Monday, 22 February 2021

PAMPAS SKY DINING (5TH WEDDING ANNIVERSARIES)

 


Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur aku untuk menyambut 5th Wedding Anniversaries kami pada 14 MAC 2019 ni. 

Alhamdulillah, aku pun dah selamat lahirkan MAWAR ERINA pada 16 AUGUST 2018 yang lepas, which is ON MY OWN BIRTHDAY!! HAhaha, adoilah anak. Memang special sungguh Mawar Ibu dan Ayah ni. 💕💕

Kisah pregnancy journey dan kelahiran MAWAR ERINA, aku dah kongsikan semuanya dalam blog ni. 
Kalau berminat nak baca, boleh cari di blog archieve aku ya.
Tak pun, taip je MAWAR ERINA. Nampak nama ilhanis.blogspot.com, ha blog aku lah tu. 

Yang rapat mungkin dah tahu, lepas bersalin, aku dan Mawar terkena gangguan.
Mawar pulak, ramai orang tua cakap dia ada sawan tangis.
Dan memang ya, Mawar masa dalam hari, kerap nangis sampai menggigil-gigil suaranya. 
Yang aku perasan start asar ke maghrib tu, haaa waktu tulah dia akan jerit sekuatnya. 

Fear not, aku memang tak henti berubat untuk kami sejak dalam pantang. Itulah, cerita-cerita tentang ni semua dah lengkap dekat Mawar punya post. Kalau aku nak cerita lagi kat sini jadi berjela pulak nanti. 😅 So, I'll skip the story, boleh baca di entry Mawar ya. 

Lepas tu, Mawar jenis yang suka sangat duduk rumah je.
Dia tak suka naik kereta, tak suka keluar rumah, tak suka pergi mall.
Believe me, aku dan suami pernah try bawa Mawar naik kereta round taman, dan pergi mall sekejap je pun. Dia punya nangis, masyaAllah... satu mall boleh dengar! Non-stop okay. 

Kelam kabut Ibu Ayah dia bawak balik rumah. Bertuah punya anak! 😅😅
Dek kerana Mawar masih kecil, aku pun baru lepas bersalin, dengan few factors dengan Mawar yang aku rasa dia tak ready lagi nak jalan jauh... makanya kitorang masih tak boleh pergi travel lagi.

Nak pergi vacations pun tak dapat. Simpan jelah hasrat tu dalam hati. 😆😆
Well, for our 5th Wedding Anniversaries, aku dan suami plan untuk sambut dalam Melaka je.
We go for a Movie date, and dinner date! Without Mawar! Hahaha... 😆😆😆

Lama gila tak keluar dating berdua sejak Mawar lahir. 
So, aku nekad nak berdating ngan suami je hari istimewa ni. 
Mawar, kami tinggalkan dekat nenek dia kejap. 😆😆

And, for the movies, kitorang tengok cerita Aquaman di MBO Elements Mall.
Dulu, sebelum zaman pregnant, kalau nak tengok wayang je, first choice GSC DP/MP.
Sejak MBO Elements wujud, we switch and go here for movies all the time.
Lepas tu, sadly now, since covid19 exist, all cinemas close for business. 

Rindunya nak tengok wayang! 😢😢😢😭😭😭😭
By this FEB 2021, katanya vaksin for covid19 dah ada.
Rata-rata, banyak negara dah amik vaccine ni.
I just hope and pray this vaccine will really works so that we can go back to our old normal. 💕

So, pagi anniversary tu, sebelum tinggalkan Mawar, kita bergambarlah dulu. 

Alahhh si debab ni tau. Sayu je hati Ibu Ayah nak tinggalkan dia. 😅😍

Sorry sayang, tahun ni je nak Ibu tinggalkan Mawar sebab mawar kecil lagi. Tak elok nak bawak masuk cinemas, and Ibu tak akan ajar Mawar pergi cinema until you've come at the right age to do so.
Okay, baby? 😘

Then, lepas makan, kami terus ke MBO Elements. If not mistakenlah, sebab obviously makan popcorn je mana kenyang! 😆 

Waiting for the movie to start.


