Monday, 24 June 2019

SNOOZE 2, CAMERON HIGHLANDS!


Assalamualaikum.
Musim durian ni, sedapnya kalau dapat pekena musang king atau udang merah kan?
Nyumsss! Actually, aku tak berapa sihat. Musim durian ni, memang aku bantai durian aje kejenya.

Plus nak banyakkan susu badan, aku minum air mata kucing pulak. Dah berlawan-lawan panas dalam badan ni. 😅 

Okay, tak yah bebel banyaklah pasal aku.
Terus ke main point, aku nak update hotel yang paling last untuk percutian CHECK IN CHECK OUT aku ni.

Hari tu, aku check in kat HOTEL KAMILIA, PENANG.
Lepas tu, check in kat M ROOF, IPOH.
La ni, aku last check in dekat SNOOZE TOO, CAMERON.

Trip ni merupakan vacations jenis CHECK IN,CHECK OUT hotel.
Dan, juga JALAN_JALAN CARI MAKAN.
Kalau nak baca kisah sebelum-sebelum ni, silalahhhh ke blog archieve aku.

Penat dah nak cakap banyak kali. Atau, boleh klik older post di akhir post ni nanti.
Zaman dah maju, teknologi dah canggih pandai-pandailah korang godak ea.

Okay, lepas beli Limau Bali kat Tambun, and Drive Thru MCD, kitorang shoot terus, balik kampung.
Kenapa aku kata Cameron ni kampung aku laki bini walhal kitorang anak jati Melaka?
Sebab CAMERON ni dah macam belakang rumah je gamaknya.

Bosan-bosan, naik je CAMERON. Haaa, gitu!
Trip ke CAMERON and discover tempat cantik-cantik pun dah banyak aku upload kat blog ni.
GODAK kalau nak baca, jangan malas!
Tak kan semua aku nak suap? 😝

Anyway, thank you so much pada yang sudi singgah dan menaikkan pageviews blog aku ni.
Okay, nak cite dah ni.
Post yang ni, aku tak banyak amik gambar sebab dah selalu sangat pergi Cameron.
Yang luar biasa, hotel ni aje kali ni.

Sebab? Aku dah lama nak inap kat hotel ni sejak dulu kala, but asyik penuh je.
This time, rezeki aku. Dapat jugak tido kat hotel ni.

On the way naik, entah kenapa lately aku kerap rasa pening.
And pening dia jenis, kalau aku kemam jeruk je boleh lega sikit.
 Tapi tak adalah sampai tahap tak boleh bangun.

Sampai je kat atas ni, kitorang check in dulu.
Then malam, kitorang ke pasar malam BRINCHANG yang dulunya ada kat BRINCHANG, dah bertapak ke GOLDEN HILL. 

So lepas ni, siapa nak pergi pasar malam, sila ke GOLDEN HILL ye.
Kat situ ada apartment baru untuk menampung jumlah pelancong yang naik ke cameron ni.
Tiap kali cuti, MESTI SESAK! Adoi... pening deh!
Drastik sangat pembangunan kat sini, orang makin ramai sampai jadi tak berapa sejuk kecuali time hujan.

Kenapa aku suka hotel ni?
Sebab DECO dia, modern dan cantik, minimalis pada aku yet ada touch of vintage.
Hotel ni betul-betul kat tapak pasar malam BRINCHANG yang lama.
 
View depan.

Bahagian reception hotel. Belakang tu macam tempat melepak, kira lobi hotellah.

Beverages and few necessities kot korang nak beli.
Lepas check in, naik ke bilik melalui pintu kaca yang ada security sistem ni. Hotel ni memang jaga penghuni dia, orang yang x ada kunci tak boleh masuk at all.
Koridor nak ke bilik-bilik hotel.
Ruang dekat koridor, untuk melepak, makan, berborak suka hati kaulah nak buat apa pun.
Ada mini kitchen, gunalah apa kau nak.
Tak ingat yang ni pintu bilik kitorang atau orang lain. 😅 Aku just nak tunjuk view pintu tu je.
Masuk je, beginilah keadaan bilik kitorang.
Katil atas platform.
Belah kiri katil ada toilet.
Bersih!

