Hai! Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi untuk aku update pasal percutian family ni.
Awat daripada Taiping, tiba-tiba sampai ke Penang pulak ni?
Siapa yang belum baca travelogue aku yang lepas-lepas, sila klik Prevoius button kat bawah setiap post aku ye.
Kalau malas jugak, boleh cari di blog archieve aku, di sebelah kanan bar blog Memory Lane ni.
Kan aku cakap, percutian ke Perak ni memang KRIK KRIK sikit!
Aku ngan akak aku semua, dah rasa macam percutian family kali ni hambarrr aje!
Alang-alang dah duduk di Taiping, kitorang sepakat untuk naik dan masuk ke Pulau Pinang terus.
Masa perjalanan? Dalam sejam lebih je from Taiping.
Lebih kurang sama dengan masa nak masuk ke bandar IPOH semula.
Alkisahnya, pagi-pagi tu lepas bersiap, kitorang pergi sarapan dulu di area homestay.
Lepas sarapan, terus gerak ke Pulau Pinang, masuk dengan kereta sendiri, melalui terminal feri.
Kenapa tak naik jambatan Pulau Pinang aje dengan kereta? Sanggup patah semula naik melalui Ferry di Butterworth?
Sebab kitorang saja gatal, nak experience something new.
Nak selamatkan percutian KRIK KRIK kitorang ni.
Wow, memang 1st time aku experience naik Feri dengan kereta.
Sebelum ni aku naik dengan badan aje.
Masa nak ke sini, perhatikan sign board betul-betul ye.
Ikut laluan kenderaan ke Terminal Feri.
Camnilah rupanya masa semua kereta beratur untuk tunggu giliran bayar tambang feri. Harga per kereta? Murah je kalau tak silap aku, dalam price range RM5-RM15 kot.
Ni lah ghopenye masa dah lepas bayar tiket. Kita akan diaturkan di setiap lane untuk menunggu masuk ke dalam Feri.
Actually banyak gila driver motor yang naik perkhidmatan ferry ni. Kereta? Lagi banyak!
Bosan betul menunggu dalam kereta macam ni. Rasa lamaaa sangat masa nak berlalu!
Kita selfie wefie lah sementara tunggu Ferry sampai.
Yeay, nak masuk feri dah. Kitorang kalau boleh nak masuk naik Feri yang sama, tiba-tiba lepas bayar tambang tiket petugas pisahkan lane kitorang. Rupanya aku & akak aku still naik Feri yang sama, cuma bezanya atas dan bawah aje/
After 3 years of marriage, here we are again. Naik Feri di Pulau Pinang, bezanya dulu kurus macam tak berapa cukup makan. Sekarang, macam tong drum terlebih makan. Hahaha
Aku sendiri takut tengok lengan aku! Sebab lengan dan macam peha! Baling kat anjing, confirm anjing pun pengsan! Wakaka! ;D
Atuk dan cucunya!
Atuk kemain suka lagi dapat bawak cucu naik Ferry!
Our happy faces!
Haa, jom aye belanja video kat atas feri.
Lepas turun dari Ferry, kitorang terus shoot ke Nasi Kandar Line Clear, Pulau Pinang.
Datang Pulau Pinang, its a must to eat here!
Walaupun ada orang yang cakap kotorlah, mamaklah, itu opinion masing-masing.
Sebab, masa aku makan, aku yakin tempat ni bersih. Tak pernah nampak yang janggal-janggal kat mata ni. Lagipun, bukan makan hari-hari, tapi sekali sekala aje.
Ada jugak terdengar, kerajaan negeri suruh LINE CLEAR ni tutup. Tapi betul atau tidak, aku tak sure.
Here we are again, after 3 year! Hahaha
Terkenang memori masa honeymoon kat sini dulu.
Menang sedap! Ya Allahhh, lengan aku!!! (T.T)
Yang lecehnya makan kat sini, tempat kecik! Tapi orang yang datang berduyun-duyun!
As usual, gambar family memang aku tepek banyak-banyak!
Kenyang isi perut kat LINE CLEAR, kitorang terus gerak ke Bendera Hill.
Lama gilas aku tak datang ke Bendera Hill ni.
Last aku datang, masa rombongan sekolah agama dulu. Umur aku? Masa tu aku dalam darjah 4 atau 5. Suami aku, lagilah pulak tak pernah langsung jejak ke sini.
Nenek aku pun sama. Ni baru first time dia naik atas ni.
Datang sini, better parking kat tempat parking yang disediakan. Lif ada disediakan untuk turun naik.
Tapi, kena menapak sikitlah nak masuk ke area Bendera Hill tu.
Tips aku, sampai aje, terus pergi beratur! Nak-nak lagi kalau datang time cuti sekolah.
Orang memang berduyun-duyun nak oi!!!
