tak setuju nak amik rumah PPA1M ni, sebab bukaan dia kecik sangat.
20x65, 2 tingkat, RM285k.
Dapur dia tuuuu, kecik yang hamat!
Boleh berlaga bontot kalau masuk 2-3 orang, plus tak ada tempat letak mesin basuh, kalau beli confirm kena pecah dapur, dan besarkan, tarik bahagian dari ruang tamu.
Sebab ruang tamu besar.
Pada aku, arkitek dia tak pandai design.
Dan... yang aku tak suka lagi which is, dia punya ruang keluarga belah atas, dah macam ruang solat untuk imam saja. Kecik, dan terperosok ke dalam.
Ruang keluarga apanya, kalau nak bernafas pun rasa sesak?
Gambarnya nanti aku cubalah godek-godek aku simpan ke idak.
Sebab suami aku yang pergi tengok, gambar kat npon dia tak kekal lama sebab dia suka buang. Haha
Kalau gambar kat npon aku, walau dah backup, tahun ganti tahun, tetap aku simpan! 😁😆😆
Jadi daripada aku MENTAL hari-hari, baiklahhh aku tolak tawaran rumah PPA1M ni.
Haaa, tak leh rotate, silalah sengetkan kepala anda. |
Bahagian depan rumah PPA1M TAMAN BERTAM IMPIAN |
Bahagian tepi. Dapur dia hanyalah dekat cat warna kelabu/hitam gelap tu ye. |
Close up! |
Beza dari segi specs rumah dan harga tak jauh mana pun dengan rumah yang aku berkenan tu.
Sooooo... Aku masih berkeras pujuk suami aku, nak beli rumah TAMAN DESA BERTAM tu jugak!
Tapi punyalah susah nak makan pujuk suami aku ni, sampai aku stress dibuatnya.
Ada satu pagi tu, aku pergi keje, aku menangis masa bersiap sebab sedih, dah jumpa rumah yang aku berkenan, suami aku pulak tak nak beli.
Aku dahlah susah nak berkenan dengan rumah.
Sebab? Aku suka rumah besar, suka rumah dua tingkat, nak kawasan kejiranan yang best,
nak rumah design yang cantik, tapi mampu milik.
Semua ni ada kat rumah IMPIAN aku tu.
Sekali suami aku tak nak beli sebab konsep RUMAH PERTAMA RUGI BELI DUDUK SENDIRI, BUAT PELABURAN LAGI BAGUS.
Nampak, betapa seksa jiwa raga aku? 😭😭😭😭
Setelah dipujuk, dibincang, dibentang belanjawan negara, suami aku kata cubalah tanya rumah yang aku nak ni.
Syukuuuuurrrrrr Ya Allah, kerana bantuin aku! 😇😇
Haha, apsal jadi minah Indon tiber ni wei! 😆😅
So kitorang set time dengan salesperson, nak tanya dengan lebih lanjutlah.
Tapi sebab salesperson yang pertama ni Mandy namanya, chinese, so dia tak berapa fluent malay. Banyaklah info yang aku terlepas.
Aku macam dah give up dah nak deal ngan dia.
Entah macam mana, aku dok cite-cite pasal rumah ni dengan mak ayah aku.
Diorang pun jadi excited nak tengok dalam rumah tu macam mana.
So kebetulan tu hari sabtu, aku call office TS nak tau showhouse bukak ke tak.
Salesperson Melayu angkat Kak Ika namanya.
Haaaa, masa ni terus aku jadi kelam kabut nak beli rumah tu secepat yang mungkin.
Sebab? Kak Ika cakap:
1)rumah ni REBATE 10% dalam offer period sebulan ni je, which is kena sign SNP beli rumah dengan pemaju dlm masa 30 hari daripada booking date.
2)Duit rebate tu pulak, kitorang boleh guna untuk bayar LEGAL FEES rumah, dan lebihan REBATE + booking fee akan dapat dalam bentuk cash.
Dan... Kak Ika cakap, rumah kosong je bukak, yang rumah contoh siap ID tak bukak.
Kebetulan, suami aku datang office aku with my dad, hantarkan aku makanan.
Jadi time tu jugaklah aku explain kat dia crucial detail ni.
Makanya diorang pergilah tengok rumah contoh yang kosong tu saja.
Cop! Rasanya masa ni, kitorang dah cuti satu hari sama-sama, untuk pergi:
1) terjah semua bank yang ada, untuk tahu interest rate rumah,
2) boleh dapat full loan atau 90% saja,
3) berapa kelayakan maksimum yang kitorang boleh dapat untuk beli rumah.
