Sunday, 18 October 2015

TERBAIK DI HYDRO HOTEL MIAMI BAY, PULAU PINANG!


                                                                     Assalamualaikum...

     Hye semua! Selamat malam... Tonight aku nak menceceh about my first honeymoon at Pulau Pinang. Ni entry yang ketiga, so if nak baca entry yang kedua... sila rajinkan diri anda klik di SINI
This entry aku nak tunjukkan pemandangan hotel and Miami Bay from our room, Jom, jom!

Ni view if we look at our hotel room door. See? Ruang kat pintu pun dah very spacious!

Once ko toleh ke belakang, ko akan nampak view yang sebegini. Nak tau ape yang buat aku excited? Tu!
Almari tu once kita bukak, lampu dia menyala dengan sendiri nye. How cool is that?! Hahaha
Gila excited aku main bukak katup almari tu. Cakap lah aku jakun ke hape, ada aku kesah? ;D

Ni pulak section menonton... sila abaikan kain baju dan beg yang bersepah di atas sofa tu ye...

Okay, ni view masterbed! With the touch of yellow bedside lamp, memang suasana tu nampak amat-amat romantik!
Pada mata aku lah... kalau pada mata korang nampak biasa, well everybody has their own opinion. 

Ha nampak? Lighting memang memainkan peranan penting dalam bilik aku ni. ;D

Ni view once aku dah selak tirai jendela tu... wow, tak yah susah-susah bukak lampu,
cahaya semulajadi dah cukup untuk menerangi seluruh bilik aku ni. Gorgeous!! 

Baring atas katil sambil bertemankan view sebegini. How cool is that? Superb!!

Bilik air dia, memang bersih gilos! Besar!!! Kan aku dah cakap, HYDRO HOTEL PENANG yang aku duduk ni
memang terkenal dengan SPACIOUS dia. 



          Okay, aku lupa nak amik gambar keseluruhan bathroom kitorang ni. Sebab, masa tu aku x nampak reason why should i take it? Now, bila dah ada tujuan nak tempelkan kat blog, and gambar tu tak ada, aku rasa menyesallll sangat!

Ihsan dari pakcik google, macam nilah lebih kurangnya aku punya bathtub tu!
        One more thing, aku memang book bilik yang membolehkan aku tengok laut yang cantik tu everytime aku bukak jendela bilik kitorang. Once aku tengok view daripada balcony bilik kitorang, aku rasa happyyyy sangat-sangat!

View yang boost up my mood immediately! ;) <

Tambah plak dengan pemandangan arial view yang cantik ni, memang ummmpphh! ;)









       Ya Allah... lawa gila air dia! Aku ni memang gila bab air yang bercolor-color ni. Walaupun air dia tak sejernih and secantik kat pulau perhentian, at least air dia tetap jernih dan color biru kehijauan tau! Cantik sangat! Tengok tu, aku sampai boleh sidai towel kat balcony nak keringkan towel aku punya pasal. Jangankan towel, suar palazo aku pun aku basuh and sidai kat balcony ni. huhu.

         Okay, enough pasal hotel. After check in, aku ngan husband rehat-rehat kejap. Pastu bersiap, terus turun ke lobby nak pergi sewa moto untuk kegunaan kitorang selama kat sini. Kenapa motor? Sebab murah! Lagipun takat nak jalan nak tengok tempat orang, aku memang tak nak amik kereta. Sebab rasa tak berbaloi duduk terperap dalam kereta walaupun selesa. Coz nanti aku tak dapat menikmati udara segar dan keindahan Miami Bay ni. Kan dah cakap yang aku ni pencinta Alam.

     
Ha gambau ni kitorang amik masa last day honeymoon, ni tengah dok kalut nak pergi hantar moto ni balik.

