Monday, 4 September 2017

HOT SPRING & SPA, THE LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK


Yeppi!! Lost World of Tambun, Perak!
Dah berkurun kitorang teringinnnnn sangat nak jejakkan kaki ke sini, semenjak tempat ni dilahirkan di Perak tu.

Tapi... tak berkesempatan untillll DEC 2016.
Jejak jugak kitorang ke sini. Alhamdulillah, syukur!
Lepas check in di homestay, badan pun tak penat sangat.

Ikut plan yang aku buat, malam ni kitorang berjimba kat Hot Spring & Spa, Lost World Of Tambun.
Tiap kali aku tengok video Lost World of Tambun ni kat Youtube, tergugat iman aku!
Siang atau malam, aktiviti dia semua nampak best!
Tempat dia memang one of a kind! Cantik!!
Kalau nak buat iman korang tergugat, sila sila la taip Lost world of Tambun, kat Youtube ye.

Sebelum ke sini, kitorang siap-siap makan dulu, kat kedai Tomyam yang berdekatan dengan homestay. Homestay yang aku book tu, dengan Lost World of Tambun ni, dekat nau nau ko!'
Amik masa dalam 7 minit je, dah sampai!
Pastu, dekat dengan MCD, Starbucks... pergh, syok!
Tak sia-sia aku pilih MH homestay sebagai tempat penginapan.

Owh, masa vacations ni, aku ngan husband memang tengah gemuk nau nau! Haha
Budak ni... nama dia Chibi Maruko Chan!! Wakaka ;D

Jantung hati aku. Umie & Ayah!
The elders with Chibi Maruko chan! ;)

Ayah aku cakap, kedai ni lawa. Sebabnya? Ada perahu dalam kedai. :')
Nenek & atuk, tak lengkap tanpa cucu.


Ini jelah pun, gambar yang ada masa kat kedai makan tu. Gambar makanan semua, aku tak amik.
Gambar seluruh kedai pun tak amik, sebab masa tu aku rasa macam ntah apa-apa je kalau amik semuaa gambar untuk tempek pada blog ni.

Sekaliiii, masa blogging tentang percutian ni. Aku rasa menyesalllll sangat-sangat tak amik semua gambar tu. Sebab rasa macam tak dapat nak tunjuk keadaan kedai in detail dengan korang.
Haishhh, menyesal!!! :(

Tak pe, pengajaran untuk aku. Next time, kalau aku pergi bercuti. 
Benda yang aku rasa macam ntah hape-hape tu nanti, confirm aku amik gambau banyak-banyak!
Sebab sumpah, ianya berguna bila create entry di blog.

Makanan? Semua sedappp! Terbaik!
Siap ada aneka bubur untuk santapan. 
Tapi... lalat banyak! Mungkin sebab kitorang order makanan laut kot, tu yang lalat pun naik syok. 

Then, lepas makan... kitorang berangkat ke sini! 
Sampai sini dalam jam 7 lebih, terus beraturrrr untuk beli tiket.
Ramai gila orang! Maklumlah, cuti sekolah. 

Aku plak, dengan period, dengan tak selesa, nak handle anak buah aku lagi.
Terus merundummm mood aku nak amik gambar persekitaran Lost World of Tambun ni.

Night View! Cadangnya, aku nak amik gambar beramai-ramai kat sini. Abadikan kenangan percutian.
Abissss, dah payah sangat nak kumpul semua orang. Payah nak capai kata sepakat, alih-alih non hadooo gambar kat sini,
Yelah, dengan ramai orang. Dengan nak beratur beli tiket, nak kejar masa lagi bagai. Payah nak posing!

Again, actually dalam Lost World Of Tambun ni, tempat dia cantikk sangat! 
Tapi... dek kerana terlalu ramai orang, mata aku jadi rabun kejap.
Pening pun ye jugak! Dah tak tau, where is where, which is which.
Semua kelabu asap, sebab ramai nau-nau orang!

Tak sempat dah nak tangkap gambar ke ape ke, yang sempat... sikit ni jelah pun.

Hang Jebat, saya! <3 
Dalam misi nak mencari port melepak. Puas aku pesan, pakai pakaian untuk mandi atau rendam kaki... tapi, biasalah... mak, ayah, ngan nenek aku memang tak layan main-main air ni. ;'D
Dalam pada nak check port melepak, ayah mak, nenek, akak & abang ipau aku dah hanyut dnegan fireshow kat dataran tu. Aku tak hiraukan fireshow tu, sebab aku lagi berkenankan air yang cantik cantik ni.

