Assalamualaikum...
Entry yang lepas, aku dah tunaikan janji nak share pasal snorkelling kat Perhentian.
Kali ni, aku nak share pasal Ombak Dive Resort, Coral Bay, Perhentian Island.
Ombak Dive Resort ni, penginapan yang aku pilih untuk sambut 3rd Wedding Anniversary kitorang, suami isteri selama 5H 4M.
First of all, macam biasa, Bangun pagi, breakfast dulu.
Untuk hari ke-empat ni, ni merupakan menu breakfast kitorang kat Ombak Cafe.
|
Tadaaaa! ;D |
|
Jemput makan, semuaaa... ;D |
|
Nampak sedap kan? Memang sedappp sangat! ;D |
|
Our 1st round. Haha, asyik gambar 1st round je, mana 2nd and 3rd round? Owh, 2nd and 3rd round, selamat masuk perut terussss, tak dan nak amik gambar de. ;D |
Lepas breakfast, aku ajak suami tawaf Ombak Dive Resort ni, dari depan sampai hujung, sebab nak tepek entry kat blog ni. Well, here goes...
|
Bahagian reception Ombak Resort. Ni interior dialah. |
|
Okay, aku still nampak gemuk di situuu... huhuhu |
|
Staff Ombak Resort. Notis staff yang free hair tu? Nama akak tu Ika/Zulaikha tak silap. Tapi memang ramah, dan baikkk sangat! Banyak bagi suggestions kat kitorang untuk buat aktiviti itu ini kat pulau ni. Yang pakai tudung tu pun sama, baik. Tapi, aku tak ingat nama sebab selalunya kak Ika tu yang sentiasa ada kat reception. |
|
Turun dari jeti, atau dari atas jeti Coral Bay, korang dah boleh nampak view depan Ombak Resort ni. |
|
Sebelah kanan Ombak, ada kedai kecik gini yang jual some stuff, ada taxi service, ada snorkelling trip. And, sebelah kedai kecik ni, ada PATI divers punya spot, and Shari-La Resort. |
|
Haa, nilah pakej snorkelling Ombak yang best sangat tu! Nampak signage Ewan's cafe and Ewan's place tu? Tu salah satu tempat yang jual makanan murah kat Perhentian Island ni. Murah dan sedap! |
Kalau korang nak rasa snorkelling trip + tour guide yang awesome kat Perhentian ni, silalah book snorkelling trip dengan Ombak Resort tau! Confirm tak nyesal!
|
Nak ekstrem sikit kat pulau ni, bolehlah cuba scuba sport. Harga? Not surelah, sebab aku tak amik port pasal scuba. Seram nak cuba! Dok terbayang-bayang kena makan dek jerung kalau buat scuba! ;'D |
|
Ombak Resort ni terletak betul-betul kat depan jeti Coral Bay tau. Tu ha, jeti tu. |
|
Dari signage Ombak tadi, ni laluan masuk ke Resort ni. Kat depan ni, selalu diorang paparkan pasal title movie yang diorang akan tayangkan malam nanti. |
|
Close up! See, ada shisha, ada western food, cakes! Senang cite, korang tak kan bosan kalau stay kat Ombak. |
|
Laluan nak ke arah reception Ombak. Kalau nak ke cafe, boleh masuk dari kiri tu ha. Kat laluan masuk cafe tu, ada stand alone menu, bolehlah usha-usha sebelum duduk. |
|
Ni bahagian luar cafe Ombak. Best lepak kat sini malam-malam tau. Siap ada bantal untuk duduk sandar bagai.
Tapi, better bawak mosquito repellent, pakai or sapu kat badan, sebab nyamuk boleh tahan banyak kalau duduk dekat pokok-pokok ni. |
|
Screen for movie night! Nak duduk depan screen pun bolehhh... |
|
Interior Ombak Cafe, yang kitorang suami isteri suka duduk masa breakfast tu. |
|
Berdepan dengan cafe, ni laluan nak ke bilik-bilik dan divers spot. |
|
Owh, yang nilah ruang receptions dari luar. Betul-betul berdepan dengan cafe tadi. |
|
Yang nilah, spot divers kat Ombak. Memang sentiasa ada je orang. |
|
Ni ruang divers untuk breafing, i guess? |
|
Laluan nak ke bilik-bilik resort. |
|
Diver's Center. |
|
Ha, itulah bilik-biliknya kat Ombak ni. |
|
Nak ke bilik, ada laluan masuk macam ni. Kalau nak ke long beach, boleh susur kiri lalu lorong kecik ke arah Ewan's Cafe. |
|
See? tulah lorong kecik nak ke Ewan's ngan Long Beach. Notice resort bumbung biru tu? Tulah Shari-La Resort, Perhentian.