Rindu MBO! 😢

Nasib baik cerita Aquaman tu memang best nak mati, rasa excited gila dapat tengok cerita awesome macam tu on our special day. Yelah, nak keluar bukan senang sejak ada anak ni. 
Alkisahnya, suami aku ni. Tengah tengok movie, boleh rindu kat anak sampai tak sabar nak balik. 😅

Sabarrrr jelah aku. 😅😆
After movie date yang habis around 4pm something. 
Kitorang pergi ke The Shore sebab Pampas Sky Dining ni terletak dekat sini.
Alkisahnya, aku rasa macam membazir nak hire orang decor meja dinner kitorang.
So, few days before aku dah beli hiasan kat Kaison, yang simple-simple je.

On this day, aku plan nak suprisekan suami aku dengan hiasan meja yang aku buat sendiri. 
And with something else. Yang ni tunggu, nanti aku cerita.
Maka, aku yang agak clumsy ni naiklah ke tingkat 41 sorang-sorang, dan aku suruh suami aku duduk dalam kereta sampai dah siap nanti aku panggil.

Aku reserve meja pukul 6pm macam tu. 
Aku naik atas nak decor meja, pukul 5pm macam tu. 
Yang kelakarnya, dek kerana aku naik atas restoran gah ni bawak beg deco barang, bawak belon siap, manager yang sambut aku tu dok pandang aku sebelah mata je. 

Fuh, bakau darah. Layan aku pun macam acuh tak acuh. Sabar jelahhh!
Mungkin dia ingat aku deco girl agaknya. Dia tak tahu aku ni customer dia! Adui, sabar jelah aku layan, hadap je cara dia pandang aku sengkek tu. 😆😅😅😅😅
Alhamdulillah, saya mampu makan kat sini Cik Manager.
Cuma deco je saya buat sendiri sebab rasa membazir decor mahal-mahal. Kami tengah simpan duit nak masuk rumah masa ni. 😅😆😆😆

Then, bermulalah episod aku dok decor meja outdoor, tepi tingkap yang cantik, ditemani dengan angin macam puting beliung. Sana sini terbang, sana sini tersingkap. Ehhh, menyirap plak kita! 😆😆😆
Aku lupa satu faktor masa book meja outdoor ni, which is ANGIN KUAT!!!! 
Aku dok fikir nak naik atas glass deck, nak tengok sunset dengan suami, dinner sambil tengok sunset. 
Syok fikir panorama macam tu sampai aku terlupa makin tinggi kita naik, angin makin kuat!

Ha, dah tu gasaklah. Ambik kau! 
Mujur tak terbang melayang jatuh je semua deco tu dari tingkat 41 sampai ke bawah. 😆😆😆

Itulah managernya. 😅😅

Meja yang aku pilih untuk having our dinner. Itu jelah pun deco yang ada. Aku rasa aku macam jimat deco sendiri. Tapi... bila fikir balik, rasa macam lagi jimat kalau hire orang deco. Sebab barang-barang deco yang aku beli ni pun dah cecah RM50 plus. 😆😅😅 Tambah lagi RM100 je, rasanya dah boleh dapat deco yang kebabom! Tapi itulah, aku ni kadang-kadang silap kira tang harga. Pastu bila dah nampak hasil simple gini, rasa menyesal pulak tak upah orang hiaskan meja. 😆😆😆😅😅

Alah, jadilah kan? Asal ada. 😆😆😆

Bunga, lilin ni semua aku pilih sendiri. Alas meja pinjam nenek aku punya sapra. Haha! 😂😂

Yang kelakarnya tu, perasan tak betapa confidentnya aku kat atas ni nanti aku boleh candle light dinner dengan suami bertemankan api lilin yang meliuk lintuk? 😅😅😅 Sebab tu aku beli lilin putih bentuk love rose tu dua!!! Siap beli lighter okay! Sudahnyaaaa, api ke mana, lilin ke mana! ANGIN KUAT OI! Celah mana nak hidup LILIN tu pun aku tak tahu! 😂😂😂😂 

Ya Allah, dak Anis ni kan... datang time sewel, time lurus bendul aku tu, kalah tiang letrik!! 😂😂😂Sudahnya, tak berlilin aku makan! 😆😆😆 Dah tu, hiasan secoet tu hujung meja. Kain alas meja kat sekeliling bucu tu pun, dok terbang ke atas meja. Sampai tertutup semua deco aku. 