          After dapat motor, kitorang ingat nak terus pergi berjalan-jalan area town. But masa tu pun dah around 3-4pm, nak pergi ke town melawat taman botanikal ape sume macam dah x sempat. Turun je from hotel, sebab lapar and tak makan lagi... kat depan jalan tu ada pantai and medan selera.  So kami bersantap di situ dulu, aku pekena laksa penang if not mistaken. After that, aku just decide, jom lah kita jenjalan cari souvenir untuk family on the very 1st day. Kang esok lusa dah berjalan, tak sedau hingat, apa pun lupa nak beli.

         So, dengan tak tahu mana nak beli souvenirnya... dengan tak sure apa yang nak dihadiahkannya.
Nampak plak papan tanda Jeruk Madu Pak Ali. Jeruk ni famous kat P.Pinang. So, automatik otak aku fikir "hey, jeruk quite good! Sebab semua orang boleh makan". And... tak perlu pening-pening fikir nak bagi orang ni ape, orang itu apa. Tak yah susah-susah fikir or rasa bersalah kat diri sebab orang ni aku belikan ini, orang tu aku belikan itu. Haaaa... nampak? Faham? So... aku main pukul rata je semuanya. Hahahaha

        Banyak gilos aku borong paket besar jeruk Pak Ali kat kiosk dia. Bila dah beli banyak-banyak tu, masa naik motor still muat lagi simpan dalam bakul skuter kitorang, and also muat letak kat tempat kaki. Tak adalah penat nak peluk plastik ke apa. Tapi aku dah mula seriau bile memikirkan macam manalah kekdahnya kitorang nak jinjing plastik borongan jeruk ni sampai Melaka balik? Adoi... parah! Tak pe, jangan fikir dulu, ni baru 1st day kat Pulau Pinang, kita enjoy dulu!

Jeruk Madu beg besar yang macam nilah yang aku beli borong smpai 13 paket kalau tak silap.
Pastu sebab aku tau mak aku suka jeruk buah pala, yang tu aku beli paket kecik dalam 2-3 paket.
       Ada je jeruk timbang kati, depend pada preferences koranglah kalau datang ke sini.
Ni jeruk timbang kati aku panggil. hehehe

      Lepas dah dapat jeruk, nak masuk Georgetown rasa macam dah malam tak sempat. Lagipun tak berapa tahu jalannya, so kitorang patah balik hotel antau jeruk-jeruk ni semua. Then malam dalam pukul 7 lebih lepas maghrib, kitorang keluar semula. This time, kitorang singgah Ferigghi night market yang semua orang dok cakap-cakap a must go place if in P.Pinang tu.

      So far kat sini, aku tengok dia ada jual macam-macam lah. Lebih kurang macam Jonker Walk kat Melaka, tapi variasi barang dia lebih banyak dan mostly semua lawa-lawa. Kat sini, aku just cari baju untuk aku suami isteri, and untuk mak ayah, nenek, kakak and abang ipar aku as a souvenir. Dapatlah jugak baju yang cantik dalam price range yang okay bangat. 
Jom layan gambar, tapi aku amik gambar sikit je.

Merah benau inai kat jari. Hahaha
Abaikan muka yang nampak gemuk and tak semenggah tu sebab aku letih gila masa ni, penat berjalan.
Nak tak nak je amik gambar ni as kenang - kenangan.



OMG! Gemuk gila aku masa ni! Hahaha
Masa ni memang berat badan aku naik macam di pam-pam. Huishhh tak semenggah sungguh.
Btw, aku just bawak baju and tudung yang simple-simple je sebab senang nak sarung and chow!
 kang bawak banyak-banyak husband aku bising coz memberatkan beg. 

Suar husband aku pun suddenly nampak senteng masa ni. Hahaha What happen? Dunno!

          Okay, lepas bershopping kat Feringghi Night Market ni, kitorang pergi makan kat town Ferigghi tu and balik ke bilik. Rehat! Esoknya nak jalan lagi. Penat wei...
Next entry aku tepekkan gambar yang lawa okay? ;)

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3