Sebelah-sebelah je dengan Ombak ni ha. |
|
Kitorang duduk kat Wrasse 5. |
|
Malam, lagi cantik kat belah sini, sebab ada lampu. |
|
Naik tangga Wrasse ni, belok kanan, tulah jalan nak ke bilik kitorang. |
|
Pemandangan dari arah Ombak Divers Centre tadi, nak menghala ke Cafe. Yang ada guest tu, receptions. |
Okay, ni jelah kawasan Ombak Dive Resort ni. Biliknya, tak sebanyak Shari-La Resort lah kan, but still okay what? Resort besar sangat kang, penat nak jalan dalam tu untuk balik ke bilik and so on.
Kawasan kecik macam ni pun, dah buat aku semputtt... huhu!
Harga Ombak Dive Resort ni, dengan condition bilik yang selesa, bersih, plus staff yang mesra alam, makanan yang sedap-sedap, memang terbaik sangatlah pada aku.
Tak mahal pun, still affordable!
So, kalau korang ada plan nak ke Perhentian, bolehlah stay kat Ombak ni! ;D
Actually, kak Ika cadangkan kitorang susur tepi island, pergi ke Fisherman Village.
Memang thrill aktiviti ni pada aku, seronok untuk dicuba.
Tapi sayang... otot kaki aku dah tahap keras kejung sampai dah rasa macam tak boleh nak berjalan.
Tapi dek kerana memikirkan, ni dah hari keempat, plus last full day yang kitorang dapat spend kat Perhentian ni, aku kuatkan semangat jugaklah, jalan sikit-sikit untuk penuhkan aktiviti hari ni.
Suami aku nak sangat susur tepi pulau tu. Alang-alang dah sampai kan?
Sebab, dah datang sekali ni, aku tak rasa kitorang akan repeat ke Perhentian lagi.
Kalau pergi pulau pun, maybe pulau lain pulak.
Bukan sengaja tak nak susur tepi pulau sampai ke Fisherman Village tu, tapi aku memang tak larat.
Bukan apa, boleh je kalau nak cuba aktiviti tu jugak, tapi kot lepas cuba, kaki aku terus mengeras tak boleh jalan, suami aku kenalah angkat or kendong aku balik Melaka, ye tak? ;D
Bila dah cakap gini, baru suami aku pasrah.
Kesian... suami aku.
So, apa yang kitorang buat?
Kitorang lalu kat Shari-La Resort, trespassing kejap! Haha!
Alah, tak kira trespassing sangatlah sebab pulau hak milik awam kan?
Lagipun, masing-masing bukan tahu pun korang ni actual guest or not.
So just blend in jelah. Tengok kawasan tak pe.
Jangan ko terjah masuk bilik orang atau bilik kosong plak.
Jadi kes, naiya!
Kitorang masuk Shari-La ni, untuk ke Golden Beach yang terletak dalam resort tu ha.
Dah masuk kawasan Shari-La Resort ni, baru aku tau kenapa harga penginapan dia boleh cecah RM500 ke atas untuk 1 malam!
Sebelum aku tunjuk apa yang special kat Shari-La Resort tu, jom tengok Golden Beach ni dulu.