Shower, nasib baik siap ada air panas. Kalau tidakkk... ya Allah, seram aku nak mandi. Air dia, sumpah SEJUK NAMATEYYYYY WEIIIII! Masa kitorang datang kali ni, cuaca agak sejuk sebab hujan. Kau bayangkanlah air dia sejuk tahap mana. 😅
Bila bukak lampu, nampak berseri sikit bilik ni.


Yang ni contoh bilik aku.
Simple, yet modern kan?

Tapi satu je aku tak suka. Bilik ni, kalau kau bukak pintu toilet cenggini and lepak atas katil, macam ada bau hapak. I dont know tu bau tandas ke apa, tapi tandas dia bersih!

Mungkin bau sejuk, atau udara yang terperap dalam tu. Aku notice bau tu hilang dan berkurang bila aku tutup pintu toilet ni.

Overall, aku puas hati.
Movie pun best dan banyak.
Malam tu kitorang beli makanan kat pasar malam golden hill, makan atas katil, lepak layan movie the green scarf and tidur!

Esoknya, aku kena bangun awal, nak ke Ladang teh Sg. Palas again untuk makan kek hantu nasi lemak cheese cake. Pasal KEK sedap ni, aku ada upload kat post NI

Lepas tu, kitorang gerak ke Ampang KL, aku nak tandatangan perjanjian terbit novel dengan LOVE NOVEL ENTERPRISE.
BTW, I'm finally a NOVELIST! Yeay!! 

Impian tercapai!
Okay, aku tunjuk dulu harga bilik yang aku booked thru agoda ni.



Tarikh tak sama kan? Haha, sebab aku ada buat pemindahan tarikh untuk check in kat sini.
Sebab, 3-4 DEC aku kat PENANG.
4-5 DEC aku kat MROOF IPOH.
5-6 DEC baru aku naik CAMERON ni.

Aku nak tunjuk harga bilik semalam aje, affordable kan?

Aku tunjuk bilik-bilik lain, ihsan google ea?



Banyak lagi, tak larat nak search!
Korang cari sendiri. Tapi bilik-bilik lain besar sesuai untuk yang datang ramai.
Macam aku laki bini aje, dapatlah bilik double room tu.

Owh cuma satu je masalah hotel ni.
DINDING DIA SANGAT NIPIS!
Boleh dengar orang sebelah kentut! Wakakaka! 😆😆😆

Soooo, kalau nak 18sx tu, sila tutup mulut! 
Kalau tak buat malu jeeee! 😆😆😅

Ni aku tempek gambar lobi dia dari arah belakang. Google punya ni.


Okay, itu aje... sebenarnya, masa naik ke CAMERON ni, esoknya tu aku rasa letihhh sgt.
Mcm x bmaya nak jalan, tapi kuatkan semangat aje.
BTW, sejak dua tiga menjak since NOVEMBER 2017, pinggang aku rasa sakit manjang.
Macam nak patah aje.
 Tak tahu kenapa...

Sebelum balik cam biasa, kitorang singgah KEA FARM, beli makanan.
So... berakhirlah percutian pendek kitorang ni ha.
Tahun 2017 ni rupanya tahun terakhir aku berjalan, sebelum kaki aku kena gam, kena ikat selama dua tahun!

Nak tahu kenapa?
Tunggu next updatelah ea! 😉
Penat dah aku marathon update blog ni.

Nak taip manuskrip ketiga pun, mood kelaut.
Sebab rasa cam nak rehatkan otak jap. Bagi chancelah, penat kot siapkan 4++, pages manuskrip untuk novel kedua aku tu. 😓😓😓

Okay, jom layan video! Penutup vacations kitorang.
Tunggu dua tahun nanti, baru kitorang dapat jalan semula.
Wakakaka! 

Nanti, aku nak update pasal rumah pulak, dan satu entry special untuk MAWAR ERINA. 💗😘😘

So, enjoy!


Salam sayang,
Anis Ashikali. 😘

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3