Assalamualaikum...
Okay, now kisah kitorang berhoneymoon kat P.Pinang dah sampai ke hari yang kedua.
Well, for today... bangun2 pagi je kitorang bersiap untuk berjimba kat dining hall hotel sebab pakej kitorang include breakfast sekali. Excited pepagi nak pergi isi perut... jom layan gambau!
|
kan dah cakap kitorang excited nak pergi berjimba mengisi perut yang kosong. hihi |
Kat bawah ni few pictures yang describe the dining hall. Masa kitorang jejak kat hall ni, orang memang ramai sangat. Nasib baik ada jugak meja untuk kitoran duduk. Btw, kalau korang nak tahu, if pakej korang include dengan breakfast, sila lah datang awal ye. Sebab diorang ada limit masa until 10-11 am je kalau tak salah aku lah. If lambat datang, melepaslah korang punye breakfast... buat rugi je!
|
1st makanan yang aku amik. Proportion tu agak banyak, ye aku tahu! Ingatkan ada nasi je yang dihidangkan.
Tak perasan pulak ada macam-macam kat situ. hahaha...
Teruk benau rabun aku ni. |
|
Samosa... rabun mata aku dah agak hilang, sebab tu boleh nampak Samosa ni. hahaha |
|
Awat muka aku lain? hahhaa |
|
Kitorang mintak tolong waiter kat situ amikkan gambar ni, end up dia amik gambar kabur.
Huishhh... apalah nasib! :( |
|
Kabur pun kabur lah... janji ada rupa, meh kita posing lagi! kihkihkih... |
|
Bila aku ajak senyum sama-sama, husband aku memang suka buat muka pelik-pelik macam ni. |
|
Ekpressi muka yang kekenyangan... tapi masih tak nak berhenti makan. Hai, nafsu syaitan betul! |
Okay, after bersantap kat hotel, kitorang naik bilik semula, bersiap-siap untuk ronda-ronda di kotaraya. Sebelum meronda, kita camwhore kat bilik dulu seperti di bawah ini.
|
Okay, ni bukan nak menunjuk kamera tu, tapi terpaksa ambik gambar melalui pantulan cermin coz masa ni monopod ke,
tripopod ke, segala pod-pod belum wujud lagi. ;) |
|
Kabur pun kabur lah labu... janji ada! ;) |
|
Our Favourite picture! <3 |
Then out out we go! Port pertama, ke Padang Kota Lama, dan Fort CornWallis Penang! Kat sini tak ada apa-apa yang istimewa, cumanya kalau dah ke P.Pinang ni, ni antara tempat yang wajib kau pergi untuk menghayati sejarah.
|
Saja meniru aksi statue ni. Aku ni memang tak pandai posing and amat malu dengan kamera.
So... sebab tak nak menjadi patung tak bernyawa kat dalam setiap gambar, aku pun mula membuat bermacam aksi
yang seumpama dengan tempat aku bergambar tu. |
|
Posing lagi! Kang kalau tegak macam nyanyi negaraku dalam setiap gambar, di mana keindahannya ye tak? |
|
Husband aku memang suka posing pelik-pelik. Hhaha |
|
Comel je kerusi ni... ;) |
|
Bersungguh jalan mengangkat kain! Hahaha...
Masa ni aku punyalah panas... sampai berpeluh-peluh! Gatal nak pakai dress jalan tengah-tengah panas, ha hambik kau! |
|
Kekonon takut nak turun ke bawah tu... padahal mana ada zombie pepanas macam ni. Ahaks! |
|
kat meriam pun jadi... |
|
Terkitai-kitai kaki aku nak panjat and remain dalam position ni. Rasa macam nak tercekik pun ada.
Hahaha, ni ada couple yang baik hati tolong amikkan gambar kitorang kat sini sebab kebetulan, diorang yang mintak tolong kitorang dulu. Ahahaha... |
Lepas ke sini, kitorang pekena passembur kat medan selera yang berdekatan. Ni semua gara-gara akak aku cakap datang Penang kene try makan passembur. So, aku punya lah google mencari mane passembur yang sedap, tapi tak jumpa-jumpa. End up, makan kat medan selera. Semua nama gerai ada nama passembur, sampai pening aku nak pilih yang mana satu.
|
Ni la ghope passembuq tu... rojak rupanya! Tapi banyak hokey utk makan 2 orang, aku bayar RM15.
