Thursday, 18 February 2021

3RD WEDDING ANNIVERSARY (DUTCH HABOUR CAFE, MELAKA)



Hi again, dear readers. 😘
Thank you sudi singgah dan baca bebelan aku berkongsi setiap memory kat sini. 

Semoga ada manfaat untuk kamu juga pada setiap coretan yang aku kongsikan. 💖
Sebelum ni, aku dah update tentang pre celebration, for our 3RD Wedding Anniversary di MyBalloonFiesta, yang post celebration di Perhentian Island pun dah habis diupdate, jadi sekarang ni jomlah baca tentang ILHANIS 3rd Wedding Anniversary Celebration di Dutch Habour Cafe, Melaka.

Owh kejap. Kadang tak semua orang tahu macam mana nak baca previous post di blog. 
Kadang tak semua kita tulis orang nak baca.
So, aku terangkan lagi. Sila cari BLOG ARCHIEVE di sebelah kanan blog aku.
Lepas tu, ada tertera TAHUN.
KLIK TAHUN tu, nanti jumpalah tajuk-tajuk yang aku tulis. 
Ha, pergilah baca mana yang berkenan di hati. 😉😘

Still malas nak cari lagi, dekat bawah post ni aku dah siap listkan semua link. 
Tapi untuk percutian ke PERHENTIAN jelah. 😜

Okay, jom sambung!

Kami rasa tarikh nikah merangkap wedding anniversary ILHAM & ANIS ni, sangat unik = 14 MARCH
which is 14.3 = I LOVE YOU.

Tarikh ni pun suami aku yang pilih. Pandai betul dia kan? Simbolik sungguh tarikhnya. 😘

Macam biasalah, bukan setiap tahun kami berdua dapat merasa cuti lama untuk on vacation exactly pada tarikh ni. Jadi, tahun-tahun yang tak dapat nak cuti on the spot, macam nilah cara kami. Celebrate dulu kat mana-mana restoran, lepas tu bila suami dapat cuti, terus on vacation berhari-hari. 

Tahun 2014, cuti on the spot dengan tarikh nikah. Terus dapat pergi honeymoon.
Tahun 2015 dan 2016 pun cuti sekolah jatuh cantik pada tarikh 14 Mac onwards.
Tahun 2017 ke atas je, cuti sekolah teranjak seminggu ke akhir bulan, jadi terpaksalah kami buat double-double celebration ni. 😂😂

Jadi, untuk 14 MARCH 2017 ni, suami bawak aku celebrate anniversary kami di 
DUTCH HABOUR CAFE, RIVER CRUISE MELAKA.

Cop! Cop! Tapiii, tapi... tapi... 
Dek kerana kami dah sepakat cuti masa ke Perhentian nanti, jadi tak delah kami apply cuti untuk tarikh 14MAC ni. Alkisahnya, aku kerja je macam biasa. Suami aku pun sama sebab cuti sekolah mula akhir bulan mac nanti. 

Biasanya, tiap kali orang hantar bunga, mestilah kawan-kawan kerja aku yang punya. 
Celebrate birthdaylah, celebrate Valentines daylah. Jadi tiap kali nampak bunga datang, aku yang excited untuk diorang. Sampaikan pada hari anniversary aku ni, bila aku nampak orang datang bawak jambangan bunga, aku hanya tenung si penghantar dengan renungan kosong. 
Dalam hati hanya mampu cakap 
"Wah, bestnya... untung siapa yang dapat!" 😌😌😌

Dek kerana aku duduk dekat kaunter khidmat pelanggan, orang kedai bunga tu terus sebut nama empunya bunga, which is ANIS ASHIKALI. 
Ya Allah, aku punya feeling masa tu... terkejut, terkujat, excited, happy, menggigil, teruja, tak sangka, tak percaya, ehhh semualah ada! 😅😅😣😣

Ya Tuhannnnku, sumpah aku tak sangka suami aku hadiahkan jambangan bunga besar gedabak untuk aku! Sungguh, aku tak sangkaaaa sangat! Lepas dapat bunga tu, aku pun apa lagi, menggeletis satu ofis sampaikan tak boleh nak fokus buat kerja dah. 😅😅😅 