Aku bawak waterproof beg, kekonon boleh la tangkap gambar kat semua ceruk.
Sekaliiii, handphone besau sangat. Tak muat nak masuk dalam waterproof beg tu.
Ko rasa??? Memang double bad mood, aku masa tu!

Sudahnya, tak dapatlah aku capture gambar setiap ceruk untuk korang.
Badan pun dah basah ngan air. Alkisahnya, aku enjoy jelah kecantikan water theme park ni.

Laluan untuk masuk ke Hot Spring & Spa from dataran.
Macam nilah rupanya kolam-kolam Hot Spring kat sini. Bila malam, penuh dengan lampu warna warni... dnegan asapnya. Cantik! 
Suami aku layankan anak buah kitorang, iki. Air kat sini, tak berapa panas. Ada je kolam yang betul panas, ada yang tak.
Seronok tengok suami aku have fun, i is jealous. Ikutkan mood yang dah kedaung ni, memang aku nak mogok guling-guling masuk dalam kolam. Tapi, salah sendiri tak check saiz waterproof beg tu. Telan jelah kesilapan tu, and terjun dalam kolam!

Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut, pasal tiket & sebagainya, sila klik link ni.
https://sunwaylostworldoftambun.com/product/lost-world-entrance-tickets/

Tiket masuk Hot Spring & Spa ni, per adult RM36.00.
For child (Age 12 years & below) RM29.00

Studylah map ni puas-puas ye... Manfaatkan setiap saat kat sana dengan sebaiknya.
Attire Rules... are meant to be broken! hahaha!
Attire? Dalam website, semua cakap kena pakai swimming suit yang dibenarkan sahaja.
Tapi... aku tengok, semua orang belasah pakai macam-macam, like tracksuit & shirt.
Bikini pun ada tau! Bersepah... Haha!

Operation hours, 6pm to 11 pm.
Kalau nak rasa puas kat dalam tu, silalah datang seawal jam 5pm.
Beratur beli tiket dah sekian masa, beratur untuk spot check dah sekian masa, nak pilih port baik untuk lepak & letak barang dah sekian pulak masanya.
Makanya, plan your time wiselylah ye!

Kalau lapar, boleh pergi Ipoh Street ni, cari makanan kenyangkan perut.
Ipoh Street, Lost world of Tambun!
Okay, ni antara kolam-kolam yang ada di Hot Spring & Spa Lost world of Tambun ni.
Semua gambar kat bawah, ihsan pak cik Google.
Kalau ada orang dalam gambar tu, maaf ye... aye pinjam gambar kome.
Infinity pool.

Sapphira's Lair! Kolam ni, banyak nau orang sampai panasnya pun dah tak terasa langsung.
Crystal Spa... ha yang ni, betul panas air dia! Rebus telur... confirm masak! ;'D
Crystal Spa! 
Foot Spa! Haaaa, kolam ni yang paling aye suka. Boleh buat reflexolody percuma untuk kaki-kaki anda, betulkan urat yang dah kejung mejung tu. Air pun, suam suam kuku je panasnya. Memang syok!
Crystal Spa, yang ni siapa yang berminat bolehlah cuba. Harga urut dalam range RM60-RM200.++ kalau tak silap. Ada package-package dia.
Top of The World, Pool. Okay, kolam ni kecik, terletak kat belah atas, some sort of gua. Air dia panassss, dan macam jakuzzi concept dia. Memang syok duduk kat sini, kalau tak ramai orang. Kalau ramai... rasa sesak!
Tengok tu, menggelegak air tu. Masuk dalam ni, tak yah pergi spa lagi dah. Hehe

Steam Cave! Yang ni pun best! Masuk dalam steam cave ni, rasa macam pori-pori satu badan semua terbukak seluasnya! ;D
Tapi... tak boleh dok lelama dalam ni, sebab takut lemas atau ada komplikasi jantung/otak. Wakaka!
Steam cave ni, seronok! Sebab dia lain dari yang lain. Tapi... kalau sesiapa yang ada masalah nafas pendek macam aye ni, disarankan untuk just masuk & straight keluar.

Aye cant even stand one more minutes untuk lepak dalam ni, sebab dada rasa sesak, sempit & semput.
Udara tak cukup, buat aye rasa macam nak kena panic attack!
Tapi, kot korang champion tahan wap panas ni, boleh je berendam kat dalam ni lama-lama.

