Assalamualaikum...
Pejam celik, pejam celik...tak sangka kejapnya dah nak sampai ke penghujung tahun 2015.
Rupanya dah hampir 5 tahun setengah aku hadap hidup berjauhan dengan suami.
Sayu...perit, sedih, sebak, sunyi, sepi, semua berperang sesama sendiri dalam hati ni.
Tiap kali hantar suami naik bas, mesti menangis cengeng macam budak kecik, teresak-esak sedih nak kena tinggal over and over again.
Selalunya hanya dapat jumpa selama 1-2 hari je, tu pun depends pada jadual waktu kerja aku and husband.
Setiap kali dia nak balik JB-Melaka and vise versa, mesti pesan suruh naik bas KKKL.
Tak tahu kenapa aku rasa macam driver-driver company KKKL amat berwibawa, membuatkan aku berasa selamat bila suami menggunakan khidmat diorang, sampaikan ke mana saja kami nak pergi bercuti, kaunter KKKL kat Melaka Sentral tulah tempat pertama yang kitorang tuju.
Penatnya rasa bila dapat jumpa sekejap sekejap ni...belum puas dapat bermanja, belum puas dapat hilang rindu, dah kena tanggung perasaan tu semula.
Nak-nak lagi kalau cuti selama 1-2 hari tu dihabiskan masa dengan berjalan ataupun setakat habiskan masa dekat shopping Mall dari tengahari sampailah malam, aku still akan rasa macam tak ada waktu langsung dengan suami. Padahal keluar dating berdua ni.
Bagi aku, bilik dan rumah merupakan lokasi yang membuatkan aku rasa lamanya masa yang aku dapat habiskan dengan suami. Terasalah quality time berdua tu, almaklumlah kalau berjalan ke sana sini, rasa macam masa terhad sebab kita dok leka entertain diri sampaikan kejap je masa berlalu.
Kadang-kadang sakit teruk, teringin nak makan itu ini...tapi terpaksa tahan tekak, tahan diri.
Paksa diri tunggu suami balik, baru meminta-minta dengan manja dekat suami untuk melayankan semua kehendak dan keinginan sebab aku memang tak akan keluar ke mana-mana kalau suami tak ada bersama. Rasa macam loser bila jalan sorang - sorang, segan sebenarnya.
Alhamdullilah...berkat kesabaran, akhirnya dengar kata suami boleh balik Melaka hujung September ni sementara tunggu reposting yang kedua tahun depan. Harapnya benarlah ura-ura yang disampaikan, sebab hati ni dah terlalu mengharap sangat nak suami ada kat depan mata hari-hari.
Cukuplah berjauhan 5 tahun setengah ni....cukuplah.
Dah tak tertanggung rasa peritnya PJJ ni. :'(
Buat pasangan yang sentiasa ada suami atau isteri di sisi, hargailah kehadiran pasangan anda dengan sebaik-baiknya, Bersyukurlah dapat melihat pasangan masing-masing setiap saat dan ketika.
Kalaulah korang semua tahu bertapa seksanya PJJ dengan suami...mesti korang semua akan menjadi lebih menghargai.
Ada sesetengah individu mengatakan masa duduk jauh-jauh ni, semuanya indah belaka, tapi nanti bila dah dekat asyik nak bercakar je.
Pada aku, semuanya terpulang kepada cara kita mengelolakan rumah tangga, and macam mana kita ekspretasikan attitude kita. Kalau kita boleh elak bercakaran, kenapa mesti memilih untuk melakukan yang sedemikian?
Kalau kita boleh memberikan kesenangan kepada hati pasangan, kenapa mesti memilih untuk berperangai jengkel?
Pendek kata, pokok pangkal hati dan attitude kita...
Kita yang corakkan hidup kita.
-Anis Ashikali-