Husband aku dah dok jeling-jeling sebab aku amik banyak sangat. Manalah aku tahu yang dia akan potong2 sebegini rupe...?
Last2 tak habis makan, bungkus kekonon nak makan malam kat bilik. Sudahnya, semua ni ke tong sampah sebab malam tu TV tengok kitorang. Kitorang berdengkur keletihan lepas makan. |
Port seterusnya, kitorang masuk georgetown. Sepanjang aku jalan kat Penang ni, sana sini selalulah kedengaran bunyi hon yang membingitkan. Orang sana memang suka main hon agaknya! Pening aku...
Maka dalam pening-pening tu, kitorang sampailah ke 3D art Georgetown! Tengah2 panas terik tu berjalan satu georgetown nak cari lukisan-lukisan mural yang lawa and alive just untuk bergambar. Pakai dress pulak tu! Fuyooo... berpeluh!! Nasib baik bawak motor, sebab jam gila kat tengah bandar ni! Dari satu art nak ke satu art, ada yang dekat, mostly banyak yang jauh. So... menapak la kita!
|
1st 3D art yang kitorang jumpa. |
|
Pakai dress dengan selipar? Haha buruk benau... tapi takpa, sebab dress aku labuh, tak nampak kaki. Muahahaha
Nak pakai kasut tinggi, husband aku bising sebab nanti aku bawak 2,3 kasut pergi bercuti, muatan beg bertambah berat.
Jadinya... berselipar lah kita. |
|
Percubaan melompat untuk menghalang jaringan bola! |
|
Aim dulu sebelum lompat! |
|
Alamak tak cukup ketinggian la pulak! |
|
kan...? Kan...? Kadang-kadang husband aku terlampau spontan. hahaha |
|
Cubaan menjadi minion, tapi mimik muka tak berhasil! |
|
As you stroll along the road mencari lukisan 3D art ni, memang bangunan berkonsepkan seni bina cina menjadi hidangan mata. |
|
Rata-rata kat area georgetown ni, ramai tourist yang berjalan kaki, tak kurang jugak yang berbasikal.
Aku nak try naik basikal, husband aku tak nak pulak sebab dengan dress aku yang berambu ramba ni, mau tersepit pulak celah rantai basikal. So terpaksa batalkan niat, jadi kenalah menapak-tapak dan bertapak... |
|
Lukisan ni dia hampir-hampir nak tutup masa kitorang sampai sebab kayu-kayu kat situ macam dah nak roboh.
Nasib baik ada jugak rezeki aku bergambar kat sini. |
|
Cubaan meniru yang gagal! Tangan aku lagi sebelah tu entah apsal jadi macam tu... huhu |
|
Tudung pun dah senget benget! |
|
Kreatif husband aku posing, hehe |
|
Aku plak copycat idea husband aku. Haha |
|
Nampak macam selesa je aku duduk kan? Tapi actually motor ni condong tau, agak susah jugaklah aku nak naik duduk atas dia. Silap haribulan, motor ni jatuh ngan kau-kau sekali dihempapnya. |
|
Stabil atau tidak, aku tetap nak berdiri atas ni. Hahaha |
|
Masa husband aku bergambar gini, semua tourist yang menunggu giliran nak bergambar pandang dengan penuh minat.
Lepas kitorang blah, mungkin diorang pun mencuba aksi yang sama. Muahahaha |
|
Rasa-rasanya kat gambar ni lah yang husband aku kene cramp kat tulang ekor sampai menyeringai kesakitan.
Aku plak risau kot-kot jadi pape kat dia kat negeri orang ni, dengan sape aku nak mintak pertolongan. Huishhh, seriau kejap!
Nasib baik, after about 20 minutes... cramo tu hilang. Cuak aku! |
Lama jugak aku kat 3D art ni, rasa macam dah malas nk cari lagi eventhough banyak lagi lukisan yang kitorang tak jejaki.Sebab dah penat, kitorang just decide nak ke rumah seniman P. Ramlee. Kalau dah sampai Pulau Pinang, takkan lah tak nak jengah rumah arwah P. Ramlee yang amat berbakti pada indutri perfileman melayu klasik ye tak?