Selain daripada kolam-kolam yang mengancam ni...
Korang boleh jugak pergi ke Petting Zoo! Yang ni sesuai untuk family yang datang dengan anak-anak kecil. Ada Rabbit Wonderland, which is Hamster/Rabbit dalam tube-tube kecik/ taman permainan diorang. 

Waktu malam, nampak lagi cantik sebab dihiasi dengan lampu yang berwarna warni. 
Banyak lagi binatang lain kat situ. Petting Zoo walk pun, cantik jugak.
It gives some sort of romantic plus scared feelings at the same time. (kot-kot ada binatang terjah korang masa ni, sebab kiri kanan tu kandang kuda!) Hihihi

Sayangnya, aku tak dapat nak tunjuk korang gambar-gambar yang cantik kat Petting Zoo ni.
Sebab... mood aku merundum habis lepas monopod Yunteng yang aku beli khas untuk shoot gambar-gambar percutian ke Perak ni, hilang. 

Akak aku, dia tak sengaja tertinggalkan monopod tu kat Checking kounter masa nak masuk.
Masa aku nak amik gambar, cari-cari tak jumpa. Aku plak, bad mood. Terus mogok, tak nak amik gambar apa-apa pun kat situ.

Bukan aku marah monopod tu hilang, memang tak mahal manapun. Boleh je beli yang lain esoknya.
Tapi dek kerana aku nak bergambau dengan family malam tu, then monopod tu plak hilang. 
Haaa, memang keluarlah muncung itik aku. 

Akak aku, sampai terasa hati ngan aku, bila aku bagi silent mode kat semua orang.
Hahaha, well sorrylah ton. Ko tau kan, kepala aku banyak angin?  Kihkihkih...
After certain time period, aku akan okay eventually. 

Actually aku ni, ada satu masalah. Which is, semua benda & perkara yang remeh temeh aku sematkan dalam kepala otak. So, bila dah overload, i is tension and stress!
Banyak kali husband aku dok pesan, jangan fikirkan semua benda. 
Let it go... Let it go... (nyanyi lagu frozen) ;'D

Sebelum balik, suami aku ajak bergambar kat kolam-kolam yang cantik ni sebagai kenangan. Aku tak nak.
Puas husband aku pujuk, at last senyum paksa je yang mampu aku bagi.
Lepas senyum paksa, muncung itik ngan muka bad mood keluar balik. Suami pujukkkk lagi! ;'D

Okaylah, tak nak menyesal bila keluar daripada tempat ni and tak ada gambar yang cantik dengan suami.
Aye senyumlah seikhlas hati, cuba okaykan diri sendiri & let it go...
Dapatlah jugak bergambar ngan suami kat sini, sebagai kenang-kenangan...
Bergambar lagi! Nasib baik ada gambau-gambau ni. Kalau tidak, confirm aye meraung teruk bila balik homestay nanti. ;'D

Lepas senyum ikhlas, aye meroyan balik. :'D
Teringatkan monopod Yunteng yang hilang tu... Huhuhu
Suami dalam aksi memujuk, tapi dapat jelingan maut aye. Hehehehe! 
Okay, masa nak balik. Suami tanyakan pasal Monopod kat Lost N Found kaunter, and lepas sesi soal siasat barang yang hilang, akhirnyaaaa monopod aye di jumpai! Ya Allahhhh, punyalah happy! 
Terus okay semua mood, tapi rasa bersalah yang amat mendalam kat kakak aye. Sebab buat muka ngan dia. Hhahaha!

Aye ni, memang sejenis makhluk yang agak complicated. Suami aye je yang faham perangai aye ni. 
I love you, hubby! "kiss

Okay, summary tentang Hot Spring & Spa di Lost World Of Tambun.
Kalau nak enjoy sepuasnya, datang weekdays. Jangan datang masa cuti sekolah atau PH holidays.
Yang dapat, sesak ngan orang. Tak puas nak bermandi manda kalau dah padat ngan manusia.

Elok-elok cuti nak release tension, dapat pulak stress kat sini. Tak berbaloi okay.
Air? Hurm, bila dah ramai-ramai, macam-macam bau ada kat air tu. Tapi bukan kat semua kolam, hanya certain je yang ada bau. Bau apa? Bau kepam! ;')

Kepanasan kolam? Tak semua yang betul-betul panas, sebab dah macam-macam manusia dok dalam kolam tu. Air pun jadi sejuk! 

