Monday, 22 February 2021

K-FRY KE KITA? 4TH WEDDING ANNIVERSARIES .

 


Ya, bertemu lagi kita di entry baru yang ketiga. 💕
Ha, ni betul aku marathon update blog semula.
Bila belek-belek gallery fon, nampak berderet gambar vacations tak update lagi, otak aku jadi saru plak tetiba. 😂😂😅😅

Kang tiap tahun aku berjalan, ambil gambar sampai penuh memory fon. 
Lepas tu biar tak berupdate blognya. Ini semua penangan IG STORY.
Semenjak ada IG STORY, aku macam kureng sikit nak update blog sebabnya IG STORY lagi pantas dan efisyen untuk abadikan kenangan percutian. 😂😂

Blog ni kena taip satu-satu. Gambar okay lagilah, ada beratus senanglah tepek-tepek.
Kalau record pakai video agak leceh nak upload ke youtube dulu barulahhh dapat upload ke blog ni. 
Itu yang buat aku amik masa nak up cerita baru.

But, looks like I cant delay my blog update anymore. 😅
So, kot korang suka tengok gambar ringkas, video ringkas satu-satu tempat yang aku pergi, heads up to my INSTA. @anisashikali. Trylah add, kot-kot aku approve dapatlah korang tengok. 😁
Tak semua orang aku approve di Insta, sebab for me INSTA is a very private place. 
Banyak gambar aku dan family dekat situ.

Since aku suka travel, insta memang sangat-sangat membantu aku update moment-moment percutian masa kita kena on the go. Time tengah kena vas vas tu, tekan record je, update, update dan update sampai lebam! 😜😜 So, mana yang terkurang dekat sini, actually penuh dekat insta tau.

Actually sambutan our 4TH Wedding Anniversary ni tersangatlah pendek. 😅😅😅
Saja aku bebel lebih sikit, nak panjangkan entry. 
Tapi bila da start, eh actually panjang jugak nak cerita ni. 😂

Alkisahnya, aku plan nak sambut 4th Wedding Anniversary dekat JOGJA. 
Tiket flight + hotel, aku dah beli. Tinggal tunggu nak travel je.
Sekali... tak sangka, lepas beli tiket flight awal DEC 2017. hujung DEC 2017 tu aku dapat tahu aku dah pregnant. Rezeki, syukur ya Allah. 4 tahun aku try to conceive, sampai dah putus harapan, rasa diri ni mandul coz period pun irregular. 

Masa aku dah putus asa tulah, Allah datangkan rezeki yang tak kami sangka. Alhamdulillah.
So, niat nak berhavoc-havoc kat JOGJA macam dah kena take a step back.
Sebab umum tahu, JOGJA memang adventure place.
Ada Pantai Timang, ada Candi Borobodur, Ada Cave Tubing, dan macam-macam lagi.
Aku pun nak ke tempat-tempat yang cantik dekat sana. 
Tak sabar nak be adventures dengan suami aku. 

But, once dah tahu aku pregnant, niat nak jadi adventurous tu macam kena fikir dua kali sebab obviously aku tak boleh lasak-lasak in first trimester. Takut gugur. 
So, kami masih nekad nak pergi, cumanya kami decide untuk laid back with activities je.
Until... aku kena morning sickness yang sangat teruk, tahap berkepit dengan katil 24 jam, masa tulah suami kata let go je JOGJA ni. 

Burn jelah duit, kot ada rezeki lebih nanti, boleh pergi dengan anak.
Aku macam nak paksa diri pergi jugak. Kononnya macam nak rehat jelah atas katil dalam hotel.
Then suami aku cakap tak guna pergi kalau nak rest je, bazir duit. Baik burn je duit tiket daripada kuarkan duit travel end up, stay je kat hotel.

Masuk akal apa suami aku cakap, then we just letgo the booking. Tak apalah, demi anak aku kan.
Aku tunggu dia lama kot, apalah sangat takat let go duit flight + hotel ni.

Abaikan nama email aku tu, aku memang peminat fanatik kartun BARBIE, thus terciptalah nama email yang kelakar tu. Gosh, malu nak guna email tu bila da dewasa ni. 😅

Aku amik plan Hotel + Flight.

Flight details.



Hotel Details.

Aku fall in love sangat dengan hotel ni, sebab cantik...!
Tapi, itulah tak ada rezeki nak pergi JOGJA lagi. 



Interior hotel ni cantik, exterior pun cantik. Manalah aku tak terpikat. Kolam renang pun besar, harga pun murah. Sesuailah kalau nak duduk sekadar untuk berehat kat malam hari, sebab siangnya mesti kita busy berjalan.

So, setakat tahun 2018, aku say bye-bye ajalah dulu pada JOGJA. 
Entah bila dapat jejak kat sana, tak tahulah aku. Sekarang ni tengah musim pandemic COVID19. 
Entah bila travel dan tourism domestic dan international akan pulih semula. 😢😢😢
Sedih ui, tak dapat travel lihat dunia.