4) Ambil tahu rumah free hold atau leasthold as harga rumah berbeza agak banyak dengan status pemilikan tanah.
5) Freehold hak milik kekal, leasthold hanya boleh duduk 99 tahun tak silap aku, kalau nak extend, kena bayar ape ntah, aku lupa.
Tiga perkara ni penting dibuat dulu ye, sebab dari situ baru kau boleh:
1)plan harga rumah yang kau boleh beli,
2)berapa harga bulanan kena bayar,
3)berapa deposit kena letak,
4)berapa full loan boleh bagi,
5)Ada promosi atau subsidi rumah pertama dari bank atau tak,
6)Berapa legal fees kena bayar
7)Berapa tahun loan rumah 30/35 tahun.
Jadi berbekalkan info daripada bank yang kitorang terjah:
1)BSN = Boleh bagi Full loan, RM1K kos sara hidup ditolak dari gaji, maximum 400k harga rumah, kalau joint loan, kalau nama suami aku saja, RM250k harga rumah.
Ada subsidi rumah pertama selama 2 Tahun = RM200 sebulan.
Interest rate : 4.95%
2) Maybank = 90% loan, RM1K kos sara hidup, maximum RM350k harga rumah, no subsidi rumah pertama, interest rate 4.6% tak silap.
3) Bank islam= 90% loan, RM1K kos sara hidup, maximum 500k harga rumah, interest rate 5%, no subsidi rumah pertama.
4) CIMB = 90% loan, 4.5 interest rate,
5)& BANK RAKYAT = 1 nama, 270k harga rumah, kos sara hidup RM1.5k.
Ni seingat akulah, kalau salah silap harap dimaafi. Cerita ni ditulis lepas 3 tahun aku beli rumah tu. Huhu! 😅😆
Berdasarkan info daripada bank, baru kami suami isteri yakin yang actually kitorang boleh beli rumah IMPIAN/IDAMAN aku ni. Max loan boleh pergi RM400K, tapi dinasihatkan janganlahh ko santak loan sampai habis.
Dah tu, dengar pulak Kak Ika@ salesperson aku cakap gitu, nak dapat REBATE 10K tu,
kena sign SNP dalam masa sebulan after booking date.
Lagilahhh mencanak-canak nafsu tak menyabau aku nak beli rumah ni.
Then, kitorang set date and time again, untuk jumpa Kak Ika kat Showhouse Bumi Lot, untuk dapatkan penerangan lebih lanjut tentang rumah idaman ni.
Masa tulahhhh aku ambik segala gambar dan ceruk rumah ni sebagai kenangan...
At least, kalau tak jadi beli, tak boleh duduk, TATAP AJELAH gambau rumah tu sampai mati.Haha!
Jom layan gambau, baru boleh tahu kenapa aku GILA sangat nak beli rumah ni. 😋
Ruang garaj, boleh muat masuk 2 kereta. |
Pintu masuk kemain besau, tingkap kemain cantik. |
Showhouse rumah Corner Lot, yang aku harap dapat beli Rumah tengah je cukuplah. |
Tapi serius wei, besar tanah umah corner lot ni. |
Bila dah renovate dengan Interior Design, cantik tu jadi berganda! |
Ruang depan pintu masuk. |
Dinding tepi pintu masuk. |
Ruang Tamu dan Ruang makan. Nampak tak tu, Suami ngan Ayah aku leka berbincang dengan kak Ika.😈😇 |
Ruang makan. |
Tangga, cermin kaca gini memanglahhh favourite aku. |
Ruang keluarga tingkat atas. |
Kalau beli rumah corner lot, ruang keluarga atas ni akan ada balcony. Cantik sangat! |
Master Bedroom! |
Interior Design simple, tapi elegant! |
Belakang tu, almari baju dan lorong ke toilet. |
Pemandangan di balkoni master bedroom. |
Close up ruang ke toilet. |
Toilet master bedroom, memang dah sedia bagi kaca pemisah shower dan toilet tu. Ala Hotel! |
Nampak muka excited aku tu? hahaha! |
Konsep balkoni, ala taman rekreasi. |
Bestlah melepak atas ni. |
Dari pintu bilik tidur master bedroom, terus nampak dua pintu bilik tidur kedua dan ketiga ni. |
Bilik tidur kedua. |
Dari katil bilik tidur kedua terus nampak master bedroom. |
Connecting toilet, untuk bilik tidur kedua dan ketiga. |
Connecting toilet ni ada kaca je, tak ada pintu. Konsep dia macam ni.. |
Bilik tidur ketiga. |
Bilik tidur ketiga. |
Dari ruang depan bilik tidur ketiga, menghadap ke arah tangga. |
Dari ruang keluarga atas menghadap ke tangga. |
Pemandangan daripada ruang keluarga. |
Dapur dia memang besar, boleh buat dapur kering macam ni. |
Dan pisahkan dengan dapur basah, macam ni. |
Cantik kan? Simple yet sooooo cantiks!!! 😍😍😍 |
Toilet tingkat bawah di dapur. |
Sama konsep, ada kaca tak ada pintu. 😀 |
Bilik tidur keempat, di ruang bawah. |
Kalau dah rumah cantik begini, mau aku tak MENTAL kalau tahu aku mampu beli tapi suami aku tak nak? Ergghhhh! 😖😖😖😖
Meh, aku tunjuk gambar rumah ni kalau bukak lampu-lampu kuning yang cantik tu.