Makanan? Tak dapat nak bagi review, sebab kitorang tak makan kat situ.

Bilik air? Terbaik, besar. Tapi bila dah ramai-ramai, jadi tak bersih.
Masuk toilet dia, rasa seriau dan terkujat sekejap. Sebab konsepnya, open air ko!
Kalaulah orang toilet sebelah rajin buat aksi panjat memanjat, memang korang yang tengah memerut tu, boleh jadi tontonan umum. Haha!

Cadangnya, esok pagi tu kitorang nak ke Lost World oF Tambun ni lagi.
Nak try suasana & aktiviti siang pulak. Tapi family aku semua tak rajin nak repeat lagi, benda yang hampir sama. 
Plus, nak repeat bukannya free. Harga tiket RM50-60.++ per adult.

So, kitorang tukar plan.
Aktiviti seterusnya? In next entry! 

P/s: Kot video kat atas tu tak boleh play, maaflah ye. Aye akan usahakan sampai dia boleh play dalam blog ni. 

Salam Sayang, 
Anis Ashikali. 

Sunday, 13 August 2017

MH HOMESTAY, TAMBUN, PERAK.



Assalamualaikum!

Adui, waktu aku nak menulis entry family vacations kitorang ke IPOH, PERAK ni.
Mata aku mengantuk yang amat, penyakit M mula bercengkerama dalam badan.

Tapi, entah kenapa, jari jemari aku masih gagah mengetuk papan keyboard ni.
Untung aku masih gagah, maka terciptalah entry ni untuk korang baca.
So, ape yang menarik dengan percutian kami ke IPOH ni?

Hahaha, to be honestlah kan, aku rasa percutian kami ke IPOH kali ni, adalah percutian yang palingggggg membosankan!! (huhu, nangissss!)

Maybe sebab kitorang ni semua anak jati MELAKA. Dah biasa ke mana-mana, sekejap je dah sampai destinasi. Melaka ni kecik, tapi pesat dengan pembangunan, so dah biasa hidup kat bandar yang serba serbi dekat & tenang.

Tu yang bila jalan keluar dari Melaka, bercuti pulak kat tempat yang destinasi tarikan dia jauh dari satu-satu tempat, kitorang jadi bosan. Huhuhu! 
Maaf orang Perak, jangan kecam aku ye. Ni semua refleks fikiran individu je.

Errr, actually... dia bukan total bosan tau. Ada part yang menarik. Ada tempat yang cantik.
Tapi mostly, kitorang macam krik-krik jap setiap kali keluar dari homestay. 
Nak tahu kenapa? Ha jom, aku bawak korang jelajah dalam pengembaraan aku. ;D

Pertama, idea percutian ke PERAK ni, bukan idea aku. Tapi, mak aku.
Beriya dia nak datang ke Perak, dan beriya jugak aku ngan akak aku dok bangkang idea dia. Hhaha!
Plan asal, sebenarnya bulan December 2016 ni, kitorang nak ke Sabah bahhh...

Cancel plan ke Sabah, sebab nak tunaikan hajat mak aku ke PERAK.
Mak aku cakap, dia tengok kat TV, PERAK ni best! Macam-macam ada.
Aku pun, ikutlahhhhh...

Makanya bermulalah plan, dan itinerary aku ke PERAK ni.
Kitorang ke IPOH, PERAK dalam December 2016. Tarikh? Allahhh, aku lupa! 
Tapi pertengahan bulanlah jugak, kalau tak silap.



Korang tau tak? Perak tu... besar!!! Huish, tengok peta je dah pening kepala otak aku nak buat plan.
Tempat menarik semuanya banyak terletak kat area Gopeng & Ipoh. Tempat lain pun ada jugak, tapi aku focus area IPOH dulu.
Pergi 5Hari 4Malam kali ni. Dulu ke Langkawi, 4 Hari, 3 Malam sumpah tak cukup.
Ha, taun ni aku book cuti 5 Hari 4 Malam terus. Nak jalan puas-puas!

Tiba hari yang dinanti, kitorang gerak dari rumah tengahhari. Bawak dua kereta je.
Jalanlah konvoi ke Ipoh, Perak. Actually masa nak pergi ni, aku tak excited langsung.
Sebab aku period! Damn! Pergi Langkawi yang lepas, 1st day sampai pun bendera jepun aku berkibar megah kat jeti Kuala Perlis. :'(

Kali ni, ke Ipoh pun, benda yang sama jugak yang jadi.
Padahal 3-4 bulan sebelum tu, tak nak plak dia turun. *facepalm*
Dengan sakit senggugut, pinggang macam nak patah, mood kelaut, tak excited langsung.