Jadi disebabkan masalah morning sickness aku, makanya untuk 4th Wedding Anniversary ni, aku just ingat memang tak adalah sambutan apa-apa pun. 
Tapi suami aku ambil cuti 14 MAC 2018 ni.
Ingat dia nak bawa makan sekitar Melaka je.

Rupanya dia plan nak bawa aku makan di KL. Nak suprisekan aku.
Sudahnya sebab busy melayan anak buah bagai, kami bertolak ke KL pun dah tengahari. 
Merajuklah jugak suami aku sebab apa yang dia plan tak jadi. 😆😅
Aku cakap, aku tak tahu dia nak bawa aku keluar negeri. 
Kalau tahu, awal-awal lagi aku dah bersiap. 😆😆
Alahai sayang. Lain kali beritahulah awal-awal. 😆😘

Owh, lupa. Actually aku dah beberapa kali keluar 'spotting' dan asyik ada rasa ngilu dekat ari-ari. 
11 MAC 2018 ni, waktu malam, aku pergi klinik Dr. Fadhilah sebab ari-ari aku rasa memulas lain macam. Bila Dr. Fadhilah diagnos aku mungkin sedang hadapi 'threaten misscariage', doktor terus bagi aku MC 3 hari, untuk BEDREST.

Tarikh MC aku, 12-14 MAC 2018. 
So, aku dah terbayang aku memang tak boleh ke mana-mana untuk celebrate anniversary kitorang.
Katil jelah jadi peneman.
Mana tahu, suami aku berani juga nak bawak aku makan di K-FRY IOI MALL.
Kata dia, jalan perlahan-lahan. InsyaAllah tak jadi apa-apa.

Haha, mujurrrrr memang tak jadi apa-apa. 
Kalau tiba-tiba aku bleeding pulak dekat Putrajaya tu, tak memasal betul.
Dahlah jauh dari Melaka! 😅😂😂

Aku memang tak pernah fail bab merakam memory ni. 😇

Aku tahu K-Fry ni wujud, tapi tak sangka suami aku nak bawa makan kat sini on our anniversary. 
Sampai di IOI Mall Putrajaya, kami teruslah ke restoran ni nak makan.
Sekali kena beratur kau! Panjang pulak tu. Masa ni tak ada sistem nombor lagi kat sini. 

Dapat meja, tengok menu, aku berkenan nak makan Bumbuk tu, tapi tak kesampaian.
Habislah pulak. Adeh.. nasib baik aku tak kempunan, kalau tak meleleh air liur anak aku. 😅😆
Alternativenya, kitorang makan tteokbokki, chicken wings, dengan dessert tembikai gedabak, entah apa nama dia ntah.

Jomlah layan gambar. 
Maklumlah, kenangan. 💖

Muka pucat, muka tak selera nak bersolek, muka nak simple-simple, muka nak pakai shawl sesimple boleh, muka orang sakit, ha inilah dia. Muka orang pregnant 4 bulan. 😅😆

Masa awal-awal pregnant nilah, aku paling tak kisah dan tak heran dengan penampilan aku. Sebab aku morning sickness teruk kan. Pastu dah mengandung dah pun, apa nak pedulik pasal appearance. Janji aku pakai baju sudah. 😁😆😅


Sementara tunggu makanan, kita bergambarlah dulu as kenangan. Kot tak ada umur nak sambut wedding anniversary yang kelima nanti, manalah tahu kan. 😓😓😢😢






Aku letak je semua gambar as kenangan. Walaupun semuanya hampir sama. Nanti Mawar baca blog Ibu, Mawar boleh nampak rupa Ibu macam mana masa tengah mengandungkan Mawar. 😊

Mula-mula suami aku order ayam soya garlic ni je dulu, sebab kitorang tak sure K-FRY ni sedap ke tak, tekak boleh terima ke tak. Bila dah makan, eh sedap pulak! 😆😆

Specialnya, dia siap bagi kita makan pakai gloves sebab tak payah susah-susah kotorkan tangan. 


Bila tak dapat makan cheese bumbuk tu, dan bila ayam goreng dia terbukti sedap barulah aku berani nak order Tteokbokki dia pulak. Nasib baik sedap, bila sedap, kita orderlah makanan lain. Kalau tak sedap, kita keluar makan dekat restoren lain. 😁😅😅

Serius besar gila tteokbokki dia. Seafood tteokbokki. Aku suka makan rice cakes je sebenarnya, bukan nak makan gadan dia sangat. Kuah dia mak aiiii, pedas nak mati! Aku yang kuat pedas ni pun tak tahan pedas tu. Dan, sebanyak-banyak gadan ni, aku makan fish cake dengan rice cake dia je. Yang lain, terbiar sepi. Samalah dengan suami aku. Dia lagilah tak minat seafood. Aku minat jugak, cumanya tak boleh terima rasa seafood tu dengan sos yang agak manis ni.

Inilah dia dessert tembikai yang besau gedabak ni. Ingatkan kecik, sekali sampai saiz dia macam nak bagi sepuluh orang makan! Yang datang makan, berdua je pun! 😆😆😆
Tapi serius sedap! And kitorang tak mampu nak habiskan dessert ni.