Haaaa, ko rasa? Bernanar mata aku tengok weiiii!
Hahahaha! Ya Allah, tak kuat Iman aku! 😆😆😆
Ni actually rumah NON BUMI lot. Design beza 2 kaki je, Non bumi 24x70, balkoni design kaca. |
BUMI LOT, 22x70, balkoni design besi. |
Ada rezeki nanti, aku nak tukar design balkoni aku and tangga macam rumah contoh ni. Semua kaca. Haha! |
Ukuran bukaan rumah untuk setiap bahagian. Tingkat bawah. |
Tingkat atas. |
Nampak macam banglo, tapi teres dua tingkat je sebenarnya. |
Kau hingat, seksa aku takat nak pujuk suami aku UBAH fikiran je selain dapat offer rumah PPA1M ni?
Sabau jap!
Ada lagi ni ha.
Seksaan kedua. 😩😩😩
Rumah mampu milik, RM180K, teres satu tingkat oleh pemaju yang sama, TELADAN SETIA, betul-betul belakang rumah IDAMAN aku ni.
Tapi, kalau beli rumah ni, confirmlah akan ada banyak renovation nak kena buat which is nak pasang tiles pada simen yang tak ada tiles, dan etc,etc... sebab tiles dia bagi kat bilik air dan dapur je, yang lain simen saja.
Fuhhh, pening kepala aku sebabnya laki aku nak beli rumah ni je wei!
Dia kata rumah pertama, besar-besar nak buat apa...
Duduk berdua aje, yelah masa tu tak ada rezeki anak lagi.
Haaaa, ni lagi seksa aku nak yakinkan dia yang rumah idaman aku tuuuu, BERBALOI BELI!! 😭😭😭😭😭😭
Fuhhhhh, selama sebulan tau tak, tunggang langgang hidup aku.
Emosi berkecamukkkk!
Allah aje yang tahu.
2-3 kali aku confront suami aku, ajak beli rumah yang aku nak.
2-3 kali tu jugak dia kata dia timbang tara macam-macam aspek sebelum bagi keputusan.
Bergaduh dalam diam, bergaduh dalam terang, merajuk, menangis, haaa ape je aku tak buat? Hahahah! Adoiiii... sabarrrr jelah ngan laki aku ni. 😞😞😞😞😖😖
Akhirnyaaaaa, setelah berhempas pulas membentangkan usul nak beli rumah idaman, suami aku pun SETUJUUUUUU nak beli rumah ni.
Maka, aku pun bergembiralahhh selama tujuh purnama.
Cewahhh! Hahaha!
Camne aku boleh setuju? Mana suami aku tahan tengok isteri dia sedih mengharap nak rumah yang besar tu? 😝😝😝
Jadi, 27 July 2017 kitorang apply cuti, pergilah ke bank, g jumpa pemaju, untuk booking rumah TAMAN DESA BERTAM ni.
Booking je dulu, untuk process loan, lulus ke tak lulus tak sure lagi.
Andai kata rekod bank tak cantik, loan tak lulus, booking akan dipulangkan semula.
Tapi andai kata loan lulus, ada masa dalam brape hari untuk kitorang decide nak amik ke tak rumah ni.
Jadi, masa kat office TS kat Melaka Baru tu, adalah model rumah Mampu milik dan Model rumah Idaman aku ni.
Aku plak dah mula berbelah bagi masa pandang model rumah tu, antara nak beli rumah kecik dan murah, atau beli rumah yang aku nak, tapi mahal?