Masuk ni kali kedua aku jejak ke rumah P. Ramlee ni, 1st time aku jejak Penang masa darjah 3, ikut rombongan sekolah agama kakak aku. Lain benar rumah ni sekarang ni, dulu masa aku datang depan rumah ni ada kubur... now dah tak ada, totally dah berubah. Aku plan nak datang sini pun sebab husband aku tak pernah sampai ke sini lagi. So, moh le kita ke rumah seniman P. Ramlee. ;)
|
Kat sini actually tak boleh bergambar dalam rumah ni. Tapi, disebabkan tak ada orang jaga, aku dengan selamba tenuk melanggar arahan. Hahaha, ampunnn... aku bukan mencuri pun, ambil gambar kenangan je. |
Ha ambik, muntah darah tengok gambau kitorang banyak-banyak ni kan? LOL, kan aku dah kata entry ni aku nak post gambar banyak-banyak. Tadahlah mata korang tu, kalau tak suka, exit out je...
Kat Galeri kehidupan arwah P. Ramlee, ada satu gambar arwah yang buat aku rasa sebak masa menatapnya, imej tu kekal dalam ingatan aku sampai ke hari ni. Dalam gambar tu arwah senyum gembira, tapi nampak jelas kesedihan kat mata dia yang berduka. Mata tak mampu menipu, jadi bibir yang tergaris senyuman hanyalah sebagai penyamar bagi tontonan umum. :(
Ni nak habaq ni, lepas ke rumah seniman P. Ramlee, memandangkan esok dah nak check out from hotel and bertolak balik ke Melaka, aku cadangkan kat husband supaya balik awal hari ni. Nak habiskan masa kat dalam bilik hotel tu. Mahal aku bayar, sudahnya jadi tempat tido dan mandi je. Almost all day tak lekat dalam bilik. Rasa rugi sangat!
Hajat di hati nak sangat ke taman botanikal dan jugak bukit bendera. Nak sangat naik! Tapi masa betul-betul mencemburui kitorang. Kejap je dah petang. Rasa keburuan waktu all the time!
Sebelum continue next activity, jom kita pekena laksa penang dulu.
|
Aku makan laksa Penang kat stall tepi jalan nak ke area hotel aku, SEDAP laksa ni!
Aku ni memang hantu laksa, tapi bila kat P. Pinang ni, aku tak tahu laksa mana yang paling power dan sedap, so sudahnya ini yang menjadi pilihan aku. Ternyata pilihan aku tak mengecewakan! ;) |
Lepas makan, sudahnya aku and hubby decide untuk ke tanjung bungah cari parasailing. Jumpa tu memang lah jumpa, tapi bila tengok harga dia punyalah mahal ya ammmpunnnn! Takat dia tarik kau sejauh 5 meter, sorang rm150! Pergh, memang cekik darah! Rasa tak berbaloi langsung.
Kenapa tak amik yang 10 atau 15 meter? Lagi jauh kau amik, lagi cepat duit kau terbang melayang! Yang 5 meter pun dah RM150/ kalau 10-15 meter sorang RM350. Ha kau congaklah sendiri!
|
Ni lah jadah Parasailing tu... gambau ihsan dari Google. Entah bilalah aku boleh merasa main benda alah ni ha. :'(
|
Masa otw kehulu kehilir nak ke tanjung bungah mencari ESCAPE, kitorang yang sesat. ESCAPE nya tak dijumpai, maka bertolak baliklah kita ke Miami Bay, then terjumpa dengan sukan BLOB yang amat best, kitorang singgah tengok orang main. Pasang niat nak bangun awal pagi esok untuk pergi main. Lepas menghayati keindahan Miami Bay disebalik liku selekoh-selekoh yang damai tu, kitorang balik hotel...
Mulalah session beramah mesra dengan bilik honeymoon, kah kah kah,
Husband aku setting meja kat balcony tu depan TV, sambil bersantap, kitorang hadap news kat TV about MH370, pastu sudahnya naik baring ke katil, dan aku berdengkur ketiduran... hahahaha, TV tgk kitorang sampai kol 3 pagi. Aku dengan terpisat-pisatnya bangun kemas beg dan barang2. Husband aku pun tolong sama, sebab esoknya nak kene checkout hotel dah. Kan kata nak plan pergi ke Water Blob tu pepagi? ;)
No comments:
Post a Comment
<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3