Sunday, 7 March 2021

ATLANTIS RESIDENCE BY THE BLISS MELAKA.

 

Assalamualaikum, dear readers.

Hari ni aku just nak buat quick sharing about ATLANTIS RESIDENCE, MELAKA.
Entry ni tak panjang berjela sebab, lepas Mawar lahir tangan aku occupied with her all the time, sampaikan aku tak mampu nak pegang phone untuk bergambar, atau rakam apa-apa moment on the go secara specific untuk blog ni. Yang aku sempat buat masa tu, IG STORY je. 
Maafin gue! 😆

Aku tak ingat macam mana kitorang boleh plan nak gave a quick vacay kat sini.
All I did remember was, Shafiq and Sue plan datang jalan ke Melaka, and we choose to have a short vacay together here. 

Masa ni, aku duduk menyewa lagi di Kg. Gelam, and diorang sampai around subuh macam tu kat rumah. Tidur-tidur ayam jap, aku sempat bangun masak makanan Mawar semua, buat bekal untuk pergi bercuti ni. Bercuti 2H 1M je pun! 😆😅 

Tengahari tu, kitorang beli makan dekat Medan Selera Klebang, and terus check in ke Atlantis. 
Owh, lupa kena ambil kunci apartment dulu dekat office The Bliss ni. Berpusing-pusing kitorang area kota laksamana tu sebab tak jumpa jalan masuk ke taman perumahan untuk ambil kunci.
Office THE BLISS ni dekat dalam area taman perumahan 3 tingkat berdekatan dengan Atlantis apartment. Tapi, jalan dia berbelit yakmat.

Luckily, jumpa jugak officenya. Ambil kunci semua, kitorang pergi Atlantis.
Parking dia hanya terhad untuk residence je tau. So, kalau ada family korang yang nak datang menyinggah tiba-tiba, mereka kena park dekat bawah. Dan jalan kaki ke lobi, korang amiklah diorang dekat lif/lobi area untuk masuk ke unit apartment yang korang sewa tu.

How I know? Malam tu Arep nak datang melepak, dan suami aku terpaksa buat macam ni. 😅
Kalau tak salah ingatan akulah. 

Apartment dia memang cantik!
Swimming pool dia, pun sangat cantik!

Kitorang dah plan nak berjimba dekat pool petang tu, atau esoknya tu. 
Sekali... Mawar dengan Hadif tak sihat, muntah-muntah. 
Terus cancel plan nak berjimba dekat pool.

Mawar dah memang sedia demam masa ni. Kesian dia dok terkejar-kejar aku, sebab badan tak selesa. 
Seingat aku, aku buatkan diorang puree apple cinnamon. Rasa sedap je, tapi tak tahulah kot puree tu tak sesuai untuk diorang until diorang muntah-muntah teruk.

Aku ingat lagi masa tu aku buat puree mango and apple cinnamon untuk vacay tu. 
Haih, ntahlah... Susah nak pastikan what went wrong. Nak pergi klinik pun, malam-malam klinik pakar baby tak bukak. So, we just wait and let things get better by themselves.

So malamnya, kitorang just lepak-lepak, keluar makan dekat The Leezo Container.
Masa ni, aku agak risau sebab panas Mawar tinggi sangat.
Dia pun macam melepek je.
Aku punyalah jeram kepala dia semua, pakaikan cool fever semua. Risauuuu sangat.

Tapi mujur, malam tu dia dah okay sikit. 
Allah anak... masa jalan tulah dia sakit.
Nasib baik jalan dekat Melaka je. 😖😖

Esoknya, lepas sarapan, turun jenggah pool dia kejap bergambar semua and checkout, lepas tu part ways. Masa jengah pool dia tu, fuh sumpah aku rasa rugi tak dapat berjimba dalam pool tu. 
Nekad ni, nanti nak repeat balik duduk ATLANTIS tu 3H 2M. Sebab banyak gila facilities dia yang aku tak sempat langsung nak explore dek kerana duduk dalam apartment manjang.