Makin aku pandang, renung, makin aku sedih jadinya.
Sebab, aku terfikir, kalau aku beli rumah besar ni, 4 bilik tidur, 3 bilik air, tapi sampai ke sudah aku tak ada rezeki anak, macam mana?
Takkan kitorang berdua hidup laki bini dalam rumah sebesar tu?
Haaa, ko paham tak sedih dia camne?
Menusuk kalbu wei! 😓😓😓
Pastu, aku pandang, renung plak model rumah mampu milik tu.
Andai kata aku beli rumah ni, kecik, tapi tiba-tiba ada rezeki anak, atau ada rezeki nak beli rumah besar tiba-tiba, tapi rumah yang aku nak dah sold out, ha macam mana pulak?
Nampak tak betapa susahnyaaaa nak buat keputusan beli rumah ni.
Macam-macam faktor dan aspek kena fikir! 😩😩😩
End up, kitorang sepakat beli je terus rumah Idaman aku macam yang dah dibincangkan.
Jadi, kami letaklah deposit RM1K dengan TS, pilih nombor rumah, location rumah, lorong ke berapa etc etc.
Umah yang ada kete kuning, lorong showhouse. Depan showhouse tu, rumah NON BUMI lot. Kitorang pilih umah di lorong yang ada kereta putih tu, betul-betul nombor tiga dari tepi (kiri gambar). |
Ni pun dah mula fikir, kalau buat kenduri kendara mana tetamu aku nak parking?
Sebab rumah jauh ke dalam. 😓😓
Later about that, so lepas booking rumah dan submit loan,
BSN paling cepat call untuk offer kitorang lulus beli rumah tu, dalam masa seminggu je dari tarikh booking, dan dapat full loan.
Masa ni, realtor Bank bahagian perumahan di BSN yang kitorang jumpa tu sangat besar peranan dia.
Cepat je lulus dan BSN bagi full loan + subsidi rumah pertama selama 2 tahun.
Dia memang bagus, nama dia Tong Jun Ye, we called him Mr. Tong.
Under BSN kitorang submit sendiri pada Mr. Tong borang segala bagai.
Under our Salesperson, at TS, Kak Ika tolong taburkan resume rumah kitorang kat semua bank lain.
At the same time, Lulus kat Hong Leong dan Maybank jugak, tapi tak dapat full loan, only 90% je.
So, kitorang pilih amik house loan under BSN, with joint loan, full loan + subsidi rumah pertama rm200 sebulan selama 2 tahun, walaupun interest rate dia agak tinggi = 4.95. Hhuhu!
Jadi berjumpalah kami dengan Mr. Tong dekat MCD Cheng untuk sign loan, dan diterangkan pasal bayaran monthly etc etc, kitorang nak sign SNP seawal mungkin sebab nak kejar rebate RM10K tu.
With that Rebate, kitorang boleh tolak bayar legal fees, kiranya macam beli rumah ni kuar duit Booking RM1K je buat sementara, tu pun nanti akan direfund balik.
Haaa, memanglah rugi kalau aku tak beli kan?
So...
Monthly RM1800, progresif interest selama 2 tahun, maksimum boleh pergi sampai RM1400.
Tapi progresif interest tak naik mendadak, dia akan naik ikut percentage rumah ko siap berapa percent.
Contoh: Rumah siap 10%, ko bayarlah progresif interest RM200 sebulan.
Dan selanjutnya sampailah rumah siap 100%, kau kenalah bayar maksimum.
So far paling tinggi progresif interest yang kami bayar = RM1100 sebulan selama 2 bulan.
Rumah beli August 2017, Siap katanya dalam tempoh masa 2 Tahun.
So jangka siap pada JUN 2019.
Bab rumah siap bila ni, aku update kemudian.
Dah kitorang sign SNP with BSN, after few days, CIMB bank and bank rakyat call pulak. CIMB cakap loan kitorang lulus and rugi tak amik under CIMB bank coz dia bagi interest rate = 4.5% je, due gaji suami aku masuk ke CIMB every month.
Bank rakyat plak dia kata lulus cuma untuk satu nama, dan lepas rm270k saja. Okay, bye bank rakyat. Dari dulu, aku mmg tak gemar bank rakyat ni sebab interest boleh tahan mahal, pastu process susah nak mati macam nak menyusahkan orang.
Kami laki bini terpaksa let go CIMB punya offer, sebab kejar rebate secepat mungkin, due tak nak bayar legal fees lawyer tu. Kalau melepas sign SNP dalam sebulan tu, kene keluar duit sendiri nearly RM7-8k, untuk legal fees rumah.