|
As usual, crystal clear water! Yang bestnya, siapa yang duduk kat Shari-La Resort ni, boleh turun ke Golden Beach ni untuk mandi manda, and tak share dengan public. Ni kira macam private beach la. |
|
Gaya mak datin? haha |
|
Kitorang tumpang duduk kat kawasan yang Shari-La provide untuk guest dia ni. Wakaka! |
|
Pastu, kitorang jalan cari port untuk melepak. |
|
Panjat sana sini sikit, atas batu batuan ni. |
|
Sampai jumpa port cantik untuk bergambar macam gini. Hehehe |
|
Saling pandang-memandang... |
|
Sambil senyum-senyum... |
|
Tengok air laut belakang kitorang tu, cantik kan? Jernih! Bersih! |
|
Aku kurang gemar tengok suami aku pakai cap, aku lagi suka tengok dia free hair gini. Suka tengok rambut dia! ;D |
|
Jangan muntah tengok kitorang tau! Kalau rasa nak muntah jugak, tengok air laut belakang tu cepat-cepat. Huhu |
|
Ha, macam nilah Golden Beach tu. Nice untuk having some privacy time with your loved ones kan? |
|
Nak swim pun rasa tenang je, |
|
Tak banyak batu kot dalam air tu. Aku tak sure, tapi nampak macam bersih je airnya tu. Best kalau dapat berenang, tapi aku tak cebur dalam air ni. Malas! Sebab nanti baju berat, kaki makin sakit nak jalan, |
|
Aku mampu merenung ke dalam air tu je... |
|
Sambil fikir, bestnya kalau dapat mandiii.... |
|
Dah macam rupa orang seberang pun ada gak. Baju kuning, tudung ungu? OMG, color block yang tak sesuai at all. Tapi, ini je baju yang ada untuk dipakai. |
Lepas bergambar-gambar macam ni, kitorang jumpa private port untuk melepak.
So, kitorang duduk lepak, sambil main kad, baring-baring atas pasir, bergurau senda, rendam kaki sikit, and etc.
Pendek kata, we spend time together.
Until... ada orang lain keep comin kat port yang kitorang duduk tu, sampai rasa macam dah tak ada privacy, then kitorang blah.
Sebelum pergi lunch, kitorang camwhore lagi kat area buaian ni.
|
Rasa syok je duduk atas buai ni. Tapi, cuaca panas, direct kena matahari. Tak best. |
|
Tak nak panas, ada tempat redup untuk duduk berbuai. ;D |
Okay, jom kita tengok apa yang best kat Shari-La Resort ni, sampai harga bilik dia mahal nau-nau!
Antaranya, private beach tadi. Pastu, area untuk bersantai tepi pantai sambil duduk berbuai tadi.
|
Belah kanan gambar yang ada meja-meja ni, cafe Shari-La Resort. Untuk guest diorang makan-makan. Naik tangga ni, menghala ke arah bilik-bilik yang ada. |
|
Yang bestnya, kalau aku tak salah tengoklah kan. Resort Shari-La ni, dikelilingi dengan kolam air macam gambar ni. |
|
Cantik kan? Siap ada meja tepi kolam untuk duduk bersantai, borak-borak. |
|
Ha, yang nilah kawasan bilik-bilik diorang. Siap ada kolam air kat sekitar bilik, ada tangga, ada laluan berpagar yang cantik macam ni. I bet, waktu malam mesti lagi cantik pemandangan resort ni, sebab ada lampu. |
|
Yang ni pulak, menu-menu yang Shari-La provide for the guest. Rasanya, kalau korang datang saja-saja untuk makan kat sini, tanpa menginap pun tak ada masalah. |
|
View dari atas cafe. Cantik? |
Haaaa, so based on gambar Shari-La Resort yang aku tepek kat atas tu tadi, rasa-rasanya dah terjawab dah persoalan kenapa resort ni mahal kan?
Memang cantik interior dia!
Aku ngan suami tak adalah roaming sampai ke dalam kawasan bilik-bilik resort ni.
Satu, sebab rasa macam penceroboh sangat! Huhu
Kedua, sebab kaki aku sakit!
Kalau kaki aku tak sakit, memang aku explore resort ni sampai ke belakang.
Nak tengok, apa lagi yang special kat situ.
Dah lunch hour, perut pun lapar, makanya kitorang decide untuk makan kat Ewan's Cafe je.
Dekat, murah dan sedap!
Then, balik bilik... bukak pintu, jumpa swan yang ni pulak.
|
Owh, sungguh aku rasa special sangat dapat swan baru atas katil tiap kali bukak pintu bilik. Huhu! |
Bangun je tidur petang tu, kitorang laki bini, pergi Long Beach, melepak bawah payung.
Kitorang decide nak mandi manda for the last time kat Long Beach ni, sebelum bertolak balik esok.
