Monday, 2 July 2018

HIKING KE KINCIR ANGIN, PERHENTIAN KECIL.



Assalamualaikum...
Hye, dear readers.

Semenjak dua menjak ni, laju je aku update blog pasal Perhentian kan? Nilah jadinya bila aku dah terbaring kebosanan atas katil.

Update guna fon je, senang! Pantas walaupun tangan lenguh nau-nau. 😔

Okay, kalau ada sesiapa nak baca entry how to get to Perhentian, klik SINI.
Kalau nak baca kisah seat flight suami aku hampir dirampas orang and 1st time jejak kat Perhentian, baca SINI.

Alternatively, boleh je klik icon previous post kat bawah tu ye.

Entry kali ni, aku nak cite pasal 1st day kitorang kat Perhentian. Cadangnya nak snorkel, tapi trip penuh. So aku ubah, aku ajak suami pergi hiking Kincir Angin yang famous nau-nau kat Perhentian Kecil tu.

Datang Perhentian, aktiviti wajib, is Hiking ke Kincir Angin ye! Rugi kalau ko tak pergi.

Bangun pagiii... perkara palingggg aku suka is, breakfast! Aku amik pakej hotel siap dengan breakfast, and breakfast kat Ombak Resort, gilaaaa bestttt!!! 😍😍😍

Tapi, entah sebelum ke selepas kitorang dapat breakfast ngan aman ni, kitorang kena go thru the hussle untuk bayar duit resort ni dengan debit kad. Masa sampai semalam, line machine diorang ada problem, so staff baik hati bagi kitorang bayar pagi ni.

Tu pun kena bawak machine card tu, ke hujung cafe nak dekat pantai, baruuuu ada line. Baruu dapat bayar. Haha, lawak sungguh. 😂

Okay, sambung cite. Kalau korang dah amik pakej bilik dengan breakfast, masa turun untuk breakfast ni just bagitau nama bilik kat staff, nanti dia cross outkan kat name list. Siapa yang tak amik pakej breakfast, sila order makanan ala-carte ye.

Susun atur makanan berat yang menarik.  Nice kan concept Restaurant Ombak Resort ni? Dengan lilin, dengan lampu ala sangkar, plus pilihan warna yang cantik! 
Tadi bahagian makanan berat, ni bahagian air, roti bakar and etc. 
Cereal and pastries. 
Lagi clear picture on water and bread station.
Our breakfast menu on 20 March 17.
Mee goreng and sebelah kanannya tu, bubur atau sup. 
Baked beans dengan pancakes. 
Bolehlah pilih nak duduk bawah sinaran mentari atau dalam cafe yang cantik ni. 
First round. Menu pilhan aku dan suami. Kitorang pilih untuk duduk dalam cafe ni sebab semalam dah lepak kat luar tu. 
Happy dapat makan. 😁
Haaa, kat perak aku gemuk nau nau kan? Samalah kitorang laki bini. Kat Perhentian ni, kitorang dah kurusss sikit.. 😂😂
Beza gila kan saiz badan aku kat Perhentian ngan Perak? Ni gara-gara demam teruk bulan feb aritu, dek tersampuk antu kat umah kuarters cikgu yang kitorang tak jadi nak masuk and diettttt yang tak henti-henti. 😝
Omelett! Serius sedappp! Omelett ni suami aku punya favourite. And yang bestnya kat Ombak Resort ni, sepanjang aku stay kat sini, tiap-tiap hari ada Omelett untuk breakfast.  And paling best, Omelett ni, Chef Ombak Resort sendiri yang buat tau! Dia buat fresh-fresh depan kita. Kau hanya perlu request dan tunggu kat meja, siap je waiter hantarkan. 
Second round, pastries dengan pancakes! Yummy! 😍😍
Gambar lebih kurang sama je kat bawah ni. Tapi tak kira, nak tepek jugak banyak-banyak, sebab sukaaaa sangat dengan Ombak Resort. 



Happy gila sebab makanan dia semua sedappp ya ampun!! 

Sila hadamkan ambience Cafe yang cantik ni. Tengok background belakang tu. 

Very Recommended you alls! Kalau datang Perhentian, silalah stay kat Ombak Resort, Coral Bay. ❤❤
Bukan takat Resort cantik nau-nau. Staff mesra alam. Makanan sedap belaka. Cafe cantik ya ampun! Ambience ketenangan kat sini, memang tak boleh dijual belilah.

Kau breakfast atau makan kat Cafe ni, sentiasa akan ditemani dengan alunan muzik yang relax, tenang, cool dan ehhh macam-macam lagilah.
Dengan cuaca yang baik. Pastu berdepan dengan pantai. Dengar bunyi ombak lagi.