Sudahnya, aku keluarkan segala barang mekap aku, hempapkan kat setiap penjuru alas meja tu. Dengan harapan, semoga mekap-mekap aku tak terkorban menjunam ke bawah tingkat 41 tu! 😅😅😅😅

Selesai decor, aku turun bawah, ajak suami aku naik sama. So, it's picture time!

Sakit telinga weh, naik lif tinggi-tinggi ni. Lepas tu gayat dia lain macam. Lif dekat The Shore ni pulak, laju yang amat. Berdesup kau sampai! 😆😆😅

My man! 💋

You snap my pictures, I snap yours! 😋

Tu ha, nampak reflection aku dekat cermin belakang suami aku tu?



Nilah, kerjaan aku. Sama-sama ambil gambar. 

Lepas tu, posing! 😁

Baju elok dah cantik, aku lupa nak pakai heel/wedges. Sempoi je aku pakai sandal! 😂😅😆

View dekat PAMPAS SKY DINING ni, MasyaAllah, memang cantikkkk sangat! 😍😍

Asalnya, memang aku nak duduk dalam BIRD CAGE besar gedabak ni, barulah lagi fefeling romantik tu kan? Tapi nak tahu harga dia berapa? RM500 untuk duduk makan dekat meja tu je ya. 😅😅😅
Belum harga makanan lagi. RM500 tu, aku boleh beli lampu LED untuk satu rumah aku, tak pun kipas angin dua/tiga biji. 😆😆😆

Kita rakyat marhean, sedar diri. Duit ada pun bukan boleh bazir suka hati. Biar berpada-pada. Jadilah dapat makan dekat meja luar tu pun, view dah cantik gila dah. Masuk je suami aku kat sini, dia ketawa tengok aku deco meja kitorang. 😆😆😆 

Then, sesi bergambar pun bermula. 😋😋

Suami aku tengah seronok tilik bandar melaka kat bawah tu. 😁


Dear hubby, I love you soo sooo much! 😘😘


Tak dapat duduk dalam Bird Cage tu, dapat jadikan dia background gambar kitorang pun, aku dah seronok sangat dah! 😍😍😍

Haaaa, belon helium tulah the actual suprise! 😆😅

Suami aku tahu, aku nak deco meja kitorang. Yang dia tak tahu, aku tempah belon helium ni. 😆
Kalau tadi, decor meja aku nampak macam kosong, macam ada something missing je kan?
Tapi bila ada belon ni, mood meja tu lighten up sendirinya! Hahaha! 

So tak adalah rasa macam, 'Lah, ini je hiasannya?!" 😂😂😂

Manalah manager tu tak pandang aku senget? Aku bawak beg kertas isi barang deco, pakai sandal, pegang plak belon helium tu kat tangan, lepas tu cakap "Saya ada reservation dinner pukul 6pm, saya datang nak hias meja dulu, boleh?" 😆😆😆😆😅😅😅😂😂😂

Anis... Anis!!

Dek kerana angin kuat gila, aku seriau nak letak belon awal kat meja. Aku dah try. 
Belon tu hampir terbang ke langit! 😆😆😆
Aku try letak kat lantai, belon tu kalah kena wrestling dengan angin, sampai tersembam-sembam member kat atas lantai.

Aku dok risau dia meletup je. 
Hilang duit RM60 hengget aku, apa pun tak dapat kang! 😂😂😂
So, aku minta jasa baik restoran simpankan dulu belon aku indoor, dan aku hanya bawa keluar bila suami aku da sampai atas ni. 

And masa aku naik berpegangan tangan dengan suami aku, jumpa manager yang sama, cakap aku nak masuk untuk reservation aku, manager tu look soooo confius, sampai dia tanya,"Cik ni customer kami rupanya? Bukan orang hias-hias meja tu?" Muka dia dah terkejut gila.

HAHAHAHAHA! 