Okay, sampai je IPOH, tempat pertama yang kitorang tuju. 
Homestay! Sebab tarikan pertama yang aku plan untuk 1st Day & 2nd Day ialah 
LOST WORLD OF TAMBUN! Yeayyyyy! *yang ni seronok!*

Aku pilih MH Homestay Tambun, sebagai tempat penginapan aku 2H 1M.
Actually, aku nak duduk di Homestay MH Tambun ni sepanjang berada di Perak.
Tapi.... disebabkan attraction untuk hari yang ke 3-5, jauh dari situ, terpaksalah aku book homestay kedua pulak, di daerah Taiping, Perak.

MH homestay Tambun, bagi aku harga promosi, 2Malam RM338, macam tu. 
Murahkan? Tapi sayang, aku tak dapat duduk 2 Malam.
Harga MH Homestay Tambun untuk 1 Malam = RM150-RM200.
Kenapa aku letak rege estimation tu? Haha, sebab aku lupaaaa berapa harga sebenar! :D

Nilah akibatnya kalau peram cita cuti lama-lama dalam otak. 
Okay, jom tengok MH Homestay Tambun ni. Best ke? Besar ke? Selesa ke?? ;D

Okay, gambar-gambar kat bawah ni ada effect Focus & Blur tau. Sebab tu ada sesetengahnya yang kabur sikit. Ni sebab, husband aku memang suka main effect Focus & Blur kat Huawei P9 aku ni.
Aku plak, tak rajin nak edit semula gambar-gambar ni, sebab dah banyakkkkk dalam phone.
Makan space dah oiiii... :')

Bukak je pintu rumah MH Homestay Tambun, korang akan nampak sudut gorgeous ni. 
Berdepan dengan pintu masuk, korang akan nampak ruang &pemandangan ni pulak.
Anak-anak buah aku, kemain suka dengan rumah ni.
Yang besau tu, kemain petah mulut cakap ni rumah dia. Suka main tangga!

Ruang Tamu. Abaikan suami aku kat situ. Huhu... Abisss, takkan aku nak halau family aku kuar lakkan, sementara nak amik gambar satu umah ni untuk buat review? :')
Gambar ihsan google! Ruang tamu...
Ruang sebelah tv, ruang tamu.

Dari ruang sofa, memandang ke arah garaj. Kawasan garaj, besar. muat dua biji kereta. Itupun masih besar lagi.


Ruang nak menghala ke bilik tidur bawah, dan dapur.
Bilik dapur, bawah. Ada dua katil single, bilik ni nenek aku duduk.
Gambar keseluruhan bilik bawah, siap ada penyidai & direct access ke bilik air.
Keluar je dari bilik bawaj, terus jumpa ruang makan yang awesome! Kat fridge tu, owner rumah ada letakkan megi cup, kat atas meja pulak ada Milo paket camtu.So, kalau korang makan barang yang disediakan ni, just amik & makan. Tapi... bayarlah duit ye! Ikut harga yang tertera kat papan harga tu.
Ruang dapur, yang kemas & sangatttt organize! Seriusly, kitorang tak guna pun dapur ni.
Sebelah kanan dapur, ada mesin basuh & pintu untuk ke bilik air dapur.
Bilik air yang ada di dapur.
Lengkap dengan singki. Simple & nice.
Ruang makan, dari arah pemandangan pintu dapur.
Heater, toaster, mug & tissue, dah siap tersedia kat ruang makan tu. just next to the dining table. Sangat organize!
Keluar dapur, terus jumpa tangga. 
Dari arah ruang keluarga, pemandangan tangga turun ke bawah.

Ruang keluarga di atas, dah disediakan papan gosok & iron. Tilam tepi tu, kitorang angkat bawak turun ke bawah, untuk mak & ayah aku tidur.

Dari arah tilam, bilik tidur pertama & kedua. Bilik tidur yang keempat, maybe master bedroom, dikunci. Itu hanya untuk kegunaan owner rumah je. So, terpaksalah mak ayah aku tidur kat bawah.
Bilik tidur kedua, yang menjadi pilihan aku & suami.
Dilengkapi dengan bedside table...