Menggigil badan ui! Dapat suprise yang betul-betul suprise, manalahhh tak gigil kepala lutut aku ni. 😁

Aku sangka kawan kerja aku punya. Sekali, bunga tu untuk aku!
Hish, the feeling was indescribable tau! Kalau boleh masa tu jugaklah aku nak terbang pergi peluk cium suami aku. 😆😆 

Sampai sekarang, masih teringat-ingat lagi moment, memori, dan feeling masa aku dapat bunga tu, walaupun dah 4 tahun berlalu. Ada orang bila ada duit, prefer untuk beli aset, tambah harta.
Aku dan suami, bila ada duit lebih, kami lebih suka spend untuk making memories. Kalau tak ada duit lebih pun, kami akan adakan duit untuk celebrate tarikh-tarikh penting dalam hidup kami ni. 😂😂

Sebab? Memories stay forever until we die!
Tapi... duit, harta, aset, tak kan mampu bagi kita memori yang sepatutnya kita cipta with our loves one while we still have them in our life! Living with us in the moment!

Contoh macam aku. Bila aku taip semula entry wedding anniversary yang ketiga ni...
Bila aku ceritakan kenangan tu semula, automatik aku rasa balik semua feelings yang aku rasa exactly on this day although years gone by. Tengok semua gambar ni, aku mampu ingat setiap details dan moment yang aku sambut dan spend time bersama suami.

The memories, the feelings that we feel cannot be replace even by mountains of GOLD! 
Jadi, sementara masih ada peluang untuk hargai dan berkasih sayang dengan orang yang kita cinta, insan yang kita sayang, baik suami, anak, ibu ayah atau keluarga, buatlah sementara masih ada masa. 

Buatlah sementara masih ada kudrat dan nyawa, sebab kita tak akan tahu bila masanya salah seorang antara kita akan pergi dulu. Dan, bila terjadinya perpisahan abadi tu nanti, kita tak akan kenang semula segala jenis emas yang suami kita bagi. Kita akan cari memori perkongsian hidup kita dengan dia. 
Sementara dia bernyawa, apa yang kita buat untuk live life to the fullest, membina keluarga bersama orang yang kita cinta?

Emas, harta, sebanyak mana pun kita cari, kita kumpul, lumrah hidup manusia, semua tak akan pernah cukup. Jadi, pada aku, harta cukup apa yang ada. Memori bersama tu lebih berharga daripada segunung emas dan harta yang kau mungkin ada. Serious talk! 

Sebab apa? Susah nanti, emas kau gadai, harta kau jual. Apa yang tinggal? Duit? Duit lama-lama habis. 
Jadi, apa istimewanya simpan bergunung aset? Fikir-fikirkan. 💕

Cause I know, it is TRULY A PRICELESS MOMENT when we see a happy smile wears on the face of our loves one. 💕💕💕

I know I can buy many things that I want in the world with money and gold. But still, what good does money and gold do, if it fails to create a priceless smile on the face of my loves one? 

What good does it make if I have hundred grams of gold but not willing to spend a little bit of money just to create a memorable memories with the love of my life, while we are still breathing? 

Nothing good comes out of it. Yes, at the moment I choose gold over memories, for a fact, I am a rich person, where I have thousands of money with me. But, at the same time, I am just a poor person who does not have any memories with my family. 

Bahagia itu berbeza, kan? Pilihlah mana yang korang prefer.
Kita semua jalani kehidupan sendiri dengan cara yang tersendiri. 
Tak ada salah, tak ada betul. 
Yang ada tetap duit dan yang tinggal, tetap memori yang berharga. 💋

Done sesi ceramah. 
Macam biasa bukan blog kalau tak ada gambar. So, jom?