Nak rasa apa yang kitorang rasa ni, kena datang and staylah kat sini selama yang boleh! 😝
Kitorang stay 5H 4M pun rasa tak puas kat sini. 😂

Kitorang lepak lama jugak masa breakfast ni, makan kenyang-kenyang sebab nak guna banyak tenaga untuk pergi hiking ni.

Ok, dari Ombak Resort nak ke Long Beach, ada shorcut. Lalu jalan belakang Ombak resort ni, daki bukit sikit, lalu celah Perhentian Tropicana Inn, almost 15 mins perjalanan, sampailah kat Long Beach Perhentian.

Pastu, dah sampai kat Long Beach, aku memang terngangalah tengok kecantikan air laut dia. Ngan suasana dia. Then, kitorang dok lepak minum jap kat cafe yang ada. Dapat plak line data yang laju kat sini, ha berdesup aku update itu ini. 😝😅

Kat long beach, Perhentian Kecil. Belakang tulah Chalet-chalet bajet yang aku cakap kat previous post. Andddd, ada tempat berjemur bagai, payung-payung and etc. Best lepak kat Long Beach ni. 
Tengok air laut dia tu! Cantik kan!!! And ombak kat Long Beach ni tak kuat, tak besar. Kecik and sederhana je. Nampak laut tu macam landaiii sangat.
Topi, wajib pakai sebesar alam punya  Sebab panasssss! Sunshade, pun wajib kalau tak berpinau mata kau. 😂
Just us, being happy together. ❤
Crystal Clear water. 
Gambar mungkin sama, tapi background tu yang korang wajib tengok. Susah payah aku ngan suami amik gambar untuk bagi korang tengok kecantikan kat Perhentian ni. 😝
Bila dipukul ombak, effect pasir dan air tu. Cantik! 
Paling happy! Bergambar kat sini, tak ingat dunia. Tak ingat hiking! 😅😂
 Okay, jomlah teruskan perjalanan sambil bergambar.
Nilah Perhentian yang orang dok kata macam Maldives Malaysia tu. ❤😍
Excited and happy sampai rasa macam nak bersilat kat pantai ni. 😂
Layan jelah gambar-gambar keriangan kanak-kanak ribena kat bawah ni ea. Penat nak taip caption kat satu-satu gambar. 😂😛
 

Dalam banyak-banyak pulau yang kitorang dah pergi sebelum ni, suami aku paling suka, paling excited, paling approved dengan Perhentian. 😅😁



Niat nak cebur je terus dalam air. Tak sabar nak mandi kat Long Beach ni. Tapi kang basah, berat plak nak bawak badan gi hiking. 
Dapat celup separuh kaki pun jadilah. 










Mungkin pagi ni, air laut surut. Tu yang landai semacam je pantai kat Long Beach ni. 





Air laut dia memang sangat bersih. 
Aku banyak tepek gambar, sebab picture speak louder than words. Kan? Kalau aku bebel panjang, korang tak dapat bayangkan kecantikan Perhentian ni.
Sometimes, gambar je tak cukup. Tengoklah video ni, baru dapat feel long beach Perhentian tu. 

Kitorang terpegun sangat dengan kecantikan long beach ni, sampaikan kitorang terbabas jalan sampai hujung long beach. Tapi jalan nak ke kincir angin tak jumpa-jumpa jugak.

Rupanya, jalan nak ke Kincir Angin tu terletak kat tengah-tengah Cafe yang ada kat long beach tu. Patah baliklah kitorang ke tengah tu. Sempatlah jugak tumpang buang air kecik kat toilet cafe sebelum mendaki. 

Pengajaran: Jangan jakun sangat! 😂😅 
Kalau tak tau, tanya. Sebelum sesat jalan. 
Peka dengan sign, jangan jadi macam kitorang. 

Tips: Sila pakai sunblock banyak-banyak. Bawak sekali masa mendaki tu, sebab boleh ulang tepek kat kulit. Jangan lupa bawak air mineral botol besar dan makanan kunyah-kunyah untuk tenaga.

Nak mendaki bukan senang, ianya satu cabaran yang betul menduga kesabaran, tenaga, kekuatan fizikal & mental. 

Aku tak pernah hiking, ni 1st time. Taubat kau! Tak nak aku hiking lagi. Serikkk! Terjumpa biawaknya, terkejut terkujatnya masa mendaki, toksah cakaplah. 😅

Banyak kali jugak kitorang berhenti-henti masa daki. Sebab aku yang tak ada stamina. Laki aku steady je, sebab dah biasa jogging masa die diet ari tu. 