Pemandangan bilik tidur kedua dari sudut bilik. 
Bilik air, connecting dengan bilik tidur ketiga.
Baldi ada disediakan.
Shower pun ada.
Toilet! 
Salah satu element dalam bilik air ni yang aku suka. Pokok kecik & simple frame tu! Kecil je elemen hiasan yang digunakan, tapi memberikan impak besar pada pengguna. Aku suka decoration yang simple macam ni.
Keluar daripada connecting bathrooms ni, akan nampak meja solek bilik ketiga.
Pandang depan, nampaklah pulak anak-anak buah aku ni. Haha
Abaikan penampakkan abang ipar aku tu.
Setiap bilik, memang dah tersedia penyidai besi ni. Memudahkan sangat!
Matching pulak anak-anak buah aku ni dengan cadar katil tu. Hehe
Okay, so far inilah saja gambar-gambar yang aku dapat tunjuk kat korang semua.
Ini ajepun yang ada dalam simpanan aku.

Kejam ke aku & akak aku bagi mak ayah aku tidur atas tilam je kat bawah?
Haishhh... ini soalan & isu panas tiap-tiap kali kitorang pergi family vacations.

Rata-rata rumah dalam malaysia ni, yang affordable ratenya untuk satu malam, tawarkan tiga bilik tidur sahaja. Nak cari rumah yang tawarkan empat bilik, for a homestay payahhhh nak jumpa.
kalau jumpa pun, mahal nau nau!

Sebelum bercuti, homestaylah yang paling awal aku booked, and setiap kali tu jugaklah aku tanya mak aku.

"Umie, homestay ni ada tiga bilik je. Nenek nak tidur mana? Tak pe ke, bagi nenek tidur kat luar?"

Jawapan mak aku: "Nenek kau tidur dalam bilik, aku ngan ayah kau tidur luar, Bentang je tilam kat ruang tamu, boleh je aku & ayah kau tidur. Tak yah susah-susah fikirkan aku nak tidur mana. Aku ngan ayah kau ni dah tua, tak de istilah nak honeymoon time jalan." 

Haaaa, gitu jawapan mak aku. 
Cuti satu family, aku & akak aku dah kahwin. 
Dah sah-sah, kena jaga aurat depan abang ipar aku, akak aku pulak depan suami aku.
Takkan aku or akak aku pulak yang nak terbongkang kat ruang tamu ngan laki masing-masing? 
Tak senonoh betul!
So bilik tu, memang sah-sah lah kitorang terpaksa duduk...

Pastu, tiap kali bercuti mesti bawak mak ayah & nenek aku. Dah nama pun family vacations.
Mak aku plak, takkan nak bagi nenek aku (merangkap mak dia sendiri) tidur kat atas tilam je, kat ruang tamu. Ye, tak?

So, mak aku beralah, berlakulah adegan paksa memaksa antara mak aku & nenek aku.
Nenek aku, beriya nak beralah, tak nak tidur dalam bilik. Nak tidur kat ruang tamu.
Mak aku pulak, nak tidur kat ruang tamu, tak nak tidur dalam bilik.

Haaaa, nampak aku punya pening kat situ?? 
Dah tau akan jadi macam ni, aku pun tak sampai hati nak biar mak aku tidur tak berbilik for the next 3 nights. Makanya, aku & akak aku book homestay yang ada 4 bilik terus. Senang!

Kenapa aku pilih MH homestay Tambun? Sebab, lokasi dia gilaaa dekat dengan Lost World Of Tambun, Ipoh Perak. Itu destinasi pertama kitorang kali ni.

Harga? Sangatt berbaloi! Dengan keadaan rumah yang besar & sangattt bersih tu.
Aku puas hati sangat-sangat. Jangan kata aku, semua family aku dok sebut-sebut benda yang sama.
Terasa rugi tak dapat duduk lama kat situ.

Cuma, kalau owner homestay (En. Zahid) tu bukak lagi satu bilik, jadikan bilik yang available ada empat. Confirm, lagi best!
Tapi, itu terpulang pada budi bicara tuan rumah. 
Sebagai tuan rumah, diorang berhak nak buat apa saja dengan rumah tu.

So, kalau ada sesiapa yang nak ke Ipoh, Perak.
Bolehlah book MH Homestay di Tambun, Perak ni ye.
Dijamin, puas hati!

What's next? Nanti aku update pasal LOST WORLD OF TAMBUN pulak dalam next entry. ;)

Salam Sayang, 
Anis Ashikali.