Tuesday, 5 September 2017

TAJ MAHAL, IPOH!

Train Station = Taj Mahal Ipoh!
Hi, dear readers! 
Okay, kalau semalam aku dah update about Lost World Of Tambun, kali ni aku update 
activities kitorang untuk the second day plak ye.

Ada yang mintak aku upload blog pasal Cameron Trip aku baru-baru ni, tapi...
tak dan aku nak skip entry ke IPOH ni. Huhu, maafkan aku...
Lepas habis entry IPOH, aku ada entry ke PERHENTIAN ISLAND, COLMAR TROPICALE & again CAMERON HIGHLANDS (Repeat Version).

Kat Perhentian je, beribuuuu kisah aku nak share ngan korang. 
Harap bersabarlah ye, nantikan review aku ni.
Sorang kenalan/kawan aku cakap... review aku makan masa setahun. 

Haha, i try to update as fast as i could, but my hands are fulll!
Aku tak reti nak skip cerita! Aku ni a very detail person. 
Selagi tak habis one thing yang aku dah pegang, aku tak kan sampuk dengan benda yang lain. ;')

Nak baca entry-entry aku yang terdahulu? Sila-silalah godek BLOG ARCHIEVE aku ni ye,
Okay, pagi-pagi lepas check out dari MH homestay Tambun... kitorang just makan kat area bandar tu jugak.

Then, we came here, TAJ MAHAL, IPOH.
Nak ikutkan, kitorang supposely berjimba kat Tambun lagi ni. Tapi, semua dah tak nak repeat the same thing, ha pagi ni memang krik krik sikitlah jawabnya.
(Padahal, pada aku.. Tambun in daytime activities, lagi meriah! But, majority wins, fineee...)

Dah stroll bandar IPOH, tak tahu nak pergi mana. Mak aku ajak masuk Museum!
I was like, seriously Umie??? Bercuti, masuk museum??? Tengok Perak man?? Haha, tidakkkk!! 
Tak naklah aku! Kang kalau jadi masuk museum, still KRIK KRIK jugak, ha acaner?? :'D

So, kitorang jejaklah kat bangunan ni. Tak de ape sangat pun kat sini.
Just ada stesen kereta api yang masih berfungsi dengan baik.
Anak buah aku, kemain seronok nak tengok train!

Bawak dia kat sini, sukalah dia dapat tengok train.
Tapi, dia nak naik pulak! Oh tidak, tak dapat kitorang nak tunaikan keinginan dia. 
Sorry ye sayang, train tu pergi ke KL from Ipoh. 
Dah turun KL, tak kan nak patah balik semula ke IPOH? 
Jangan buat pasal sayang... kita bercuti, jauh di rantau orang ni. :'D

Si comel ni, buah hati pengarang jantung semua orang. Aku terutamanya! Jangan usik jantung hati aku ni! Sape usik, aku sembur balik! Hmph

Kesian sayang mak, tak dapat naik train. Tak pe, nanti iki dah besar, kita naik ye. <3
Selfie, sesuka hati.
Ha, gini jelah pun rupa stesen kereta api ni dari dalam...

Mak aku, kalau suruh senyum amik gambar, memang payah. Tapi tang ketawa diaaa... tujuh batu, boleh dengau! ;'D
Make up? Hurm, berbuih mulut cakap. Dia ikut mood dia je kalau nak melawa.
Umie tak nak senyum, tak pe. Angah tolong senyumkan... Wee~~~ ;)
Ha kau! Melopong mulut chibi maruko chan aku ni. Entahkan dia mengantuk, entahkan dia terkejut tengok kereta api. Haha
Sesi memujuk anak buah aku makan aiskrim, supaya dia boleh lupakan niat nak naik train! Wakaka!




Tengah-tengah panas terik ni, kitorang screaming "Group Photo! Group Photo!!" ;'D
Nilah masalahnya, kalau ko travel in group & no tripod available. Yang ada hanya monopod.
Guna monopod pun, ada je kepala dan muka yang hilang dalam gambau. Mana aku tak mengamuk bila monopod aku hilang? Confirm, jangan kata kepala dan muka je yang hilang, silap-silap lubang hidung semua orang pun belum tentu boleh nampak tau! 
Sudahnya, berkali-kali butang remote bluetooth tu aku tekan, sampaiiiii nampak semua kepala dalam gambau!
Pandang kamera ke tak, belakang cite. Yang penting, kepala ada! Hahaha
Moh le kita bergambau kat Taj Mahal, Ipoh ni yunk...
Dah penat bergambau tengah panas... kitorang lepak kejap kat taman kecil yang comel & cantik ni.
Nice la jugak, ada touch of nature di situ...
Kitorang bersawit berdua dulu, baru join the gang kat belakang. :'D
Okay, jom join the gang! Makan aiskrim, kat tengah panas terik dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Sambil dengar bunyik cengkerik among us! Ya Allahhhhh, kitorang bosannnn!! 
HAHAHHA.