Ni muka memang tengah happy gila, senyum menyengih tak berhenti-henti sampai telinga. 😍

Masa ni pun sama, abaikanlah muka tak semenggah tu. Kurus sikit sebab baru lepas baik demam panas. Demam tersampuk hantu pun ya jugak. Alkisah niat nak sewa quarters guru, sekali tersampuk hantu. Nasib badan... 😔😔


I love you more than the word LOVE do, hubby. 💋💕

Bunga asli guys! Wangi! Ni masa otw balik rumah, still tak boleh move on lagi. 😁

Jangan tanya berapa lama aku simpan bunga-bunga ni semua. Lama okay! Tiga tahun plus, barulah aku buang jambangan ni. Itupun sebab mengemas nak pindah rumah bagai. 

Aku dan suami aku ada satu perangai, where by kami akan simpan setiap inci pemberian masing-masing hatta pembalut hadiah sekalipun! Semuanya sebab sayang nak buang. Dah kata hadiah daripada orang yang kita sayang, kalau boleh semua nak simpan! Huhu!

Jadinya bila pindah rumah, nak tak nak buang jugalah kotak-kotak apa semua yang tak perlu simpan tu, sebab simpan bertahun-tahun, bukan guna pun kotak dan pembalut tu semua. 😂 Itupun lepas kena hasut dengan kawan kitorang, dak arep. Kalau tak, mungkin sampai sekarang kitorang masih simpan benda-benda tu. 

Tak pelah, yang dibuang cuma kotak dan pembalut. Hadiah dan memori kekal tersimpan selamanya. 😘

The love of my life! Suami yang cukup membahagiakan aku.😘


I'm a blessed wife! 💕

Never tired of seeing your face, hubby. 😍


Setting ala-ala candle light dinner, di tepi river cruise. Sesekali bot lalu, wah memang rasa macam dekat VENICE! 😍😍😁😁






Aku memang pantang nampak lilin, ala-ala candle light ni. Aku suka wei! Lilin memang cantik!





Okay, as you guys can see, kami pilih menu yang sama untuk dinner malam ni. Thank god! Semua makanan dia sedapppp!!!! To be honest, ni first time kami makan kat sini and terusss jatuh cinta dengan keenakan makanan diorang. 😋😄😄💖💖



143 💖💋


Lepas minta tolong waiter ambilkan gambar tadi, kitorang bergambar lagi dekat meja sendiri. 😁




Halalkan jelah gambar lebih kurang serupa atas tu ea. Aku letak je as memory kat sini.


Marvelous! Memang sedap dessert dia ni! 😍😍

Percubaan try and error effect lighting fon aku.



Overall, kami sangat puas hati dengan makanan dan suasana restoran ni. 
Puas hatilah main terjah datang restoran ni, end up semuanya sedap-sedap.
Menu dia, jenis set. 

So kitorang pilih lamb chop, air + dessert. Satu set = RM60 plus tak salah aku. 
Dek kerana tak plan nak sambut anniversary kat restoran, jadi tak sempatlah aku nak hire event planner untuk meja kitorang ni. Dalam kepala otak aku, menunggu sambut dekat Perhentian je.

Tapi kira okaylah ni, pandai suami aku pilih restoran untuk bercandle light dinner during our anniversary. Semuanya perfect! Thank you so much, sayang! 😘😘



Lepas having our time, makan sedap-sedap, kitorang just spend time jalan sekejap kat sidewalk river cruise, berhenti bergambar kat jeti ni then terus balik rumah. Esoknya kerja! Belum masa nak cuti lagi. 😁

Maka dengan ini juga, berakhirlah entry sambutan during our 3rd Wedding Anniversary pada 14/3/2017. Kalau nak baca entry PRE celebration, boleh baca di SINI.

Kalau nak baca cerita-cerita sambutan our 3rd Wedding Anniversary di PERHENTIAN ISLAND, boleh klik link-link kat bawah ni ya.







Tadaaaa, ada 6 ENTRY untuk sambut our 3rd Wedding Anniversary ni. 
Bacalah sampai lebam. 

Banyak info berguna, jangan buat silap macam aku, bazir ratusan duit terbang gitu aje. 😓😓😓
Selain banyak info best, gambar pemandangan semuanya cantik-cantik! 
Enjoy k! 😘😘

Salam Sayang, 
Anis Ashikali. 💕

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3