Hye, lama tak update blog ni kan? Now tengah paksa diri untuk update percutian ke Langkawi hari tu, nanti 14 Mac ni nak sambut 2nd Wedding Anniversary pulak, so better jangan peram cite Langkawi ni lelama. ;)
Actually, update pasal vacay ni pun sebab rinddduuu nak travel dengan family lagi. Syok sgt!
Okay, disebabkan ak ni memang suka travel, last travel ke Langkawi masa tahun 2003, then husband pulak tak pernah ke Langkawi lagi. Ayah pulak, memang suka bangat ngan Langkawi ni, so makanya... aku plan lah family vacation ke Langkawi. Tak kan nak pergi berdua dengan husband while aku tahu ayah aku sukaaaa sangat2 dengan bumi helang ni kan? Tak kan pulak nak tunggu sampai ayah aku nak pergi Langkawi baru ak blh pergi dengan husband? Makanya... aku angkut satu family, moh le kita ke bumi Permata Kedah ni. ;)
Plan asal nak pergi 1 Disember-4 Disember, pastu kakak aku cakap, why not pergi from 30 November until 3 Disember memandangkan 30 november tu hari ahad and semua cuti? So tak yah sesusah nak apply cuti bagai. Ok point taken! So tarikh ke Langkawi 30 November - 3 Disember.
Oh, btw... aku, husband, parents and nenek aku gerak ke Kuala Perlis by bus on 29 November 2015, jam 10 malam. Aku kan memang pantang naik flight, so hanya family akak aku je yg travel naik flight on 30 November tu.
Sila telengkan kepala anda untuk membaca tiket ni, tiba-tiba masa upload dalam blog, gambar jadi gini plak... |
Dalam bas, aku hanya buat aktiviti tidur sepanjang masa, kadang-kadang je celik. Air pun aku tak minum banyak, takutttt kot-kot nak terkucil, nanti bas tak berhenti pulak. Dera la anak tekak walaupun kehausan nak mampos. Huhuhu...
Once sampai ke Jeti Kuala Perlis, perghhhh... punyalah lega. Perjalanan dari Melaka kol 10 malam, sampai ke Jeti pukul 8 lebih pagi.
Sampai je, terus sarapan kat kedai makan, pastu aku ngan husband berkejar beli tiket Ferry nak ke Langkawi. Nasib dapat tiket kol 10.45 pagi sebab tiket seterusnya ada kol 12 tengah hari sajo.
Then punyalah panjang and ramainya manusia yang menunggu kat balai berlepas tu...
Naik ferry plak, nasib baik ada tempat duduk memasing. Ferry kemain besar, 600 orang dia angkut dalam 1 masa. Tak macam ferry kat Tioman, naik ferry tak ada nombor seat, kene duduk bersepah-sepah. Ferry pun kecik, sempit sangat!
ni contoh tiket ferry ke Langkawi, Again, sila telengkan kepala korang k... huhu. |
Time-time dah nak sampai ke Langkawi, kitorang lalu kat celah-celah laluan gugusan-gugusan pulau. Memang cantik and superb pemandangan dia, tapi tak dapat amik gambar sebab ruang pemandangan terhad!
Okay, yang ni aku belanja gambar kitorang yang masih tak mandi, dalam ferry, sementara tunggu Ferry gerak, moh kita berwefie... yeay! ;) |
Okay, this is just a quick update for the opening journey, after this korang semua akan disajikan dengan gambar yang banyakkkk...
Masa on the ke Langkawi, aku memang tak banyak amik gambar, Kemalasan! Lagipun, tak kan nak amik gambar bas dan ferry je kan? Huhu
So, jumpa di next entry ya.
-Anis Ashikali-
No comments:
Post a Comment
<3 <3 "Leave Your Thought!" <3 <3