Mana nak cekauuuu?! 😆😆😆😆
Then, we request kat Mr. Tong, kalau boleh readykan docs untuk sign semua by 18 August untuk sign.
10 Aug- After lunch hour, maybank call aku. Terus cakap ngan aku bertubi-tubi sampaikan aku tak ada ruang nak mencelah.
Katanya loan kami kat Maybank lulus, dia boleh terus prepare Loan Agreement untuk kitorang sign, dan dia call just untuk inform loan approve.
Then aku tanya 90% or full loan?
Katanya 90% je sebab laki aku penjawat awam, dah ada GOV LOAN, so BANK SWASTA tak boleh bagi FULL LOAN lagi.
Katanya lagi kalau buat FULL LOAN, susah suami aku nak APPLY GOV LOAN nanti.
Bila aku cakap aku dah sign LOAN AGREEMENT with BSN under FULL LOAN, dia terkejut dan cakap semua bank sama, GOV staff tak boleh dapat FULL LOAN.
Aku dah agak naik angin masa ni, terus aku ajarkan staff tu.
Aku cakap BSN dah luluskan FULL LOAN untuk GOV staff dan tak ada masalah kat situ.
BSN boleh bagi.
Pastu dia tanya interest rate BSN berapa?
Aku cakap 4.95% dan dia cakap tinggi kalau darab dengan 12 bulan, darab lagi dengan 30 tahun (usia loan) compare dengan yang dia offer which is 4.35% je.
Aku gerammmm gila dah ni, dia buat macam aku plak yang salah amik loan under BSN!
Terus aku end kan je call tu.
Cuba fikir secara logik sikit ye.
Umur aku dan suami, beli rumah pada 25 tahun which is masing-masing baruuuu keje!
Dia dok pum pang cakap interest rate dia rendah = 4.35% sebab dia bagi 90% je loan, bukan FULL!
Kalau nak diikutkan, rate 90% loan BSN pun rendah = 4.5% je.
Tapi INTEREST RATE kitorang ni jadi mahal due WE APPLY FOR FULL LOAN!
Paham takkkk? 😡😡😡
Pada aku, staff maybank yang call aku tu cakap tak pakai otak.
Sebab, suami aku baru setahun dapat posting, dengan umur 25 tahun, apa dia ingat kitorang dah ada simpanan sampai cecah 40-50K dalam bank????
Rumah aku tu, RM348K.
Kalau aku mampu keluarkan 10% deposit = RM34 800, untuk beli rumah tuuu...
tak adalahhh kitorang dok APPLY for FULL LOAN!!
Hishhh, geram ni!! Ngok sungguh tau!
Jadi manusia cuba pakai akal sikit. 😡😠😠😠
Bukan semua orang lahir dalam dulang emas which is mak bapak kaya, kete tak yah beli pakai duit sendiri, tau-tau dah ada kete family bagi pakai, duit gaji berkepok ribu riban boleh menyimpan pakai sendiri, makan sendiri TAHU???!
Banyak anak muda kat luar sana yang mak ayah tak berada, hidup sederhana, which is kalau nak pakai kete kena beli sendiri, dengan duit gaji takat cukup-cukup sambil tampung family lagi ni ha,
semua usaha pakai KUDRAT sendiri. Paham??
So, yang mampu simpan duit berkepuk, dapat kereta turun temurun dari family, duit tak yah belanja sesen untuk hidup tu, tak yah dabik dada sangat. Tak bangga mana pun.
Yang lagi bangga kalau dapat susah payah sendiri kumpul harta, itu baru boleh dabik dada tahu?!
😠😠😠
Okay, back to story.
18 August 2017, aku mintak cuti halfday (petang), both of us pergi TS jumpa kak Ika untuk sign SNP dan lawyer firm untuk sign SNP + Legal fees.
We all jumpa Ms. Rajesh, ingatkan dapat sign LA, sekali LA tak siap lagi kenalah tunggu.
Masa ni SNP price RM1722(fix).
Legal fees RM3k ++ kena bayar, around 3% dari harga rumah je katanya.
So total semua dalam RM5K untuk legal fees.
So, baki rebate aku akan dapat around RM6K in hand + booking fees la kan?
Bila dia dah draft, we all terus ckp legal fees minta pada TS sebab we ada rebate 10% from them. So kerani firm tu pun macam dah terpana dengar.