Ada yang bawak satu rombongan cik kiah, beratur beramai-ramai untuk beli tiket,
Memang kena macam tu pun, sebab lepas beli tiket tu, korang akan terus diatur untuk naik cable car.
Kalau beratur asing-asing, jangan harap boleh naik satu cable car yang sama.
Sila maklum ye, masa beratur nilah boleh nampak semua perangai manusia kat Malaysia ni.
Yang dengki, yang tak nak beralah, yang tak boleh sikit lebih kurang, yang selfishhh, yang ikut suka hati, yang tahu berbaris, yang suka memotong. Ehhh, macam-macam lagilah.
Go experience it yourself, baru boleh tau! Huhu
Okay, yang ni rate untuk naik cable car di Bendera Hill.
See? Mula-mula kitorang anta abang ipar aku and suami aku untuk beratur beli tiket. Sebab, nak bagi orang tua aku duduk-duduk santai dulu. Yelah, tak nak bagi orang tua aku diri dan beratur lama. Sekali bila tahu kena beratur sama untuk terus naik, mencecet kitorang masuk celah-celah palang besi. Palat je muka family lain tengok.
Kitorang buat keras aje. Walaupun ada terpisah-pisah sikit. Pada aku, maaflah aku tak tahu kena beratur sama. tapi apa salahnya bagi family aku yang lagi 4 orang ni masuk beratur kat depan suami & abang ipar aku yang dah lama beratur tadi tu? Family aku, 6 orang je kot. Bukan 60 orang macam family kau tu! huh!
memang mencabar kesabaran sungguh masa beratur ni tau! Sakit hati dengan orang yang tak bertimbang rasa! Tapi masa bergambar, peace sign tu memang kena tunjuk!
Bukti kitorang terpisah. Suami aku yang ambil gambar ni. Sedihhh... :'(
Nampak tak cina yang terselit kat tengah-tengah kitorang tu? Jangan kata dia, melayu kita pun sama tak berhati perut.
Senyum dalam tangisan. Sabauuuu jelah!!
Masa beratur nak masuk ke lane cable car, aku paksa semua family aku mencelah-celah, sampai diorang duduk sama dengan aku! Fuhhh, padahal mulut aku dah berapi dah nak sound kalau diroang tak bagi. Agak-agaklah kan! Cuba orang buat family kau macam tu, memang confirm kau pun beranginkan? Hmph!
Kitorang bukan saja nak potong barisan, tapi kitorang tak tahu yang bila dah beratur beli tiket kena terus stay untuk naik. Kitorang ni dok fikirkan kesian orang tua kitorang diri beli tiket lama-lama, tu yang suruh diorang duduk dulu. Bila dah tau kena stay, kitorang panggillah untuk masuk sekali.
Alang-alang dah abang ipar aku beratur tu, kitorang cuba nak masuk beratur depan dia. Macam dia tu penjaga barisanlah lebih kurang. Haha!
Sekaliii... macam ni pulak jadinya. Haihhh, sabau ajelah.
At lastttt, dpaat jugak duduk sama-sama dalam cable car. Tapi... ingat ye! Tak semestinya kau boleh duduk dalam tempat yang sama, cable car yang sama. Sebab... ramai orang berebut nak naik dan duduk!
Ada video masa naik cable car, tapi aku dah delete. Tak nampak apa pun, nampak tebing bukit je.
Akmaklum, cable car laju!
Pemandangan dari atas Bukit bendera!
<3 Gambar paling awesome! Sebab nampak kurus! Wakaka
Babyface! Hehehe
Cantik Pulau Pinang dari atas ni. Tapi, agak berkabus, so pemandangan tak berapa clear.
Di kanan bukit ni, ada je laluan-lauan yang comel dan cantik. Niceee kalau nak jalan cuci mata.
Nak masuk dalam LOVE LANE/ FOREST LOVE ni kena bayar, RM20 sorang kalau tak silap. Namanya aku tak berapa ingat, main tibai je asalkan ada love-love tu,
Waktu malam, lagi cantik! Sebab berlampu-lampu!
Cafe yang ada kat atas Bukit Bendera.
Dataran Penang Hill! Dah banyak berubah kat atas ni. Aku ingat lagi, dulu aku pergi tak macam ni imejnya.
Kalau penat nak jalan, boleh naik sort of bungee car. Tapi berbayar ye.
Antara gerai-gerai yang menjual hasil kraftangan.
Ada pertunjukkan haiwan kat sini. Boleh bergambar. Ada ular, burung. Aku? Macam biasa. asal ada binatang U tu, aku lari jauh-jauh!
Aku paling suka deretan lampu kat Astaka Bendera Hill ni.
Daki bukit, untuk solat! Penat wei!
Rupanya ada tangga kat tengah Astaka tu. Boleh naik ke atas ni, tak yah sesusah daki bukit. Sabau jelahhh, mata reabun benor. Nilah akibatnya kalau tak explore tempat tu betul-betul.