Tteokbokki dia ni pun besauuuu sangat. Boleh makan 4-5 orang. Tapi sayang, rice cake dia sikit sangat! Seafood je yang banyak. 😔😔  Lain kali kalau order lagi, aku nak request banyakkan rice cake dan kurangkan seafood. Hhuhu!

So... after makan, aku dan suami jalan tawaf satu mall. 
Aku jalan dah terkedek-kedek macam penguin. Pinggang sakit sangat. Kejap-kejap berhenti duduk. 
Masa ni, aku tak tahu lagi aku diagnose cervical incompetence. Mujur... tak jadi apa-apa masa ni. 
Syukur, Allah memang nak hadiahkan Mawar Erina pada aku dan suami. Besarrr dah anak aku. As of 22/2/2021 ni,  umur Mawar dah 2 tahun 6 bulan.💖

Alhamdulillah, walaupun simple sangat sambutan 4th Wedding Anniversary ni, aku rasa cukup bersyukur dah dapat sambut bersama dengan suami dan anak dalam kandungan. 
Tak apalah tak dapat jalan ke Indonesia, asalkan aku dapat bersama dengan suami dan anak aku setiap saat.

And, nak dijadikan cerita, aku dapat jugak makan cheese bumbuk tu kat K-FRY One Utama masa Deepavali 2019. 

Ni lah babyboo ni. Masa ni, Oct 2019, Mawar baru setahun dua bulan. 💓😋

Aku naik KL time ni just sbb nak shopping di One Utama. Kebetulan, Sapik ajak makan K-FRY, and rezeki kami bumbuk tu ada. Dapatlah rasa makan. Sedapppp rupanya! Tu ha tengok kuali, licin ui!
😍😍


So far, yang aku suka makan dekat K-FRY ni, pancake dia, Soya Garlic Chicken Wings, Bumbuk, dengan Tteokbokki. Tapi Sue ajar aku makan bibimbap dia, mula-mula aku macam skeptical sebab takut tak sedap. Aku tang makanan jepun dengan korea ni memang payah tekak aku nak terima. Kalau boleh makan pun cuma yang aku dah pernah rasa dan confirm sedaplah.
Namun nak mencuba-cuba order, aku tak berani. Kang tak sedap, bazir je duit.

Bayar pakai duit kot bukan pakai air liut. kalau bayar pakai air liur, satu buku menu tu aku order. 
😜😜😆😆

So, inilah menu-menu yang aku suka dan confirm akan repeat makan lagi bila datang sini. 

Kitorang makan yang Ori. Lain kali kalau ada rezeki nak makan lagi, nak makan yang ori dan yang spicy cheesy pulak. Staff dia akan tolong gulungkan untuk kita, kerja kita cuma makan je! 😁😁

Garlic soya wings ni, memang favourite aku suami isteri.

Yang ni Jeon Pancake tak silap. Tapi sedappppp! Cicah pulak dengan sos masam dia tu, fuh terangkat! Patutlah orang korea ada banyak pancake ea. Tengok running man pergi pasar malam, mak ai... macam-macam jenis ada. Tapi kat K-FRY ada satu ni jelah.

Yang ni tuna bibimbap kot. Kalau tak silap akulah. Ingatkan jenis bibimbap dalam bowl nasi yang gaul-gaul tu, rupanya staff dia akan tolong kita gaul-gaul dan bulat-bulatkan macam ni. First time try, oklah sedap! Boleh telan! 😃

Dan tteokbokki, sos dia weird sikit. Takat ni sos tteokbokki yang aku blh terima, Myeong Dong punya je. Yang dubuyo dengan K-Fry, aku macam krik-krik sikit.

Kalau dessert, semua pun aku boleh telan. Ada yang mini, ada yang besar. Tapi masa kitorang makan on wedding anniversary tu, tak tahu tembikai tu akan datang sebesar tu ya. 

Actually tak mahal mana K-FRY ni, mampu makan lagilah. 
Yang tak mampu nak makan selalu tu sebab ramaiiiiinya manusia datang sini makannnn...
Kena beratur, kena tunggu nombor. Adui, tak sanggup betul rasa.
Yang kecewa tu kalau beratur berjam-jam lamanya, tapi makanan yang kita nak makan tu habis.

Itu yang aku rasa macam susahhhh je nak makan kat K-FRY ni. 
Nak makan, perlukan kesabaran yang jitu! 😆😆
Tak kena gaya, boleh terbakau darah kita.

Okay, itu jelah yang aku nak ceritakan. 
Akhirnya, siap juga entry ni. Adui... banyak lagi cerita nak berupdate ni! 😅😅😅
Sementara aku sambung nangis dalam hati mengenang banyak entry yang tertangguh, 
korang enjoylah dulu baca cerita-cerita lama.

Walaupun kadang-kadang aku update benda simple macam ni. 
Aku harap korang suka baca coretan memori aku. 😘😘

Salam Sayang, 
Anis Ashikali.

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3