Assalamualaikum...
Dear readers, lets begin our journey di Malinja Homestay, Langkawi.
Okay, untuk family vacation di Langkawi, aku dan family, sepakat nak duduk homestay.
Aku cadang dok hotel je, tapi kakak dan abang ipar aku bangkang sebab mahal katanya.
Baik duduk di homestay, dah tentu-tentu murah, selesa, dan jimattttt!
So, aku book Malinja Homestay Langkawi ni, di website booking.com.
Harga? RM450 untuk 4 hari, 3 malam. Murah bak ang!
Ada 3 bilik tidur, 2 bilik air, lengkap dengan mesin basuh, seterika dan sebagainya.
Kebaikannya, memang dia selesa, bersih, murah dan affordable.
Moreover, memang dalam 5-10 minit je, dah sampai ke Makam Mahsuri.
*Dok homestay dekat dengan Makam Mahsuri pun, kami tak sempat singgah.
Sibuk kejarkan tempat yang jauh-jauh. ;')
Tapi... yang buat aku tak berapa syok dok kat homestay ni sebabbbb...
Lokasinya yang agak jauh ke dalam, jauh dengan pekan Kuah! Plus minus dalam 20 minit perjalanan.
Then... langsir di tingkap dapur rumah ni, amatlah kecik dan jarang!
Kecik tu, jenis yang suku sahaja, tak tutup semua. Tapi tingkap yang digunakan, jenis sliding door.
Ko rase??? Angin aku dibuatnya. Hmph!
Nampak sangat macam tak percaya dengan guest yang datang menginap,
Hello, fikir logik boleh? Malam hari, tentu arahlah rumah terang benderang dengan lampu.
Then, aurat kami semua dalam rumah ni macam mana? Sesenang je jadi tontonan umum?
Bab ni, memang aku rasa cam palattttt sangat dengan owner rumah ni! :(
Yang paling aku tak suka, water heater dia dah rosak, tak function.
Anak buah aku masih menyusu, kadang-kadang nak susu botol. Kami pun, kadang-kadang nak jugak buat dan minum air panas...
So... the second day aku menginap, aku sms/wassap owner dia request hantar yang baru.
Katanya, dia akan hantar... tapi sampai sudah, non hado dik non oi!!!
Then, camna aku masak air panas? Gunalah periuk dan kuali yang ada, masak air dalam tu.
Balik ke zaman purba, walhal zaman dah maju!
Yang paling tak boleh aku terima, umah owner tu sekangkang kera je dari homestay yang aku duduk ni. Rumahnya betul-betul terletak kat belakang homestay ni.
Tapi, tak ada langsung sesi welcoming kami ke sini sebagai tetamu.
Kalau kami ni foreigners, ye aku faham kot kau tak nak welcome kami sekalipun.
Tapi, kami ni melayu islam, sebangsa pulak tu. Orang Malaysia lagi. Kami datang jauh-jauh, apalah salahnya tuan rumah datang sambut kami dengan memperkenalkan diri?
Bukan kami mintak dibentangkan red carpet macam VVIP!
Part ni, aku terus rasa tak syok. Kalau dok hotel... aku faham. CEO bagai, memang taklah nak mencemar duli untuk menyambut tetamu yang datang. Tapi ini, HOMESTAY... kenalah pandai jaga hati tetamu!
Yang datang amik bayaran penuh pun, hanya pekerja dia saja the first day we arrived!
Tu jelah sekali yang kami jumpa staff MALINJA homestay ni, pastu ghaib tak nampak hatta sehelai rambut pun!
Alahai, keciknya hati aku ni, Allah saja yang tahu.
Nak-nak lagi, aku travel dengan family. Lagilah diorang rasa macam tak dihargai dengan tuan rumah.
So... disebabkan banyak faktor CONS daripada PROS, makanya aku tawar hati nak ambik gambar homestay ni lengkap-lengkap untuk diabadikan di blog aku.
Cukup sekadar ape yang ada sahaja. sebab pada aku... kalau korang nak jejak ke homestay ni.
Korang boleh je google semua gambar-gambar dia kat google.
Aku bukan nak melingkupkan periuk nasi orang dengan review yang teruk gini.
Tapi yang ini, aku komen dan bagi review seikhlas hati aku, dengan jujur!
Kalau best, aku cakap best. Kalau tidak, aku cakap tidak!
Next time, kalau aku ke Langkawi lagi, memang non adolah aku nak duduk kat Malinja ni lagi.
Lagi best kalau aku dok kat pantai Cenang!
Malinja Homestay, di Ulu Melaka Langkawi. |
Okay, kitorang duduk kat side kanan ni. |
Ruang tamu. Kot nampak, sila hadamkan langsir di dapur tu ye. |
Yang ni, bilik kedua. Bilik pertama dan ketiga, lebih kurang sama je. Tapi katil queen. |
View daripada tepi, masa senja macam tu. |
Keadaan ruamg tamu, lepas disepahkan oleh kitorang. ;') |
Bilik ketiga, ada meja solek, dan kemudahan iron. |
Yang ni, rupa bilik pertama. Sorry, gambar ni aku terlupa nak tegakkan. Sila tengok dengan kepala yang ditelengkan ye. |
Okay, ini jelah gambar yang ada dalam simpanan aku. Actually gambar mula-mula tu, view depan, bilik dan ruang tamu yang kemas tu ihsan daripada google. Gambar dalam simpanan aku sikit je, sebab dah kecik ati dengan layanan owner.
Anyway, itu saja review aku pasal Malinja homestay ni.
Now, saja aku nak tunjuk gambar souvenirs yang kitorang beli masa trip Island Hopping dan SkyCab Langkawi. Gambar pinggan comel-comel ni dapat dengan stand dia, tapi stand dia aku tak sempat cari. Tak cukup masa, so... aku gunakan tangan aku je sebagai ganti. :')
Anak buah, merangkap anak mak. iki! |
My sis, maruko chan ada dalam perut tu, iki, and bro in law. |
Me and hubby! ;) |
Umie Ayah! |
Umie dan nenek! |
Cenderahati Skycab! |
Souvenirs from Dataran Lang! |
Souvenirs ni, mak aku pau aku! Hahaha! |
3D photo! Cantiklah jugak... ;) |
Adalah jugak few keychain, burung helang dan fridge magnet yang kitorang beli.
Tapi malas la aku nak cari semua tu balik, sebab dah letak merata-rata. :')
Yeay! Berjaya jugak aku habiskan entry ke Langkawi ni! Alhamdulillah...
Next update? Sambutan 2nd Wedding Anniversary aku di KL.
KL je? Jadiklah, daripada tak ada.
Tempat tak jadi ukuran, yang penting... memori tu! Dikenang sepanjang hayat selagi nyawa dikandung badan. <3
Au Revoir! ;)
-Anis-
No comments:
Post a Comment
<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3