Tapi, petang ni, ombak kat Long Beach, bergelora sangat + air pasang.
Agak scary untuk mandi, tapi kitorang mandi je.
|
Long Beach, Perhentian. Nak duduk bawah payung-payung ni, kena sewa tau. RM 10/20 tak silap aku. Btw, kat Long Beach ni, waktu petang, memang banyak mat & minah salleh dok tayang body pakai bikini. |
|
Contohnya, macam kat belakang kitorang tu ha. |
|
Belakang kitorang tu, nampak ada perkataan beach? Kat situlah kawasan beach bar, and fireshow tu. |
|
Tuuuu, ombak besau belakang kitorang tu ha. |
|
Cuba bandingkan gambar Long Beach kat post ni, dengan post masa aku hiking ke kincir angin tu. Nampak beza dia nanti. |
|
Actually, masa nak bergambar macam ni, aku takut sangat! Sebab tak tahu ombak kat belakang kitorang tu besau mana. |
|
Dengar bunyi ombak dan air menderu kat belakang tanpa dapat tengok besau mana ombak tu, seriussss scaryyyy!! |
|
Kekonon, macam berani sangat berdiri macam tu tunggu ombak. |
|
Sekali ombak menghempas pantai, aku terkesima kejap! |
|
Tengok air banyak macam ni kat kaki pun, seriau sebenarnya tau! Tau kenapa? Takut kena tarikkk masuk laut! Huhu |
|
Takut, tapi cuba atasi. |
|
Untuk dapatkan gambar yang cantik macam ni ha. ;D |
|
My happy face. |
|
Syok main air! Tak sedau kaki sakit time ni. |
|
Tengok, ni baru kira kat gigi air tau. Tapi air dah paras pinggang suami aku. |
|
Ni lagi, bukti air pasang. Bila ombak menghempas, kat gigi air je pun, tapi air dah paras dada suami aku. |
Btw, masa ni suami aku ada ajak aku berendam dalam air laut ni sekejap. Tapi, aku cakap tak nak cause ombak tengah besar, air tengah pasang. Takutlah kot jadi pape yang tak diingini.
Then, suami aku cakap, nothing to worried about. Sebab, walaupun air pasang, pasirnya landai dalam tu. Kiranya sekata je, tak menjunam terus macam curam.
Terpengaruhlah jugak dengan pujukan suami aku, aku pun ceburrrr dalam air, sambil suami aku pegang aku. Dari paras kaki, kitorang jalan ke dalam, ke dalam sikit, sampailah air dah paras dada aku.
Aku dah start panik, but suami aku cakap, its okay cause baru paras dada. Aku still ok, tak lemas.
Sekaliiiiiii... ombak datang, membadai! Haaaa, sampai aku tenggelam dalam ombak, kepala hilang kejap, masuk dalam air!
Dahlah tak ready amik nafas, dahlah tengah takut, sekali kena macam tu. Memang aku lemas sikit masa tu. Terus aku nangis a bit, takut weh! Ingatkan dah ajal dah tadi. :'(
Pastuuuu, memang taklah aku nak mandi dalam air laut ni lagi. Main tepi-tepi je.
|
Air pasang macam ni pun, ramai je pelancong yang mandi manda macam kat belakang tu ha. |
|
Suami aku pergi ke tengah sikit. Dia je yang berani main air berombak macam ni. Aku penakut! Memang taklah aku nak main kat air pasang ni lagi. Dah lemas dah pun sebelum tu. |
|
Acah-acah berani. Duduk tepi gigi air je pun, untuk bergambar. Sekali, ombak nak sampai, aku pun nak bangun lari. |
|
Pura-pura tenang. Walhal mata kejap-kejap jeling kat arah laut, di sebalik cermin mata hitam tu. ;'D |
|
Ececeh... ko ingat ko model?! |
|
Ombak besauuuu, lariiiiikkkkk!!!!! ;'D |
|
Dah last day kat sini, tahanlah kecut tu sikit untuk bergambar lagi. |
|
Makin berani nampak? ;D |
|
Tadi tu, tak berani mana pun. Tengok abang ni! |
|
Kita lompatttt tingi-tingi! ;D |
|
Lagi sekali! |
|
Lompat tinggi-tinggi, cebur dalam air! |
|
Lepas tu, kita lari ke darat balik, kekonon datang dari kerajaan laut. Wakaka! |
|
Rasa macam tak cukup ekstrem aksi tadi. Tak pe, tunggu mat salleh tu blah kejap. |
|
Line clear, Action!! |
|
Lompat!!! |
|
Terbang!! |
|
Nak cuba jugaklah, macam abang! |
|
Tapi, tinggi ni je yang aku mampu lompat! huhu |
|
Rehat jap daripada lompat-lompat ni. |
|
Okay, last shot berdua! |
|
Yeay, dapat berseronok kat Long Beach! |
|
Serius best!! |
|
Lagi sekalilah, sebelum balik! |
|
Wow! ;D |
|
Tak nak kalah, nak lompat jugak. Tapi ni bukan lompat bintang, ni lompat orang terencat! Haha |
Well, gambar kat bawah ni, laluan yang korang kena lalu everytime nak ke Long Beach from Coral Bay or Ombak Resort.