Anak tak sihat, nak keluar pun rasa serba salah. Nak mandikan dia dalam pool, lagilah rasa bersalah. Air tu sejuk kot! Jadi, sempat cuci mata dan pasang angan-angan jelah. 😆😅
Itulah alkisah percutian pendek kitorang di Atlantis ni. 

Ntah bila nak repeat datang sini lagi pun aku tak tahu. 
Musim covid19 ni, agak bahaya untuk sebarang aktiviti air. 
So, kita tangguh dululah ATLANTIS ni. 

With all being said, jomlah layan gambar. Tapi sikit jelah gambar yang ada, memang masa ni aku lebih pada insta story je. 

Pemandangan dari pintu masuk. Kitorang siap bawak walker Mawar lagi. Masa ni Mawar memang dah terer bawak walker macam F1. haha 😊

Bahagian dapur dari pintu masuk. 

Living room dia, cantik! Overlooking jalan raya, not pool. Tingkat 41 tak silap aku. Tinggi gila!

Scandinavian concept, simple tapi nampak so powerful dan cantik. Kan?

Dining table. Nice!

Dapur dia sempoi je. Cantik! Untuk apartment sesuailah pakai dapur macam ni.

Laundry room, tapi kitorang tak guna langsung ruang ni.

Tengok si debab ni. Alahai, kesian dia. Badan tak sihat, jadi dia nak tidur je. Mawar's a bit crancky masa ni, mahunya memang nak melekap je ngan Ibu. 

Our group photo before checkout. Jadilah dari tak ada. Walaupun nampak sama tetap tak serupa. So, aku letak jelah semua gambar ni kat sini.




Ni sayang Ibu ni. Kesian dia demam ya... 💋




Ibu tak dapat bawa Mawar main pool sayang. Mawar demam. Kemain Ibu Ayah excited beli pelampung, beli pampers yang tak lut air bagai untuk Mawar punya first swim. Sekali... semua tak dapat mandi. 😅 Tak apa, next time Ibu tebus balik semuanya. 😘😘

Antara kemudahan yan ada dekat Atlantis ni. Tapi itulah, rasa rugiiii sangat tak dapat discover dan guna semua.

One by the pool. 😋

Selekeh je rasa dress up masa ni. Suami aku dengan lupa bawak minyak rambutnya. 😅😅😆


Lastly, three of us. Nampak macam budak-budak je masing-masing masa ni. Badan kecik. Macam tak cukup makan je masing-masing. Penangan ada anak kecik. 😅😆

So... basically itu sajalah yang aku nak ceritakan. 
Nothing much sebab aku masih tak boleh adapt nak bercuti sambil dukung anak 24hours and nak fokus untuk blogging pulak at the same time. Jadi terpaksa aku kuburkan niat nak blogging elok-elok secara details dekat sini.

So... ke mana kita lepas ni?
Tungguuu... 😁

Btw, masa aku duduk di Atlantis ni, kakak aku pun bercuti sama dekat sini.
Punyalah ingat boleh melawat bilik masing-masing.
Mandi main air sama-sama.

Sudahnya sebab kekangan waktu, mawar tak sihat, duduk pulak just sehari.
Sampai ke sudah dia tak datang bilik aku, aku tak dapat datang bilik dia. 
Nak join mandi manda dengan anak-anak semua pun tak dapat.
Terkilan! Padahal duduk dah tempat yang sama. Sempat jumpa masa checkout je.
Tak apalah, tak ada rezeki.

Aku fikir macam ni, but akak aku fikir aku tak suka dia duduk sama tempat dengan aku kalau pergi vacay. I was like... WHATTTT??? 💆💆😖😖😖
Itulah dia, kadang aku maksudkan lain, dia fikir lain. 
What to do? Nama pun kakak, tapi kadang-kadang dia macam budak-budak. 😜😜😜

Salam Sayang, 
Anis Ashikali.

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3