Sunday, 11 October 2015

NASI KANDAR LINE CLEAR PULAU PINANG and HYDRO HOTEL PULAU PINANG!

                                                        Assalamualaikum...

         Okay, sebelum ni aku dah story macam mana dan bagaimana aku ke Penang.
Now entry ni aku nak story pasal Hotel and aktiviti kitorang kat sana.
Kalau ada yang berhajat nak baca entry pertama, sila ke SINI

         Lepas naik ferry, sampai saja di Pulau Pinang, kitorang terus ke stesen bas, nak ke hotel di Miami Bay. Kalau pergi ke Pulau Pinang, tak yah lah risau susah nak catch a bus ke ape ke, sebabnya kerajaan Pulau Pinang ada sediakan Shuttle Bas yang FREE untuk korang meronda-ronda dalam bandar.

         Ada jugak bas yang korang kene bayar, tapi tambangnya standard tambang bas lah. Tak mahal pun, bas selesa... ala-ala bas panorama kat Melaka ni. Yang penting, hampir setiap masa korang boleh spot bas berjalan di atas jalan raya, tak susah and tak payah tunggu lelama. Macam aku dulu dari town nak ke Miami Bay, tambang RM2.70 sorang. See?? Murah tau! Aku kalau pergi travel, memang sokong pengangkutan awam. Haha

         Sampai je kat Pulau Pinang, rasa macam awal lagi nak ke Hotel sebab check in pukul 3 petang. Kitorang dah bertapak kat town around pukul 8-9 pagi.  Awal kan? Sementara tu, sempat lagi kitorang pergi singgah kat MYDIN, beli sedikit makanan dan barang keperluan diri. Lepas tu, perut lapar, so kitorang pekena NASI KANDAR LINE CLEAR PULAU PINANG yang teramat famous tu!

       
Nampak sedap kan? Memang sedap gilossss! 

This is mine!

Ni hubby aku punye...

Dah makan, kenalah bergambar buat kenangan! ;)

Menunjukkan mimik muka kekenyangan... bukan kelaparan tau! hihi

Okay seriously... Nasi Kandar Line Clear ni memang thorbaik! SEDAP MENJILAT JARI! ;)



        Then lepas makan, sebab baru 1st day baru sampai, perut pun dah kenyang, badan pun dah penat dari malam dok dalam bas, belum dapat rehat terbaring sepuasnya... jadi kitorang decide untuk just take a bus to Miami Bay, terus siap-siap lepak tunggu kat hotel walaupun masih awal, belum sampai check in time.

         On the way nak ke Miami Bay, both of use become ssoooo damn excited sebab nampak persekitaran yang amat-amat indah all the way up to Miami Bay that awaits us! Hehe, terasa macam dok kat luar negara pun ada time tu. As we stroll along the road, mata aku melingas mencari-cari air laut Pulau Pinang ni. Nak sangat tengok, betul ke dia jernih bewarna biru macam yang aku tengok dalam gambar? Aku ni memang peminat setia air bercolor-color ni. hahahaha

         Then, aku terjengah-jengah mencari betul ke ada parasailing yang aku nak cuba sangat tu kat Batu Feringghi? Memang rezeki aku agaknya, tup tup masa tengah duduk dalam bas, aku catch a glimpse of air laut yang sangat membiru, seakan-akan ada 3 lapisan color, then ada orang tengah buat parasailing! Yepppiiiiii!!!! Aku punyalah happy masa tu, Allah saja yang tahu. ;)

          Tak pe, sabar...banyak masa lagi. Jom check out Hotel pulak. ;)

Well, inilah mercu tanda lokasi honeymoon kami, MIAMI BAY!

         Seriusly turun saja from our bus, aku dah mula terpesona dengan keindahan sekitar tempat penginapan kami ni walaupun aku tak jejak lagi dalam hotel kitorg. Tahu kenapa? Sebab suasana dia sunyi, tapi bukan sunyi tak ada orang. Tapi sunyi yang damai sebab kau akan terasa ala-ala kat negara barat sebab kau toleh ke depan, kau akan nampak laut yang membiru kehijauan, kau akan nampak bangunan hotel yang sangat modern dan lawa, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa yang tentunya membuatkan semuanya bertambah indah. Huishhh tak terungkap lah betapa indahnya tempat honeymoon kitorang ni kat mata aku.

           Jom layan gambar hotel pulak.

Mercu tanda!

Kawasan lobby!

Part of the pool view from the lobby...

Dining hall from lobby view...




             Okay itulah papan tanda hotel kitorang, lawa kan? Ruangan lobby dia memang besar and luassss sesangat! See ruangan kolam renang dia, lawa gila! And parts of dining room dia yang berkonsep open air kat tepi pool. Maaflah gambar tak berapa berseni sebab masa aku ambik gambar-gambar kat sini, aku ingat just nak buat collection sendiri jerk. Buat kenang-kenangan sesama family... but suddenly it hits me! Aku ada blog, so better aku abadikan travelog aku di sini lengkap dengan gambr dan cerita other than just menyimpan koleksi gambar sahaja.

     
              Banyak gila facilities yang ditawarkan kat Hydro Hotel Penang ni. Aku buat online booking kat Agoda, antara review yang buat aku tertarik nak menginap kat sini because it is a very quiet and beautiful places. Aku tengok gambar aku boleh nampak air laut yang membiru. Then hotel ni ada private passage to the beach, ada private beach dia sendiri. Kemudian, lokasi dia yang strategik, easy to spot, and the room is very the spacious! Hehehe, kalau nak tahu facilities yang lain, sila google ye. Banyak! Banyak sangat!!

              Masa aku tengok review-review and gambar kat Google, aku yakin-yakin je percaya dengan tak sebab boleh jadi semuanya Indah khabar dari rupa kan? But Alhamdulillah, turns out semuanya INDAH RUPA DARI KHABAR! Ini aku jamin 100%! Sebab aku dah pergi, dah merasi dan dah alami semuanya.

                Sampai kat hotel, we just lepak-lepak di ruangan lobby until check in time. Sempat lagi aku and husband tido kat sofa lobby yang besau tu, merehatkan diri. Tak pedulik orang dah sebab, aku bayar untuk facilities ni, suka hati aku le nak buat ape pun as long as aku tak jahanamkan harta benda awam. Hahaha. Sempat lagi aku meninjau-ninjau toilet kat lobby, wow memang lawa, wangi and bersih tahap gaban! Bagus-bagus, aku suka a clean toilet! Itu penting untuk memberikan keselesaan yang maximum pada aku. ;)

               While my hubby tido, aku strolling around the lobby, menikmati keindahan sambil tak berhenti ucap syukur dan be amaze with the view, ciptaan Allah Maha Kuasa.
Okay, keindahan ni tak terhenti di sini je, masuk je bilik kitorang, lagi ternganga2 mulut aku.
 Hahaha, next entry aku kongsi ye.






       

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3