Ada daki bukit, ada turun bukit, ada naik turun tangga. Yang penting, siapa tak cukup stamina macam aku, confirm semput! ;D
|
Perhatikan pada gambar. Sebelah kiri gambar, bumbung biru = Ewan's Cafe. Yang bangunan tinggi coklat in color tu, Ombak Resort. |
Kitorang main laut kat Long Beach sampai nak dekat sunset. Pastu, berkejar balik ke Coral Bay, nak tengok sunset dari jeti pulak.
|
Tak sangka, dah nak habis percutian kat Perhentian ni. |
|
Ralit tengok sunset! |
|
Cantikk.... |
|
Tu ha, Shari La Resort, betul-betul sebelah dengan jeti Coral Bay. |
Untuk aktiviti malam yang last kat Perhentian ni, lepas main air, kitorang cepat-cepat balik bilik, mandi semua. Hajat hati nak lepak kat cafe Ombak, santai-santai.
Sekali penuh pulak cafenya malam tu...
So, kitorang ke Ewan's Cafe. Makan malam kat sini je.
|
Menu makan malam kitorang. |
Kat pulau ni, harga makanan sepinggan semuanya RM10 ke atas.
Air jus, semua kedai letak RM10 ke atas jugak. Kat Ewan's ni je boleh dapat air jus dalam RM7-10.
Kitorang bawak cash untuk makan, snorkelling, and beli souvenir sikit, RM700 je kat tangan untuk spend dalam pulau ni.
Alhamdulillah, cukup.
Lepas makan, kitorang ke Ombak Cafe lagi. Saja try nasib, kot ada tempat duduk kosong untuk melepak santai malam terakhir ni.
Esok pagi nanti, tak adalah terkejar-kejar masa untuk balik ke Melaka.
Fuhhh... akhirnya, habis jugak entry yang panjang berjela ni.
Ada lagi satuuuuu je entry terakhir untuk Perhentian ni.
Tak sabar nak habiskan cepat, supaya aku boleh buat entry untuk Colmar Tropicale pulak nanti.
Salam Sayang,
Anis Ashikali.
Nak tanya kak, antara shari la dan ombak dive, mna lagi akak recommend utk honeymoon? Mntak pndapat sikit
ReplyDeleteOkay, rasa macam masih tak lambat sangat saya reply komen ni kan? Maaf sangat saya terlepas pandang. Antara shariLa, dan Ombak Dive, klu tanya saya dua2 pun saya recommend! Haha!
DeleteSebab dua-dua pun cantik!
Kalau ada bajet lebih, why not choose ShariLa? ;D
dari shahrila resort ada ke jalan di atas bukit menuju ke kampong dan long beach sebelah pulau sana.
ReplyDeletedari sharila ke kampung nelayan agak2 brp minit ya
DeleteDari shariLa resort, saya tak pasti. Tapi dari Ombak Resort memang ada jalan kampung, naik bukit, 10-15 min nak ke long beach ya. Btw, ShariLa dan Ombak cuma bersebelahan, jadi kalau nak ke Long Beach, boleh je guest masuk ke laluan Ombak Resort untuk trespassing ke Long beach. Ramai je buat macam tu, sebab after all itu adalah pulau. Jalan memang saling berhubung dan boleh digunakan oleh semua orang. ;D
Delete