Aku pun katalah, ya saya yang nak makan kat sini, nak sambut anniversary dengan suami. Tapi saya deco meja sendiri je. 😆😆😆

Mulalah dia ketawa malu, tersipu-sipu merah mukanya. Terus dia minta maaf kat aku. 
Ha, sendiri sedarlah tu gaya dia pandang, gaya dia bercakap dengan aku tadi macam mana kan? 😆😆
Tu yang automatik say sorry tu. 😋😋
Barulah dia nak pandang aku setaraf pandangan untuk customer. Hahaha, adoi, lawak sungguh aih!
Barulah dia layan aku baik, tak de dah pandang aku sengkek.  😂😂😂😂😂
Adoi, what an experiencelah! Sumpah lawak. 
Masa aku taip cerita ni pun, mengekek aku gelak. 😅😅😅

Tak apalah cik Manager. Janji awak tak naikkan darah saya sudah. 
Saya faham awak confius. Biasa orang hire deco personnel.
Tapi orang macam saya, saya kadang-kadang suka buat semua sendiri.
Kepuasan tu lain macam! 😁😁😁

Itulah kisah belon helium tu... so moh le kita sambung bergambar! 😋😈

Haaa, kan nampak lengkap hiasan tu. Belon ni aku tempah dalam kedai belon The Shore ni je. RM60. Aku tempah 2/3 hari awal. Just bagitahu nak design apa bagai, datang collect and bayar saja. Simple!




Tengok gaya baju aku terbang macam dalam gambar atas bawah ni, korang dah boleh agak betapa kuatnya angin dekat atas ni. 




Susah nak ambil gambar dengan tulisan belon tu sebenarnya.Shawl pun tak boleh dok diam. 😅

No caption dah untuk gambar-gambar kat bawah ni. Enjoy the view jelah ya. 😘



Habis bergambar, jomlah kita duduk sebelah suami balik.


Makanan pun dah sampai, jomlah kita minta tolong manager dia ambikkan gambar kita. 😜



Best feeling ever when everything goes exactly how I planned it! 💋💖

Harap sangat macam dalam setiap doa ayang, ayang boleh cium abang sampai bila-bila. Kalau boleh, ayang tak nak salah sorang antara kita pergi. Ayang nak kita sama-sama besarkan anak kita bersama, sampai kiamat nanti. 💕💖


Sorry gambar gelap sikit, malas nak edit. 😆 Btw, itulah beg-beg yang aku bawak masa naik atas sorang-sorang tu. 😆

Our dinner menu. Aku makan pasta apa ntah, suami aku pilih lamb chop apa ntah, fries is a must and of coz salad. Nilah pilihan kami, alhamdulillah semuanya sedap! 

Lepas habis makan, kitorang sambung bergambar dekat meja lain pulak. Suami aku ajak tukar-tukar meja. Nasib baik memang tak ada orang pun masa kitorang makan kat sini. Ada dalam satu dua couple je. Sementara tunggu dessert siap, macam biasalah kita posing cantik-cantik dulu. 😍































Dek kerana suami aku tak nak pergi tengok sunset dekat view deck ke apa ntah nama dia, so kami tengok sunset dari meja PAMPAS jelah sementara tunggu kek sampai. 💗

As of 23/2/2021... 16 tahun hidup dengan abang, tak pernah sekali pun ayang jemu tengok muka abang. Sebaliknya, makin hari makin ayang tengok abang, ayang jadi makin cinta, makin sayang. 💋



Dessert! 😍

😍😘






Habis dah kek... sedapppp! 😋😋

Jom bergambar dalam bird cage ni!





Waktu malam, lampu ni jadi makin cantik. Ingatkan nak duduk lama lagi, tapi kami sedar diri. Mawar menunggu Ibu Ayah dia dekat rumah. 😇


Dah kenyang makan, kemas prop ni semua, teruslah kitorang balik. Tak sabar nak jumpa Mawar. 😍
Rindu sangat dah dengan budak tembam tu! On 14/3/2019 ni, Mawar baru 7 bulan, kecil lagi dia. 
Alhamdulillah, despite semua diagnose yang aku hadap masa pregnant dulu, Mawar lahir sihat dan semangat! 😘

Okay, tamat dah kisah sambutan Anniversary kitorang yang ke lima.
Tahun depan, ke THAILAND ke kita?
Haha, tahun 2020 satu dunia will be taken by suprise kan? 😢
Will share about that later.

Ni aku laju update blog sebab otak aku tepu nak menulis novel.
Dok paksa-paksa, otak kalau tak berkembang tak boleh jugak.
So, daripada aku buang masa, baiklah aku update blog ni. 

Bosan-bosan, boleh buat bahan bacaan. 😁💓

Salam sayang, 
Anis Ashikali.