Aku sempat minta copy draft tu, nak simpan sebab dia cakap legal fees price takkan berubah.
Tapi dia macam payah nau nak bagi, aku syak mesti sebab dia nak naikkan price legal fees tu.
Sempatlah aku snap gambar diam-diam, sebab aku nak prevent kena tipu.
Bab-bab ni aku kena jadi LAWYER lebih dari LAWYER. Haha!
So what we all know, dalam masa 2 tahun rumah akan siap.
Baki rebate akan dipulangkan dalam bentuk cash/transfer.
Dalam masa 2 Tahun lepas dapat kunci, any defect pada rumah, pemaju akan betulkan FOC.
Dalam masa beberapa hari lepas tu, aku pergi lagi sign legal fees, sekali kena cas almost RM5k.
Rasanya, ni draft dia. Atau yang ni yang final? Alamak, lupa dah. Rasanya final. |
Aku ada bukti sbb dah capture previous punya legal fees yang dia draft tu kan, ak boleh persoalkan with the current fees, tapi malaslah nak panjangkan nanti kang process rumah aku jadi lambat pulak.
So, bayar jelah.. setuju jelah.
Walapun hati sakitttt! Duit oi! Haishhhh...
Tak pelah, redha..
Dari awal perjalanan beli rumah ni semuanya smooth aje.
Ni satu je ada slack sikit, so aku agak bersyukur sebab ada orang nak beli rumah kemain payah kan.
Jadi... itulah dia serba sedikit kisah aku dan suami membeli rumah pertama.
To be honest, aku sendiri tak terfikir aku mampu beli rumah sebegini.
Actually selama dah kawin, aku rasa kitorang tak mampu beli rumah sebab rumah MAHAL NAU NAU ZAMAN SEKARANG.
Mana tahu, ALLAH permudahkan jalan rezeki kami.
Rumah ni REZEKI MAWAR ERINA.
Kami dapat beli rumah ni dulu dalam AUGUST 2017, barulahhh MAWAR wujud dalam rahim aku NOVEMBER 2017.
Kita MERANCANG dengan CITA. 😍
ALLAH MERANCANG dengan CINTA. 💗
Alhamdulillah, segala SYUKUR kupanjatkan ke hadrat Ilahi. 💖💗💋
Semoga kisah kami ini, dapat berikan panduan dan inspirasi buat kamu-kamu yang selalu rasa SUSAHNYAAA NAK BELI RUMAH PERTAMA.
TAK MAMPUNYAAAA NAK BELI RUMAH BESAR SEBAB HARGA RUMAH SEKARANG SEMUANYA HARGA YAHUDI, MAHAL NAU-NAU.
No, ikut steps dan guide yang aku bagi atas tu.
InsyaAllah, korang akan nampak JALANNYA MUDAH SANGAT!
Kami, Usia 25 TAHUN, Aku dah kerja selama 3 tahun, suami baru kerja selama 1 Tahun,
tapi boleh beli rumah berharga RM348K, with loan RM360K, tanpa keluarkan duit walau SESEN pun!
Booking fee RM1K dapat balik.
Legal Fees tolak terus daripada RM10K rebate.
Dapat cash lagi kat tangan RM4K plus.
DARI AWALNYA RASA TAK MAMPU BELI RUMAH.
TERUS JADI, BELI RUMAH DAPAT DUIT.
Seronokkan?
So kalau korang ada plan nak beli rumah, beli lah dari sekarang sebab harga rumah makin mencanak naik saban tahun.
Kisah rumah kami ni, belum habis kat sini.
Ni baru kisah cara membeli.
Cara menguruskan rumah sampai dapat kunci, dapat duduk bakal menyusul lepas ni.
😍😘😘
Semoga bermanfaat.
Salam Sayang,
Anis Ashikali.
Thankyou for sharing... sy baca dari awal smpai habis...sbbnya tgh study cara beli rumah... sbb td ada agent yg approach sy dgn wife...
ReplyDeleteSo..kena study dulu...
Thank you ya..sgt bermanfaat...
Alhamdulillah, semoga bermanfaat ya. 😊
Deletebagus entry ni...tq ya...
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga bermanfaat pada awak. Sama2. 😊
DeleteTerima kasih atas sharing tips beli rumah pertama ya..
ReplyDeleteThanks and that i have a tremendous give: Whole House Reno exterior home renovation
ReplyDeleteso puan byr cas ke5k utk s&p tu? hehe atau tolak je dr rebate?
ReplyDeleteTolak dari rebate. ☺️
Delete