Tuesday, 10 August 2021

ARTE PLUS BY FIFI SERVICED SUITE, KLCC (PART 2)

 


Assalamualaikum, Dear readers.
As promised previously, kali ni aku nak tunjukkan keunikan ARTE PLUS pada korang.
Mana yang terlepas train untuk entry yang pertama tu, boleh baca dekat Arte Plus by FIFI Serviced Suite (Part 1)

Taraaaa... today is a very special day untuk aku dan Mawar Erina.
16 August 2019.
Hari lahir aku yang ke 27 tahun dan Hari Lahir Mawar, 1 years old!
Lucky me, aku dapat kongsi hari lahir ni dengan my precious baby. 😍💋

Malam tu, aku bukak dulu hadiah yang sahabat nan sorang ni bagi. 
Ayu Zainal. As a few of you guys know, Ayu ni special pada aku sebab dia pembaca merangkap sahabat yang selalu setia bagi aku sokongan padu semenjak aku bergelar penulis.
Dia juga yang selalu setia wassap, mesej, komen dan like semua post-post aku di FB.

Allahu... terharu sungguh aku dapat sahabat dan penyokong macam Ayu.
And... Ayu selalu sangat bagi aku dan Mawar hadiah. Tq so muchhh Ayu!

Untuk birthday kami ni, Ayu dah pos hadiah awal-awal lagi.
Malam ni, tepat jam 12am, aku bukak hadiah yang Ayu bagi dalam bilik Arte Plus.

Baik sungguh hati Ayu. 💗

Aamin, terima kasih Ayu. Semoga makbul doa Ayu. 💗

Cantikkkkkk sangat! Aku tak sangka Ayu akan hadiahkan aku frame beserta gambar aku dan Mawar. Nak tunggu aku print dan framekan gambar-gambar kami, entah bila. Semuanya tersimpan dalam phone aje. 😓😓

Bila Ayu hadiahkan frame dan gambar ni, aku happyyyy sangat-sangat! At least selain daripada digital photo yang berlambak, dan social media ni, aku adalah juga fizikal photo of my baby. 💕💕💕

Ayuuuu, thank you sooo much sentiasa ada dengan Anis, beri Anis dan Mawar macam-macam.
Allah je dapat balas jasa Ayu! Walaupun Anis lambat abadikan memori ni di blog selepas 2 tahun sambutan birthday kami, akhirnya sempat juga Anis abadikan di sini. 
Thank you dear, sooo much! 😘😘😘

Lepas bukak hadiah, apa lagi? Tidurlah kami.
Esoknya, pagi-pagi kitorang dah terpaksa kejut Mawar bangun, mandikan dia semua.
Bad mood baby tu, jadual kena kacau. 😆😆
Muka monyok tak puas hati, tak cukup tidur. Meragam pun ya.  😆😆😆

Maaflah sayang, Ibu dan Ayah kejar masa. Hari ni birthday kita berdua, kenalah bangun awal sikit. 😅
Bangun pagi, teruslahhh kitorang meronda sekitar ARTE ni, semata-mata sebab nak bergambar.
Dah tu? Bukan senang nak datang sini. Datang pun bukan duduk free. So, kita manfaatkan masa sebaiknya. 

Dah ready nak layan gambar? Jom!

Tengok muka masam si comel ni. 😆😆 Tak puas hati dengan ayah dia. 

Muka Mawar pagi birthday dia. Sedih kena bangun awal. 😅😆

Ish, geramlah dengan si debab ni! Cepatnya awak membesar sayang! Dah setahun dah umur Mawar. 😍💕

Pagi ni, sebelum keluar berjimba, kami turun ke level R. Kat level R ni, ada swimming pool, ada Cloud Podium, ada forest, ada ape ntah lagi or whatever these thing called, aku dah lupa. Peta pun dah hilang, 

Setiap tempat ada nama-nama dia, tapi aku dah lupa apa. 😅
Yang Cloud Podium ni, ala-ala macam bar yang kita boleh book untuk celebrate event macam birthday ke apa ke. Aku sempatlah masuk dalam jengah-jengah. 
Tempat dia tak besar mana dalam tu, just nice untuk private party kalau tak ramai guest.





Bukan senang nak bergambar dengan baby ea. Dia tak nak dok diam! 😆

Ini buktinya! 😅😆




Mana yang sempat ajelah. Janji ada jugak gambar aku dekat ARTE yang cantik ni. Sorrylah kalau korang nampak semua gambar ni sama. Mata aku nampak semuanya berbeza. 😅


Okay, settle kat area swimming pool ni. 

Turn ayahnya pulak bergambar dengan Mawar.

Tag yang tergantung kat leher suami aku tu, access card untuk masuk dan keluar setiap ceruk pintu kat ARTE PLUS ni.


Tak ada lighting sangat, nampak gelap suami aku. 😅😂





Barulah nampak cerahhhh... View dekat sini memang cantik! 😍😍


Ginilah gaya Ibu Ayah bergambar sejak Mawar ada. Photobomb by Mawar tu biasa. 😄

Seronok Mawar dapat kaki dekat sini. Genap umur setahun, dia dah boleh jalan bertatih dah. 💓


Okay, giliran Ibu pulak!

Ececeh si debab tu, muka kemain! 😂

Kurus betul aku masa ni, sekarang gemuk macam badak. Diet pun tak istiqomah! 😂😂






Geram betul dengan si debab ni!















Mawar tak puas hati dengan stokin kat kaki dia. Dia tak suka pakai stokin masa ni. 😂😂

Tengok akal budak kenit ni, adalah kerjaan dia tu.
Tak dapat cabut stokin, dia mula nak turun dari sofa.







Dek kerana aku banyak buat IG story masa ni, inilah antara gambar-gambar yang aku screenshot semata-mata nak ditepekkan dalam blog ni.

Enjoy! Memang cantik ARTE PLUS ni.


Aku paling suka kolam renang dia ni. View dan ambience dia, sangat best! 💓

See, cantik kan? Malam mesti lagi cantik!

Balcony pun style sangat!

  
Ni Floating garden ke Fantasy Garden ntah, tak ingat. Kalau tengok kat video promo atau kat pamplet dia, cantik waktu malam sebab ada juraian lampu mengurai dekat pokok tu. Aku ni, tak sempat nak pergi sini time malam sebab kitorang berjalan sokmo sampai malam-malam benau.

Puzzle theme!




Cave theme! Waktu siang nampaklah cantiknya, waktu malam gloomy sangat macam dalam gambar aku sebelum ni.


So, basically inilah dia serba sikit kecantikan ARTE PLUS. Tak banyak yang aku dapat amik sebab berkejar nak ke tempat lain pulak. Untuk event yang seterusnya, aku sambung dekat post baru, okay? Kalau tak, nanti jadi panjang berjela pulak post ni. 

Sebelum tu, meh lah tengok si debab layan mengantuk dalam kereta. Memang kaki tidur anak Ibu Ayah ni.  😂😂








Where to, next place? Kita nak pergi THE PARENTHOOD! 
Jom! 😘😘😍

Salam Sayang,
Anis Ashikali.