Seriusly, kitorang tak tau nak ke mana masa ni. Sebab dah ubah plan 180 darjah! 
Kakak aku cakap, Ipoh tak best. Sebab selama ni kitorang berjalan, tak pernah tasa macam orang dibuang negeri. Dibuang daerah! Tak tahu hala tuju. Wakaka! 
Yang ni, sumpah lawak! 

Kata kakak aku lagi, selama ni berjalan penuh je ngan aktiviti. Tak pernah Krik Krik macam ni.
Haaa, tulah... eden dah penat penat buat itinerary holidays, korang suka ubah plan. 
Krik-kriklah dapatnya.

Sebab, plan percutian kali ni, aye susun baik punya!
Siap dengan jarak perjalanan dari satu tempat, ke satu tempat.
Siap dengan daerah, daerah yang dekat, yang jauh, yang sejalan.

Kenapa kena buat itinerary macam ni? Sebab, Perak ni besau! 
Jarak semua jauh-jauh, so kena plan sebaiknya.Kalau main hentam kromo, patah-patah balik... terbanglah banyak fulus ke duit petrol. 
Isi minyak pakai duit ye, bukan pakai air liur
Contoh itenerary yang aye slalu buat setiap kali nak pergi vacations.
Bila dah susun plan cantik macam ni, baru terasa heaven percutian tu.
Tapi... kalau ubah plan sesuka hati, jadilah aksi krik-krik macam di bawah ni...
Haha, layannn~~~

Okay, sedia!

Mula! 

Candid sikit!

Teleng kiri sikit...

Tunjuk peace sikit...

Suap aiskrim dulu,...


Teleng kanan balik...

Masing-masing buat tak tau...

Masa ni, hampir separuh dah ada kesedaran pandang kamera...

Senyum skit...

Pose lagi!


Bertuah punya anak buah, orang suruh senyum... dia pi jelir lidah! :P
Haaa, sampai sudah! Setiap gambar, semua aksi berbeza. Aku x tau nak pilih yang mana, so aku tempek semua.
Sebab, dalam satu gambar, payah nak jumpa yang semua mata pandang kamera. Huh!

Nampak? Krik krik sangat kan? ;'D
Tak kesahlah, yang penting cuti tetap cuti! Lepas tu, kitorang masuk bandar Ipoh. 
Nak try makan Nasi Ganja Ipoh, yang famous meletup-letup tu.

inilah dia, kedai Nasi Ganja Ipoh. Gambar ihsan google, aku tak amik gambar kedai ni masa tu. Malas!
See? Orang beratur panjang-panjang.
Antara menu lauk yang ada, tapi ayam tu yang orang kejarkan.

Gambar ehsan google jugak ye.

Gambar dari pakcik google jugak. Nilah contoh ghope nasi ganja tu.
Aku tak tahu apa yang sedap sangat dengan ayam nasi Ganja ni, pada aku minyak je yang banyak.
Tak ada cawangan lain ea... 
Kedai Nasi Ganja Ipoh ni, atau Nasi Vanggey, dia terletak dalam kedai makan cina.
Review yang aku baca, diorang ni menumpang dalam kedai tu.
Halalan Toyyiban, mereka kata... aku pun beli tanpa syak wasangka.

Ingat nak makan kat situ, tapi orang beratur kemain panjang berderet. Kedai pulak penuh dengan manusia. Tak danlah nak menunggu sampai ada tempat kosong untuk makan kat situ.
Masing-masing dah lapar...
Aku ngan suami je yang beratur, beli bungkus. Satu bungkus, dalam RM2-3 kalau tak silap akulah.

Then, kitorang makan di food court Ipoh Parade. 
Makan nasi ganja, air beli di food court. Sekali, kecewa je yang dapat.
Nasi Ganja tu, tak adalah Ganja mana pun! Tak sedap langsung pun, rasa tawau, berminyak.
Gadan atau bahan dalam nasi pun, yillek! Yang ada, kuah, ayam, itu aje!

Agak pelik, kenapa orang cakap sedap dan famous ye? Ke dia sedap nau-nau kalau makan kat kedai dia aje? Itu, orang Ipoh jelah yang tau kot. Huhu! Tapi, itulah kali pertama & terakhir aku makan nasi ni. Tak nak repeat lagi, tak sedap.

Tapi, alhamdulillah... syukur, rezeki Allah bagi. Dapat merasa experience yang one of a kind. Huhu!
Lepas lepak kat Ipoh Parade isi masa lapang, kitorang berangkat ke Taiping!
Untuk check in di Homestay Husna Afina, Taiping.

Tunggu next entry, aku update.
Pinggang & tulang belakang dah kematu dah ni.
Good night! 

Salam Sayang, 
Anis Ashikali.

No comments:

Post a Comment

<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3