Ada satu kuarga tu, nenek ngan atuk tu selamba je hiking. Aku yang muda ni, duduk kat tepi tebing. Apa lagi, kena gelak ngan laki aku kaw-kaw punya. 😂😂 

 Disebabkan terlampau penat, dan hampir give up, aku tak amik gambar masa tengah hiking. Sampai kat pemandangan ala syurga ni, baru aku aktifkan kamera.
Sebelum sampai ke bawah tempat berbumbung coklat tu, korang kena daki turun tangga batu yang gila panjang! 
Ni pemandangan masa kat atas lagi. Masa baru-baru sampai kat tempat Kincir Angin ni. 

Dah tak sabar nak turun ke bawah. 
Perhatikan gambar tangga berliku-liku kat belakang suami aku tu. Jenuh tau nak turun! 

Tapi, warna air kat bawah tuuu, memanggil-manggil kitorang untuk terus kuat turun tangga, walau kaki dah menggigil-gigil kepenatan. 
Hai, kitorang kat Maldives Malaysia. 😘❤
Nasib masa kitorang naik ni, tak banyak orang yang dah sampai. Kalau tidak, mesti crowded nak bergambar. 
Pakai topi besau gedabak pun, muka tetap hitam weiii! 😭😭

Kitorang start daki ke Kincir Angin ni, dalam jam 10 pagi lebih. Kalau tak silap akulah. Sampai kat atas ni, dalam kol 11 lebih ke 12 pm macam tu.

Daki masa mata hari tengah tegak kat atas kepala. Peluh, panas toksah cakaplah. Haus, lapar... semua lengkap. Nasib, suami aku gigih jugak kendong air mineral sambil mendaki. Kalau ikut aku yang x de stamina ni, nak je aku campak air botol tu kat tengah jalan. 😅😂

Pastu haus, ko nak minum ape Anis? Air laut?  😅😂
Okay, kitorang dah sampai kat pondok rehat ni. Memang sesuai sangat untuk berehat, isi tenaga balik. Ada dalam 2 kerusi panjang, untuk korang duduk atau baringlah ye. 
Tapi, kena hati-hati sebab batu bata kat sini sepanjang turun tangga tu, banyak yang dah berkarat. Ada yang melopong dua tiga step. Tu, penghadang kaca belakang aku tu pun ada yang dah pecah. 
Bangku kayu ni betul tepi kaca ni je. Time panas merelit kat sini, memang taklah nak duduk baring atas ni. 
Kamera mood, aktivated! 😅 Suami aku tengah cas energy. Aku punya energy dah dicas penuh once dapat tengok air biru turqoise yang cantik ya hamat ni! 😂





Nampak macam berani je kan bergambar kat sini? Tapi, lutut ngan kaki aku punyalah ketaq, Allah je yang tau. Aku gayat wei! Pastu lantai dia lubang sana sini, macam tak stabil. Angin kuat. Pegang monopod plak tu. Buatnya fon terlepas ke bawah, naiyaaa! 😂😅😅

Takut-takut pun, dah daki separuh nyawa, haruslah bercamwhore puas-puas kat sini! 😝😝


Okay, nampak tak kat bawah tu ada macam jeti? Korang boleh je turun sampai bawah tu. Kalau malas nak hiking bagai, ada water taxi yang korang boleh sewa untuk bawak korang melalui jalan air. Kiranya, korang akan terus sampai kat jeti bawah tulah. 

Aku tengok arus boleh tahan kuat kat bawah ni. Kalau berani, bolehlah mandi. Ni cite, kena pandai berenang. 

Untuk turun ke bawah jeti tu, korang kena turun tangga sepanjang alam ni. Nampak tangga lopong-lopong tu? Aku suami isteri dah tak berani nak turun lagi. So, kitorang stay atas ni je. 

Jadilah kan. Asalkan sampai jugak ke sini. Turun dah satu kata, kang kau nak daki balik, lagi satu hal. Kau tak tengok lagi tangga nak daki naik dia curam macam mana. Jap kang aku tunjuk ea. 😂

Sumpah, warna air laut kat kincir angin ni memang cantik macam ni. Tak edit, pun tau. 
 
Gambar macam tak cukup nak describe, tengoklah video ni. Baru tau feeling kat atas tu macam mana. 

Ha, nampak kenapa aku cakap tangga tu macam tak secure? Yelah, dah berkarat, pastu tak ada maintenance. Hari-hari kena angin laut, air garam, tu yang sampai terhakis tu. 

Sebelum gerak balik, jomlah kita bergambar puas-puas kat dulu. Nak datang sini, habis beribu. Gambar kenalah banyak! 😅












Mula dah posing bukan-bukan dia keluar. 😂

Contohnya posing yang ini. 😅



Nak balik, kena daki tangga yang curam ni oiii... penatttt! 😭😭
Tak boleh move on lagi... 

Amik tenaga dulu sebelum daki tangga yang bagi gegar lutut ngan keting ni. 

