Nikah!

Nikah!

Tuesday, 11 April 2017

~Our 2ND WeDDiNG AnNIVErSAry!~


Assalamualaikum, hey guys! ;)

Dah genap setahun aku tangguh update pasal our 2nd Wedding Anniversary celebration di KL pada 14 Mac 2016 yang lepas. Laaa ni, baru aku ada kesempatan nak bercerita.

Baca blog aku, mesti korang akan come across pelbagai versi bahasa dan loghat-loghat utara, mahupun orang nogori. Jangan salah faham ye, aku anak jati MELAKA.
Tapi entah kenapa, kekadang loghat utara, mahupun nogori memang akan terkeluaq dari mulut aku naaaa... 

Yang penting, hampa suma faham bahasa yang aku goyak, sudahhh! ;)
Okay, untuk sambutan ulang tahun perkahwinan aku kali ni, aku tak dapat cuti panjang dek kerana Annual Leave aku ada 3 hari sahaja.

Kerja swasta, AL hanya akan diberi mengikut bulan. Bukan macam goverment yang dapat sekaligus 12-14 hari AL setahun. Tapi, actually depend pada majikan gak. Majikan aku kali ni, kedekut cuti! Makanya, jenuh mengumpul AL, daripada Jan-Mac, adalah dapat dalam 3 hari. Sedihhh! :(

Sooooo, AL ada 3 hari je ni. Nak jalan jauh, tak dannn... sebab, penat nanti!
Jadi, kali ni terasa macam nak rileks pergi celebrate dekat-dekat jee... 
Pilihan aku, KL & Bukit Bintang. Sebab aku suka suasana malam kat Bukit Bintang! 

Rasa malam tu hiduppp sangat dengan macam-macam jualan makanan, dan jugak street art performance. 13 Mac tu, kitorang dah start cuti... shoot naik ke Selayang dulu, attend wedding kakak Shafiq, BFF my husband. 

Lepas habis lepak kat wedding tu, waktu petang dalam kol 3-4 pm macam tu, kitorang gerak cari hotel nak rehatkan diri, mandi-mandi sejukkan badan yang kepanasan. 
Saja aku tak nak booking terus hotel kat area Bukit Bintang, sebab rasa macam tak syok dok 
kat actual hotel sebelum tarikh wedding anniversary kitorang.
Haha, pelik kan aku ni? Tapi, ada hikmahnya kitorang book hotel kat Selayang ni. 
Stay tuned, kalau nak tau! ;)

For your information, tiap kali aku naik KL, area Bandar Baru Selayang.
Kitorang mesti akan menginap di Batu Caves Star Hotel selama satu malam.
Hotel budget? Yup! Tapi interior dia, memang tak macam hotel budget tau!

Harga semalam, RM50.++ macam tu, check in 2-3pm until 12noon. (standard check in/out time)
Kalau 1st time datang ke hotel ni, tengok plak kawasan sekitar dia yang agak sempit dan macam tak syokkk je persekitarannya, memang ko akan rasa macam TAK NAK check in kat sini! Huhuhu~~

Tapiiii.... once ko masuk bilik dia, perghhh! Confirm rasa tak menyesal, dan suka duduk kat sini.
Sebabbbb, dengan harga RM50.++, di area KL, memang mustahillah nak dapat bilik hotel yang serius murah, cantik, dan berbaloi-baloi macam kat sini.

Okay, cakap banyak pun tak membuktikan apa-apa. Jom, kita layan gambau sebagai bukti.

Inilah rupa Star hotel yang menjadi pujaan hati aku! Nampak macam tak best kan? Please...
Dont judge a book, by its cover okay? ;)
Contoh, gambar bilik single. Ihsan google.
Contoh, gambar katil queen utk pasangan couple. Ihsan google jugak. Gambar actual katil bilik yang aku menginap, non hado!
Sebab, kitorang dah sepahkan katil tu... baru aku teringat nak amik gambar.
So, tak adalah gambau katil aku duduk. Aku pinjam gambau ihsan google je, tapi bilik yang aku duduk tu... katilnya serius lagi cantik daripada gambau-gambau di atas. okay, jom layan gambau yang aku capture sendiri.

Toilet? Bersihhhhh! Wangiiii! Selesaa, tekanan air semuanya cukup kuat! Ada heater siap. 
Tandas dia, memang buat aku fall in love! Pada aku, keselesaan sebuah hotel tu,...yang paling utama, bukan katil tau. Tapi toilet! ;')
TV? X yah risau bosan ke hape, ada TV besau gedabak berdepan dengan katil ko. Bukan TV lama yang besau tebal atas kabinet tu ye. Ni LCD TV, siap hanging kat dinding lagi. ko rasa?? 
Kipas untuk bilik harga RM50??? Tak mainlah kipas, dia bagi aircond terussss... Sejukk, memang thorbaik! 
Dalm bilik tu, siap dilengkapi dengan table top ni. Ada water heater, tisu, gelas, lengkap untuk kau bancuh air.
Cermin dia pun, cantik! Bukan takat yang frame biasa, siap ada ukiran dia bagi ko merasa tau.
Kerusi hijau ni, my favourite! Suka color die! =D
Ha, tepi katil... siap ada bedside table lagi. lengkap dengan air mineral. Ada hanging rack jugak, tapi tak berkesempatan aku nak ambik gambar. 

Door handle? Bukan takat main selak-selak zaman purba tu ye, tapi ni jenis yang slide kad kat suis utama untuk on elektrik dia. Haaaa, agak-agak korang, RM50 semalam dengan facilities yang macam ni. Berbaloi tak???

Aku pernah tidur hotel bajet kat JB & Mersing, hanya setakat nak rehatkan diri sebelum ke Tioman dulu. Tapi, aku bayar RM25, aku hanya dapat bilik, dan tilam single aje berserta kipas.
RM35, di Mersing pulak untuk katil queen, toilet dan kipas.

Tapi, yang ni RM50, facilitiesnya macam hotel 3 Bintang kat area KL. 
Siap ada iron board dan seterika upon request.

Cadar katil dan sebagainya, amatlah bersih! Serius, aku tak tipu.
So for me,,, memang hotel ni jadi pilihan setiap kali kami sesaja nak melepak kat area Selayang. ;)
Value for money, and good quality. Thumbs up! <3 

Okay, next update... agak exciting la jugak!
Will blog about our night activities here in Selayang! ;)
Stay tuned ya! ;)

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought! Thank You." <3 <3