With our Maruko Chan!!!
Ha, boleh study banner ni untuk tau aktiviti yang ada kat sini.
Anak buah aku, pau atuknya belon!
Owl Museum! Ada apa kat sini? aku tak tahu, tak masuk pun.
Mungkin ada 3D Illusion Art kat sini, macam yang Owl tu beritahu.
Sayang anak buah aku yang sorang ni!
Tahu apa ni?
It's a LOVE LOCK beb! <3 ;)
Pinjam Belon anak buah aku as a prop!
Our adorable Maruko Chan!
Kerusi Love yang bengkok di tengah. Ibaratnya sorang dok hujung kiri, sorang dok hujung kanan, dan bersatu di tengah-tengah! Ingat Namsan Tower, Korea je ke yang ada kerusi ni? Penang Hill, Malaysia pun ada tau!
Selamba je Umie Ayah aku duduk. Padahal ni prop untuk bergambar ni.
Habis pusing area love lock, kita bergambar kat Replika Cable Car pulak.
Two is better than one!
Tadi kitorang nak bergambar kat sini, tak tergamak nak suruh mak ayah aku bangun. Now, ada can, kitorang sure tak nak lepaskan peluang.
Tengok tu, suami aku lagi pandai posing dari aku.
Lepas berguru cara posing dengan suami aku, keluarlah posing copy paste ni ha. ;D
From Penang, with Love.
My only sis! <3
Ready?!
Action!
Go!!! ;')
Being photobomb by our iki! ;')
<3
Their turn, Ready, Set, Go!!
Kesian maruko chan aku, dah macam tersepit kat tepi tu. :(
Kat periuk kera ni pun, cantik untuk bergambar.
Seronok maruko chan aku ni.
Kitorang pun nak jugak!
Hah, lantaklah ye. Aku malas dah nak susun atur gambar kat atas. Biar je bertepek-tepek banyak.
Penat nak update entry kat Pulau Pinang ni, sebab banyak gambar! Huhu...
Macam nilah agaknya nak update entry Perhentian nanti. Haihhh...
Aku punya suka dengan lampu ni, sampai aku mintak suami ambilkan gambar lagi sekali time dia menyala gini.
Tak cukup dengan gambar aku, aku ambil jugak gambar lampu ni saje.
Sebelum bergambar kat atas tu, kitorang dah isi perut dekat cafe area dataran tu. Cafe dua tingkat, maaf tak ada gambar. Tak sempat nak amik. Orang tua aku, aku suruh makan, payah sangat.
Entah apa yang dia tak berkenan kat situ pun, aku tak tahu.
Kadang-kadang, payah berjalan bawak orang tua sebab apa yang kita rasa okay untuk dimakan.
Diorang mati-mati tak nak makan sama. Padahal, banyak je pilihan makanan kat situ.
Dan perangai diorang tu kadang-kadang buat aku stress, sebab risau diorang lapar.
Jalan jauh, kat tempat orang. Bukan kat rumah sendiri yang kedai makan dekat kiri kanan.
Nak berjalan, perut mestilah kena kenyang dulu. Baru syok!
Kadang tu, suami aku cakap tak yah pikir sangat pasal orang, nanti aku sendiri yang stress.
Bila aku dah tak tahan sangat, yes... i let go semua kerisauan aku.
Bukan aku tak ajak makan, bukan aku tak bagi makan.
Bukan tak ada pilihan makanan yang banyak, semua sedap-sedap.
But they choose not to eat, ha... biarlah diorang.
Masa kitorang camwhore kat sini, orang tua aku semua dah naik cable car turun ke bawah.
Kitorang je yang masih stay kat atas ni, sebab rasa tak puas lagi jalan kat sini.
Family akak aku ni, memang pantang nampak binatang cenggini. Sebab, dia suka! Aku? kuranggg... Sebab, aku penakut! haha
View of Pulau Pinang from Bendera Hill.
Kitorang naik ke atas cafe ni, just untuk bergambar. Tak makan ape pun. But, cafe ni nice tau. Ada live band kalau tak silap aku. Rasanya, kalau repeat lagi sekali naik ke sini, aku nak lepak and makan kat cafe ni. ;)
Kat staircase pun jadi...
Family vacay in December, near Christmas. So, we got to see this stunning Christmas decorations/
Happy me!
Rasanya, ni jelah pun gambar-gambar yang aku ada kat Penang hill ni.
So, after bergambar kat sini, kitorang beratur semula untuk naik Cable Car.
Fyi, Bukit bendera ni bukak until 11pm tau.
So nicelah kalau nak lepak memalam kat atas ni.
Udara kat atas ni boleh tahan sejuk, ala-ala Cameron Highlands sikit.
Lepas Penang Hill, kitorang terus balik semula ke Taiping.
No comments:
Post a Comment
<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3