Tuesday, 18 June 2019

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PENANG!


Assalamualaikum...
Ya, bertemu kita lagi di entry special JALAN-JALAN CARI MAKAN, PENANG.

Haaaa, nampak gambar mee atas tu? Pergh, aku dah terliur. Mula mengidam nak kunyah mee tu beb! 😖 Nasib baikkkk tak mengandung masa up entry ni. Kalau tak, kena terbang pergi Penanglah dari Melaka. Mujur, Melaka dah bukak route untuk fly direct to Penang! Yeay!!

Tunggu Mawar besar sikit, aku sure aku naik Penang dari Airport Baru Berendam! 😍

Okay, esoknya, aku bangun awal pagi, check-out then berdesup masuk Pulau Pinang.
TRIP JALAN_JALAN CARI MAKAN ni, aku kena buat itineary baikkk punya, sebab aku kena cari route yang sekali jalan, supaya kitorang tak perlu patah sana sini untuk makan-makan.

Sebabnya? Dari Penang, kitorang nak ke IPOH! 😀

Yeay, hilang dah migraine! Rasa sangat bertenaga, dan bersemangat!
Muka excited nak pergi makan!!

Port makan pertama, Roti Bakar Kacang Pool Kompleks Desiran Tanjung Tokong.
Aku dah berkobar-kobar nak makan Kacang pool ni sebab last aku makan bertahun dulu kat Johor, masa suami aku belajar kat Maktab Temenggong Ibrahim.
Rasa macam dah muak makan masa tu, tapi sebab lama tak makan, mula terliur balik!

Sampai dah kompleksnya, tapi sayang seribu kali sayang.
Kedainya TUTUP! CUTI! Halaaahhhh, memang merengek nangislah cita dia! 😭😭😭😭😭😭


Tu ha, kedainya. 😭
Alahai, tak ada rezeki datang kali ni nak makan.
Tak apalah, bermuram durja pun, hidup kena teruskan. 😩

 So, kitorang terus tuju second Port!
Padang Kota Lama, Pulau Pinang untuk makan Mee Sotong Pata Hameed kat medan selera dia!

Aku tahu pasal Mee Pata ni daripada sharing Kak Neen, @NeenaAnuar masa dia ke Penang ritu.
So dah alang-alang ke sini untuk wedding, tu yang singgah nak lepaskan hajat tekak.

Sila beratur, tunggu giliran ye. Masa aku datang ni, perbarisan tak panjang mana.
Diorang ada jual Pasembur jugak, so tak payahlah aku susah-susah pergi tempat lain untuk makan pasemboq! 

Haaaa tu dia!! Sedapp ngat ngat bhai! Ya Allah, sambil menulis ni, aku terliurrrrr!! 😣😣😣😣
Mee Sotong Pata Hameed ni, rasa dia sedap! Sangat sedap sebab lain dari yang lain pada aku. 
 Dia bukan macam mee goreng biasa. Dia luar biasa. Pastu tak berapa pedas sangat. Just nice je!
Aku order satu dulu, nak tengok tekak boleh terima ke tak. Tapi memang boleh diterima tekak!
End up, satu pinggan ni kongsi dua orang sebab aku still nak makan makanan lain.

Kak Neen laki bini, makan tiga pinggan kau! Haha, nampak betapa sedapnya mee ni?
Ikutkan aku, aku nak makan lagi sepinggan, tapi perut kecik. Nafsu je besau gajah! Hahahaha.

Okay, kak neen cakap, nak makan mee pata ni boleh makan sekali dengan Coconut Shake kat sini.
Katanya combination yang sedap, dan lainlah rasa coconut shake tu.
Kalau ikutkan tekak aku, tak terasa nak minum pun sebab Coconut Shake Batu Berendam Melaka, dah cukup tip top kat tekak aku ni.

Tapi, since aku followers setia kak Neen, makanya aku pun trylah order satu coconut shake ni.
Okay, memang sedap. Tak manis sangat, just nice lemak-lemak je rasa dia.

Memang a veryyy good combination!
Muka happy dapat makan! Ahaha! 😋
Okaylah, dah lepas hajat makan Mee Sotong pata Hameed ni.
Now, aku nak makan Pasemboqqqq pulak!

Berkali dah datang Penang ni, tapi aku memang tak tahu kat ceruk manalahhhh nak dapat Pasemboqqq yang paling sedap sampai hilang akal!

Majority, yang aku jumpa sikit lebih kurang je sama dia.
Maybe next time datang, aku kena korek sampai akar umbi, mana nak dapat PASEMBOQQ hebat tu.

Sedap, tapi biasa je pada tekak aku cause I've eat better.
Terliur dak tengok saya? Haha
Sambil makan minum, dating eratkan kasih sayang suami isteri, kitorang dengar alunan gemersik seruling sorang pak cik ni. Sangatlahhh merdu. Macam-macam lagu dia mainkan.

Tersentuh hati aku, rasa sayuuuu je. Mendayu-dayu bunyi seruling yang pak cik ni mainkan.
Dengarlah dalam video kat atas tu ea.

Okay, dah lepas hajat makan mee pata.
Next, where to?

Kitorang singgah satu Mall ni, tapi aku tak ingat dah nama dia.
Okaylah, cantik jugak dalam dia.


