Nikah!

Nikah!

Thursday, 17 December 2015

LAST DAY IN TEKEK, PULAU TIOMAN!

                                                                   Assalamualaikum...


          Okay, sementara ingatan dan penyakit RAJIN bertakhta dalam hati ni, jom lah kita habiskan travelog ke TIOMAN ni ye. If ada antara korang yang berminat nak tengok keindahan Pulau Tioman, sila KLIK DI SINI. Aktiviti malam hari yang kitorang buat sebelum bertolak balik keesokkan harinya macam biasalah, pergi makan.

          Makan dekat tepi Jetty, lepas tu kitorang strolling around pantai. Masa on the way ke pantai tu, aku and husband ternampak banner ceramah agama oleh Ustaz Azhar Idrus di masjid yang berkenaan. Nama masjid tu aku tak ingat, then barulah kitorang sedar kenapa semua penginapan penuh untuk tarikh 12-15 MAC 2015 tu... Ghopenya sebab ada ceramah Ustaz Azhar Idrus. 
Masa siang memang tak perasan Banner tu sebab kitorang dah excited and letih dengan trip snorkelling tu. 

         Kitorang tak singgah pun ke masjid untuk dengar ceramah tu, tapi kitorang lepak di tepi pantai sambil mendengar ceramah yang diberikan. Pakaian yang aku pakai tak sesuai nak masuk ke masjid masa tu, dapat dengar kat luar pun dah kira besar rahmat. Lepas habiskan masa di pantai, aku and husband just balik ke bilik and Zzzzz lagi, rehat secukupnya untuk pulang ke Melaka esok.

        Pagi-pagi, lepas berkemas... kitorang terus menapak ke Jetty. Get Ready kat balai menunggu untuk Ferry. Kitorang amik tiket Ferri jam 10 pagi/12 tengah hari kalau tak silap. Sebelum meninggalkan Tioman yang lawa ni, wajiblah bercamwhore dulu! ;)

All set, ready to go! ;)

I am not ready to let it go...

Pulau Tioman, DAEBAK!!! <3 
           
        Masa tengah menunggu ferry sampai, suddenly rombongan family Ustaz Azhar Idrus pun sampai. Rezeki kitorang dapat tengok Ustaz secara live sebelum bergerak balik ke Melaka.

Jetty Tekek Pulau Tioman! Sempat lagi snap gambar ni sebagai kenangan. 

View ni melekat dalam minda, trip dan short vacation yang amat menarik! <3

Wajib pose dengan boarding pass! Huhu. Please jangan lupa amik boarding pass korang sebelum naik ferry, tanpa boarding pass ni, beratur dan tunggulah lama mana pun kat balai menunggu tu, confirm ko tak dapat naik ferry!


            Sedih gila aku tinggalkan Pulau Tioman ni, kalau ikutkan hati ni rasa nak sangat duduk lama kat sini. Tapi sayang... cuti tak panjang. :'( Dalam ferry, both of us tidur memanjang, tak tahu lah kenapa letih sangat. Then, masa nak sampai ke jeti Mersing, tiba-tiba ferry kitorang statik dalam air, and penumpang sume kecoh-kecoh. Aku pun celik je mata, tengok kat luar tingkap, ternampak satu ferry ni tengah karam with few people on the boat. 

            Terus terbuntang mata aku, Ya Allah aku punya kecut... jangan cakap lah. Nasib baik kitorang dah dekat dengan jeti and nasib baik bukan kitorang punya ferry yang karam. Ini lah salah satu risk yang kita semua kene amik sebab anything we do, MALANG NYATA TAK BERBAU. Berdoa dan tawakal je lah yang mampu semoga semua trip dan plan dilindungi ALLAH. 

            Sebenarnya dalam Ferry lagi perut aku dah rasa bisa memulas, tapi aku tahankan jugak. Yelah, kat negeri orang, manalah aku tahu Klinik hospital semuanya kat mana. Ingatkan sampai kat Mersing, bolehlah terus amik bas balik ke Melaka. Sekali tiket semua FINISH sudah... ha memang masak! Buntu kejap kepala kitorang laki bini, last-last... no choice, terpaksa bermalam kat Mersing.
Nasib baiklah banyak hotel kat area situ, kitorang dapat bilik yang attach bathroom dengan harga RM35. Bilik bersih dan sangat luas. Sorry gambar tak ada sebab masa tu aku tak tahu aku nak blogging pasal ni. Huhu

          Nama hotel tu pun aku lupa, sebab dah kelam kabut masa tu dengan bisa perutnya, dengan penatnya, dengan kejutan tak dapat baliknya... Adoi, what an experience lah! Pekan Mersing tu kecil je, malam hanya ada few kedai yang bukak. Nasib ada 7e and KFC. So malam tu kitorang makan KFC, at that time nampak lah jugak sepasang couple yang satu ferry dengan kitorang kat dalam KFC tu jugak. Ni mesti kes tiket bas kehabisan macam kitorang. Haha, lawak-lawak...

         Esok pagi, cepat-cepat kitorang chow dari hotel terus ke stesen bas, amik tiket untuk balik ke Melaka. Dari Mersing nak sampai ke Melaka, mak oiii.... naik kematu duduk dalam bas, hampir 5 Jam jugaklah sebab bas ni berhenti-berhenti amik orang kat Muarlah apa lah. Sampai kat Melaka on 16 MAC 2015 around 1-2pm. Syukur Alhamdulillah selamat sampai. 

         All in all, our 1st Wedding Anniversary trip ni memang best mengancam for both of us. Nak-nak lagi buat si penakut macam aku ni. Haha.
Owh, aku dapat buah tangan daripada Tioman, bisa perut sampai tak boleh nak berjalan, sampai tahap nak berguling dah. Terpaksa diangkat masuk dalam kereta, shoot ke klinik, Doktor kata masuk angin kronik. Padahal aku rasa aku makan je kat Tioman tu macam biasa. 

        Tertanya jugak macam mana boleh kena bisa perut ni. Otak aku bagi jawapan, mungkin sebab aku banyak tertelan air laut yang terlalu masin, payau dan pahit tu lah kot. Agaknya lah kan...
Well, ni lah sum up trip Wedding Anniversary kitorang on MAC 2015...
Hol Daebak bak kata orang korea, DAMN FUN bak kata omputih! ;)
Travelog ke Langkawi, insyaAllah bakal menyusul lebih detail daripada trip-trip sebelum ni. 
Mana tahu kot-kot tahun depan aku sajikan korang dengan travelog ke Overseas? hehe, doakan ye...

ILHANIS, 14 MAC 2015. (1st Wedding Anniversary) <3 

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought! Thank You." <3 <3