Two is better than one. ❤😘


Jom balik! 💪💪



Kata hiking ke kincir angin? Kenalah ada gambar ngan kincir angin tu, walaupun jaraknya jauhhh... Topi besau sangat, spoil gambar! 😭


Tu kincir anginnya... 😁
Jadilah nak... janji ada gambau sebagai kenangan kat sini. 




Nak ambik gambar berdua ngan kincir angin, tapi kincir angin dah kena lindung ngan badan kitorang. 😅 
Last but not least... 


Peace yo! Nak daki tangga curam untuk naik atas, pastu turun cenuram bukit untuk balik ke long beach. 

Kitorang lepak atas ni, dalam sejam gitu. Sampai bawah, dalam jam 3pm. Masa otw turun, ada mat salleh, minah salleh ngan orang-orang kita baru nak naik. Aku senyum je, sambil cakap goodluck kat diorang. Haha! Seksa beb nak sampai kat atas tu! 😭😭

Nasib baikkkk pemandangan atas tu is to DIE forrr! 😁

Sampai bawah, kitorang makan kat cafe Awatif Long Beach. Lunch! Sedap nasi goreng dia.
Masa makan, aku teremosi pasal anak. Haha, tetiba. 😅

Yelah, kahwin dah 3 tahun, aku masih tak mengandung lagi. Rasa aku gagal jadi isteri. Tapi suami aku memang baik, dia tau anak tu rezeki Allah bagi. Bukan rezeki kitorang lagi. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, mungkin rezeki kitorang pada benda lain.

I love you hubby... mana tahu, rupanya Allah nak bagi hadiah anak sebelum kita sambut 4th Anniversary. 😭😭 Alhamdulillah... syukur!

Lepas makan, badan dah sejuk, tapi nak cebur gak kat pantai Long Beach. So, mandi mandalah kitorang tengah panas buta tu. Lepas tu, terus balik resort, mandi bagai, tidurr. Penat ya hamat!

Bangun tidur dalam jam 5pm lebih, kitorang siap-siap nak makan kat Long Beach. Nak rasa suasana Long Beach waktu petang and nak tengok fireshow yang famous tu.
Baru sehari kat Perhentian. Buat hiking, terus kulit suami aku yang putih melepak jadi gelap yang amat! 😂 Dua tone ko, color semulajadi ye. 😂😂😅
 Pengajaran yang kitorang learned in a hard way, sunblock tu bukan menghalang kulit ko jadi hitam. Dia cuma elak kulit ko dari jadi sunburn warna merah yang perit tu je. Hitam tetap hitam tak kira ko tepek sunblock tu banyak mana sekalipun kat kulit. Ye tak hubby? 😂😂

Aku gelap tang muka, tangan dan kaki je, tapi tak ketara sangatlah. 


Makan petang kat Long Beach. Nasi putih, tomyam campur dan air. 

Kat long beach ni banyak cafe, pilihlah yang korang berkenan untuk makan. So far, semua cafe yang aku try, semua sedap masakannya. Cuma sayur dalam tomyam aku tu, tak rasa fresh dah. 
Makan dekat kedai tepi pantai gini, ya Allah rasa tenangggg sangat. Rasa syoknya bercuti. Kalaulah hari-hari boleh hadap hidup tenang macam ni, kan best? Tak yah fikir keje semua. 😅

Atas setiap meja, ada lilin kecik tau. So bila malam, rasa macam ko tengah bercandle light dinner dengan deruan ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa.

Nak jugak abadikan potret kat Long Beach ni bila merangkak senja. So layan...









The love of my life! 😘❤

Gambar candid. 

Siap termenung teruk hayati damainya alam. 


Kitorang lepak sampai malam sikit, dalam jam 8pm lebih. Niat kat hati nak tengok fireshow yang famous, tapi malam ni kitorang kecewa sebab fireshow, no show. 😅😂

So, kitorang jalan-jalan sikit masuk and tengok-tengok kedai souvenir kat long beach ni. Masuk kedai runcit, beli ape yang patut. 

Then kitorang gerak balik ke resort. Lalu jalan shortcut tu, malam-malam memang gelap gelita. Tak de lampu jalan tau. So, pasanglah torchlight npon korang buat penyuluh jalan. 

Tapi takyah takutlah, sebab ramai je yang lalu jalan shorcut ni. Kejap-kejap ko akan terserempak ngan manusia lain. So chill k. 

Balik bilik, kitorang suami isteri lepak kat balcony, sambil makan megi. Buat megi campur milo, nak tau rasa dia pergi macam mana. Orang kata sedap! 

Sudahnya, aku rasa milooo je kat megi tu. Suami aku punya idealah ni. 😅
Pastu, tidur... esok nak snorkelling! 

Entry snorkel ni, menarik. Tapi lebih pada videolah. Tunggu ea. 


Love, from both of us. ❤😘
 Salam sayang,
Anis Ashikali.