Aku suka tengok tingkat kedua tu, yang macam ada pintu bewarna warni tu Unik sangat!
Rumah hantu, memang taklah aku nak masuk.


Suami aku berminat nak masuk, aku tak nak. Sorry, hantu bukan kawan aku! Haha
Tak tahulah ada perayaan apa kat Mall ni, tapi banyak interior deco yang cantik. Aku pantang nampak hanging umbrella camni, mesti aku jadi excited.

Lantern! Salah satu kegilaan aku jugak. Cantik kalau pandai hias! Tunggu rumah aku siap, bilik mawar and bilik aku memang akan ada ratten ball ni.

Terasa macam kat Thailand tiber...

Bunga teratai and naga pulak dah...
Tengah belek naga...

Bunga sakura pulak dahhhh, I is confuse, perayaan dan musim ape je yang Mall ni tengah sambut ni? 😅😅😅
Plastik pun plastiklah, pegang jugaklah.


Masuk mall ni sebab kononnya, aku nak cari makanan luar biasalah.
Kalau macam mall kat KL kan jumpa macam-macam kiosk makanan yang pelbagai.
Macam desserts, kek, snacks, juice and etc etc.
Tapi kat Mall ni, aku tak terjumpa pulak benda-benda tu semua.

 Yang aku jumpa, decorations ni aje. 😆
Dah kata ni TRIP JALAN_JALAN CARI MAKAN, kan?
Wajiblah aku fokus on makanan je. 😅😅😅

Okay, pastu kitorang keluar dan terus menuju ke DEEN MAJU NASI KANDAR.
Selalunya aku masuk Pulau, cari LINE CLEAR.
Kali ni, aku nak cari DEEN MAJU pulak.

Alkisahnya memang kena beratur kalau pergi makan kat kedai-kedai famous ni. 😅

Mogok lapar, dan panas! Panjang oi line beraturnya. Sila bawa kipas dan payung kalau rasa kau sejenis puteri lilin.
Nak sampai turn dahhh, senyumlah sikit! Aku paling tak suka suami aku punya misai tu. Ni kes dia lupa shave. 😒😒
Pilihan lauk yang ada.
Dan lagi...
Dan sayur-sayuran.
Nasi kami laki bini. Yang ada telur asin tu, nasi aku.
First time makan kat Nasi Kandar Deen Maju ni, aku tak tahu nak order lauk yang macam mana.
So, kami just pilih ayam dan sayur. Kuah tu, request kuah campur.
Rasanya? Fuhhh, hebat kau! Kalah LINE CLEAR!
Seriussss, sedapppp! Next time kalau jejak kat Pulau Pinang lagi, confirm aku serbu DEEN MAJU.

Haaa, lepas makan nasi kandar, aku request nak makan laksa paling sedap kat PENANG.
Dengar kata LAKSA JANGGUS paling sedap.
So, ke sinilah kami.
Agak jauh jugak daripada DEEN MAJU.

Tapi demi sepinggan LAKSA, suami aku layankan jugak.
After all, memang kitorang nak heading to IPOH pun.

Dah sampai sini... kawasan kampung jugaklah.
Besar kawasan kedai dia.
Fuh, mengancam cili padi tu. Cili padi tumbuk, bukan potong tau!
Konsep layan diri, order kat kaunter, bayar, bawak ke meja sendiri dan makan!
Order satu je sebab aku je hantu laksa, suami aku tak minat makanan mee yang berkuah-kuah ni sangat.
 Rasa dia?  Memang pergilah! Sedap bak ang! Serius sedappp!
Masa makan ni, actually perut aku kenyang lagi tau. Serius kenyang.
Tapi sebab dah nama pun JALAN-JALAN CARI MAKAN, aku sumbatttt jugak laksa ni dalam perut.

Habis jugaklah aku makan. 😂
Cuma satu je aku tak gemar kat LAKSA JANGGUS ni.
Kedai dia banyak lalat! Mohon pakai lilin halau lalat tu, boleh? 😒

Ada jugak makanan lain kat sini selain laksa.
Tapi aku lupa, apa yang ada. Sorry tak snap picture. Kemalasan!
Okay, habis sudah trip kat PENANG. Moh le kita beransur balik, singgah ke IPOH!


Sebelum balik, sempat aku beli pisang goreng dia.
 Serius rangup, sedap, manis, tak lembik, eh cukup segala-galanyalah kat pisang goreng ni.
Aku suka, dan menepati kriteria yang aku nak!
Tak sedau hinggat perut dah macam nak meletup dah ni.
Tetapppp SUMBATTTT! 😆😆😂😂😂😂

Serius weyh, habis je makan LAKSA, perut aku kemurungan!
Sakit sebab terlalu kenyang.

Mana taknya? Makan tak sedau ingat!
Belum sempat proses Mee Pata, Pasemboq, Coconut Shake, aku sumbat Nasi Kandar pulak.
Belum sempat proses Nasi Kandar, aku sumbat Laksa dengan pisang goreng pulak.
Kerja gila kau! Hahah, mendapat! Memang sebu semacam.

Hadap jelah, so jom! Layan video ni.
Suami aku buat video ni, untuk kenangan.

Lepas ni, aku share Trip ke IPOH pulak k. 😘

Salam Sayang,
Anis Ashikali.

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3